KUALA LUMPUR, 20 Februari 2026 – Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), Malaysia kini memberikan fokus kepada kekayaan biodiversiti dengan mengangkat Beruang Madu Malaya (Malayan Sun Bear) sebagai tarikan utama ekopelancongan.
Spesies hidupan liar terancam ini telah dipilih sebagai ikon rasmi kempen bagi melambangkan komitmen teguh Malaysia terhadap pemuliharaan alam sekitar.
Beruang bersaiz kecil ini telah memberikan insipirasi untuk menjadi sepasang maskot rasmi VM2026 iaitu Wira dan Manja. Mereka telah direka dengan watak animasi yang mesra dan ceria, bertujuan menarik minat pelancong dari pelbagai lapisan umur, sekali gus meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi yang mesra dan inklusif.
Bagi memberi peluang kepada pelancong merasai pengalaman ekopelancongan yang sebenar, Tourism Malaysia telah menyenaraikan 12 lokasi utama di seluruh negara untuk pelawat menerokai habitat semula jadi Beruang Matahari serta berinteraksi dengan haiwan tersebut.
Lokasi-lokasi tersebut:
- Sabah: Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC) Sandakan & Taman Hidupan Liar Lok Kawi
- Sarawak: Pusat Hidupan Liar Matang
- Perak: Zoo Taiping & Night Safari serta Lost World of Tambun
- Kuala Lumpur: Zoo Negara Malaysia & 99 Wonderland Park
- Selangor: Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon
- Melaka: Zoo Melaka & A’ Famosa Safari Wonderland
- Johor: Zoo Johor, Johor Bahru
- Terengganu: Zoo dan Taman Rekreasi Kemaman
Melalui inisiatif ini, Malaysia menjemput pelancong global dan domestik untuk menyelami keunikan hidupan liar di negara ini, menyokong usaha pemuliharaan, serta menikmati pengalaman berasaskan alam semula jadi.
Pengunjung digalakkan untuk meneroka sendiri inspirasi di sebalik Wira dan Manja dalam persekitaran yang selamat dan terpelihara. Maklumat lanjut mengenai tawaran pelancongan kempen ini boleh didapati di laman web rasmi www.tourism.gov.my .
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.














































