KUALA LUMPUR, 6 September 2026 – Syarikat penerbangan Batik Air membatalkan lapan penerbangan berjadual antara Kuala Lumpur dan Jakarta hari ini berikutan letusan Gunung Berapi Anak Krakatau di Selat Sunda, Indonesia.
Langkah berjaga-jaga berkenaan diambil susulan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) terbaharu yang dikeluarkan oleh AirNav Indonesia berhubung gangguan operasi ruang udara dan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK).
Penerbangan yang terjejas melibatkan laluan berlepas dan ketibaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang), merangkumi nombor penerbangan OD 398, OD 399, OD 346, OD 347, OD 388, OD 389, OD 390 dan OD 391.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Batik Air menegaskan pembatalan ini dibuat bagi mengutamakan keselamatan penumpang dan anak kapal memandangkan kehadiran abu gunung berapi di ruang udara berisiko mengurangkan jarak penglihatan, mengganggu sistem navigasi pesawat, dan menjejaskan prestasi enjin.
Kenyataan rasmi tersebut turut memaklumkan penumpang terjejas bahawa mereka ditawarkan pilihan untuk menjadualkan semula tarikh penerbangan ke slot terawal yang ada tanpa caj tambahan atau memohon pemulangan semula wang penuh menerusi Pusat Khidmat Pelanggan Batik Air mahupun saluran tempahan masing-masing.

Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.
























![[Dari Kiri] Datuk Ir Ts Sudarnoto bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC); YB Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Sarawak; Profesor Jugdutt Singh, Ahli Lembaga Pengarah SDEC; Aizat Rahim, pengasas bersama dan Pengarah Urusan Borong.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2024/10/PubliCT-photo-350x250.jpg)









