PUTRAJAYA, 2 April 2025 — Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.33, berkuat kuasa bagi tempoh 3 hingga 9 April 2025.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, peningkatan ini selari dengan perubahan harga pasaran minyak mentah dunia.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, dengan mengambil kira pergerakan harga global serta keperluan untuk mengekalkan kestabilan harga,” menurut kenyataan tersebut.
Penetapan harga mingguan ini dilaksanakan melalui formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Selain RON97, harga runcit bahan api lain kekal seperti berikut:
- RON95 kekal pada RM2.05 seliter;
- Diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada RM3.03 seliter;
- Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Kementerian turut menegaskan komitmen Kerajaan untuk terus mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.