SHAH ALAM, 29 Julai 2022 — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu melibatkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal berkuat kuasa 1 Ogos.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim berkata purata kenaikan itu dianggap masih rendah dan tidak melibatkan pengguna domestik.
“Untuk penggunaan bukan domestik antaranya komersial dan industri iaitu 0 hingga 35 meter padu, kenaikannya adalah daripada RM2.07 kepada RM2.62. Jika melebihi 35 meter padu, kiraannya RM2.86 daripada RM2.28,” kata Izham pada satu sidang media di sini hari ini.
Menurut beliau, untuk rumah ibadah, kiraannya menggunakan kadar rata (setiap meter padu) iaitu 46 sen, meningkat kepada 58 sen untuk setiap meter padu. Begitu juga kategori kapal dengan setiap meter padu RM4.23, kini dilaraskan RM7.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Jun lepas yang bersetuju dengan perkara itu, turut bersetuju dengan pelaksanaan pelarasan tarif bekalan air bagi kategori bukan domestik serta kategori khas di Semenanjung Malaysia dan Labuan berkuat kuasa 1 Ogos, melibatkan kenaikan purata sebanyak 25 sen bagi setiap meter padu.
— Akses Malaysia
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.

![[Dari kiri ke kanan] Encik Ahmad Rizal Che Wan, Pengarah Bersekutu Kewangan & Operasi Novo Nordisk, Dr Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk, bersama Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pengarah Perubatan Utama KPJ Healthcare dan Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memperingati kerjasama antara KPJ Healthcare dan Novo Nordisk.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2026/04/KPJ-Healthcare-Novo-Nordisk-bekerjasama--360x180.jpg)

















![[Dari kiri ke kanan] Encik Ahmad Rizal Che Wan, Pengarah Bersekutu Kewangan & Operasi Novo Nordisk, Dr Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk, bersama Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pengarah Perubatan Utama KPJ Healthcare dan Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memperingati kerjasama antara KPJ Healthcare dan Novo Nordisk.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2026/04/KPJ-Healthcare-Novo-Nordisk-bekerjasama--150x150.jpg)























![[Dari kiri ke kanan] Encik Ahmad Rizal Che Wan, Pengarah Bersekutu Kewangan & Operasi Novo Nordisk, Dr Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk, bersama Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pengarah Perubatan Utama KPJ Healthcare dan Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memperingati kerjasama antara KPJ Healthcare dan Novo Nordisk.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2026/04/KPJ-Healthcare-Novo-Nordisk-bekerjasama--120x86.jpg)



