Dasar Privasi

Dasar Privasi (Versi Disemak)
Akses Malaysia (www.aksesmalaysia.my)
Dikendalikan oleh: Media MNC Nusantara
Tarikh Kemas Kini: 16 Oktober 2026


Laman web Akses Malaysia (aksesmalaysia.my — Laman) ini dibangun dan diselenggarakan sepenuhnya oleh Media MNC Nusantara (“kami”). Kami menghargai privasi anda dan berusaha melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Media MNC Nusantara adalah “pengguna data” di bawah PDPA bagi maklumat peribadi yang dikumpul melalui Laman ini.

Dasar Privasi ini menjelaskan jenis maklumat yang kami kumpul, cara kami menggunakan dan melindungi maklumat tersebut, serta hak anda. Penggunaan Laman ini juga tertakluk kepada Terma Perkhidmatan kami.

Dengan mengakses atau menggunakan Laman ini, atau dengan memberikan maklumat kepada kami, anda bersetuju dengan pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Apa maklumat yang kami kumpul

Kami mungkin mengumpul jenis-jenis maklumat berikut daripada anda apabila anda melawat laman web kami atau menggunakan perkhidmatan kami:

  • Maklumat peribadi: Ini termasuklah nama anda, alamat emel, nombor telefon, dan maklumat lain yang anda persetujui untuk diberikan kepada kami apabila anda menghubungi kami, mendaftar akaun, melanggan surat berita, atau melakukan pembelian dari laman web kami.
  • Maklumat bukan peribadi: Ini termasuklah maklumat yang tidak mendedahkan anda sebagai individu peribadi, seperti alamat IP anda, jenis pelayar, jenis peranti, sistem pengendalian, sumber rujukan, laman muka yang telah dilawati, tempoh masa menggunakan laman kami, dan data statistik lain seumpamanya.

Kami tidak dengan sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Laman ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak. Jika anda mengetahui bahawa kanak-kanak telah memberikan maklumat peribadi kepada kami tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah yang sesuai.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda

Kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan berikut:

  • Untuk menyedia dan memperbaik perkhidmatan kami: Kami menggunakan maklumat anda untuk menyampaikan perkhidmatan yang anda kehendaki, memproses transaksi anda, membalas pertanyaan anda, dan menambah baik pengalaman (user experience) anda menggunakan laman web kami.
  • Untuk berhubung dengan anda: Kami menggunakan maklumat anda untuk menghantar perkembangan terkini, surat berita, promosi, dan bahan pemasaran lain yang mungkin menarik minat anda jika anda telah bersetuju untuk menerimanya. Anda boleh memilih untuk menarik diri dari menerima bahan perhubungan seumpamanya pada bila-bila masa sahaja dengan menekan pautan nyah-langgan di dalam emel surat berita atau dengan menghubungi kami di admin@aksesmalaysia.my .
  • Untuk mempertahankan hak dan kepentingan kami: Kami menggunakan maklumat anda untuk mencegah sebarang bentuk penipuan atau fraud, menguatkuasakan terma dan syarat kami, mematuhi kewajipan undang-undang, dan mempertahankan diri kami daripada sebarang bentuk tuntutan undang-undang.

Bagaimana kami kongsikan maklumat anda

Kami mempunyai dasar yang ketat untuk tidak menjual, menyewakan, atau memperdagangkan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga, kecuali yang dijelaskan seperti berikut:

  • Pembekal perkhidmatan: Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang membantu kami dengan operasi perniagaan kami, seperti perkhidmatan pengehosan, pemprosesan pembayaran, analitik, penghantaran emel, dan perkhidmatan pelanggan. Pembekal-pembekal perkhidmatan ini tertakluk kepada kontrak dan undang-undang untuk menjaga maklumat anda dan menggunakannya untuk tujuan yang dipersetujui oleh kami sahaja.
  • Ahli gabungan (affiliates) dan rakan kongsi: Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan ahli-ahli gabungan dan rakan-rakan kongsi kami yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda jika anda telah bersetuju untuk menerima tawaran sedemikian. Anda boleh memilih untuk menarik diri dari menerima tawaran seumpamanya pada bila-bila masa sahaja dengan menghubungi kami di admin@aksesmalaysia.my .
  • Penguat kuasa undang-undang dan lain-lain: Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan penguat kuasa undang-undang, pengawal, mahkamah, atau mana-mana pihak berkuasa apabila kami percaya adalah menjadi satu keperluan untuk kami mematuhi undang-undang, mempertahankan hak dan harta kami, mencegah bahaya dan kerosakan, atau memberi kerjasama kepada pihak bertauliah yang menjalankan siasatan.

Sesetengah pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang kami gunakan, termasuk Google Analytics dan Google Ads, mungkin memproses data pelayaran dan data teknikal (seperti alamat IP, jenis pelayar, jenis peranti, laman yang dilawati, dan tempoh lawatan) di luar Malaysia. Data ini dihantar secara automatik apabila anda menggunakan Laman untuk tujuan analitik, pengukuran prestasi, dan pengiklanan. Kami tidak menghantar maklumat peribadi yang anda berikan secara langsung (seperti nama atau alamat emel) kepada pembekal ini kecuali jika diperlukan untuk perkhidmatan tertentu yang anda minta. Sebarang pemindahan data ke luar Malaysia dibuat selaras dengan keperluan PDPA dan tertakluk kepada langkah perlindungan yang sesuai oleh pembekal berkenaan.

Bagaimana kami mengawal maklumat anda

Kami mengambil pelbagai langkah yang sewajarnya untuk menjaga dan mengawal maklumat anda daripada sebarang akses tanpa kebenaran, penggunaan, pengubahan, atau pendedahan. Kami menggunakan kaedah penyulitan data, tembok api, dan pelbagai teknologi keselamatan yang lain untuk mengawal selia maklumat anda. Walau bagaimanapun, tidak ada kaedah penghantaran atau penyimpanan yang selamat sepenuhnya, dan kami tidak dapat memberikan jaminan keselamatan mutlak ke atas maklumat anda.

Berapa lama kami simpan maklumat anda

Kami akan menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan kami mengutipnya, atau seperti diperintahkan oleh undang-undang Malaysia. Walau bagaimanapun, apabila kami tidak lagi memerlukan maklumat anda, kami akan memadam atau menyamarkannya mengikut dasar pengekalan data kami.

Tempoh pengekalan boleh berbeza mengikut jenis maklumat. Sebagai contoh, rekod pertanyaan dan surat-menyurat biasanya disimpan untuk tempoh yang munasabah bagi tujuan pentadbiran dan undang-undang, manakala data log pelayan disimpan untuk tempoh yang lebih pendek bagi tujuan keselamatan dan analitik. Maklumat lanjut mengenai tempoh pengekalan boleh diminta dengan menghubungi kami.

Bagaimana kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain

Kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk mengumpul dan menyimpan maklumat pelayaran anda seperti keutamaan pilihan, perilaku, dan peranti. Kuki ialah fail kecil yang dimuat turun ke dalam pelayar laman web atau peranti anda oleh laman web yang anda lawati. Kuki membantu kami untuk mengenali anda, mengingat tetapan anda, menyediakan fungsi, dan memberikan kandungan dan pengiklanan yang sesuai buat anda.

Kuki yang kami gunakan secara amnya terbahagi kepada:

  • Kuki perlu (untuk operasi asas laman);
  • Kuki analitik (untuk memahami cara Laman digunakan); dan
  • Kuki pengiklanan/pemasaran (untuk menyampaikan iklan yang lebih relevan).

Anda boleh menguruskan pilihan kuki anda melalui tetapan pelayar laman web anda, tetapi beberapa ciri-ciri pada laman web kami mungkin tidak dapat berfungsi dengan betul jika anda memilih untuk melumpuhkan keupayaan kuki.

Kami mungkin akan menggunakan bikon web (web beacon), pixel, tag, scripts, dan teknologi lain seumpamanya untuk menjejaki aktiviti anda di dalam laman web kami dan laman web lain. Teknologi seumpama ini membantu kami mengukur keberkesanan kempen pemasaran kami, menganalisis corak trafik, dan mengoptimumkan prestasi laman web kami.

Kami juga mungkin menggunakan perkhidmatan analitik dan perkhidmatan pemasaran pihak ketiga seperti Google Analytics dan Google Ads, yang menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk mengumpul dan menyimpan maklumat tentang aktiviti dalam talian anda. Perkhidmatan seumpama ini membantu kami untuk memahami bagaimana anda menggunakan laman web kami, menambah baik perkhidmatan kami, dan menghantar iklan yang sesuai untuk anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut bagaimana perkhidmatan ini menggunakan maklumat anda dan bagaimana untuk menarik diri dari perkhidmatan ini dengan melawat laman dasar privasi dan penarikan diri yang mereka sediakan.

Apa hak yang anda miliki ke atas maklumat anda

Selaras dengan PDPA dan undang-undang yang berkenaan, anda mempunyai hak-hak berikut berhubung maklumat peribadi anda:

  • Capaian: Anda boleh mendapatkan akses kepada maklumat anda dan mendapatkan salinannya.
  • Pembetulan: Anda boleh menuntut pembetulan terhadap sebarang maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap yang terdapat dalam simpanan kami.
  • Penghapusan: Anda boleh menuntut supaya maklumat anda dihapuskan melainkan kami dipertanggungjawabkan atau dibenarkan oleh undang-undang untuk menyimpannya.
  • Sekatan: Anda boleh menuntut untuk menyekat pemprosesan maklumat anda jika anda mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.
  • Bantahan: Anda boleh mengemukakan bantahan terhadap pemprosesan maklumat anda jika kami bersandarkan pada kepentingan sah atau melaksanakan sesuatu tindakan atas kepentingan awam.
  • Mudah alih: Anda boleh menuntut supaya maklumat anda dialihkan kepada entiti yang lain jika pemprosesan adalah berdasarkan persetujuan atau kontrak dan dilaksanakan secara automatik (setakat yang berkenaan).
  • Penarikan persetujuan: Anda boleh menarik persetujuan anda ke atas pemprosesan maklumat anda pada bila-bila masa, tanpa menjejaskan kesahan pemprosesan yang dilakukan sebelum penarikan.
  • Aduan: Anda boleh memfailkan aduan kepada pihak berkuasa yang berkaitan (Jabatan Perlindungan Data Peribadi) jika anda percaya kami telah melanggar hak privasi anda.

Untuk melaksanakan hak-hak ini, sila hubungi kami di admin@aksesmalaysia.my bersama bukti identiti yang sesuai. Kami akan membalas permintaan anda dalam tempoh yang munasabah selaras dengan keperluan undang-undang.

Bagaimana kami mengemas kini dasar privasi ini

Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan sentiasa tersedia di laman ini. Perubahan material akan ditandakan dengan tarikh kemas kini baharu. Penggunaan berterusan Laman selepas perubahan dipaparkan dianggap sebagai penerimaan terhadap Dasar Privasi yang dikemas kini.

Hubungi kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen, atau kebimbangan terhadap Dasar Privasi ini atau amalan privasi kami, sila hubungi kami di:

Media MNC Nusantara
No 27, Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

E-mel: admin@aksesmalaysia.my

(Sila nyatakan “Privasi” dalam subjek e-mel untuk permintaan berkaitan data peribadi.)


© 2021–2026 Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.


ADVERTISEMENT

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.