KUALA LUMPUR, 22 Mei 2026 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa institusi Raja merupakan teras penting dan tunjang kestabilan serta perpaduan negara susulan beberapa polemik berkaitan institusi berkenaan yang timbul baru-baru ini.
Kenyataan itu dibuat bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada masyarakat mengenai sistem kenegaraan Malaysia yang dibina atas prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, berkata institusi Raja bukan sahaja mencerminkan sejarah dan identiti negara, malah menjadi tunjang kestabilan, perpaduan dan kesinambungan pemerintahan.
“Kedudukan ini bukan sahaja mencerminkan sejarah dan identiti negara, malah menjadi tunjang kestabilan, perpaduan dan kesinambungan pemerintahan negara,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa prinsip kedua Rukun Negara, iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”, menzahirkan komitmen seluruh rakyat Malaysia untuk menghormati institusi Raja. Perkara itu menjadi lambang kedaulatan negara dan perpaduan rakyat berbilang kaum yang perlu difahami serta dihayati secara menyeluruh, selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Dari segi undang-undang tertinggi negara, Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Utama Negara. Perkara 44 pula menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada Parlimen bersama-sama Dewan Negara dan Dewan Rakyat, sekali gus membuktikan kedudukan sah institusi tersebut dalam struktur pemerintahan negara.
Selain itu, institusi Raja juga memainkan peranan besar dalam memelihara kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1). Baginda turut bertanggungjawab menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di samping kepentingan sah kaum-kaum lain sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 153, manakala Perkara 181(1) menegaskan bahawa kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja Melayu kekal terpelihara.
Sehubungan itu, IKIM menyeru semua pihak agar terus memperkukuh kefahaman mengenai sistem Raja Berperlembagaan serta sentiasa memelihara adab dan tanggungjawab dalam membincangkan perkara berkaitan institusi Raja. Pendidikan kenegaraan dan penghayatan Perlembagaan perlu terus diperkasakan bagi memastikan perpaduan, kestabilan dan keharmonian negara terus terpelihara.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.





















![[L-R] Cradle Fund Group CEO, Norman Matthieu Vanhaecke; Midwest Composites CEO, Sethu Raaj; Growth Charger Director, Iskandar Shafi’i; Pegasus Tech Ventures Investor, Yonathan Vincent Xavier.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2024/09/Picture-1-Winner-350x250.jpg)





















