KUALA LUMPUR, 6 Okt 2022 — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.a
“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini.
Empat keping gambar menunjukkan Perdana Menteri mengadakan perbincangan bersama Seri Paduka turut dimuat naik di laman Facebook itu.
Pada Selasa, Ismail Sabri mengesahkan beliau akan menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada hari ini, dan banyak yang membuat spekulasi mengaitkan pertemuan tersebut adalah untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.
Perdana Menteri dilihat memasuki pintu pagar utama Istana Negara pada 3.49 petang dengan menaiki kenderaan rasmi kerajaan meninggalkan pekarangan Istana Negara pada 4.45 petang.
— Akses Malaysia
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.