KUALA LUMPUR, 22 Januari 2026 — Imperial Lexis Kuala Lumpur mengundang orang ramai untuk menikmati bufet berbuka puasa “Berbuka Selera di Dapur Imperial” di Roselle Coffee House sempena bulan Ramadan ini, yang menampilkan cita rasa warisan Malaysia dengan sentuhan elegan urban kontemporari.

Hotel itu memaklumkan bufet berkenaan ditawarkan untuk tempoh terhad bermula 25 Feb hingga 12 Mac 2026, dari 6.30 petang hingga 10 malam, dengan lebih 100 hidangan menerusi menu berputar harian yang menggabungkan sajian tradisional, kepakaran serantau dan pilihan antarabangsa.
Harga bufet ditetapkan pada RM238 bersih bagi dewasa, RM168 bersih bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan RM128 bersih bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.
Antara hidangan utama yang disajikan termasuk Sup Gear Box, Daging Rendang Tok, Kambing Kuzi, Udang Harimau Sambal, Ikan Tilapia Asam Pedas, Pucuk Paku Goreng Cili, Satay Kajang (ayam dan daging) bersama nasi impit, serta Bubur Lambuk.

Bufet itu turut menyediakan pilihan Seafood on Ice seperti baby lobster, udang harimau, scallop dan ketam bunga, selain kaunter sashimi dan sushi. Tetamu juga boleh menikmati pelbagai pembuka selera tempatan dan kerabu termasuk gado-gado, rojak buah, kerabu pucuk paku dan kerabu daging.
Bagi melengkapkan pengalaman, beberapa stesen secara langsung turut disediakan antaranya charcoal grill, tempura bar, roti canai dan murtabak, dim sum, BBQ gaya Kantonis serta stesen ukiran yang menampilkan Biryani Kambing Panggang, di samping pilihan pencuci mulut seperti kuih Nyonya, kek keju, coklat artisan, ais batu campur (ABC), chocolate fountain dan buah-buahan tropika.
Imperial Lexis Kuala Lumpur turut menawarkan promosi termasuk diskaun awal 20 peratus sehingga 1 Feb 2026 (dengan bayaran penuh terlebih dahulu) serta diskaun 20 peratus bagi tempahan minimum empat dewasa untuk pemegang kad kredit terpilih.
Untuk tempahan atau pertanyaan, orang ramai boleh e-mel eat@imperiallexiskl.com atau WhatsApp +6010-784 0176.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.















































