• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Khamis, 19 November 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Hari Falsafah Sedunia 2026: Malaysia bawa falsafah al-Quran dan kearifan peradaban Melayu ke pentas dialog antarabangsa

    Hari Falsafah Sedunia 2026: Malaysia bawa falsafah al-Quran dan kearifan peradaban Melayu ke pentas dialog antarabangsa

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan itu termasuk pemberian wang saku yang memberi manfaat kepada 4,194 penghuni institusi, merangkumi 1,849 kanak-kanak, 1,161 warga emas, 840 orang kurang upaya (OKU) dan 344 orang papa.

    RM241.44 juta untuk institusi JKM, KPWKM perkukuh perlindungan golongan sasar

    Dua pemain daripada pasukan New Impact B menerima Tekong dan Apit Kiri terbaik atas prestasi cemerlang masing-masing dalam Liga Takraw Nasional Mekdi Zon Tengah Selatan. Muhammad Ikram Danial bin Jaafar, 15, dinobatkan sebagai Tekong Terbaik, manakala Arif Danial bin Mohd Hasan Al Hafiz, 16, menerima anugerah Apit Kiri (Feeder) Terbaik.

    New Impact 29 B juara Zon Tengah–Selatan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026

    Tabiat kewangan, literasi jadi kunci persediaan persaraan – FWD

    Tabiat kewangan, literasi jadi kunci persediaan persaraan – FWD

    MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

    MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

    Close-up of a computer chip on a blue circuit board with glowing light patterns. Concept for artificial intelligence, quantum computing and data processing

    AS ketatkan peraturan eksport cip AI, Malaysia antara negara terlibat

    Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik

    Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik

    MITI nafi beri pelepasan kepada Megaspeed International dan Speedmatrix, siasat kemungkinan eksport semula cip AI

    MITI nafi beri pelepasan kepada Megaspeed International dan Speedmatrix, siasat kemungkinan eksport semula cip AI

    JPPKK perkasa pembelajaran fleksibel menerusi pelancaran Pusat APEL M, APMS dan garis panduan Micro-Credentials

  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cantik
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    voco hotel kuching_room

    voco Kuching by IHG, Hotel Baharu yang Mencuri Perhatian di Sarawak

    Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

    Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

    Sarawak cultural village

    Kuching dan pesona yang tidak pernah habis diterokai

    AirAsia tawar promosi tambang serendah RM119 ke seluruh Asean dengan diskaun Value Pack 30 peratus

    AirAsia tawar promosi tambang serendah RM119 ke seluruh Asean dengan diskaun Value Pack 30 peratus

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    Kuching Sarawak

    10 Pengalaman menarik menelusuri cita rasa Kuching

    Waldorf Astoria Kuala Lumpur tawar pengalaman penginapan serba mewah

    Waldorf Astoria Kuala Lumpur tawar pengalaman penginapan serba mewah

    5 Pengalaman menarik untuk diterokai di Perlis dan Kedah

    5 Pengalaman menarik untuk diterokai di Perlis dan Kedah

    Ketua Pegawai Eksekutif EMAX Corporate, Wilson Lee menyampaikan cenderahati kepada Miss World Asia 2026, Tanuashiya Chetty.

    Pendekatan baharu kecantikan dengan ION+Glow™ dan PlasmFX

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Home Gaya Hidup

5 Pengalaman menarik untuk diterokai di Perlis dan Kedah

Aidil Abdullah by Aidil Abdullah
Oktober 30, 2026
in Gaya Hidup, Kedah, Kembara, Negeri, Perlis
Reading Time: 12 mins read
0 0
A A
0
5 Pengalaman menarik untuk diterokai di Perlis dan Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

Perlis dan Kedah mungkin bukan destinasi pertama yang terlintas di fikiran apabila merancang percutian, namun kedua-dua negeri di utara Semenanjung Malaysia ini sebenarnya mempunyai pelbagai tarikan menarik untuk diterokai.

Daripada menikmati hidangan laut yang menyelerakan, menyusuri sungai dan meneroka gua bersejarah hinggalah mengunjungi lokasi warisan, ada banyak pengalaman yang boleh dicuba. Terdapat juga destinasi membeli-belah serta pilihan penginapan yang sesuai untuk berehat selepas seharian berjalan-jalan.

Jika anda sedang mencari idea untuk percutian seterusnya, berikut ialah lima pengalaman menarik di Perlis dan Kedah yang boleh dimasukkan dalam itinerari anda.

ADVERTISEMENT

1. Menikmati hidangan makanan laut dengan suasana berbeza

Percutian ke utara Malaysia tidak lengkap tanpa mencuba sajian tempatan yang menjadi tarikan penggemar makanan. Di Perlis dan Kedah, pengalaman menjamu selera bukan sahaja tentang keenakan makanan, malah turut diserikan dengan suasana yang tersendiri.

Menikmati makanan laut sambil melihat pemandangan matahari terbenam sememangnya pengalaman yang menyeronokkan. Gambar oleh Aidil Abdullah

Bagi penggemar makanan laut, Ghatah Siput Bakaq di Perlis menawarkan pengalaman menjamu selera yang berbeza dengan pelbagai pilihan hidangan, termasuk belangkas. Pengunjung juga berpeluang menikmati suasana bot-bot di sekitar kawasan tersebut sambil menyaksikan matahari terbenam. Kemudahan seperti surau dan tandas turut disediakan bagi keselesaan pengunjung.

Dusun Riffa menawarkan pengalaman menjamu selera dengan pilihan hidangan yang menyelerakan dalam suasana penuh nostalgia seperti di kampung halaman. Gambar oleh Aidil Abdullah

Beralih ke Kedah, Dusun Riffa yang terletak di Changlun menawarkan pelbagai hidangan makanan laut dalam suasana santai berkonsepkan kampung. Pengunjung juga boleh mencuba masakan asli Thai yang kaya dengan cita rasa tersendiri. Selain menikmati hidangan, pengunjung turut berpeluang melihat-lihat barangan daripada vendor tempatan yang boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang.

Menampilkan aneka hidangan berasaskan ikan yang menyelerakan sebagai menu utama. Gambar oleh Aidil Abdullah

Sementara itu, Restoran Anjung Kuala Ikan Bakar boleh dijadikan satu lagi persinggahan bagi menikmati hidangan laut sambil menghayati pemandangan pesisir. Terletak berhampiran marina, restoran ini menyajikan ikan bakar dan pelbagai hidangan makanan laut yang lebih menarik dinikmati ketika matahari mula terbenam.

Daripada suasana kampung yang santai hingga pemandangan pesisir yang menenangkan, setiap lokasi menawarkan pengalaman tersendiri untuk diterokai. Ketiga-tiga destinasi ini boleh dijadikan persinggahan bagi melengkapkan perjalanan kulinari anda ketika berkunjung ke Perlis dan Kedah.

2. Mendekati alam semula jadi melalui pengalaman yang berbeza

Bagi mereka yang ingin berehat daripada kesibukan bandar, Perlis dan Kedah menawarkan pelbagai pilihan untuk menikmati alam semula jadi. Sama ada meneroka laluan gua, menikmati pemandangan dari kawasan tanah tinggi atau berkayak menyusuri sungai, setiap lokasi mempunyai keunikan tersendiri.

ArtikelBerkaitan

voco Kuching by IHG, Hotel Baharu yang Mencuri Perhatian di Sarawak

Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

Kuching dan pesona yang tidak pernah habis diterokai

Pengalaman cave walk menyusuri keunikan dan keindahan Gua Kelam. Gambar oleh Aidil Abdullah

Di Perlis, Gua Kelam menawarkan pengalaman meneroka gua batu kapur yang turut menyimpan sejarah aktiviti perlombongan bijih timah. Laluan gua ini membolehkan pengunjung melihat formasi batuan semula jadi sambil mengenali kaitan kawasan tersebut dengan sejarah perlombongan di negeri ini.

Menyusuri Tasik Timah Tasoh sambil melihat suasana menghijau. Gambar oleh Aidil Abdullah

Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh turut menawarkan aktiviti berasaskan alam semula jadi yang memberi peluang kepada pengunjung untuk memberi makan ikan air tawar, menikmati pengalaman menaiki bot mengelilingi Tasik Timah Tasoh serta membeli produk ikan perkasam tempatan yang mendapat liputan menerusi Buletin TV3, sekali gus memperkenalkan produk tempatan itu kepada khalayak yang lebih luas.

Telaga Tok Syeikh yang dikaitkan dengan penyebaran awal Islam di Kedah dan juga suasana di kawasan tinggi gunung. Gambar oleh Aidil Abdullah

Beralih ke Kedah, Gunung Jerai menawarkan gabungan pemandangan alam dan aktiviti rekreasi. Pengunjung boleh singgah di Jerai Hill Strawberry Farm, meneroka Telaga Tok Syeikh atau mencuba Sky Bike untuk pengalaman yang berbeza ketika berada di kawasan tanah tinggi.

Menyusuri hutan paya bakau sambil berkayak. Gambar oleh Aidil Abdullah

Namun, jika anda ingin meneroka ekosistem sungai pula, Sungai Merbok menjadi pilihan untuk mengenali hutan paya bakau di sepanjang sungai. Pengalaman menyusuri laluan air ini membolehkan pengunjung melihat dengan lebih dekat persekitaran semula jadi yang memainkan peranan penting dalam ekosistem pesisir. Anda boleh memilih untuk meneroka sungai tersebut menggunakan bot khas ataupun dengan berkayak.

3. Menyingkap kisah warisan dan sejarah Kedah

Selain tarikan alam semula jadi, Kedah turut mempunyai lokasi bersejarah yang membolehkan pengunjung mengenali kisah negeri ini dengan lebih dekat. Bagi penggemar sejarah dan seni bina, beberapa lokasi di Alor Setar boleh diterokai dalam satu perjalanan.

Suasana di bahagian hadapan dan ruang dalaman Istana Pelamin. Gambar oleh Aidil Abdullah

Istana Pelamin merupakan antara lokasi warisan yang mempunyai kaitan dengan sejarah institusi diraja Kedah. Kunjungan ke sini membuka peluang untuk mengenali warisan dan adat istiadat diraja yang menjadi sebahagian daripada identiti negeri tersebut.

Masjid Zahir yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, terkenal dengan seni bina klasik dan reka bentuknya yang unik. Gambar oleh Aidil Abdullah

Tidak jauh daripada tarikan bersejarah lain di bandar ini, Masjid Zahir pula menonjol menerusi seni bina Islamnya yang tersendiri. Masjid ini menjadi antara mercu tanda terkenal Alor Setar dan sesuai dikunjungi oleh mereka yang berminat terhadap seni bina serta warisan budaya tempatan.

Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih terpelihara dan dijaga rapi, mengekalkan keaslian seni bina tradisionalnya di Alor Setar. Gambar oleh Aidil Abdullah

Sementara berada di Alor Setar, alangkah bagusnya jika anda menyinggah ke Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad . Lokasi ini memberikan gambaran tentang kehidupan awal bekas Perdana Menteri Malaysia itu, selain membolehkan pengunjung mengenali latar belakang seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam sejarah politik negara.

Apabila berkunjung ke lokasi-lokasi ini, perjalanan ke Kedah bukan sekadar percutian, namun turut menjanjikan peluang untuk memahami sejarah dan warisan yang membentuk identiti negeri tersebut.

4. Memburu makanan dan produk keluaran tempatan dan sempadan pada harga berpatutan

Selain menikmati tarikan pelancongan, aktiviti membeli-belah turut menjadi sebahagian daripada pengalaman bercuti. Perlis dan Kedah menawarkan destinasi yang sesuai untuk mencari makanan, cenderamata serta barangan tempatan untuk dibawa pulang.

Aneka makanan ringan dan produk keluaran sempadan yang boleh dibeli. Gambar oleh Aidil Abdullah

Di Perlis, Padang Besar terkenal sebagai destinasi membeli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan barangan dan makanan, termasuk produk dari Thailand. Pengunjung boleh meluangkan masa meneroka gerai dan kedai yang menjual makanan ringan, kudapan serta pelbagai barangan mengikut keperluan dan bajet masing-masing.

Pekan Rabu yang penuh dengan produk bumiputera yang menarik. Gambar oleh Aidil Abdullah

Di Kedah pula, Pekan Rabu merupakan antara destinasi yang sinonim dengan produk tempatan dan makanan tradisional. Pekan ini hanya dibuka sekali seminggu pada hari Rabu. Pelbagai pilihan seperti kuih-muih, makanan tempatan dan barangan berkaitan budaya Melayu boleh ditemui di sini.

Kedai songkok pilihan Tun Dr Mahathir Mohammad yang terletak di Pekan Rabu. Gambar oleh Aidil Abdullah

Menariknya, Pekan Rabu turut menempatkan sebuah kedai songkok yang menjadi pilihan Tun Dr Mahathir Mohamad dan para pembesar Kedah, iaitu Songkok Style Tun . Bukan sahaja menjadi kegemaran Tun M, namun juga menjadi pilihan orang ramai dan golongan kenamaan.

Bagi pengunjung yang ingin membawa pulang buah tangan atau mencari produk yang mencerminkan identiti masyarakat setempat, destinasi ini wajar dimasukkan dalam itinerari.

Kedua-dua lokasi ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang berbeza, sama ada untuk mencari makanan kegemaran, mendapatkan cenderamata atau sekadar menikmati suasana pasar dan perniagaan tempatan.

5. Memilih penginapan mengikut gaya percutian

Selepas seharian meneroka pelbagai tarikan, penginapan yang strategik dan selesa boleh menjadikan perjalanan lebih mudah. Sama ada anda mengutamakan akses kepada lokasi pelancongan, suasana santai atau aktiviti rekreasi, terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Suasana penginapan yang dikelilingi suasana hijau. Gambar oleh Aidil Abdullah

Bagi pengunjung yang ingin meneroka tarikan di Perlis, Clubrock Perlis Signature Hotel boleh dipertimbangkan sebagai pilihan penginapan untuk perjalanan yang merangkumi kawasan sekitar Gua Kelam. Lokasi penginapan yang sesuai dapat membantu memudahkan perancangan aktiviti sepanjang berada di negeri ini.

Bilik yang penuh selesa, sesuai untuk berehat selepas seharian meneroka Alor Setar. Gambar oleh Aidil Abdullah

Jika perjalanan lebih tertumpu di Alor Setar, Royal Signature Hotel menawarkan penginapan di tengah bandar dengan akses ke beberapa tarikan popular. Antaranya termasuk Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Masjid Zahir, Istana Pelamin, Menara Alor Setar dan Pekan Rabu. Kedudukannya menjadikan hotel ini pilihan yang praktikal bagi pengunjung yang ingin meneroka tarikan bandar dalam satu perjalanan.

Tempat persinggahan yang lengkap dengan aktivit yang menarik. Gambar oleh Aidil Abdullah

Sementara itu, Permaipura Golf & Country Club sesuai dipertimbangkan oleh mereka yang menginginkan suasana lebih santai di luar kesibukan bandar. Selain kemudahan golf, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti rekreasi seperti mengunjungi mini zoo, memanah, memancing dan bermain paintball, bergantung pada kemudahan serta ketersediaan aktiviti.

Dengan pilihan penginapan yang berbeza, pengunjung boleh menyesuaikan perjalanan mengikut minat masing-masing, sama ada untuk percutian keluarga, aktiviti bersama rakan atau percutian singkat pada hujung minggu.

Terokai keunikan perlis dan kedah

Perlis dan Kedah membuktikan bahawa percutian di utara Semenanjung Malaysia menawarkan lebih daripada sekadar persinggahan. Daripada mencuba hidangan makanan laut dan menikmati keindahan alam semula jadi hingga menelusuri warisan sejarah serta mencari produk tempatan, setiap pengalaman memberikan sudut berbeza untuk mengenali kedua-dua negeri ini.

Justeru, dengan perancangan yang sesuai anda boleh menggabungkan aktiviti santai, penerokaan budaya dan restoran dalam satu perjalanan. Jadi, jika destinasi utara Malaysia masih belum berada dalam senarai percutian anda, inilah masanya untuk meninjau apa yang ditawarkan oleh mereka.

Aidil Abdullah

Sebuah ruang peribadi untuk merakam idea, berkongsi pengalaman dan mengabadikan hal-hal yang mencuri perhatian. Dikenali dengan nama pena Aidil Abdullah

  • Aidil Abdullah
    November 19, 2026
    Hari Falsafah Sedunia 2026: Malaysia bawa falsafah al-Quran dan kearifan peradaban Melayu ke pentas dialog antarabangsa
  • Aidil Abdullah
    November 17, 2026
    MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi
  • Aidil Abdullah
    November 17, 2026
    Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik
  • Aidil Abdullah
    November 17, 2026
    MITI nafi beri pelepasan kepada Megaspeed International dan Speedmatrix, siasat kemungkinan eksport semula cip AI
Tags: Cuti-Cuti MalaysiaPelancongan KedahPelancongan PerlisTourism KedahTourism MalaysiaTourism Perlis
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

Pendekatan baharu kecantikan dengan ION+Glow™ dan PlasmFX

Next Post

Tourism Malaysia, China Airlines anjur program lawatan mewah libat wakil industri pelancongan Amerika Utara

Aidil Abdullah

Aidil Abdullah

Sebuah ruang peribadi untuk merakam idea, berkongsi pengalaman dan mengabadikan hal-hal yang mencuri perhatian. Dikenali dengan nama pena Aidil Abdullah

Artikel Berkaitan

AirAsia kembali tawar TEMPAT DUDUK PERCUMA* dengan penerbangan ke destinasi percutian terbaik daripada RM25 termasuk semua** sehala
Kembara

AirAsia kembali tawar TEMPAT DUDUK PERCUMA* dengan penerbangan ke destinasi percutian terbaik daripada RM25 termasuk semua** sehala

Jun 14, 2023
14
PLBS
Berita

PLBS umum barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2025-2027

April 7, 2025
57
Tak Hanya Diam, Padi Reborn rayakan Konsert Ulang Tahun ke-25 di Malaysia
Seni

Tak Hanya Diam, Padi Reborn rayakan Konsert Ulang Tahun ke-25 di Malaysia

September 27, 2022
16
Next Post
Tourism Malaysia, China Airlines anjur program lawatan mewah libat wakil industri pelancongan Amerika Utara

Tourism Malaysia, China Airlines anjur program lawatan mewah libat wakil industri pelancongan Amerika Utara

Waldorf Astoria Kuala Lumpur tawar pengalaman penginapan serba mewah

Waldorf Astoria Kuala Lumpur tawar pengalaman penginapan serba mewah

Nga Kor Ming gesa kerjasama global bina perumahan berkualiti berasaskan empat piawaian

Nga Kor Ming gesa kerjasama global bina perumahan berkualiti berasaskan empat piawaian

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Sorotan Utama

Tabiat kewangan, literasi jadi kunci persediaan persaraan – FWD

voco Kuching by IHG, Hotel Baharu yang Mencuri Perhatian di Sarawak

Robert Pattinson dipilih sebagai James Bond baharu, ganti Daniel Craig

MDEC perkukuh kerjasama digital Malaysia-Perancis, tarik pelaburan bernilai tinggi

AS ketatkan peraturan eksport cip AI, Malaysia antara negara terlibat

Presiden Perancis Emmanuel Macron adakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia, lonjak hubungan ke Perkongsian Strategik

Trending

Hari Falsafah Sedunia 2026: Malaysia bawa falsafah al-Quran dan kearifan peradaban Melayu ke pentas dialog antarabangsa
Berita

Hari Falsafah Sedunia 2026: Malaysia bawa falsafah al-Quran dan kearifan peradaban Melayu ke pentas dialog antarabangsa

by Aidil Abdullah
November 19, 2026
0
3

WPD 2026 mengetengahkan peranan falsafah al-Quran dalam memelihara kelestarian tamadun Melayu menerusi persidangan antarabangsa selama tiga hari...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan itu termasuk pemberian wang saku yang memberi manfaat kepada 4,194 penghuni institusi, merangkumi 1,849 kanak-kanak, 1,161 warga emas, 840 orang kurang upaya (OKU) dan 344 orang papa.

RM241.44 juta untuk institusi JKM, KPWKM perkukuh perlindungan golongan sasar

November 18, 2026
10
Dua pemain daripada pasukan New Impact B menerima Tekong dan Apit Kiri terbaik atas prestasi cemerlang masing-masing dalam Liga Takraw Nasional Mekdi Zon Tengah Selatan. Muhammad Ikram Danial bin Jaafar, 15, dinobatkan sebagai Tekong Terbaik, manakala Arif Danial bin Mohd Hasan Al Hafiz, 16, menerima anugerah Apit Kiri (Feeder) Terbaik.

New Impact 29 B juara Zon Tengah–Selatan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026

November 18, 2026
11
Tabiat kewangan, literasi jadi kunci persediaan persaraan – FWD

Tabiat kewangan, literasi jadi kunci persediaan persaraan – FWD

November 18, 2026
17
voco hotel kuching_room

voco Kuching by IHG, Hotel Baharu yang Mencuri Perhatian di Sarawak

November 18, 2026
9
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Hari Falsafah Sedunia 2026: Malaysia bawa falsafah al-Quran dan kearifan peradaban Melayu ke pentas dialog antarabangsa

Hari Falsafah Sedunia 2026: Malaysia bawa falsafah al-Quran dan kearifan peradaban Melayu ke pentas dialog antarabangsa

November 19, 2026
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan itu termasuk pemberian wang saku yang memberi manfaat kepada 4,194 penghuni institusi, merangkumi 1,849 kanak-kanak, 1,161 warga emas, 840 orang kurang upaya (OKU) dan 344 orang papa.

RM241.44 juta untuk institusi JKM, KPWKM perkukuh perlindungan golongan sasar

November 18, 2026
Dua pemain daripada pasukan New Impact B menerima Tekong dan Apit Kiri terbaik atas prestasi cemerlang masing-masing dalam Liga Takraw Nasional Mekdi Zon Tengah Selatan. Muhammad Ikram Danial bin Jaafar, 15, dinobatkan sebagai Tekong Terbaik, manakala Arif Danial bin Mohd Hasan Al Hafiz, 16, menerima anugerah Apit Kiri (Feeder) Terbaik.

New Impact 29 B juara Zon Tengah–Selatan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026

November 18, 2026

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Aktif
    • Cantik
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda AI Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Fadillah Yusof Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Kewangan Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton PRU15 Ramadan Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,739)
    • Dunia (58)
    • Ekonomi & Niaga (437)
    • Kembara & Pelancongan (131)
    • Kesihatan (65)
    • Nasional (703)
    • Politik (103)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (34)
    • Sekolah & Kampus (98)
    • Sosial (21)
    • Sukan (34)
  • Gaya Hidup (407)
    • Aktif (3)
    • Cantik (1)
    • Cipta Rasa (1)
    • Ilmu (6)
    • Kembara (155)
    • Selera (36)
    • Seni (116)
    • Teknologi (59)
    • Warisan (28)
  • Negeri (112)
    • Johor (5)
    • Kedah (4)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (2)
    • Pahang (2)
    • Perak (15)
    • Perlis (1)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (6)
    • Sarawak (17)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (3)
  • Rencana (316)
    • Agama dan Moral (39)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (39)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (53)
    • Keluarga (28)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (28)
    • Lestari (26)
    • Pendapat (8)
    • Pendidikan dan Kerjaya (45)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (16)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Hari Falsafah Sedunia 2026: Malaysia bawa falsafah al-Quran dan kearifan peradaban Melayu ke pentas dialog antarabangsa

Hari Falsafah Sedunia 2026: Malaysia bawa falsafah al-Quran dan kearifan peradaban Melayu ke pentas dialog antarabangsa

November 19, 2026
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan itu termasuk pemberian wang saku yang memberi manfaat kepada 4,194 penghuni institusi, merangkumi 1,849 kanak-kanak, 1,161 warga emas, 840 orang kurang upaya (OKU) dan 344 orang papa.

RM241.44 juta untuk institusi JKM, KPWKM perkukuh perlindungan golongan sasar

November 18, 2026
Dua pemain daripada pasukan New Impact B menerima Tekong dan Apit Kiri terbaik atas prestasi cemerlang masing-masing dalam Liga Takraw Nasional Mekdi Zon Tengah Selatan. Muhammad Ikram Danial bin Jaafar, 15, dinobatkan sebagai Tekong Terbaik, manakala Arif Danial bin Mohd Hasan Al Hafiz, 16, menerima anugerah Apit Kiri (Feeder) Terbaik.

New Impact 29 B juara Zon Tengah–Selatan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026

November 18, 2026
Tabiat kewangan, literasi jadi kunci persediaan persaraan – FWD

Tabiat kewangan, literasi jadi kunci persediaan persaraan – FWD

November 18, 2026
voco hotel kuching_room

voco Kuching by IHG, Hotel Baharu yang Mencuri Perhatian di Sarawak

November 18, 2026
  • Tentang Kami
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2026. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama