Selalu tiba di lapangan terbang betul-betul sebelum waktu berlepas? Mungkin lepas ini boleh cuba datang lebih awal. Bukan sahaja tak perlu tergesa-gesa ke pintu pelepasan, tetapi boleh isi masa yang terluang dengan pelbagai aktiviti.
Ada banyak pilihan makanan, produk tempatan dan buah tangan di lapangan terbang. Kalau datang menghantar atau menjemput seseorang pun, ada tempat yang boleh anda singgah.
Ini lima sebab kenapa elok luangkan sedikit masa di lapangan terbang.
1. Isi perut dulu baru terbang
Perjalanan mesti akan jadi lebih selesa bila perut sudah kenyang! Jadi bila datang awal, bolehlah makan dengan tenang tanpa perlu asyik tengok jam.


Nak makanan berat? Ada D’Apple Fried Chicken di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) dan Nasi Kandar Line Clear di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN).

Untuk makanan ringan pula, boleh cuba Nasken Coffee di KBR atau Kopi Ping di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), manakala Acai Flow di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) menawarkan acai bowl bersama buah-buahan dan pelbagai topping tambahan.
Sampai awal, isi perut dan mulakan perjalanan dengan lebih santai.
2. Temui rasa tempatan untuk dibawa pulang
Kadangkala sesetengah makanan membuatkan kita teringat pada sesuatu destinasi. Kalau tidak berpeluang menikmati sesuatu juadah tempatan sepanjang waktu anda bercuti, cuba lihat apa yang ada di lapangan terbang.
Di Little Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), anda boleh mendapatkan kudapan tempatan seperti amplang. Dari Sarawak pula, Taste of Borneo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) menawarkan pilihan tempatan yang sangat terkenal seperti kek lapis dan lada hitam Sarawak.
Di Sense of Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) pula, terdapat pelbagai produk dan cenderamata tempatan untuk diterokai.
Sekurang-kurangnya sempatlah bawa pulang sedikit rasa dari tempat yang baru anda lawati.
3. Tak terbang pun boleh singgah
Datang ke lapangan terbang untuk menghantar keluarga atau menjemput kawan? Kalau ada masa, bolehlah singgah makan atau melihat-lihat kedai di kawasan awam sebelum pulang.
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK), terdapat Burger King, Habib Jewels dan Bath & Body Works, kedua-dua jenama ini hanya ada satu cawangan sahaja di Langkawi. Anda juga boleh minum kopi di Kopi Kita. Semuanya terletak di kawasan awam, jadi tak perlu ada tiket penerbangan untuk singgah.
Di lapangan terbang lain pun ada pilihan yang boleh dicuba. Kopi Saigon di Lapangan Terbang Sandakan (SDK) sesuai untuk yang mahu mengopi, manakala MySelera Restaurant di Lapangan Terbang Bintulu (BTU) boleh menjadi tempat makan bersama. Kalau mencari kudapan, ada Ban Heang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) dan Widaya di Lapangan Terbang Labuan (LBU).
Jadi, lain kali, bila datang menghantar atau menjemput seseorang, tak perlu terus beredar. Ambil peluang untuk duduk makan atau minum bersama.
4. Buah tangan belum beli? Sempat lagi!
Teringat pada seseorang yang belum dibelikan buah tangan? Masih ada masa untuk mencari sesuatu yang istimewa sebelum berlepas.
Karyaneka di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) ada jual hasil kraf Malaysia seperti batik, songket, anyaman dan seramik. Di Borneo Heritage di Lapangan Terbang Miri (MYY) pula ada kraftangan dan cenderamata tempatan seperti bakul anyaman, pakaian dan aksesori.
Dari Kelantan, Aman Batik di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) menawarkan koleksi berinspirasikan tradisi batik Kelantan, manakala Siti Khadijah mempunyai pilihan telekung dan produk gaya hidup Muslimah yang praktikal untuk dijadikan hadiah.
5. Sudah berbelanja? Simpan resit!
Selepas makan, minum kopi atau membeli-belah, jangan terus buang resit.

Pembelian anda mungkin melayakkan anda menyertai kempen Belanja & Menang! Melalui kempen ini, sekiranya anda berbelanja di lapangan terbang antarabangsa dan domestik terpilih di seluruh Malaysia (kecuali KLIA Terminal 1 dan Terminal 2), anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik!
Caranya mudah: belanja sekurang-kurangnya RM25 di lapangan terbang domestik atau RM50 di lapangan terbang antarabangsa yang mengambil bahagian*, dengan maksimum dua resit bagi setiap penyertaan. Lengkapkan borang penyertaan dan muat naik resit anda.
Mana tahu anda berpeluang untuk bawa pulang hadiah seperti Proton e.MAS 7 Prime, motosikal KTM Duke 390, jongkong emas, dan pakej percutian Traveloka, hanya dengan berbelanja di lapangan terbang.
Jadi, lain kali bila nak terbang, atau nak menjemput atau menghantar sesiapa, apa kata datang lebih awal? Ada masa untuk makan, cari produk tempatan, membeli buah tangan dan menikmati apa yang ditawarkan di lapangan terbang tanpa perlu tergesa-gesa.
Paling penting, tak perlulah berlari satu lapangan terbang bila nama sendiri dah mula dipanggil!
* Lapangan terbang yang mengambil bahagian:
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH), Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR), Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (IPH), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR), Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG), Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (KUA), Lapangan Terbang Bintulu (BTU), Lapangan Terbang Miri (MYY), Lapangan Terbang Limbang (LMN), Lapangan Terbang Mukah (MKM), Lapangan Terbang Sibu (SBW), Lapangan Terbang Sandakan (SDK), Lapangan Terbang Tawau (TWU), Lapangan Terbang Lahad Datu (LDU) dan Lapangan Terbang Labuan (LBU).
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama Malaysia Airports Berhad.
Akses Malaysia menyediakan berita terkini di dalam Malaysia dan luar negeri termasuk maklumat tentang usaha-usaha kerajaan, korporat, institusi pengajian, kampus, isu-isu global, ekonomi, tren terkini, dan pelbagai lagi.


































