KUALA LUMPUR, 1 Sept 2022 (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta, atau penjara 10 tahun, ke atas Datin Seri Rosmah Mansor selepas beliau didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, Rosmah, hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.
Beliau dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor, sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion itu.
Pada 18 Feb tahun lepas, Rosmah diperintah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.
Setelah memanggil dua saksi iaitu tertuduh sendiri dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, pihak pembelaan menutup kes pada 23 Feb lepas.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.

![[Dari kiri ke kanan] Encik Ahmad Rizal Che Wan, Pengarah Bersekutu Kewangan & Operasi Novo Nordisk, Dr Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk, bersama Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pengarah Perubatan Utama KPJ Healthcare dan Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memperingati kerjasama antara KPJ Healthcare dan Novo Nordisk.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2026/04/KPJ-Healthcare-Novo-Nordisk-bekerjasama--360x180.jpg)

















![[Dari kiri ke kanan] Encik Ahmad Rizal Che Wan, Pengarah Bersekutu Kewangan & Operasi Novo Nordisk, Dr Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk, bersama Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pengarah Perubatan Utama KPJ Healthcare dan Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memperingati kerjasama antara KPJ Healthcare dan Novo Nordisk.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2026/04/KPJ-Healthcare-Novo-Nordisk-bekerjasama--150x150.jpg)






















![[Dari kiri ke kanan] Encik Ahmad Rizal Che Wan, Pengarah Bersekutu Kewangan & Operasi Novo Nordisk, Dr Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk, bersama Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pengarah Perubatan Utama KPJ Healthcare dan Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memperingati kerjasama antara KPJ Healthcare dan Novo Nordisk.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2026/04/KPJ-Healthcare-Novo-Nordisk-bekerjasama--120x86.jpg)



