NEW YORK – Sony Music Vision hari ini mengumumkan tayangan dokumentari Always Lalisa yang memaparkan perjalanan kerjaya solo penyanyi, penari dan pelakon antarabangsa, LISA, di IMAX dan pawagam seluruh dunia secara terhad bermula 12 Oktober ini menerusi Trafalgar Releasing.
Dokumentari arahan Sue Kim itu bakal menemui penonton di layar perak berikutan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) 2026, sebelum disiarkan secara eksklusif dalam talian menerusi YouTube Premium pada penghujung tahun ini. Jualan tiket bagi tayangan pawagam dibuka bermula 9 September 2026 di laman rasmi AlwaysLaLisa.com.
Filem ini menyingkap fasa penting dalam kehidupan LISA sewaktu berehat sementara daripada kumpulan K-pop terkemuka, BLACKPINK. Ia memaparkan cabaran, tekanan serta komitmen beliau dalam membina kerjaya solo, menceburi bidang lakonan menerusi siri HBO The White Lotus, serta mengurus jenama peribadinya.
LISA yang mencipta pelbagai liputan sejarah antarabangsa baru-baru ini turut beraksi di Upacara Pembukaan Piala Dunia FIFA 2026, residensi Las Vegas VIVA LA LISA, dan dijadualkan melancarkan EP terbaharunya bertajuk PRESS PLAY pada 23 Oktober ini.
Presiden Sony Music Vision, Tom Mackay, serta Ketua Global Muzik YouTube, Lyor Cohen, meluahkan rasa bangga dapat bekerjasama dalam membawakan paparan jujur perkembangan seni LISA terus kepada jutaan peminat di seluruh dunia.
Dokumentari ini diterbitkan oleh Sony Music Vision dengan kerjasama RCA Records, Tremolo Productions, Salt Water Productions dan LLOUD CO.

Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.


































