KUALA LUMPUR, 28 Februari 2025 – Bersempena ketibaan Ramadan, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) meneruskan inisiatif tahunan mereka dengan mengagihkan beras fidyah kepada kira-kira 500 penerima asnaf di sekitar Lembah Pantai.
Program ini turut disertai oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil, yang bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, dan Penasihat Komersial ikhlas.com, Datuk Rosyam Nor, turun padang bagi menyampaikan sumbangan kepada penerima yang layak.
Menurut Ikhlas Kamarudin, ikhlas.com Fidyah bukan sekadar membantu umat Islam melaksanakan kewajipan mereka, tetapi juga memastikan manfaatnya sampai kepada golongan yang memerlukan.
“Kami bersyukur kerana masih diberi amanah untuk membantu umat Islam melunaskan fidyah dengan mudah, sekali gus memberi manfaat kepada puluhan ribu penerima asnaf setiap tahun sejak 2020. Terima kasih kepada YB Fahmi atas sokongan beliau dalam menyantuni komuniti setempat serta menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan membayar fidyah,” katanya.
5,000 pengguna, 80,000kg beras fidyah diagihkan
Tahun ini, seramai 5,000 pengguna telah menggunakan perkhidmatan ikhlas.com Fidyah, dengan jumlah pembayaran mencecah RM320,000. Dana ini telah digunakan untuk mengagihkan lebih 80,000kg beras fidyah kepada golongan asnaf di seluruh negara.
Sebagai platform patuh syariah, ikhlas.com bukan sahaja memudahkan transaksi pembayaran fidyah secara dalam talian, tetapi juga bertanggungjawab dalam pengagihan sumbangan kepada penerima yang berhak.
ikhlas.com: Menyediakan pelbagai perkhidmatan gaya hidup Islam
Dilancarkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform kembara dan gaya hidup Islam yang bertujuan membantu umat Islam melaksanakan ibadah dengan lebih mudah. Selain perkhidmatan ikhlas.com Fidyah, platform ini turut menawarkan Umrah dan Travel, Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Qurban, serta pelbagai kemudahan lain melalui kerjasama dengan AirAsia X.
Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih melalui Apple App Store dan Google Play Store.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.















































