KUALA LUMPUR, 4 September 2026 — Apabila Puan Suzana disahkan menghidap kanser payudara, beliau menyangka kemoterapi merupakan antara cabaran paling besar yang perlu dihadapinya.
Namun, beliau tidak menjangkakan bahawa perkara paling sukar yang perlu dihadapinya setiap hari ialah makan.
“Pada hari selepas menjalani kemoterapi, saya langsung tiada selera makan. Malah, menelan pun menjadi sukar,” katanya.
Apabila rawatan berterusan, selera makan Puan Suzana semakin berkurangan dan berat badannya mula menyusut. Setiap waktu makan menjadi satu cabaran antara keperluan tubuh dengan keupayaannya untuk makan.
Apabila pakar dietetik memperkenalkan Valens Onthera+, sebuah formula imunonutrisi khusus, kepada Puan Suzana, beliau mengambilnya sebagai salah satu sumber pemakanan tambahan untuk menyokong proses pemulihannya.
“Saya panggilnya Valens Onthera+ sebagai ‘Susu Coklat’ dan saya minum setiap hari, terutamanya apabila saya tidak bertenaga atau tiada selera makan,” katanya.
“Terutamanya selepas rawatan, saya berasa sangat lemah dan letih. ‘Susu Coklat’ membantu memulihkan sedikit tenaga. Pakar dietetik saya berkata ia baik untuk saya kerana membekalkan khasiat yang diperlukan oleh badan.”
“Saya memang rasa tenaga saya pulih lebih cepat apabila mengambilnya, terutama sepanjang menjalani rawatan.”
Kisah Puan Suzana mencerminkan antara cabaran yang dihadapi oleh ramai pesakit kanser di Malaysia.
Cabaran pemakanan pesakit kanser memerlukan lebih banyak tumpuan
Dalam kalangan masyarakat, cabaran kanser lazimnya dikaitkan dengan proses diagnosis, pembedahan dan rawatan.
Namun, pemakanan dan nutrisi yang mencukupi juga merupakan antara cabaran utama yang dihadapi pesakit kanser sepanjang tempoh rawatan. Kajian penyelidikan menganggarkan bahawa antara 40 hingga 80 peratus pesakit kanser mengalami malnutrisi sepanjang perjalanan rawatan, menjadikannya antara komplikasi paling lazim tetapi sering terlepas pandang dalam sistem penjagaan kanser (1, 2, 3).
Walaupun ramai pesakit mengalami masalah malnutrisi, aspek pemakanan sering menerima perhatian yang lebih rendah berbanding aspek penjagaan kanser yang lain, sedangkan status pemakanan yang kurang baik boleh menjejaskan kekuatan, pemulihan dan kualiti hidup pesakit.
Cabaran ini kini mendapat perhatian baharu di Malaysia menerusi sebuah kajian klinikal tempatan yang menyerlahkan peranan penting imunonutrisi dalam penjagaan pesakit kanser.
Kajian klinikal Malaysia mengenai pemakanan imunonutrisi perioperatif
Penyelidikan klinikal yang semakin berkembang menunjukkan kepentingan pemakanan imunonutrisi bagi pesakit kanser tertentu, terutamanya mereka yang menjalani pembedahan besar. Garis panduan pemakanan klinikal antarabangsa turut mengesyorkan penggunaan imunonutrisi dalam keadaan terpilih, khususnya menerusi program Enhanced Recovery After Surgery (ERAS) (4, 5, 6).
Sebuah kajian klinikal Malaysia yang baharu turut menyumbang kepada bidang penyelidikan ini dengan memperkaya data klinikal tempatan mengenai peranan imunonutrisi dalam menyokong pemulihan pesakit kanser. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal klinikal Supportive Care in Cancer.
Kajian berkenaan melibatkan 110 pesakit kanser ginekologi yang menjalani pembedahan di Institut Kanser Negara (IKN) di bawah program ERAS. Keadaan pemulihan pesakit yang menerima pemakanan imunonutrisi dibandingkan dengan pesakit yang menerima pemakanan biasa.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pesakit yang menerima pemakanan imunonutrisi mengalami proses pemulihan yang lebih baik, termasuk tempoh rawatan di hospital yang lebih singkat, pemulihan fungsi perut dan usus yang lebih cepat, penyembuhan luka yang lebih baik serta pemeliharaan status pemakanan dan fungsi fizikal yang lebih baik.
Pesakit yang menerima pemakanan imunonutrisi juga menunjukkan profil keradangan yang lebih baik dan, yang ketara, tiada kemasukan semula ke hospital direkodkan dalam tempoh 30 hari selepas pembedahan (7).
Produk imunonutrisi yang dinilai dalam kajian ini ialah Valens Onthera+, sebuah formula imunonutrisi khusus buatan Malaysia.
Kajian ini turut menyumbang data daripada populasi Malaysia, yang sebelum ini kurang diwakili berbanding penyelidikan yang lazimnya melibatkan populasi Asia Barat dan Asia Timur.
Menangani cabaran pemakanan melalui program kebajikan imunonutrisi
Walaupun penyelidikan mengenai kepentingan pemakanan dalam penjagaan kanser semakin berkembang, ramai pesakit kanser masih berdepan cabaran untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka.
Bagi membantu menangani cabaran ini, program kebajikan Valens Onthera+ “1,000 Cans of Hope” telah dilancarkan pada Psychosocial Support Summit yang diadakan bersempena National Cancer Congress 2026 pada 4 Sept 2026.
Program ini merupakan salah satu inisiatif VALENS® Support Fund, sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berkaitan penjagaan kanser yang ditubuhkan oleh Pharm-D Health Science Berhad (Pharm-D HS) bersama National Cancer Society Malaysia (NCSM).
VALENS® Support Fund telah dilancarkan secara rasmi pada Hari Kanser Sedunia 2026 dengan kehadiran Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Melalui program kebajikan Valens Onthera+ “1,000 Cans of Hope”, sebanyak 1,000 tin formula imunonutrisi khusus Valens Onthera+ akan disumbangkan kepada pesakit kanser yang layak dan dikenal pasti menerusi NCSM.
Setiap penerima akan menjalani sesi penilaian menyeluruh oleh pakar dietetik bagi menentukan keperluan pemakanan serta kesesuaian klinikal masing-masing.
Memperkasakan peranan pemakanan dalam penjagaan kanser
Pengarah Urusan Pharm-D Health Science Berhad, Wong Chin Cheang, berkata program kebajikan itu mencerminkan komitmen untuk memperkukuh peranan pemakanan sebagai komponen penting dalam penjagaan kanser.
“Apabila mendengar perkataan ‘kanser’, kita biasanya terus memikirkan kemoterapi, pembedahan dan ubat-ubatan. Sebenarnya, ramai pesakit kanser berkongsi bahawa antara cabaran terbesar yang mereka hadapi ialah mencari kekuatan untuk makan.
“Oleh itu, pemakanan bukan sekadar pelengkap kepada rawatan. Ia merupakan komponen penting dalam sistem penjagaan pesakit kanser.”
Wong berkata, ketika VALENS® Support Fund dilancarkan pada Hari Kanser Sedunia awal tahun ini, Pharm-D Health Science mahu menjadikannya lebih daripada sekadar sebuah program bantuan kewangan.
“Kami ingin menerajui usaha yang lebih menyeluruh bagi memperkukuh pemakanan khusus sebagai komponen penting dalam penjagaan kanser.
“Program kebajikan Valens Onthera+ ‘1,000 Cans of Hope’ menterjemahkan visi tersebut dengan memastikan pesakit kanser bukan sahaja menerima sokongan pemakanan, malah mendapat bimbingan profesional daripada pakar dietetik yang memahami keperluan pemakanan mereka.”
Pengarah Urusan NCSM, Kol. Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr Murallitharan Munisamy, berkata cabaran pemakanan merupakan antara aspek paling membimbangkan dalam kalangan pesakit kanser, walaupun ia jarang diberi perhatian.
“Sebenarnya, penyakit kanser bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan pesakit. Selain tekanan emosi dan kewangan, antara punca utama pesakit kekurangan tenaga dan kekuatan ialah pemakanan yang tidak lengkap dan tidak mencukupi akibat kekurangan selera makan serta kesukaran untuk makan selepas menjalani rawatan dan mengambil ubat-ubatan.
“Melalui pemakanan khusus seperti imunonutrisi, kami berharap ia dapat membantu pesakit kanser mengurangkan cabaran tersebut supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada pemulihan dan meningkatkan kualiti hidup.”
“1,000 Cans of Hope” hanya langkah permulaan
Kemajuan dalam rawatan kanser terus berkembang. Justeru, pendekatan terhadap penjagaan kanser juga perlu diperkukuh seiring dengan perkembangan tersebut.
Pemakanan tidak seharusnya dianggap sekadar sebagai komponen tambahan, sebaliknya perlu diberikan kedudukan sebagai salah satu komponen utama dalam penjagaan pesakit kanser.
Berteraskan visi tersebut, VALENS® Support Fund bukan sahaja menyediakan bantuan pemakanan, malah merangkumi usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan dalam penjagaan kanser menerusi program komuniti serta seminar pendidikan untuk pesakit dan penjaga.
Salah satu inisiatif tersebut ialah program kebajikan Valens Onthera+ “1,000 Cans of Hope”.
Bagi Puan Suzana, sokongan yang diterima membawa makna yang lebih besar daripada sekadar bantuan pemakanan.
“Ia mengingatkan saya bahawa kekuatan bukan sekadar tentang mengharungi rawatan, tetapi juga menjaga diri dan terus berusaha walaupun sukar.
“Bagi saya, sokongan ini memberi saya kekuatan dan harapan untuk tidak berputus asa sepanjang perjalanan ini.”
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.


































