PUTRAJAYA – Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM, melangkah masuk ke pasaran tempatan dengan pembukaan kedai fizikal sulungnya di IOI City Mall bagi memperkenalkan koleksi kasut berasaskan teknologi percetakan tiga dimensi (3D).
Majlis pelancaran rasmi berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran rakan media serta barisan personaliti dan selebriti tempatan seperti Azrel Ismail yang menyaksikan sendiri inovasi serta rekaan produk jenama berkenaan.
Penggunaan teknologi percetakan 3D menjadi teras utama 2AM dalam menawarkan kebebasan mereka bentuk struktur kasut yang fleksibel, di samping mengurangkan pembaziran bahan dan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula berbanding kaedah pembuatan konvensional.
Wakil pengurusan 2AM Malaysia berkata pendekatan berkenaan memenuhi kehendak pengguna masa kini yang semakin menitikberatkan aspek pembuatan dan inovasi sesuatu produk.
“Pengguna hari ini semakin berminat bukan sahaja terhadap rupa sesuatu produk, tetapi juga bagaimana ia dihasilkan, teknologi yang digunakan, dan kemungkinan yang boleh diwujudkan melalui teknologi tersebut,” kata beliau.
Peneraju bagi operasi tempatan ialah Wong Kim Yoong selaku Ketua Jenama & Strategi, dibantu oleh Lee Wye-Ming sebagai Ketua Runcit & Operasi serta Jolene Phang selaku Ketua Pemasaran.
Kedai di IOI City Mall tampil dengan konsep berbeza, berteraskan ruang pameran mirip galeri, bagi membolehkan pelanggan meneroka pemikiran reka bentuk di sebalik setiap pasang kasut. Susulan pelancaran ini, 2AM turut merancang untuk membuka kedai keduanya di Sunway Pyramid pada 15 September 2026, sebelum memperluas kehadiran ke beberapa lokasi utama lain di sekitar Lembah Klang dan rantau Asia Tenggara.
Editor dalam talian dan penulis di majalah Gaya Travel dan Akses Malaysia. Kebahagiaan sebenar adalah apabila berada di jalanan mengembara, mengenali dan melihat dunia.




































