KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2026 – Pertubuhan kemanusiaan Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) mengumumkan pelantikan Datuk Nur Iskandar A. Samad sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yang baharu berkuat kuasa 18 Ogos 2026.

Pelantikan berkenaan dibuat susulan keputusan mantan Pengerusi, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, untuk melepaskan jawatannya berkuat kuasa 4 Ogos lalu atas faktor kesihatan serta atas nasihat perubatan bagi memberikan tumpuan kepada proses pemulihan.
Datuk Nur Iskandar, yang berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah IR Malaysia sejak 2022, mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam industri minyak, gas dan petrokimia merangkumi pelbagai jawatan kepimpinan kanan di PETRONAS.
Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Kimia dari University of Leeds, United Kingdom, turut pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Vantris Energy Berhad dari tahun 2023 hingga 2025, selain menjadi Ahli Majlis Penasihat Industri di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi PETRONAS.
Pengurusan IR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Sri Syed Saleh atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau, di samping mengalu-alukan kepimpinan Datuk Nur Iskandar dalam memperkukuh misi kemanusiaan serta tadbir urus organisasi.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.

































