• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Ahad, 13 September 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz

    Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

    Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

    Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

    MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

    Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

    1,500 penari akan meriahkan Colours of Parade sempena Citrawarna Speed Festival 2026

    Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

    Muzium Alam Semula Jadi dan Aquaria KLCC pamer spesimen awetan dan hidupan marin

    Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

    JAKOA mengiktiraf pencapaian 177 murid Orang Asli yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025

    JAKOA iktiraf kejayaan akademik murid Orang Asli melalui Anugerah Murid Cemerlang

    Malaysia-India perkukuh kerjasama dalam keterjaminan makanan

    Malaysia, India perkukuh kerjasama dalam keterjaminan makanan

    Tourism Malaysia perkukuh kerjasama industri di Riyadh

    Tourism Malaysia perkukuh kerjasama industri di Riyadh

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Chang Lih Kang ketika melawat stesen baharu GSWMS

    MOSTI perkukuh sistem amaran awal sinaran di perairan negara

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    DUA LAYAR – Selebriti ke Kanvas meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026

    Balai Seni Negara pamer karya selebriti tempatan di Festival Budaya Malaysia 2026

    Hope yang mula ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai 2026 telah mencatatkan kejayaan pecah panggung

    Filem sci-fi seram Korea ‘Hope’ arahan Na Hong-jin mula ditayangkan di pawagam Malaysia 10 September

    Siri pertandingan realiti pengembaraan original terbaharu, ‘AXN Ultimate Challenge: Sarawak’, bagi mempromosikan keunikan Sarawak ke peringkat antarabangsa.

    KC Global Media, AXN Asia dan Lembaga Pelancongan Sarawak lancar siri realiti ‘AXN Ultimate Challenge: Sarawak’

    2AM buka kedai pertama di Malaysia bawa teknologi kasut cetakan 3D

    2AM buka kedai pertama di Malaysia bawa teknologi kasut cetakan 3D

    Dokumentari Always Lalisa arahan Sue Kim itu bakal menemui penonton di layar perak berikutan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) 2026.

    Dokumentari “Always Lalisa” tayang di IMAX dan pawagam seluruh dunia bermula 12 Oktober

    Urbanscapes mengumumkan kembalinya festival seni dan reka bentuk terpanjang di Malaysia selepas tujuh tahun.

    Urbanscapes kembali mewarnai Kuala Lumpur selepas tujuh tahun menghilang

    Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

    Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Barisan VIP (belakang, lapan dari kiri): Ketua Penolong Pengarah Kanan TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Abdul Karim Masiran; Ketua Pegawai Sumber Manusia QSR Brands, Dr. Sharifah Musainah Syed Alwi; Pengarah Kolej Vokasional Pagoh, Abd. Rahim Razali; Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd. Sani dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, Nor Asmah Daud.

    QSR Brands, Yayasan JCorp lahirkan 37 lagi graduan berkemahiran di bawah Program Akademi Dalam Industri (ADI)

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Home Rencana Isu Semasa

Adakah pemansuhan AUKU akan membebaskan universiti?

Badrul Hisham Yahaya by Badrul Hisham Yahaya
Ogos 21, 2026
in Isu Semasa, Pendapat, Rencana
Reading Time: 6 mins read
0 0
A A
0
Adakah pemansuhan AUKU akan membebaskan universiti

Gambar hiasan oleh Denniz Futalan/Pexels.

Share on FacebookShare on Twitter

Pengumuman Perdana Menteri pada 15 Ogos 2026 bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) merupakan perkembangan penting dalam sejarah pendidikan tinggi Malaysia. Selepas lebih lima dekad dan beberapa siri pindaan, pengumuman ini membuka ruang untuk kita menilai semula bukan sahaja kerangka perundangan universiti, tetapi juga tujuan, watak dan masa depan institusi pendidikan tinggi di negara ini.

Namun, pemansuhan AUKU tidak wajar diraikan sebagai matlamat akhir. Ia seharusnya dilihat sebagai permulaan kepada reformasi yang lebih besar. Persoalan utama bukan sekadar sama ada AUKU perlu dimansuhkan, tetapi apakah bentuk universiti yang mahu kita bina selepasnya.

AUKU sering dipersepsikan semata-mata sebagai undang-undang yang mengawal mahasiswa dan aktiviti politik kampus. Hakikatnya, skop AUKU jauh lebih luas. Akta ini menjadi asas kepada penubuhan, pentadbiran dan tadbir urus universiti awam, termasuk kedudukan Lembaga Gabenor Universiti, Senat, Naib Canselor, pihak berkuasa universiti, pengurusan kewangan dan hal ehwal mahasiswa.

ADVERTISEMENT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjelaskan bahawa Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 telah menggariskan agenda pembentukan Akta Satu Pendidikan Tinggi atau One Higher Education Act (OHEA) sebagai sebahagian daripada usaha memperbaharui kerangka perundangan pendidikan tinggi negara. Namun, setakat ini, OHEA masih merupakan satu agenda dan hala tuju dasar. Setakat 16 Ogos 2026, belum terdapat draf rang undang-undang, kertas konsultasi atau dokumen perundangan terperinci OHEA yang diterbitkan secara terbuka untuk penelitian umum.

Oleh itu, terlalu awal untuk menilai sama ada akta yang dicadangkan itu benar-benar akan memperkukuh autonomi institusi, kebebasan akademik dan suara mahasiswa. Persoalan mengenai skop, struktur kuasa, institusi yang akan terlibat, hubungan dengan undang-undang sedia ada serta mekanisme akauntabilitinya masih belum dijelaskan. KPT telah menyatakan bahawa proses ini akan dilaksanakan secara inklusif dengan melibatkan kepimpinan universiti, ahli akademik, institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta, industri, penyedia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pakar perundangan serta mahasiswa. Komitmen ini perlu diterjemahkan melalui penerbitan kertas konsep, konsultasi terbuka, serta peluang yang bermakna bagi setiap cadangan untuk diteliti dan dibahaskan.

Kita juga perlu memastikan bahawa gagasan “satu akta pendidikan tinggi” tidak akhirnya memusatkan lebih banyak kuasa pada peringkat kementerian atau mengenakan satu bentuk tadbir urus yang seragam terhadap institusi yang mempunyai mandat dan misi berbeza. Universiti penyelidikan, universiti komprehensif, universiti teknikal, institusi swasta, politeknik, kolej komuniti dan penyedia TVET tidak semestinya sesuai dikawal melalui pendekatan yang sama.

Justeru, pemansuhan AUKU perlu disusuli bukan sekadar dengan penggantian sebuah akta, tetapi dengan pembentukan kerangka perundangan baharu yang berasaskan autonomi, kebebasan akademik, kepelbagaian institusi, akauntabiliti dan kepercayaan. Jika tidak dirangka dengan berhati-hati, kita mungkin hanya menggantikan AUKU dengan sebuah instrumen kawalan yang lebih besar di bawah nama yang baharu.

Daripada kebebasan formal kepada keberanian intelektual

Perbincangan tentang AUKU sering membawa tanggapan bahawa ahli akademik di Malaysia tidak bebas. Gambaran ini perlu diperhalusi. Berdasarkan pengalaman dalam pengajaran, penyelidikan, Senat dan pentadbiran universiti, ahli akademik secara umumnya mempunyai ruang yang luas untuk menjalankan penyelidikan, menerbitkan dapatan, membentangkan hasil di dalam dan luar negara, membentuk karya ilmiah serta membangunkan kurikulum dan program akademik.

Kes sekatan atau tekanan terhadap aktiviti akademik sememangnya pernah dilaporkan dan perkara ini tidak harus diketepikan. Persoalannya ialah sama ada ruang kebebasan sedia ada itu dilindungi secara konsisten dan dimanfaatkan secara bermakna.

Kita menghasilkan semakin banyak penerbitan, memperoleh geran, meningkatkan sitasi dan memperbaiki kedudukan dalam penarafan antarabangsa. Namun, adakah peningkatan ini turut menghasilkan lebih banyak gagasan besar? Adakah ahli akademik kita semakin berpengaruh dalam pembentukan dasar negara? Adakah universiti menjadi medan perdebatan intelektual yang subur? Adakah masyarakat melihat profesor sebagai sumber pemikiran yang berautoriti dalam isu-isu kritikal?

Di sinilah letaknya cabaran sebenar. Kita mungkin tidak berhadapan dengan krisis kebebasan akademik sepenuhnya, tetapi kita sedang berhadapan dengan krisis manifestasi dan artikulasi intelektual.

Ramai ahli akademik mempunyai kepakaran teknikal yang mendalam, tetapi tidak semua mampu menghubungkan dapatan penyelidikan dengan persoalan masyarakat, ekonomi, etika dan dasar awam. Ada yang mampu menghasilkan data tetapi sukar membina hujah. Ada yang aktif menerbitkan makalah, tetapi kurang bersedia mengambil pendirian intelektual terhadap isu-isu nasional. Ada juga yang memilih berdiam diri bukan kerana AUKU melarang mereka, tetapi kerana budaya organisasi, kebimbangan kerjaya, keselesaan profesional, atau ketidakupayaan untuk mengartikulasikan pandangan dengan meyakinkan.

Kebebasan akademik yang tidak dimanfaatkan pada akhirnya menjadi ruang kosong.

Autonomi bukan lesen tanpa akauntabiliti

Akta baharu perlu memberikan autonomi sebenar kepada universiti dalam bidang akademik, kewangan, sumber manusia, penyelidikan, pengantarabangsaan dan struktur organisasi. Namun, autonomi tidak boleh ditafsirkan sebagai kebebasan pengurusan universiti melakukan apa sahaja tanpa semak dan imbang.

Autonomi universiti dan kebebasan akademik individu bukan perkara yang sama. Universiti mungkin bebas daripada campur tangan kementerian, tetapi akademiknya masih boleh dikawal oleh kepimpinan institusi. Justeru, autonomi tidak boleh hanya memindahkan kuasa daripada kementerian kepada pengurusan universiti. Ia mesti turut memperkasakan Senat, komuniti akademik dan proses kolegial.

Kedudukan Senat sebagai pihak berkuasa akademik universiti perlu diperkukuh dan dihormati dalam amalan. Keputusan berkaitan kurikulum, standard akademik, penyelidikan, integriti ilmu dan penganugerahan kelayakan hendaklah dipimpin oleh pertimbangan akademik serta proses kolegial. Lembaga Gabenor pula perlu menumpukan perhatian kepada strategi, kewangan, risiko, integriti dan kelestarian institusi.

Pelantikan kepimpinan universiti juga perlu diperbaharui melalui jawatankuasa carian yang bebas, kriteria yang telus, pengisytiharan konflik kepentingan dan penilaian prestasi yang berintegriti. Campur tangan partisan, sama ada secara nyata atau terselindung, perlu dielakkan.

RPTM mesti menjadi instrumen perubahan

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 berpotensi menjadi penghubung antara undang-undang baharu dengan perubahan sebenar di kampus. Akta menentukan hak dan punca kuasa, manakala RPTM seharusnya menentukan hala tuju, program, sumber, petunjuk prestasi dan garis masa pelaksanaan.

Kebebasan akademik perlu dimasukkan sebagai hasil strategik yang boleh dinilai. Setiap universiti sewajarnya mempunyai Piagam Kebebasan Akademik, prosedur aduan yang bebas dan perlindungan daripada tindakan balas terhadap pandangan ilmiah yang sah.

Malaysia sebenarnya telah mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan Ombudsman universiti. Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi pelopor dengan menubuhkan Pejabat Ombudsman pada Julai 2011 bagi menyediakan saluran penyelesaian aduan yang bebas, berkecuali dan sulit kepada staf serta mahasiswa. Pengalaman ini boleh dijadikan asas kepada pembentukan Piawaian Ombudsman Universiti Nasional. Setiap universiti perlu mempunyai mekanisme bebas yang disesuaikan dengan struktur institusinya, berasaskan prinsip kebebasan, neutraliti, kerahsiaan, keadilan prosedur dan perlindungan daripada tindakan balas.

Pada masa yang sama, sistem petunjuk prestasi utama (KPI) dan sistem kenaikan pangkat perlu diperbaharui. Penerbitan jurnal dan geran penyelidikan kekal penting, tetapi sumbangan akademik tidak boleh diukur berdasarkan angka tersebut semata-mata. Buku ilmiah, karya pemikiran, laporan dasar, komunikasi awam, inovasi kurikulum dan penyelesaian kepada masalah masyarakat juga perlu diiktiraf.

RPTM juga perlu memperkenalkan agenda pembaharuan intelektual nasional. Ahli akademik harus diperkasakan dalam pemikiran kritikal, komunikasi sains, penulisan dasar, debat, penghujahan merentas disiplin dan penglibatan awam. Universiti pula perlu menyediakan forum yang membolehkan pandangan berbeza diperdebatkan secara rasional dan beradab.

Budaya universiti mesti berubah daripada budaya yang terlalu menghargai persetujuan kepada budaya yang meraikan perbezaan ilmiah. Kritikan profesional tidak seharusnya dianggap sebagai ketidaksetiaan. Profesor tidak sepatutnya hanya menjadi pelaksana KPI, pengurus projek atau pengeluar penerbitan. Mereka mesti kembali memainkan peranan sebagai penjaga ilmu, suara moral dan pemimpin pemikiran masyarakat.

ArtikelBerkaitan

Mungkin juga kita yang prejudis terhadap generasi muda

Debunking myths surrounding the migrant economy

Apabila kebebasan seksual menggugat jiwa dan rumah tangga

Peluang membina kontrak sosial baharu

Cadangan pemansuhan dan penggantian AUKU memberikan peluang kepada Malaysia untuk membentuk kontrak sosial baharu bagi pendidikan tinggi. Akta pengganti mesti menjamin tiga lapisan kebebasan secara seimbang, iaitu autonomi universiti, kebebasan akademik dan suara mahasiswa. Ketiga-tiganya perlu disertai akauntabiliti, integriti dan tanggungjawab terhadap kepentingan awam.

Kita tidak harus berpuas hati sekadar memansuhkan sebuah akta. Kita perlu membina universiti yang mempunyai keberanian untuk mempersoalkan andaian, menghasilkan ilmu baharu, mengkritik dasar secara konstruktif dan menawarkan penyelesaian kepada negara. Akhirnya, undang-undang hanya boleh menyediakan ruang. Kualiti universiti ditentukan oleh bagaimana ruang itu digunakan.

Cabaran pendidikan tinggi Malaysia bukan semata-mata untuk membebaskan universiti daripada AUKU. Cabaran yang lebih besar ialah membina universiti dan komuniti akademik yang tahu menggunakan kebebasan tersebut untuk memimpin pemikiran, memperkayakan perdebatan dan membentuk masa depan negara.

Jika reformasi ini dilaksanakan dengan keberanian, ketelusan dan kebijaksanaan, pemansuhan AUKU boleh menjadi titik perubahan penting. Jika proses ini sekadar menukar nama akta tanpa mengubah struktur kuasa, budaya institusi dan keupayaan intelektual, kita mungkin berakhir di tempat yang sama, cuma di bawah tajuk undang-undang yang baharu.

Pandangan yang dikemukakan dalam artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Universiti Sains Malaysia.

Badrul Hisham Yahaya
Badrul Hisham Yahaya

Prof Madya Dr Badrul Hisham Yahaya ialah Ketua Program Penyelidikan Translasi Kanser Payudara, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju di Universiti Sains Malaysia (USM).

  • Badrul Hisham Yahaya
    Artem Kovalev - Unsplash
    September 4, 2025
    Selepas kanser, cabaran lebih besar menanti
Tags: AUKUautonomi universitiKebebasan Akademikpemansuhan AUKUpendidikan tinggi
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

Mengapa seluruh badan terasa sakit apabila diserang influenza

Next Post

Datuk Nur Iskandar A. Samad dilantik Pengerusi baharu Islamic Relief Malaysia

Artikel Berkaitan

Ustaz Khairul bersama jam matahari
Inspirasi

Perginya permata ilmu falak negara

Julai 7, 2025
47
Ekonomi dan Niaga

DHN bakal perkasa bakat halal negara, terajui industri global

Jun 16, 2025
71
Durian sebagai raja buah, apa yang menarik tentangnya? 
Kembara

Durian sebagai raja buah, apa yang menarik tentangnya? 

Julai 5, 2023
460
Next Post
Datuk Nur Iskandar melihat perancangan projek Islamic Relief Lubnan.

Datuk Nur Iskandar A. Samad dilantik Pengerusi baharu Islamic Relief Malaysia

Seramai 1,107 Pegawai Kadet KOR SISPA ditauliah di UPSI

Seramai 1,107 Pegawai Kadet KOR SISPA ditauliah di UPSI

Harga petrol dan diesel tanpa subsidi naik berikutan ketegangan geopolitik dunia

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Sorotan Utama

Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

JAKOA iktiraf kejayaan akademik murid Orang Asli melalui Anugerah Murid Cemerlang

Malaysia, India perkukuh kerjasama dalam keterjaminan makanan

Tourism Malaysia perkukuh kerjasama industri di Riyadh

MOSTI perkukuh sistem amaran awal sinaran di perairan negara

Trending

Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz
Berita

Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

by Akses Malaysia
September 11, 2026
0
13

Tentera Houthi menguasai pelabuhan strategik Mocha di Laut Merah, Yaman, sekali gus melonjakkan harga minyak mentah Brent...

Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

September 11, 2026
18
MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

September 11, 2026
7
1,500 penari akan meriahkan Colours of Parade sempena Citrawarna Speed Festival 2026

Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

September 11, 2026
18
Muzium Alam Semula Jadi dan Aquaria KLCC pamer spesimen awetan dan hidupan marin

Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

September 11, 2026
5
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz

Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

September 11, 2026
Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

September 11, 2026
MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

September 11, 2026

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) Bursa Malaysia China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,617)
    • Dunia (56)
    • Ekonomi & Niaga (423)
    • Kembara & Pelancongan (119)
    • Kesihatan (63)
    • Nasional (630)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (32)
    • Sekolah & Kampus (88)
    • Sosial (19)
    • Sukan (28)
  • Gaya Hidup (388)
    • Aktif (3)
    • Cipta Rasa (1)
    • Ilmu (6)
    • Kembara (144)
    • Selera (35)
    • Seni (110)
    • Teknologi (58)
    • Warisan (28)
  • Negeri (105)
    • Johor (5)
    • Kedah (2)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (2)
    • Pahang (2)
    • Perak (14)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (6)
    • Sarawak (15)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (1)
  • Rencana (310)
    • Agama dan Moral (39)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (37)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (52)
    • Keluarga (27)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (26)
    • Lestari (25)
    • Pendapat (8)
    • Pendidikan dan Kerjaya (45)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (15)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz

Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

September 11, 2026
Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

September 11, 2026
MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

September 11, 2026
1,500 penari akan meriahkan Colours of Parade sempena Citrawarna Speed Festival 2026

Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

September 11, 2026
Muzium Alam Semula Jadi dan Aquaria KLCC pamer spesimen awetan dan hidupan marin

Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

September 11, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Utama