• Laman Utama
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Isnin, 12 Mei 2025
  • Log Masuk
Akses Malaysia
  • Utama
  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Sekolah & Kampus
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Akses Malaysia
  • Utama
  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Sekolah & Kampus
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Akses Malaysia
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Utama Berita Nasional

Bajet 2023 peruntuk RM372.3 bilion untuk realisasi inisiatif berinspirasikan rakyat

Akses Malaysia oleh Akses Malaysia
Oktober 9, 2022
dalam Nasional
Tempoh bacaan:6 minit bacaan
0 0
0
Bajet 2023: Kerajaan sedia pelaburan dana asas RM100 juta bagi syarikat Bumiputera
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 7 Okt 2022 (Bernama) — Kerajaan hari ini membentangkan Bajet 2023, memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion yang sebahagiannya diilhamkan oleh Keluarga Malaysia dan berhasrat untuk menjadi ‘responsif, bertanggungjawab dan reformis’.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa membentangkan belanjawan itu di Dewan Rakyat berkata sebanyak RM272.3 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus, RM95 bilion bagi belanja pembangunan manakala RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa Bajet 2023, yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ akan membolehkan Keluarga Malaysia mendepani setiap cabaran global yang mendatang dan pada masa yang sama bertanggungjawab membina masa depan yang cerah buat anak-anak generasi legasi.

ArtikelBerkaitan

Festival Irau Aco Lun Bawang, Lawas jadi tuan rumah festival etnik terbesar di Borneo

PKNPk tambah baik tadbir urus korporat melalui kerjasama SIRIM

Colegacy lancar Koleksi SS25, perkukuh identiti Fesyen Gaya Jepun tempatan

IKLAN

Tengku Zafrul berkata belanjawan itu dirangka dengan turut memasukkan buah fikiran yang dikumpul, hasil ilham Keluarga Malaysia.

“Lebih 100 inisiatif rakyat akan direalisasikan sebagai sebahagian usaha holistik yang terkandung di dalam naskhah besar ini,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan segala idea dan pandangan mereka.

Tengku Zafrul menghuraikan tiga agenda ‘responsif, bertanggungjawab dan reformis’ itu.

“Bajet 2023 akan segera responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia, bukan sekadar kumpulan B40 tetapi juga M40, wanita, belia, OKU dan semua segmen masyarakat,” katanya.

Beliau berkata bajet 2023 bertanggungjawab untuk mengimbangi dasar fiskal yang mengembang dengan melaksanakan pembaharuan fiskal ke arah kemampanan kewangan kerajaan dalam jangka panjang. Bajet ini bertanggungjawab membina daya tahan negara bagi mendepani sebarang krisis mendatang.

Bajet 2023 ialah reformis yang mengambil peluang merubah landskap pembangunan negara agar lebih inklusif dan mampan di samping menyokong industri negara yang kukuh melalui pelaburan strategik, katanya.

Tengku Zafrul berkata belanjawan itu akan memastikan kesejahteraan rakyat, kesinambungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Setiap tiga agenda mempunyai strategi pelaksanaan dan setiap strategi mempunyai beberapa bidang tumpuan. Agenda responsif mempunyai tiga strategi, antaranya mengutamakan kebajikan rakyat dengan 12 bidang tumpuan termasuk kumpulan B40, M40, wanita, belia, perlindungan sosial dan kos sara hidup.

Antara bidang tumpuan itu, Bantuan Keluarga Malaysia 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.

“Atas keprihatinan kerajaan kepada golongan susah dan B40, bantuan tunai di bawah JKM dan BKM untuk 2023 akan melebihi RM10 bilion,” katanya.

Bagi menyegerakan agenda membasmi kemiskinan tegar, RM1 bilion disediakan iaitu RM750 juta peruntukan kerajaan di samping program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjumlah RM250 juta.

Untuk terus memperkasa peranan wanita di peringkat kepimpinan korporat, belanjawan ini mencadangkan Suruhanjaya Sekuriti memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran wanita, mengenal pasti dan seterusnya menambah bilangan wanita yang layak untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

“Saya percaya parti-parti politik pun sedang giat mengenal pasti serta berazam untuk mencalonkan lebih ramai wakil rakyat wanita untuk PRU akan datang,” katanya. Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan sebelum Julai 2023.

Bagi kos sara hidup, belanjawan itu memperuntukkan lebih RM55 bilion  khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif dan juga bagi meminimumkan kos sara hidup antaranya melalui kawalan harga barangan dan perkhidmatan.

Menerusi fokus pendidikan, serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Kementerian Pendidikan akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM55.6 bilion berbanding RM52.6 bilion tahun ini.

“Selaras dengan agenda memperkasa TVET yang diterajui oleh Majlis TVET Negara, sejumlah RM6.7 bilion disediakan di bawah tujuh kementerian utama yang melaksanakan pelbagai inisiatif TVET,” kata Tengku Zafrul. 

Bajet 2023 juga memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk kebajikan warga emas iaitu peningkatan ketara berbanding RM580 juta pada 2020 berikutan kenaikan kadar bantuan kebajikan warga emas dan peluasan kelayakan yang meningkatkan bilangan penerima.

Tengku Zafrul berkata kebajikan Orang Kurang Upaya akan terus diberi perhatian di samping melaksanakan inisiatif yang berupaya menggilap potensi OKU untuk menyumbang kepada ekonomi diri. Tahun 2023, sejumlah RM1.2 bilion disedia khusus untuk OKU antaranya melalui bantuan penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak berupaya kerja dan elaun pekerja cacat.

Strategi ketiga di bawah agenda responsif adalah mengenai sokongan untuk perniagaan, dengan bidang tumpuan meliputi pelepasan cukai dan pemberian tunai, pinjaman dan jaminan kewangan serta pemulihan sektor pelancongan.

Bagi memperkukuh pemulihan sektor pelancongan sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk galakan, promosi dan pemasaran.

“Sebanyak RM90 juta disediakan dalam bentuk geran padanan untuk program seperti Geran Padanan Galakan Melancong (GAMELAN),” kata Tengku Zafrul dalam ucapan dua jam itu.

Beliau berkata bagi terus mentransformasi bandar Kuala Lumpur menjadi hab kreatif dan budaya, RM10 juta  diperuntukkan kepada ThinkCity dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk inisiatif penjanaan semula pusat bandar Kuala Lumpur

Tiga strategi di bawah agenda bertanggungjawab iaitu tanggungjawab fiskal, pembinaan daya tahan negara serta kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Tengku Zafrul berkata walaupun Bajet 2023 ditingkatkan perbelanjaan sehingga RM372.3 bilion iaitu belanjawan terbesar dengan dasar fiskal yang mengembang, sebagai kerajaan bertanggungjawab ia akan diimbangi dengan komitmen untuk melaksanakan konsolidasi fiskal bagi memastikan kemampanan kewangan negara.

Dalam belanjawan itu, Kementerian Kesihatan diperuntukkan RM36.1 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun ini, iaitu antara peningkatan terbesar dalam kalangan Kementerian.

Sejumlah RM4.9 bilion disediakan bagi menampung perolehan seperti ubat, reagen, vaksin dan bahan guna habis iaitu meningkat 12 peratus berbanding 2022.

Tengku Zafrul berkata keutamaan tahun hadapan adalah untuk membaik pulih fasiliti termasuk klinik yang usang dengan peruntukan RM420 juta  untuk pembaikan hospital dan klinik daif serta penggantian peralatan usang dengan keutamaan diberikan kepada fasiliti kesihatan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Bagi keselamatan dan pertahanan, kerajaan terus memperkukuh ketenteraman awam dan keselamatan negara dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan diperuntukkan masing-masing sebanyak RM18.3 bilion dan RM17.4 bilion.

Di bawah kesiagaan menghadapi bencana, kerajaan memperuntukkan RM15 bilion untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030 sebagai strategi jangka panjang bagi beradaptasi dengan perubahan iklim.

Bagi tahun hadapan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan diperuntukkan sejumlah 174 juta ringgit.

“Sebagai langkah persediaan proaktif, Kementerian Kewangan akan terus menyalurkan tambahan 400 juta ringgit kepada NADMA supaya bersiap siaga membantu dengan segera jika berlaku banjir pada hujung tahun ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, kerajaan akan terus memperkasa CyberSecurity Malaysia dengan peruntukan 73 juta ringgit antaranya bagi mengukuhkan pemantauan, pengesanan dan pelaporan ancaman siber termasuk membina keupayaan sistem forensik siber.

Bagi penjawat awam, selain pengumuman terdahulu bagi pembayaran khas, belanjawan ini menyediakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 yang dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada Mac 2023.

Fokus utama projek pembangunan utama, sebanyak RM16.5 bilion disediakan bagi sektor pengangkutan melalui projek infrastruktur utama terutamanya Lebuh Raya Pan Borneo, Landasan Kereta Api Berkembar Gemas-Johor Bahru, Laluan Rel Pantai Timur  (ECRL), Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) dan Central Spine Road.

Satu strategi di bawah agenda yang sama ialah pembangunan inklusif yang antara lain memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur luar bandar dengan RM2.55 bilion diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak.

Satu lagi strategi di bawah agenda berkenaan ialah pembangunan mampan yang antara lain, akan mempergiatkan usaha untuk menangani kesan pemanasan global.

Akses Malaysia
Web

Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.

  • Akses Malaysia
    https://www.aksesmalaysia.my/author/aksesmalaysia/
    Kemahiran asas seperti membaca, mengira dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semakin penting, namun ramai anak muda dari komuniti bandar berpendapatan rendah masih ketinggalan.
    Mei 9, 2025
    UM bina literasi anak-anak B40 Petaling Jaya
  • Akses Malaysia
    https://www.aksesmalaysia.my/author/aksesmalaysia/
    Festival Irau Aco Lun Bawang ke-38
    Mei 8, 2025
    Festival Irau Aco Lun Bawang, Lawas jadi tuan rumah festival etnik terbesar di Borneo
  • Akses Malaysia
    https://www.aksesmalaysia.my/author/aksesmalaysia/
    CTOS SME Biz Day 2025
    Mei 8, 2025
    CTOS SME Biz Day 2025 dorong transformasi digital dan pertumbuhan PKS di Malaysia
  • Akses Malaysia
    https://www.aksesmalaysia.my/author/aksesmalaysia/
    Upacara Simbolik Rakan Strategik VM2026
    Mei 6, 2025
    Tourism Malaysia anjur libat urus industri pelancongan Pulau Pinang, siap sedia hadapi Tahun Melawat Malaysia 2026
Tags: Bajet 2023
KongsiTweetKongsiHantar
IKLAN
Artikel Sebelumnya

Bajet 2023: Pengurangan cukai suntik impak pengganda positif atas ekonomi negara

Artikel Berikutnya

Bajet 2023: RM10 bilion dana pinjaman bagi galak aktiviti automasi dan pendigitalan PKS

Artikel Berkaitan

Menang Besar, Beri Kembali: Berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM40,400! Setiap penyertaan membantu menyokong tujuan yang bermakna, apabila LIAM menyumbang RM10 bagi setiap video kepada NGO dan perusahaan sosial terpilih.
Berita

LIAM rai Jubli Emas dengan kempen baharu dan inisiatif CSR berjumlah RM50,000

Oktober 8, 2024
15
PM: Government comfortable with 4Q results
Nasional

PM: Government comfortable with 4Q results

Februari 3, 2023
3
Jenazah Salahuddin Ayub selamat dikebumikan
Nasional

Jenazah Salahuddin Ayub selamat dikebumikan

Julai 25, 2023
4
Artikel Berikutnya
Bajet 2023: Kerajaan sedia pelaburan dana asas RM100 juta bagi syarikat Bumiputera

Bajet 2023: RM10 bilion dana pinjaman bagi galak aktiviti automasi dan pendigitalan PKS

Kris Dayanti dan Noryn Aziz

Gabungan Dua Diva -- Kris Dayanti dan Noryn Aziz dalam satu konsert

HRHDC - Pink Fender for Pinktober

Hard Rock Hotel® Desaru Coast continues its commitment to campaign for PINKTOBER® month

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Ikuti Kami

  • 215 Pengikut

Disyorkan

Zuraida: Malaysia’s palm oil potential remains intact despite softening CPO prices

Zuraida: Malaysia’s palm oil potential remains intact despite softening CPO prices

3 tahun yang lepas
10
PETRONAS, JOGMEC to Cooperate in Energy Transition Initiatives

PETRONAS, JOGMEC to Cooperate in Energy Transition Initiatives

2 tahun yang lepas
5
GRS sertai kerajaan perpaduan, capai majoriti dua pertiga Parlimen – PM Anwar

GRS sertai kerajaan perpaduan, capai majoriti dua pertiga Parlimen – PM Anwar

2 tahun yang lepas
3
the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (KL-SG HSR) project via a public-private partnership model

KL-SG HSR RFI briefing attracts over 700 local and international participants 

2 tahun yang lepas
4

Instagram

  • Tengah survey rumah untuk raya ke tu?👀 SPNB ada buat promosi raya tau sekarang ... 
hanya unit-unit terpilih saje! Boleh check dekat media social SPNB atau contact number kat bawah ni untuk maklumat lebih lanjut. Jom Raya Bergaya dengan SPNB! 🌙✨

📞: 019 379 6400
☎️: 03 7849 2038
__
#SPNB #SPNBSalesOfficial #Unitetoignite #MalaysiaMadani #AksesMalaysia #GayaTravel #CutiCutiMalaysia
  • Jemputan Eksklusif | Media Roundtable: Misi Umrah 1,000 Asnaf

Satu sesi santai bersama ikhlas.com, menampilkan Ikhlas Kamarudin & Datuk Kamarudin Meranun untuk berkongsi pandangan dan membuka peluang kolaborasi bagi misi Umrah 1,000 Asnaf inisiatif untuk membantu 1,000 individu yang layak menunaikan umrah.

Tarikh: 18 April 2025 (Jumaat)
Masa: 3:00 – 5:00 petang
Lokasi: M Resort & Hotel, Bukit Kiara

#Umrah1000Asnaf 
#MediaRoundtable
#ikhlasDotCom
#CapitalA
#KolaborasiBermakna 
#InspirasiUmrah
#CSRMalaysia
#MisiKemanusiaan 
#BersamaBantuAsnaf
#AksesMalaysia
  • 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀

Nantikan drama khas terbitan Kerajaan Negeri Selangor, sebuah karya penuh emosi yang menggambarkan perjuangan, harapan dan jati diri anak Selangor. Disulami nilai kemanusiaan dan kekuatan komuniti, drama ini mengangkat semangat rakyat yang tidak pernah luntur. Inilah kisah kita. Inilah Semangat Kita, Selangor!

𝐓𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀🎬

📅 21 April 2025 (Isnin)
⏰ 9.00 Malam
📺 RTM 2

𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor𝗠𝗮𝗷𝘂𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮
#SeniBudayaCahayaNegeri
#AksesMalaysia
  • KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 (SS25) – COLEGACY

Colegacy, jenama fesyen terkemuka Malaysia yang diinspirasikan oleh budaya Jepun, telah menganjurkan acara peragaan fesyen eksklusif bagi Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 (SS25) pada 12 April 2025 di Fahrenheit88, Kuala Lumpur.

Acara peragaan fesyen eksklusif ini menghimpunkan pencinta fesyen, penggiat industri, pempengaruh, dan wakil media dalam satu pengalaman imersif yang meraikan inovasi, ketelitian, dan gaya kontemporari.

Dengan gabungan tekstur berani, perincian halus, dan potongan moden, SS25 melambangkan evolusi fesyen yang bukan sahaja boleh digayakan, tetapi turut memberi inspirasi.

#SS25Colegacy
#ColegacyConceptStore
#ColegacyPopUpStore
#DenimColegacy
#DenimInMotion
#AksesMalaysia
#seetheworld
  • Di kesempatan ini, kami di @aksesmalaysia.my ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Kita sambut hari kemenangan ini dengan penuh keikhlasan dari hati yang suci.

Mohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan, dan semoga Syawal ini terus mengeratkan silaturahim di antara kita.

#HariRayaAidilfitri #SalamLebaran #AksesMalaysia #Raya2025 #Aidilfitri
  • 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

Jom bersama-sama hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung pada butiran berikut:-

📅 𝟔 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐀𝐡𝐚𝐝)
⏰ 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟒.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐝 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐇𝐃𝐍, 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟏𝟓, 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda antaranya:-

🎤 Persembahan artis terkenal tanah air; M. Nasir, Hael Husaini, Aisha Retno, Nadeera, De Fam dan The Siblings Band
🦜 Penampilan Khas Didi and Friends 
🥘 Pelbagai Juadah Hari Raya
💵 Pemberian Duit Raya untuk Kanak-Kanak

Datang beramai-ramai bersama keluarga dengan berbusana Hari Raya untuk memeriahkan lagi majlis.

Jumpa anda disana‼‼‼

#malaysiamadani 
#𝐊𝐢𝐭𝐚𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 MajuBersama
#Selangor
  • 🌙✨ Nikmati Bufet “Santai-Santai Serena” di InterContinental Kuala Lumpur! ✨🌙 

Nak berbuka puasa dalam suasana elegan dan mewah? Jom ke Serena Brasserie, InterContinental Kuala Lumpur untuk menikmati Bufet Makan Malam Iftar Santai-Santai Serena! 

🍽 Hidangan tradisional dengan sentuhan moden, hasil air tangan Eksekutif Chef Rudy Junaidie. 
🌟 Menu istimewa: Gulai Itik Panggang Gaya Assam Rong – inspirasi masakan kampung Pahang yang wajib dicuba! 

Dengan pelbagai pilihan sajian yang lazat dan bermakna, pengalaman berbuka di sini pasti lebih istimewa bersama insan tersayang. 

📍 Tempah tempat anda sekarang dan nikmati iftar yang penuh kemewahan! 

#SantaiSantaiSerena #InterContinentalKL #RamadanBuffet #IftarElegan #AksesMalaysia
  • 🍢ENJOY KAJANG 2025🍢

Sempena Tahun Melawat Selangor 2025, jom datang ke perasmian Enjoy Kajang! Ini peluang anda untuk menikmati sate terbaik serta tarikan yang kami bawakan dari Kajang ke KL Sentral. 

🎉 Bukan sekadar sate! Nikmati pelbagai hidangan tradisi, aktiviti menarik, dan suasana penuh meriah bersama keluarga dan rakan-rakan!

📅 22 Februari 2025
📍 Ruang Legar KTMB, KL Sentral (Hadapan KFC)
⏰ 10 Pagi – 5 Petang

🍢Makanan🍢
1. d’Kusha Satay 
2. Yuss Sate
3. Wak Mie Satay
4. Noriwan Satay
5. BSS Sate Tulang

⛰️Produk pelancongan⛰️
1. Monkey Canopy
2. Semenyih Eco Venture
3. Sky trex Sungai Congkak
4. Beranang Horizon

🪇Persembahan 🪇
1. Gamelan (AGIM)
2. Silat Sukmo Rogo
3. Busking

💥 Turut disokong oleh:
🚆 Prasarana
🚆 KTM Berhad @ktmbofficial 
🌍 Akses Malaysia @aksesmalaysia.my 
✈️ Gaya Travel @gayatravel 
🏞️ Visit Selangor 2025 @discoverselangor 

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati SATAY PALING POWER & makanan terbaik dari Kajang! Ajak geng, kosongkan perut, dan jumpa di sana! 🔥🍢

 @mpkajang #visitselangor2025 #eattravelwrite #selangorculinary #gayatravel #kajang #enjoykajang #mpkj #vmy2026 #selangor #eattravelwrite
  • Malaysia lancar Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di Sepang, menampilkan logo, maskot Beruang Matahari, lagu tema Surreal Experiences, dan livery pesawat. Kempen ini menyasarkan kedatangan 35.6 juta pelancong dengan kutipan hasil sebanyak RM147.1 bilion, sekaligus mempromosikan pelancongan lestari dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Untuk berita penuh, lawati aksesmalaysia.my

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Melaka
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

Agoda Aidilfitri AirAsia Anwar Ibrahim ASEAN Bajet 2023 Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Fadillah Yusof Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Overnight Policy Rate (OPR) Parlimen PAS Perak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Singapura Skandal 1MDB Skandal SRC Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Zahid Hamidi
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
IKLAN

Sorotan Utama

UM bina literasi anak-anak B40 Petaling Jaya

Festival Irau Aco Lun Bawang, Lawas jadi tuan rumah festival etnik terbesar di Borneo

CTOS SME Biz Day 2025 dorong transformasi digital dan pertumbuhan PKS di Malaysia

Tourism Malaysia anjur libat urus industri pelancongan Pulau Pinang, siap sedia hadapi Tahun Melawat Malaysia 2026

Tourism Malaysia rancakkan kempen VM2026 dengan kerjasama penggiat industri di Kedah

PKNPk tambah baik tadbir urus korporat melalui kerjasama SIRIM

Trending

Peserta menumpukan perhatian kepada pembentangan kertas kerja penyelidikan
Pendidikan dan Kerjaya

Memacu transformasi pergigian melalui penyelidikan

oleh Dr Afaf Syahira Ahmad Satmi and Dr Nurulaqmar Iwani Samsudin
Mei 9, 2025
0
15

Persidangan Saintifik Pelajar Pergigian USM 2024 memacu budaya penyelidikan, mempamerkan hasil kajian pelajar prasiswazah, termasuk antarabangsa, bertema...

Guinea pig mungkin jadi agen terapi kanak-kanak autisme

Guinea pig mungkin jadi agen terapi kanak-kanak autisme

Mei 9, 2025
18
Gambar oleh Jim Pave/Unsplash

Antara dosa dan doa

Mei 9, 2025
11
Kemahiran asas seperti membaca, mengira dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semakin penting, namun ramai anak muda dari komuniti bandar berpendapatan rendah masih ketinggalan.

UM bina literasi anak-anak B40 Petaling Jaya

Mei 9, 2025
14
Festival Irau Aco Lun Bawang ke-38

Festival Irau Aco Lun Bawang, Lawas jadi tuan rumah festival etnik terbesar di Borneo

Mei 8, 2025
9

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

IKLAN

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Pengalaman unik perkhemahan penuh gaya di Putrajaya 

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,177)
    • Dunia (26)
    • Ekonomi & Niaga (347)
    • Kembara & Pelancongan (52)
    • Kesihatan (51)
    • Nasional (474)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (11)
    • Sekolah & Kampus (46)
    • Sukan (12)
  • Gaya Hidup (324)
    • Budaya (27)
    • Kembara & Pelancongan (133)
    • Pengajian dan Pendidikan (4)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (56)
    • Selera (25)
    • Seni & Hiburan (74)
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan (1)
  • Negeri (74)
    • Johor (2)
    • Melaka (2)
    • Pahang (1)
    • Perak (10)
    • Pulau Pinang (1)
    • Sabah (3)
    • Sarawak (8)
    • Selangor (28)
  • Rencana (170)
    • Agama dan Moral (25)
    • Dunia (5)
    • Ekonomi dan Niaga (21)
    • Gaya Hidup (3)
    • Inspirasi (6)
    • Isu Semasa (26)
    • Keluarga (11)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (14)
    • Lestari (10)
    • Pendapat (1)
    • Pendidikan dan Kerjaya (22)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (2)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Peserta menumpukan perhatian kepada pembentangan kertas kerja penyelidikan

Memacu transformasi pergigian melalui penyelidikan

Mei 9, 2025
Guinea pig mungkin jadi agen terapi kanak-kanak autisme

Guinea pig mungkin jadi agen terapi kanak-kanak autisme

Mei 9, 2025
Gambar oleh Jim Pave/Unsplash

Antara dosa dan doa

Mei 9, 2025
Kemahiran asas seperti membaca, mengira dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semakin penting, namun ramai anak muda dari komuniti bandar berpendapatan rendah masih ketinggalan.

UM bina literasi anak-anak B40 Petaling Jaya

Mei 9, 2025
Festival Irau Aco Lun Bawang ke-38

Festival Irau Aco Lun Bawang, Lawas jadi tuan rumah festival etnik terbesar di Borneo

Mei 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Hakcipta terpelihara.

Selamat datang!

Log masuk ke akaun anda di bawah

Lupa Kata Kunci?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log masuk

Add New Playlist

Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Utama
  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Sekolah & Kampus
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Melaka
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
  • Rencana
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan

© 2021-2025. Akses Malaysia. Hakcipta terpelihara.