KUALA LUMPUR, 25 Februari 2026 – Julie’s kembali dengan filem pendek Hari Raya tahunannya berjudul ‘Kenangan Tu Ke Mana?’, meneruskan tradisi Julie’s dalam menghasilkan kisah perayaan yang penuh makna. Dikenali dengan kisah-kisah yang menyentuh hati, filem kali ini mengajak penonton untuk berhenti sejenak dan merenung tentang erti sebenar untuk hadir bersama orang tersayang. Ia mengingatkan kita bahawa setiap detik yang dikongsi hari ini akan menjadi kenangan berharga yang kekal bersama kita sepanjang hayat.
Filem pendek ini mengisahkan Hidayah, seorang wanita yang mengunjungi Pusat Simpanan Memori, sebuah tempat di mana kenangan dari setiap fasa kehidupan disimpan dan dapat diimbau kembali. Dibimbing oleh seorang pegawai khidmat pelanggan bernama Zamri, Hidayah menyelusuri bab demi bab perjalanan hidupnya, dimana kenangan Hari Raya bersama anaknya Azmir, menjadi tumpuan utama. Bermula daripada suasana perayaan yang meriah ketika zaman kanak-kanak Azmir, hinggalah detik yang semakin sunyi apabila dia meningkat dewasa. Kenangan-kenangan ini memperlihatkankan sebuah ikatan yang dibentuk oleh peredaran masa serta janji-janji yang semakin sukar untuk ditepati.

Dalam perjalanan Hidayah mengimbau kembali detik-detik kehidupannya, jurang halus dan gangguan kecil mula muncul dalam ingatannya. Gangguan ini membayangkan emosi Hidayah yang belum terungkai serta jurang hubungan yang semakin melebar di antara ibu dan anak yang selama ini dibina perlahan-lahan, tahun demi tahun. Setiap imbasan memori mengajak penonton untuk merenung erti sebenar untuk berada di samping orang tersayang. ‘Kenangan Tu Ke Mana?’ dihasilkan khas untuk memetik emosi dan membawa penonton menyelami pencarian makna disebalik serpihan-serpihan memori yang dekat di hati Hidayah.
Mengulasi filem pendek ini, Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits berkata, “Setiap tahun, Hari Raya membawa bersamanya magisnya yang unik, di mana setiap momen terpahat di hati sungguhpun sambutan telah berlalu. Menerusi ‘Kenangan Tu Ke Mana?’, kami ingin mengajak orang ramai merenung kembali ruang-ruang halus di antara kenangan kami, saat-saat di mana salah faham boleh timbul, dan hubungan antara keluarga sebenarnya mampu menjadi lebih kukuh sekiranya dipupuk dengan penuh perhatian. Sebagaimana Love Letters sentiasa menjadi peneman manis di meja perayaan dan dapat menyatukan seisi keluarga ketika menikmatinya, filem ini juga merupakan cara kami meraikan erti kehadiran, hubungan yang tulus dan kasih sayang dalam keluarga yang menjadikan Raya benar-benar istimewa. Di Julie’s, kami berharap dapat terus menghasilkan kisah yang menyentuh hati, mengajak orang ramai berfikir, dan mengingatkan kita semua tentang keindahan dalam meneruskan usaha mencipta memori yang bermakna bersama orang tersayang.”

Berkongsi pandangannya, Pengarah Kreatif GOVT VCCP, Theophilues Tan berkata, “Hari Raya sering dikaitkan dengan kebersamaan, namun pada tahun ini, kami ingin meneliti semula maknanya dalam konteks kehidupan hari ini. Dalam dunia yang sentiasa terhubung secara digital, tetapi sering berjauhan dari segi emosi, kehadiran seseorang itu menjadi lebih penting daripada sebelum ini. Daripada hanya sekadar menumpukan kepada naratif tradisi, filem ini meneliti keretakan kecil yang boleh terbentuk dalam sesebuah hubungan apabila masa berlalu tanpa disedari, terutamanya antara ibu bapa dan anak-anak. Melalui naratif berunsur sains fiksyen, filem ini membuka ruang untuk penonton merenung sesuatu yang sangat manusiawi: seperti detik-detik kehidupan yang terlepas pandang, janji-janji yang sering ditangguhkan, pilihan untuk hadir buat mereka yang tersayang, serta memorimemori yang secara diam-diam membentuk pendirian seseorang.
Sempena Hari Raya ini, Julie’s mengajak orang ramai untuk menonton ‘Kenangan Tu Ke Mana?’ dan mengongsikannya bersama orang yang tersayang, dalam masa yang sama, menggalakkan mereka untuk menghargai detik-detik bermakna dan terus mencipta kenangan yang akan dikenang selama-lamanya. Filem pendek ini kini boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Julie’s.
Bagi pelanggan yang sedang membuat persiapan Hari Raya, Love Letters Julie’s yang sentiasa menjadi kegemaran ramai setiap musim perayaan boleh didapati dalam pek tab yang praktikal, sesuai untuk dijadikan buah tangan atau dinikmati bersama keluarga. Buat mereka yang gemar menambah sentuhan peribadi, Julie’s turut menyediakan inspirasi resipi bagaimana Love Letters dan produk lain boleh digunakan dalam penyediaan juadah Raya yang tersendiri. Layari laman resipi Julie’s untuk meneroka idea baharu bagi memeriahkan musim perayaan ini.
Love Letters Julie’s boleh didapati dalam tiga perisa klasik iaitu Coklat, Strawberi dan Vanila. Dapatkannya di kedai runcit terdekat anda atau dalam talian di kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada . Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, kunjungi laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits.
Untuk menonton Filem Hari Raya Julie’s sebelum ini, klik pada pautan di bawah:
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.














































