KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2025 — Pusat beli-belah fahrenheit88 meraikan sambutan Merdeka tahun ini dengan penganjuran Warna-Warni Merdeka, sebuah program khas yang berlangsung dari 4 hingga 31 Ogos 2025.
Bertemakan identiti, semangat dan perpaduan negara, acara ini menampilkan kerjasama bersama Arkib Negara Malaysia untuk membawa kisah tokoh, kenangan serta pencapaian budaya yang membentuk perjalanan Malaysia sejak merdeka.
Antara tarikan utama ialah Merdeka Art Zone oleh artis tempatan Whitey Arts yang menampilkan lukisan flora negara termasuk bunga Rafflesia, serta Local Style Icons Market yang mengetengahkan fesyen tempatan.
Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ogos, antaranya:
- Booth karikatur harian (4–31 Ogos, 11 pagi – 10 malam)
- Merdeka Flashmob Parade (9 Ogos, 4 petang – 5 petang)
- Pertunjukan fesyen Mahardika Production (10, 16 & 30 Ogos, 5 petang – 7 malam)
- Pertunjukan fesyen ARP Elite (17 & 23 Ogos, 4 petang – 6 petang)
- Bengkel seni titik bunga raya (24 Ogos, 11 pagi – 12.30 tengah hari & 2 petang – 3.30 petang)
- Pertandingan kostum Merdeka (24 Ogos, 12 tengah hari – 5 petang)
- Bengkel seni tanah liat Merdeka (31 Ogos, 11 pagi – 12.30 tengah hari & 2 petang – 3.30 petang)
- Pertandingan mewarna kanak-kanak (31 Ogos, 3 petang – 5 petang)
Acara turut dimeriahkan dengan pameran tambahan seperti Delicious in Dungeon Exhibition (sehingga 28 September di Aras 2) dan Amazing Malaysia Exhibition & Sales (22–31 Ogos di Aras 3), yang diadakan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sebagai pemangkin kepada Visit Malaysia 2026.
Fahrenheit88 juga memperkenalkan beberapa jenama baharu sempena Merdeka, termasuk Brands Outlet, CYOU Lemon dan ZUS Signature.
Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM200 dalam satu resit boleh menebus baucar tunai RM20 di Kaunter Concierge, Aras G, selagi stok masih ada. Selain itu, Top 10 Spenders sepanjang kempen berpeluang memenangi baucar CEO Karaoke bernilai RM1,000 setiap seorang.
Maklumat lanjut mengenai Warna-Warni Merdeka boleh didapati di Facebook, Instagram, TikTok dan Xiao Hong Shu fahrenheit88, atau hubungi talian khidmat pelanggan di 03-2148 5488.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.














































