• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Isnin, 8 Jun 2026
  • Log Masuk
Akses Malaysia
  • Berita
    • Semua
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    HSBC Subang Jaya

    HSBC buka Pusat Premier ketiga di Subang Jaya

    wonderworks

    WonderWorks sasar 5,000 peserta untuk Larian Sungai Pulau Pinang 2026

    IKIM tegaskan institusi Raja tunjang kestabilan dan perpaduan negara

    ikhlascom buka cawangan johor

    Ikhlas.com buka cawangan di Johor, taja 100 asnaf tunai umrah

    Upin Ipin dalam episod Minyak Sawit

    Episod minyak sawit Upin & Ipin raih dua anugerah APB+ di Singapura

    Sir Mo Farah gesa sukan disepadukan dalam dasar kesihatan mental belia global

    Sir Mo Farah gesa sukan disepadukan dalam dasar kesihatan mental belia global

    Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melancarkan cabaran RIFAR bagi mencari penyelesaian banjir mampan melalui strategi pembiayaan pasaran modal dan pelaburan jangka panjang

    Suruhanjaya Sekuriti lancar cabaran RIFAR jadikan ketahanan banjir keutamaan pasaran modal

    AirAsia X kekal pegangan sijil keselamatan global IOSA sehingga 2028

    AirAsia X kekal pegangan sijil keselamatan global IOSA sehingga 2028

    Pengarah Arvia Solutions Sdn. Bhd., Puan Nurul Ain binti Mohamad Khdri (kiri) dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP), Encik Nadimin bin Abdul Aziz (kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Kerjasama Strategik Transformasi Pendidikan Digital & AI Smartclassroom di pejabat JPWPP, Putrajaya, hari ini.

    ARVIA perkenal AI Smart Classroom di Putrajaya

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Semua
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    Renaissance JB - Aksi di Stesen Teh Tarik di Cafe BLD

    Hotel Renaissance Johor Bahru perkenal pakej keluarga sempena cuti sekolah

    Malaysia dipilih sebagai lokasi pencarian bakat kerana mempunyai ramai penggiat seni persembahan yang berpotensi besar untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

    Hong Kong Disneyland cari bakat baharu di Malaysia buat kali pertama

    Best Actor Supporting Role Nabila Huda with Farida Merican n Joe Hasham

    Nabila Huda raih trofi sulung teater, 21BCAA nobat dua Persembahan Terbaik

    Menu Highlights by Executive Chef Wisnu Adityama

    Jiwa Nusantara dalam kulinari Bali di Renaissance Johor Bahru Hotel

    Konsert DATO’ M.N47IR

    Konsert DATO’ M.N47IR CIPTA 4 bakal lakar sejarah epik di Unifi Arena pada Julai 2026

    Tonton konsert ulang tahun ke-20 Hujan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 27 Jun 2026! Dapatkan tiket mulai 10 April ini. Jangan lepaskan peluang!

    Meraikan Hujan 20 tahun, menyeru roh Indie dan Raingers

    Penyanyi P. Radhi melancarkan single Aidilfitri terbaharu, “Raya Bersama”, yang mengangkat nostalgia dan suasana klasik hari raya.

    Berdendang nostalgia Aidilfitri dengan P. Radhi

    The Raya Syndicate

    Sambut Raya dengan irama ska

    Blackpink

    Kedai pop-up BLACKPINK [DEADLINE] mula dibuka di 1 Utama

    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Akses Malaysia
  • Berita
    • Semua
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    HSBC Subang Jaya

    HSBC buka Pusat Premier ketiga di Subang Jaya

    wonderworks

    WonderWorks sasar 5,000 peserta untuk Larian Sungai Pulau Pinang 2026

    IKIM tegaskan institusi Raja tunjang kestabilan dan perpaduan negara

    ikhlascom buka cawangan johor

    Ikhlas.com buka cawangan di Johor, taja 100 asnaf tunai umrah

    Upin Ipin dalam episod Minyak Sawit

    Episod minyak sawit Upin & Ipin raih dua anugerah APB+ di Singapura

    Sir Mo Farah gesa sukan disepadukan dalam dasar kesihatan mental belia global

    Sir Mo Farah gesa sukan disepadukan dalam dasar kesihatan mental belia global

    Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melancarkan cabaran RIFAR bagi mencari penyelesaian banjir mampan melalui strategi pembiayaan pasaran modal dan pelaburan jangka panjang

    Suruhanjaya Sekuriti lancar cabaran RIFAR jadikan ketahanan banjir keutamaan pasaran modal

    AirAsia X kekal pegangan sijil keselamatan global IOSA sehingga 2028

    AirAsia X kekal pegangan sijil keselamatan global IOSA sehingga 2028

    Pengarah Arvia Solutions Sdn. Bhd., Puan Nurul Ain binti Mohamad Khdri (kiri) dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP), Encik Nadimin bin Abdul Aziz (kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Kerjasama Strategik Transformasi Pendidikan Digital & AI Smartclassroom di pejabat JPWPP, Putrajaya, hari ini.

    ARVIA perkenal AI Smart Classroom di Putrajaya

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Semua
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    Renaissance JB - Aksi di Stesen Teh Tarik di Cafe BLD

    Hotel Renaissance Johor Bahru perkenal pakej keluarga sempena cuti sekolah

    Malaysia dipilih sebagai lokasi pencarian bakat kerana mempunyai ramai penggiat seni persembahan yang berpotensi besar untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

    Hong Kong Disneyland cari bakat baharu di Malaysia buat kali pertama

    Best Actor Supporting Role Nabila Huda with Farida Merican n Joe Hasham

    Nabila Huda raih trofi sulung teater, 21BCAA nobat dua Persembahan Terbaik

    Menu Highlights by Executive Chef Wisnu Adityama

    Jiwa Nusantara dalam kulinari Bali di Renaissance Johor Bahru Hotel

    Konsert DATO’ M.N47IR

    Konsert DATO’ M.N47IR CIPTA 4 bakal lakar sejarah epik di Unifi Arena pada Julai 2026

    Tonton konsert ulang tahun ke-20 Hujan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 27 Jun 2026! Dapatkan tiket mulai 10 April ini. Jangan lepaskan peluang!

    Meraikan Hujan 20 tahun, menyeru roh Indie dan Raingers

    Penyanyi P. Radhi melancarkan single Aidilfitri terbaharu, “Raya Bersama”, yang mengangkat nostalgia dan suasana klasik hari raya.

    Berdendang nostalgia Aidilfitri dengan P. Radhi

    The Raya Syndicate

    Sambut Raya dengan irama ska

    Blackpink

    Kedai pop-up BLACKPINK [DEADLINE] mula dibuka di 1 Utama

    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Akses Malaysia
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan

37 golongan yang kerugian di bulan Ramadan

Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli oleh Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli
Mac 28, 2025
dalam Agama dan Moral, Rencana
Tempoh bacaan:11 minit bacaan
0 0
0
Utama Rencana Agama dan Moral
Share on FacebookShare on Twitter

Ramadan merupakan bulan yang berkah. Ia ibarat sebuah ladang pahala yang luas dan tidak bertepian kerana menjanjikan pahala yang berlipatkali ganda. Setiap amal ibadat dan amal saleh yang dilakukan telah ditawarkan dengan ganjaran pahala yang lumayan. Akan tetapi tawaran Ramadan ini tidak menarik minat segelintir umat Islam, lantas ramai yang mengabaikan amal ibadat dan saleh di bulan ini. Mereka termasuk dalam golongan yang kerugian dalam bulan Ramadan. Di antara golongan ini adalah:

1) Orang yang tidak berpuasa tanpa uzur syar’ie.

Puasa Ramadan merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia diwajibkan bagi orang yang cukup syarat wajib berpuasa. Orang yang meninggalkan dengan sengaja adalah berdosa, malah wajib menggantikannya pada hari yang lain. Sekiranya mereka meninggal dan belum sempat menggantikannya, mereka akan dikenakan fidyah mengikut bilangan puasa yang ditinggalkan. Ini termasuklah kumpulan plastik hitam dan mereka yang tidak berpuasa dengan alasan yang dibuat-buat seperti sakit perut dan gastrik.

IKLAN

2) Orang yang mencuri dan menipu dalam ibadah puasa

Puasa secara asasnya menahan diri dari lapar dan dahaga dari bermulanya terbit fajar atau masuk waktu Subuh hingga ke tenggelamnya matahari atau waktu Maghrib. Jadi ada segelintir orang yang mencuri makan dan minum ketika berpuasa dan mereka terus berpura-pura puasa hingga waktu berbuka. Mereka mencuri minum air ketika waktu mandi atau di bilik air, atau mencuri makan pada waktu lain. Betapa ruginya bagi mereka yang menipu dan mencuri makan dan minum ketika berpuasa.

3) Orang yang berpuasa tetapi tidak mendirikan solat.

Ibarat rumah tanpa tiang, mereka berpuasa tapi mengabaikan ibadat solat fardhu. Puasa mereka hukumnya sah tetapi berdosa kerana meninggalkan solat. Sikap mengambil ringan ini berbahaya kerana solatlah ibadat yang awal dihisab. Puasa hanya menjadi amalan untuk diet, elak rasa malu dan hanya menikmati suasana berbuka dan membeli belah di bazar Ramadan atau makan bufet di hotel.

4) Orang yang menganggap Ramadan sebagai bulan biasa.

Orang yang menganggap tiada istimewanya Ramadan berbanding bulan lain adalah orang yang rugi. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk meningkatkan amal ibadat dan amal kebajikan di bulan Ramadan. Malah mereka masih mengamalkan rutin dan cara hidup di bulan lain, di samping mengerjakan ibadat sebatas yang wajib semata-mata.

5) Orang yang menganggap Ramadan sebagai beban dan menyusahkan.

Kehadiran bulan Ramadan dianggap sebagai membebankan dan menyusahkan bagi segelintir pihak. Bagi sebahagian besar umat Islam, kehadiran Ramadan adalah rahmat Ilahi. Ia menjadi beban kepada mereka yang tidak berpuasa kerana sukar untuk mencari kedai makan, terpaksa menyorok jika mahu makan, berlakunya kesesakan lalu lintas dan bunyi bising di masjid atau surau yang mengganggu mereka. Ruginya orang yang menganggap kehadiran Ramadan sebagai beban dan menyusahkan hidup mereka.

6) Orang yang menganggap Ramadan sebagai tradisi turun temurun.

Bagi orang yang dilahirkan dalam Islam, segelintir daripada mereka menganggap kehadiran bulan Ramadan umpama tradisi tahunan semata-mata. Ramadan disambut sebagai tradisi tahunan. Jadi mereka hanya menanti pesta makanan, kuih muih, pakaian baru, bermudik dan sebagainya tanpa menumpukan kepada amal ibadat dan amal saleh yang terdapat padanya. Rugi bagi mereka yang tidak merebut peluang utama yang hadir bersama bulan Ramadan.

7) Orang yang hanya beramal di bulan Ramadan.

Tarbiyah Ramadan menghasilkan insan yang konsisten dalam beribadah dan melakukan amal saleh. Jadilah hamba Allah yang rabbani dan jangan jadi hamba Ramadan. Banyak amalan yang masih boleh diamalkan di luar Ramadan seperti qiyamullail, membaca al-Quran, menjamu orang makan, bersedekah dan seumpamanya. Rugi sekiranya ibadah yang intensif ketika Ramadan tidak dilanjuti pada bulan-bulan yang lain.

8) Orang yang masih melakukan maksiat.

Orang yang mencemari bulan Ramadan dengan maksiat adalah orang yang rugi. Pada bulan Ramadan terdapat segelintir orang yang mencemarinya dengan perbuatan maksiat secara terbuka atau tertutup. Terdapat mereka yang masih aktif dengan aktiviti malam, berzina, berjudi dan minum arak. Rugi mereka yang tidak merasai keberkatan bulan Ramadan dan masih berterusan dalam perbuatan maksiat dan mungkar.

9) Orang yang membuang waktu.

Masa sangat bernilai. Setiap detik yang berlalu tidak akan kembali. Apatah lagi kesempatan beramal di bulan Ramadan. Rugi orang yang masih mempunyai kesempatan waktu tetapi membazirkannya secara sia-sia seperti melepak tanpa tujuan, merempit, menonton bahan yang tidak bermanfaat, serta kecanduan gajet dan ketagihan media sosial. Sedangkan ramai orang yang masih bersama di bulan Ramadan tahun lepas, tetapi kini tiada lagi. Mereka tiada lagi kesempatan emas untuk beribadat dan amal saleh.

10) Orang yang melakukan pembaziran.

Rasa lapar dan dahaga menyebabkan manusia hilang kawalan dan gagal mengawal hawa nafsu sehingga menyebabkan mereka boros dan membazir. Ada yang menyediakan makanan berlebihan, ada yang membeli berlebihan di bazar Ramadan dan ada yang rambang mata ketika berbuka secara buffet. Sedangkan membazir dan boros dilarang tegas oleh Syarak dan ia perbuatan yang merugikan.

11) Orang yang tidur sepanjang hari.

Tidur merupakan nikmat yang besar kerana dapat merehatkan tubuh badan. Ia juga aktiviti yang dapat mengurangkan dosa. Namun jika tidur berlebihan, ia dapat mengurangkan pahala kerana masa tidak diisikan dengan perkara yang bermanfaat di samping melewatkan solat fardhu. Rugi jika orang yang menghabiskan bulan Ramadan dengan aktiviti tidur semata-mata.

12) Orang yang tidak mengerjakan solat sunat terawih.

Solat terawih merupakan sebahagian daripada ibadah malam. Ia hanya boleh diamalkan dalam bulan Ramadan sahaja. Allah SWT menawarkan ganjaran yang lumayan bagi mereka yang mengerjakannya. Mensesiakan malam Ramadan tanpa mengerjakan solat sunat terawih adalah suatu yang merugikan kerana ia boleh dilaksanakan secara sendirian atau berjemaah dalam bilangan lapan atau 20 rakaat.

13) Orang yang tidak membaca al-Quran.

Al-Quran merupakan mukjizat hebat yang masih dapat dilihat hingga hari ini. Ia merupakan kitab petunjuk bagi umat Islam. Membaca al-Quran adalah tuntutan bagi seorang Muslim. Membaca al-Quran di bulan Ramadan digandakan pahala berlipat kali ganda. Walaupun begitu, masih ramai kalangan umat Islam yang masih tidak mengendahkan amalan membaca dan tadabbur ayat-ayat al-Quran.

14) Orang yang tidak berzikir dan berselawat.

Berzikir dan berselawat ibarat makanan rohani. Ia perlu digandakan lagi dalam bulan puasa untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan seorang Muslim. Ini disebabkan dengan mengingati Allah dan Rasulullah SAW, hati akan tenang serta jauh dari rasa gelisah dan keluh kesah. Mereka yang tidak berzikir dan berselawat termasuk dalam kalangan orang yang rugi.

15) Orang yang tidak bersedekah.

Bersedekah adalah amalan yang dituntut terutama ketika di bulan Ramadan. Orang yang bakhil dan kedekut membelanjakan wang untuk bersedekah termasuk kalangan golongan yang rugi.  Di samping memperolehi pahala yang berlipatganda, bersedekah juga dapat membantu pelbagai golongan dalam masyarakat.

16) Orang yang tidak berqiyamullail.

Ramadan ibarat ladang pahala kerana pahala yang ditawarkan merangkumi amalan siang dan malam. Siangnya berpuasa dan malamnya dihidupkan dengan qiyamullail. Bermula dengan solat Isyak dan terawih, diikuti dengan solat sunat yang lain serti tahajjud, taubat, membaca al-Quran. Peluang ini ditawarkan dengan ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT. Rugi mereka yang berpuasa tetapi tidak menghidupkan malamnya.

17) Orang yang tidak mencari lailatul qadar.

Dalam bulan Ramadan, terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Para ulama memberi pelbagai formula untuk mendapatkannya terutamanya malam-malam 10 akhir Ramadan. Rugi orang yang tidak menghidupkan malam akhir Ramadan dengan amal ibadat dan amal saleh kerana malam al-qadar hanya hadir semalam sahaja dalam setahun dan gandaannya mencapai pahala selama 83 tahun beribadat.

18) Orang yang tidak menjamu orang makan.

Menjamu orang makan atau berbuka puasa menjanjikan pulangan pahala umpama orang yang berpuasa. Jamuan ini tidak semestinya dalam bentuk yang mahal atau banyak, boleh sahaja menjamu sekadar air atau kurma. Rugi orang yang tidak ada inisiatif untuk menjamu orang lain berbuka kerana kelebihan fadilatnya tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut di samping ia dapat mengeratkan tali silaturrahim.

ArtikelBerkaitan

Urutan Melayu berpotensi diiktiraf dunia

Tangani isu kenaikan minyak global dengan berhemah dan bijak

Perluas sokongan hijau bantu PKS hadapi tekanan krisis global

19) Orang yang tidak mengeluarkan zakat fitrah

Mengeluarkan zakat tidak akan menyebabkan seseorang jatuh miskin. Jika ada yang merasa rugi untuk membayar kerana ia bakal dinikmati oleh orang lain, mereka adalah golongan yang rugi. Ini disebabkan kerana zakat fitrah asasnya bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa seperti keadaan fitrah, ia juga dapat menampung kekurangan puasa di samping dapat membantu golongan yang memerlukan menjelang Syawal.

20) Orang yang tidak memohon keampunan, bertaubat dan beristighfar

Ramadan adalah bulan keampunan. Allah SWT menjanjikan keampunan bagi hamba-hambanya yang berpuasa, beramal ibadat dan amal saleh sepanjang Ramadan. Di samping itu juga, umat Islam digalakkan untuk beristighfar, memohon keampunan, solat taubat agar Allah SWT menerima taubat dan memberikan keampunan. Rugi bagi orang yang berlalunya Ramadan tetapi tidak mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

21) Orang yang tidak beriktikaf.

Beriktikaf adalah salah satu ibadat yang dianjurkan dalam bulan Ramadan. Biasanya iktikaf dilakukan di masjid bagi mengerjakan amal ibadat. Ia digalakkan terutamanya menjelang sepuluh malam akhir Ramadan. Mereka yang beriktikaf akan menfokuskan terhadap amal ibadat seperti solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir secara intensif. Rugi bagi mereka yang tidak mengambil peluang untuk beriktikaf di masjid dalam bulan Ramadan.

22) Orang yang tidak berdoa.

Berdoa adalah bentuk permohonan seorang hamba kepada Allah SWT sama ada untuk mendapat kebaikan dunia dan di akhirat. Dalam bulan Ramadan terdapat waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa, antaranya adalah ketika waktu seseorang berpuasa, ketika hendak berbuka puasa dan waktu sahur. Rugi bagi orang yang sombong dan tidak mahu berdoa kepada Allah SWT ketika dalam bulan Ramadan.

23) Orang yang tidak bersahur.

Bersahur ketika ingin berpuasa adalah sunat. Dalam bersahur terdapatnya keberkatan di samping seorang yang berpuasa memperolehi sumber tenaga yang mencukupi untuk melaksanakan ibadah puasa di siang Ramadan. Rugi bagi mereka yang tidak bersahur walau dengan sebiji tamar atau air kosong kerana ia sebahagian daripada amalan sunat orang yang berpuasa.

24) Orang yang melewatkan waktu berbuka tanpa alasan.

Berbuka puasa dengan segera tanpa melengah-lengahkan dengan sengaja adalah dituntut bagi orang yang berpuasa ketika masuknya waktu solat Maghrib. Ia sebagai batas pembeza antara puasa orang Islam dan bukan Islam. Disunatkan bersegera membuka puasa kerana masih terdapat banyak rangkaian ibadat lain yang akan dilaksanakan selepas berbuka puasa seperti solat Maghrib, solat Isyak dan sunat terawih. Rugi bagi orang yang melewatkan berbuka puasa tanpa sebab yang syar’ie.

25) Orang yang berbuka secara berlebihan.

Berbuka puasa adalah wajib bagi orang yang berpuasa. Rugi bagi mereka yang berbuka puasa secara berlebihan sehingga menyebabkan rasa malas atau letih untuk solat Maghrib, Isyak dan terawih. Pengambilan makanan berlebihan ini adalah bertentangan dengan objektif utama berpuasa, iaitu menahan nafsu secara melampau dan meningkatkan amal ibadat kepada Allah SWT.

26) Orang yang tidak berbakti kepada ibu bapa.

Ibu bapa merupakan anugerah yang sangat istimewa. Sebagai anak, menjadi tanggungjawab untuk mengambil berat atau menjaga mereka dengan penuh kasih sayang terutama ketika mereka tua. Dalam bulan Ramadan, anak-anak wajar mengambil berat keadaan puasa ibu bapa, makan minum, fidyah. Selain itu, anak-anak juga perlu membantu ibu dalam penyediaan juadah berbuka di dapur. Rugi bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa tetapi tidak menghargai dan menjaganya dengan baik.

27) Orang yang tidak melaksanakan tanggungjawab kepada orang di bawah tanggungannya.

Setiap orang mempunyai tanggungjawab. Seorang bapa mempunyai tanggungjawab kepada keluarganya, begitu juga suami, isteri dan anak-anak, tiapnya mempunyai tangungjawab dan hak-hak tertentu. Rugi bagi orang yang mengabaikan mereka yng berada di bawah tanggungjawabnya ketika bulan Ramadan, umpamanya seorang suami yang mengabaikan perbelanjaan dapur, seorang bapa yang tidak menafkahi anak-anaknya dan sebagainya.

28) Orang yang tidak berbuat baik kepada jiran tetangga.

Jiran tetangga merupakan orang tinggal berhampiran. Rugi bagi mereka yang bersengketa dan memutuskan tali silaturrahim dengan jiran-jiran dan tidak bermaafan ketika berada dalam bulan Ramadan. Ini akan menyebabkan mereka hidup dalam keadaan tidak tenang dan tidak ceria dalam bulan Ramadan dan menjelang Syawal.

29) Orang yang mengabaikan tanggungjawab kerana letih berpuasa.

Puasa melahirkan peribadi yang sihat dan kuat. Ini kerana objektif utama puasa untuk mendisiplinkan diri umat Islam, dan menjadikan mereka kuat. Ia bukan bertujuan untuk menghasilkan mereka yang lemah, letih, pemalas dan mengabaikan tanggung jawab. Terdapat segelintir orang yang produktivitinya menurun dan tugasan tertangguh kerana puasa. Jadi adalah rugi bagi mereka yang berpuasa tetapi mengabaikan tanggungjawab.

30) Orang yang tidak menjaga mata.

Mata merupakan anggota yang penting untuk melihat. Rugi bagi mereka yang masih melihat perkara melalaikan dan maksiat ketika berpuasa kerana ia boleh mengurangkan pahala serta boleh menyebabkan puasa menjadi sia-sia. Sewajarnya mata dijaga dengan baik dan digunakan untuk melihat perkara yang baik dan tidak mengundang dosa seperti melihat teks al-Quran, wajah ibubapa dan anak-anak, pemandangan alam dan seumpamanya.

31) Orang yang tidak menjaga mulut.

Mulut adalah anggota yang penting untuk berkomunikasi dan juga untuk menikmati makanan dan minuman. Rugi bagi mereka yang berpuasa tetapi masih lagi mengumpat orang lain, memaki hamun, mencarut dan mengadu domba. Selain itu, rugi juga bagi mereka yang mengambil makanan dari sumber yang haram, atau makanan yang haram ketika berpuasa. Sebaiknya mulut dijaga dengan elok, dihiasi dengan zikir atau selawat, dan hanya mengambil makanan dan minuman yang halal sahaja.

32) Orang yang tidak menjaga telinga.

Telinga adalah anggota yang dianugerahkan Allah untuk mendengar suara dan bunyi-bunyian. Rugi bagi mereka yang berpuasa tetapi masih lagi menadah telinga untuk mendengar umpatan, ghibah, fitnah dan perkara yang melalaikan. Sewajarnya telinga digunakan untuk mendengar kalamullah, hadis, percakapan yang elok, ceramah dan bunyi-bunyian yang baik.

33) Orang yang tidak menjaga hati.

Hati adalah anggota yang bersifat dalaman. Ia menjadi tempat lintasan yang baik atau buruk, dan ia juga berperanan penting dalam berniat. Rugi bagi orang yang berpuasa tetapi hatinya tidak sejahtera. Masih terdapat buruk sangka, perasaan dendam, niat buruk dan hasad dengki kepada orang lain. Walaupun ia bersifat tersembunyi, namun Allah SWT masih mengetahui niat dan motif seseorang. Sebaiknya hati yang sejahtera akan terhindar daripada perkara-perkara buruk dan negatif.

34) Orang yang tidak menjaga akal.

Akal adalah wadah untuk berfikir. Ia berperanan dalam memikirkan tentang perkara yang baik atau buruk. Rugi bagi orang yang berpuasa tetapi masih memikirkan tentang perkara buruk dan hal buruk terhadap orang lain. Akal yang sihat akan memikirkan tentang nikmat yang Allah anugerahkan, mentadabbur ayat al-Quran, memikirkan kebesaran Allah, perkara yang baik dan boleh mendatangkan redha Allah SWT.

35) Orang yang tidak menjaga tangan.

Tangan adalah anggota yang diciptakan Allah dengan tujuan yang khusus. Asasnya ia perlu digunakan untuk amal ibadat dan amal saleh seperti menghulurkan bantuan, bersedekah, dan melakukan kebaikan. Rugi bagi mereka yang berpuasa tetapi tangannya masih memukul, menyakiti dan menzalimi orang, menaip kandungan fitnah dan melalaikan. Sebaiknya tangan digunakan untuk melakukan perkara yang berfaedah dan berpahala.

36) Orang yang tidak menjaga kaki.

Kaki adalah anggota yang diciptakan Allah SWT dengan tujuan untuk melangkah atau berjalan. Rugi bagi orang yang berpuasa sekiranya kakinya digunakan untuk berjalan ke tempat maksiat, melalaikan dan mengundang kemurkaan Allah. Sewajarnya kaki digunakan untuk berjalan ke tempat yang baik seperti masjid, surau dan seumpamanya.

37) Orang yang riak dalam beribadat.

Sifat riak dilarang tegas dalam Islam. Dalam zaman perkembangan teknologi kini, media sosial menjadi medium perkongsian utama. Terdapat pelbagai bentuk perkongsian dengan motif yang tersendiri. Ada orang yang berkongsi amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadan untuk meraih pujian dalam beribadat, ada yang berkongsi dengan tujuan pemasaran dan pengiklanan, dan ada yang mempamerkan amal ibadat dan amal saleh dengan tujuan untuk memberi motivasi dan mempromosikan kebaikan. Rugi bagi mereka yang komoditisasi dan komersialisasi amal ibadat dan amal saleh dengan tujuan untuk meraih perhatian dan pujian orang ramai.

Jelasnya, Ramadan membuka ruang pelaburan pahala yang menguntungkan. Betapa ruginya mereka yang masih diberi kesempatan menjadi tetamu Ramadan tetapi masih acuh tak acuh dalam menghargainya. Oleh itu, rebutlah peluang keemasan yang dijanjikan Allah SWT agar kita mencapai peringkat ketakwaan, di samping memperolehi ganjaran pahala berlipatganda, mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah serta dibebaskan daripada siksaan api neraka.

Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli
Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli

Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli merupakan Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

  • Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli
    Kembalikan qiwamah dalam keluarga. Gambar hiasan oleh Bambi Corro - Unsplash
    Jun 16, 2025
    Pudarnya pesona qiwamah
  • Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli
    Gambar hiasan oleh Bailey Mahon - Unsplash
    Jun 5, 2025
    Berhati-hati memilih haiwan korban
  • Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli
    Gambar hiasan oleh Julian - Unsplash
    Jun 3, 2025
    Ibadah korban manifestasi rasa syukur
  • Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli
    Gambar hiasan oleh Ibrahim Uz - Unsplash
    Mei 13, 2025
    Usah biar badal haji kita di ’bedal’ mereka
Tags: MalaysiaRamadan
KongsiTweetKongsiHantar
IKLAN
Artikel Sebelumnya

5.4 juta penerima bakal terima bantuan tambahan SARA mulai April

Artikel Berikutnya

Mengimbangi keperluan dan kemahuan Raya

Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli

Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli

Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli merupakan Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Artikel Berkaitan

Photo by Josh Withers - Unsplash
Isu Semasa

When words ruin reputations

Disember 10, 2024
35
Peningkatan pelbagai isu sosial dan kes jenayah dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan masyarakat, yang kini berpandangan bahawa isu ini perlu ditangani secara menyeluruh oleh semua pihak.
Isu Semasa

Ibu bapa bertanggungjawab atas kelakuan anak-anak

Oktober 21, 2025
31
Gambar hiasan oleh Agence Olloweb - Unsplash
Pendidikan dan Kerjaya

UNITEN perkasa JPN Pahang dengan AI demi sahut cabaran Belanjawan 2025

November 21, 2024
50
Artikel Berikutnya
Tentukan sama ada ianya kemahuan atau keperluan. Gambar hiasan oleh Nahrizul Adib Kadri - Unsplash

Mengimbangi keperluan dan kemahuan Raya

Para pemimpin industri berkongsi pandangan mereka mengenai teknologi peralihan terkini dan kesesuaiannya untuk agenda sifar bersih Malaysia di persidangan MUFG N0W. [Dari kiri] Dr Chen Shuin, Naib Presiden Kanan bagi Strategi dan Pembangunan Korporat, Sarawak Energy Berhad; Encik Nelson Samuel, Pengarah Bahagian Teknologi Hijau, MIDA; Motohide Okuda, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Negara MUFG Malaysia; YBhg. Datuk Sikh Shamsul Ibrahim bin Sikh Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA); YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC); Masakazu Osawa, Ketua Eksekutif MUFG bagi rantau APAC; dan Timothy Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sarawak.

MUFG N0W Sarawak perkasakan tenaga hijau dan pertumbuhan mapan di Asia

Maybank tawar bantuan kewangan kepada pelanggan terjejas kebakaran saluran gas Putra Heights

Ikuti Kami

  • 1.1k Pengikut

Disyorkan

Malaysia’s economy to grow at moderate pace of 4.0 percent this year — World Bank

Malaysia’s economy to grow at moderate pace of 4.0 percent this year — World Bank

3 tahun yang lepas
8
Md Amin (hadapan, kiri) menunjukkan dokumen MoU yang telah ditandatanganinya bersama Dr Hasan pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara YADIM dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

UPSI antara 27 IPT meterai MoU dengan YADIM, perkasa agenda dakwah melalui pendidikan

5 bulan yang lepas
23
Photo by Korie Cull

Program Jelajah HAWANA 2024 tingkat pemahaman mahasiswa Sabah tentang dunia kewartawanan

2 tahun yang lepas
28
turned on black quadcopter drone

Malaysia teratas di Asia Tenggara dalam Indeks Kesediaan Dron 2023

3 tahun yang lepas
31

Instagram

  • Dari rintik kecil pada 2005, Hujan kini menjadi gelombang besar yang membasahi industri muzik Malaysia dan Nusantara. 🌧

20 tahun perjalanan, penuh cerita, emosi dan kenangan — kini tiba masanya untuk kita raikan bersama dalam satu malam istimewa.

🎟 Tiket mula dijual Jumaat, 10 April, 3 petang di Ticket2U
📍 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
🗓 27 Jun 2026 | 8.30 malam

#hujan20tahun #hujan #indie #konsertlokal  #raingers
  • “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini. 

Ikhlas dari Akses Malaysia.

#Ramadan #Ramadan1447 #Ramadan2026 #AksesMalaysia
  • Selamat Tahun Baru Cina 2026 buat semua rakan-rakan yang menyambutnya! Semoga tahun Naga ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, dan kemewahan yang melimpah-ruah buat kita semua. Gong Xi Fa Cai! 
#SelamatTahunBaruCina #GongXiFaCai2026 #CNY2026 #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
  • Seluruh warga Akses Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua pembaca yang telah berjaya mencapai azam tahun lepas. Kalau tak berjaya, kita cuba lagi dengan azam tahun ini. Kalau sudah 5 tahun mencuba (ya, awak yang merancang nak diet tu), tak apalah. Jangan kawan dengan azam dah. 

Sehubungan dengan itu, dengan iltizam dan amanah baharu, mari kita sambut tahun baharu dengan lebih yakin penuh martabat.
 
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

#AksesMalaysia #MalaysiaMADANI #MADANI #TahunBaharu2026 #2026
  • Festival Irama Asli dan Asal 2025 akan berlangsung pada 12 hingga 14 Disember di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, menampilkan warisan masyarakat Orang Asli dan Orang Asal melalui persembahan tradisi, pameran kraftangan dan muzik asli. Acara anjuran YKOA dengan sokongan MOTAC itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan usaha memulihara budaya. Festival dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Berita penuh di aksesmalaysia.my
  • Selamat Hari Malaysia! 16 September 1963 menyaksikan lahirnya Malaysia hasil penyatuan Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu. Hari ini, kita raikan semangat perpaduan serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.

…

Hari Malaysia ialah hari kebangsaan yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada tarikh ini, Sabah, Sarawak, dan Singapura (ketika itu) bergabung bersama Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia. Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, tarikh bersejarah ini kekal penting kerana ia menandakan kelahiran negara Malaysia yang kita kenali hari ini.

Yang disambut pada Hari Malaysia ialah:
• Penyatuan wilayah – Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu menjadi satu negara.
• Semangat perpaduan – meraikan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama.
• Kemerdekaan bersama – mengekalkan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran negara.

Sejak tahun 2010, Hari Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai cuti umum di seluruh negara, sama pentingnya dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

#HariMalaysia #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
  • Tengah survey rumah untuk raya ke tu?👀 SPNB ada buat promosi raya tau sekarang ... 
hanya unit-unit terpilih saje! Boleh check dekat media social SPNB atau contact number kat bawah ni untuk maklumat lebih lanjut. Jom Raya Bergaya dengan SPNB! 🌙✨

📞: 019 379 6400
☎️: 03 7849 2038
__
#SPNB #SPNBSalesOfficial #Unitetoignite #MalaysiaMadani #AksesMalaysia #GayaTravel #CutiCutiMalaysia
  • Jemputan Eksklusif | Media Roundtable: Misi Umrah 1,000 Asnaf

Satu sesi santai bersama ikhlas.com, menampilkan Ikhlas Kamarudin & Datuk Kamarudin Meranun untuk berkongsi pandangan dan membuka peluang kolaborasi bagi misi Umrah 1,000 Asnaf inisiatif untuk membantu 1,000 individu yang layak menunaikan umrah.

Tarikh: 18 April 2025 (Jumaat)
Masa: 3:00 – 5:00 petang
Lokasi: M Resort & Hotel, Bukit Kiara

#Umrah1000Asnaf 
#MediaRoundtable
#ikhlasDotCom
#CapitalA
#KolaborasiBermakna 
#InspirasiUmrah
#CSRMalaysia
#MisiKemanusiaan 
#BersamaBantuAsnaf
#AksesMalaysia
  • 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀

Nantikan drama khas terbitan Kerajaan Negeri Selangor, sebuah karya penuh emosi yang menggambarkan perjuangan, harapan dan jati diri anak Selangor. Disulami nilai kemanusiaan dan kekuatan komuniti, drama ini mengangkat semangat rakyat yang tidak pernah luntur. Inilah kisah kita. Inilah Semangat Kita, Selangor!

𝐓𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀🎬

📅 21 April 2025 (Isnin)
⏰ 9.00 Malam
📺 RTM 2

𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor𝗠𝗮𝗷𝘂𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮
#SeniBudayaCahayaNegeri
#AksesMalaysia

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Singapura Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
IKLAN

Sorotan Utama

Ikhlas.com buka cawangan di Johor, taja 100 asnaf tunai umrah

Episod minyak sawit Upin & Ipin raih dua anugerah APB+ di Singapura

Hotel Renaissance Johor Bahru perkenal pakej keluarga sempena cuti sekolah

Sir Mo Farah gesa sukan disepadukan dalam dasar kesihatan mental belia global

Suruhanjaya Sekuriti lancar cabaran RIFAR jadikan ketahanan banjir keutamaan pasaran modal

AirAsia X kekal pegangan sijil keselamatan global IOSA sehingga 2028

Trending

HSBC Subang Jaya
Berita

HSBC buka Pusat Premier ketiga di Subang Jaya

oleh Akses Malaysia
Mei 28, 2026
0
9

HSBC Malaysia membuka Pusat Premier ketiga di Subang Jaya bagi memperluas perbankan premium dan pengurusan kekayaan.

wonderworks

WonderWorks sasar 5,000 peserta untuk Larian Sungai Pulau Pinang 2026

Mei 26, 2026
24

IKIM tegaskan institusi Raja tunjang kestabilan dan perpaduan negara

Mei 26, 2026
14
ikhlascom buka cawangan johor

Ikhlas.com buka cawangan di Johor, taja 100 asnaf tunai umrah

Mei 26, 2026
39
Upin Ipin dalam episod Minyak Sawit

Episod minyak sawit Upin & Ipin raih dua anugerah APB+ di Singapura

Mei 25, 2026
19

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

IKLAN

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,503)
    • Dunia (46)
    • Ekonomi & Niaga (412)
    • Kembara & Pelancongan (108)
    • Kesihatan (59)
    • Nasional (577)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (26)
    • Sekolah & Kampus (81)
    • Sosial (13)
    • Sukan (22)
  • Gaya Hidup (371)
    • Budaya (27)
    • Kembara & Pelancongan (143)
    • Pengajian dan Pendidikan (5)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (58)
    • Selera (31)
    • Seni & Hiburan (101)
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan (2)
  • Negeri (98)
    • Johor (5)
    • Kedah (1)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (3)
    • Negeri Sembilan (1)
    • Pahang (2)
    • Perak (12)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (5)
    • Sarawak (15)
    • Selangor (30)
    • Terengganu (1)
  • Rencana (298)
    • Agama dan Moral (38)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (36)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (49)
    • Keluarga (26)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (25)
    • Lestari (24)
    • Pendapat (6)
    • Pendidikan dan Kerjaya (42)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (13)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

HSBC Subang Jaya

HSBC buka Pusat Premier ketiga di Subang Jaya

Mei 28, 2026
wonderworks

WonderWorks sasar 5,000 peserta untuk Larian Sungai Pulau Pinang 2026

Mei 26, 2026

IKIM tegaskan institusi Raja tunjang kestabilan dan perpaduan negara

Mei 26, 2026
ikhlascom buka cawangan johor

Ikhlas.com buka cawangan di Johor, taja 100 asnaf tunai umrah

Mei 26, 2026
Upin Ipin dalam episod Minyak Sawit

Episod minyak sawit Upin & Ipin raih dua anugerah APB+ di Singapura

Mei 25, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Selamat datang!

Log masuk ke akaun anda di bawah

Lupa Kata Kunci?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log masuk

Add New Playlist

Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Utama
  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Sekolah & Kampus
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Melaka
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
  • Rencana
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.