SINGAPURA, 3 Februari 2025 — Platform pelancongan digital Agoda berkongsi senarai kuil yang wajib dikunjungi di Asia Tenggara, menawarkan pengalaman perjalanan yang kaya dengan budaya serta peluang untuk refleksi diri.
Dari Angkor Wat di Kemboja hingga Batu Caves di Malaysia, kuil-kuil ini menggabungkan sejarah, semangat dan keindahan seni bina. Kuil di Asia memainkan peranan penting sebagai pusat ibadat, perhimpunan masyarakat serta mercu tanda sejarah yang mencerminkan kepelbagaian amalan agama dan gaya seni bina yang berkembang sejak berabad-abad lalu.
Naib Presiden Kanan, Pembekalan di Agoda, Andrew Smith berkata, “Menjelajahi kuil-kuil ini seakan melangkah ke dunia berbeza di mana sejarah, semangat dan seni bersatu. Agoda teruja untuk menjadi gerbang kepada pelancong yang ingin meneroka destinasi luar biasa ini, menawarkan pelbagai pilihan penginapan, tawaran bernilai serta pengalaman tempatan yang memperkayakan perjalanan mereka.”
Berikut adalah beberapa kuil ikonik di Asia Tenggara:
Angkor Wat – Siem Reap, Kemboja
Sebagai monumen keagamaan terbesar di dunia, keagungan Angkor Wat serta ukiran halusnya mencerminkan puncak pencapaian seni bina dan kerohanian empayar Khmer.
Batu Caves – Selangor, Malaysia
Kuil Hindu ikonik ini, yang terletak berhampiran Kuala Lumpur, menampilkan patung emas besar Dewa Murugan dan kuil-kuil dalam gua yang menakjubkan. Lawatan boleh ditempah melalui Agoda.
Borobudur – Magelang, Indonesia
Sebagai kuil Buddha terbesar di dunia, Borobudur menampilkan ukiran batu yang mengagumkan dengan lebih 500 patung Buddha, memberikan pengalaman budaya yang mendalam.
Wat Phra Kaew (Kuil Buddha Zamrud) – Bangkok, Thailand
Terletak dalam Kompleks Grand Palace di Bangkok, kuil ini menempatkan patung Buddha Zamrud yang paling suci di Thailand dan terkenal dengan seni bina yang memukau.
Wat Xieng Thong – Luang Prabang, Laos
Dikenali sebagai “Kuil Kota Emas,” kompleks kuil ini merupakan tarikan utama di Luang Prabang dengan seni bina menawan, ukiran halus serta mozek “Pohon Kehidupan” yang cantik.
Pelancong boleh meneroka destinasi ini dengan pelbagai tawaran Agoda, termasuk lebih 5 juta penginapan percutian, lebih 130,000 laluan penerbangan dan lebih 300,000 aktiviti, yang boleh digabungkan dalam satu tempahan. Untuk maklumat lanjut dan merancang pengembaraan budaya, layari agoda.com atau muat turun aplikasi Agoda.