JAKARTA, Indonesia, 5 Julai 2023 (PRNewswire) — Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) dan Kelab Wartawan Asing Jakarta (JFCC) hari ini telah menganjurkan perbincangan panel bertajuk “Menuju Forum Air Sedunia ke-10: Dasar, Teknologi, dan Peluang Pelaburan dalam Pengurusan Sumber Air” dalam satu rangka Forum Air Sedunia (WWF) ke-10.
Penasihat Khas kepada Menteri PUPR Republik Indonesia mengenai Teknologi, Industri & Alam Sekitar, Endra Saleh Atmawidjaja di dalam ucapannya berkata ia merupakan satu penghormatan buat Indonesia menjadi tuan rumah bagi Forum Air Sedunia ke-10 dan memimpin isu-isu air global.
“Kami bertujuan untuk mempromosikan perdamaian, kemandirian, dan kemakmuran dalam hal ketersediaan sumber air.” Katanya lagi.
Antara panel yang terlibat dalam forum tersebut adalah Yoon-jin Kim (Pengarah Wilayah Asia Pasifik WWF ke-10), Firdaus Ali (Penasihat Khas kepada Menteri PUPR untuk Sumber Air), Usman Kansong (Ketua Pengarah Maklumat dan Komunikasi Awam, Kementerian Komunikasi dan Informatika), Imam Santoso (Pengarah Perum Jasa Tirta II), Rachmat Hidayat (Pengarah Hal Ehwal Kerajaan Danone Indonesia), dan Shinta Kamdani (Pengerusi Persatuan Pengusaha Indonesia (APINDO)).
Firdaus Ali berkata, “Kerajaan Indonesia telah melaksanakan beberapa projek bertujuan untuk membangunkan sektor air, salah satunya adalah pembinaan empangan, dengan sasaran 57-59m³ per kapita/tahun.”
Beliau juga menyebutkan bahawa cabaran utama dalam sektor air adalah pembiayaan lestari melalui perkongsian awam-swasta.
Kementerian PUPR, APINDO, Perum Jasa Tirta II dan Danone Indonesia sebulat suara bersetuju bahawa sektor swasta dan awam memerlukan strategi baru dalam mewujudkan pembiayaan dan pelaburan dalam sektor air yang lebih ampuh.
Pengerusi APINDO, Shinta Kamdani menjelaskan, “Terdapat tiga syarat dalam menubuhkan rakan kongsi awam-swasta yang baik dalam pembiayaan air yang lestari, iaitu kepercayaan antara kerajaan dan sektor swasta, model rakan kongsi yang saling menguntungkan, dan keutuhan hubungan rakan kongsi tersebut.”
Beliau juga menyebut bahawa melalui dasar-dasar kerajaan dan insentif, sektor swasta dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam menubuhkan pembiayaan hijau yang mempertimbangkan impak sosial dan alam sekitar daripada aktiviti ekonomi.
Sebagai kenyataan penutup, Yoon-jin Kim menekankan kepentingan forum akan datang untuk menilai strategi dan penyelesaian praktikal terhadap cabaran air global.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.