BUTTERWORTH, 3 September 2026 – Tiga pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijatuhi hukuman denda RM600 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang semalam atas kesalahan menggunakan lambang pertubuhan tanpa kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Kesemua tertuduh didakwa di bawah subseksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM3,000.
Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal menjatuhkan hukuman denda atau penjara satu bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi.
Pendakwaan tersebut dibuat susulan tindakan penguatkuasaan dan pemeriksaan oleh JPPM Putrajaya serta JPPM Pulau Pinang, dengan kerjasama penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada 27 Ogos lalu.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, JPPM mengingatkan semua pertubuhan berdaftar supaya memastikan sebarang penggunaan lambang, simbol, tanda, papan tanda atau pakaian berkaitan mendapat kelulusan Pendaftar sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.
































