• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Jumaat, 13 November 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

    Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

    Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

    Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

    Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

    Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

    FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

    FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

    Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

    Harga RON97 turun 50 sen, RON95 tanpa subsidi susut 40 sen

    COP31: Malaysia gesa pembiayaan iklim disalurkan terus kepada komuniti, perkukuh penglibatan awam

    COP31: Malaysia gesa pembiayaan iklim disalurkan terus kepada komuniti, perkukuh penglibatan awam

    Malaysia anjur Persidangan Pelancongan Islam Sedunia Ke-5 2026, himpun pemimpin industri global

    Malaysia anjur Persidangan Pelancongan Islam Sedunia Ke-5 2026, himpun pemimpin industri global

    Tourism Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang jalin kerjasama promosi VM2026–2027 menerusi MotoGP 2026

    Tourism Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang jalin kerjasama promosi VM2026–2027 menerusi MotoGP 2026

    MDEC iktiraf syarikat teknologi tempatan di Elevate & Engage 2026, dorong pengasas terus berinovasi

  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cantik
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    Kuching Sarawak

    10 Pengalaman menarik menelusuri cita rasa Kuching

    Waldorf Astoria Kuala Lumpur tawar pengalaman penginapan serba mewah

    Waldorf Astoria Kuala Lumpur tawar pengalaman penginapan serba mewah

    5 Pengalaman menarik untuk diterokai di Perlis dan Kedah

    5 Pengalaman menarik untuk diterokai di Perlis dan Kedah

    Ketua Pegawai Eksekutif EMAX Corporate, Wilson Lee menyampaikan cenderahati kepada Miss World Asia 2026, Tanuashiya Chetty.

    Pendekatan baharu kecantikan dengan ION+Glow™ dan PlasmFX

    "Jangan takut bermimpi besar" – Agnez Mo cipta sejarah di Madame Tussauds Hollywood

    Agnez Mo selebriti Indonesia pertama miliki patung lilin di Madame Tussauds Hollywood

    5 sebab perlu datang awal ke lapangan terbang

    5 sebab perlu datang awal ke lapangan terbang

    Bayview Beach Resort Pulau Pinang yang akan dijenamakan semula sebagai Ascott Batu Ferringhi Penang Resort

    Ascott Malaysia bakal menjenamakan semula tiga hotel Bayview

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Kadar kelahiran menurun ancam kelestarian ekonomi negara

Mohammad Taqiuddin Mohamad by Mohammad Taqiuddin Mohamad
Jun 25, 2026
in Berita, Ekonomi & Niaga
Reading Time: 5 mins read
0 0
0
Home Berita
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia kini sedang berhadapan dengan satu fenomena transisi demografi yang semakin membimbangkan, namun isu kritikal ini dilihat masih kurang mendapat perhatian serius dalam ruang perbahasan ekonomi negara.

Statistik mutakhir menunjukkan bahawa jumlah kelahiran hidup di Malaysia terus merosot tajam kepada hanya 414,918 kelahiran pada tahun 2024, sekaligus mencatatkan angka yang terendah sejak tahun 1980. Jumlah pasif ini menyaksikan penurunan sebanyak 9 peratus berbanding 455,761 kelahiran yang pernah direkodkan pada tahun 2023.

Pada masa yang sama, kadar kesuburan keseluruhan (Total Fertility Rate – TFR) negara turut dilaporkan menyusut daripada 1.7 kepada 1.6 anak bagi setiap wanita, iaitu satu kedudukan yang berada jauh di bawah paras penggantian populasi ideal sebanyak 2.1 anak.

ADVERTISEMENT

Naratif penurunan kadar kelahiran ini sebenarnya bukan sekadar isu domestik keluarga atau sekadar hak pilihan individu semata-mata; sebaliknya, ia merupakan satu krisis strategik yang membawa implikasi yang amat besar terhadap masa depan landskap ekonomi negara. Dalam kerangka ilmu ekonomi, komponen tenaga kerja merupakan faktor pengeluaran yang paling utama bagi menjana kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Apabila jumlah kelahiran baharu semakin berkurangan, sesebuah negara bakal berdepan masalah penyusutan bilangan penduduk usia bekerja pada masa akan datang. Fenomena penuaan awal ini telah pun menimpa beberapa buah negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan yang kini terpaksa bergelut mendepani kemelut kekurangan tenaga kerja tempatan yang parah berserta lonjakan drastik kos penjagaan warga emas.

Data terbaharu daripada pihak Jabatan Perangkaan Malaysia membuktikan bahawa komposisi penduduk yang berumur 65 tahun ke atas telah meningkat daripada 7.6 peratus kepada 7.7 peratus pada suku pertama tahun 2025, manakala peratusan bagi kelompok penduduk muda yang berumur antara 0 hingga 14 tahun pula terus konsisten merosot kepada paras 22.2 peratus.

Unjuran angka ini memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa Malaysia kini sedang bergerak deras ke arah sebuah status negara menua dengan kadar rentak yang jauh lebih pantas daripada apa yang dijangkakan sebelum ini.

Jika diteliti dari perspektif ekonomi Islam, kemelut demografi ini sama sekali tidak boleh dipandang sepi melalui lensa angka statistik semata-mata.

Ajaran Islam amat menekankan kepentingan prinsip Hifz al-Nasl (pemeliharaan keturunan) sebagai salah satu daripada objektif utama di bawah kerangka Maqasid Syariah. Pemeliharaan keturunan bukan sahaja penting demi kelangsungan institusi kekeluargaan, bahkan ia merupakan tunjang utama kepada pembangunan sesebuah ketamadunan, pemeliharaan kestabilan sosial, serta jaminan kekuatan ekonomi bagi sesebuah negara.

Dalam konteks ekonomi moden, modal insan berintegriti yang lahir daripada acuan institusi keluarga yang sihat merupakan aset negara yang paling bernilai tinggi.

Keadaan penurunan kadar kelahiran yang berlaku secara berterusan ini berpotensi besar mewujudkan jurang ketidakseimbangan yang parah antara golongan produktif dan golongan tanggungan. Apabila bilangan warga tua meningkat secara mendadak, pihak kerajaan terpaksa memperuntukkan unjuran perbelanjaan fiskal yang jauh lebih besar bagi membiayai sektor kesihatan awam, program kebajikan, dan dana pencen.

Pada masa yang sama, jumlah pembayar cukai domestik serta kadar pencarum aktif dalam sistem keselamatan sosial akan menyusut secara berperingkat. Situasi yang tidak seimbang ini pasti akan memberi tekanan ekonomi yang amat berat terhadap kedudukan kekayaan fiskal negara dalam jangka panjang.

Perkara yang lebih menggusarkan ialah apabila lonjakan masalah kekurangan tenaga kerja tempatan ini akhirnya memaksa negara untuk terus bergantung harap kepada lambakan pekerja asing bagi memenuhi keperluan operasi sektor ekonomi tertentu.

Walaupun sumbangan tenaga buruh luar ini diakui memainkan peranan penting dalam fasa pembangunan infrastruktur, kebergantungan yang terlalu tinggi dan tidak terkawal boleh mengundang pelbagai cabaran makro dari sudut penurunan produktiviti nasional, peningkatan isu pengaliran keluar pendapatan, konflik integrasi sosial, serta gangguan terhadap keseimbangan demografi negara asal.

Menyingkap punca di sebalik kemelut ini, persoalan utama yang perlu dirungkaikan ialah mengapa semakin ramai pasangan suami isteri pada hari ini lebih cenderung memilih untuk memiliki bilangan anak yang sedikit.

Antara faktor utama yang sering kali dikaitkan dengan fenomena ini merangkumi isu peningkatan kos sara hidup yang menghimpit, penawaran harga hartanah rumah yang terlalu tinggi, serta kos pendidikan dan pusat penjagaan anak yang semakin mahal, di samping anjakan transformasi gaya hidup masyarakat di kawasan bandar metropolis.

ArtikelBerkaitan

Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

Rentetan cabaran tersebut, ramai pasangan muda mengambil keputusan untuk menangguhkan usia perkahwinan atau merancang kelahiran zuriat demi memberikan laluan kepada kestabilan faktor kewangan serta pengukuhan kerjaya masing-masing. Malah dalam sesetengah keadaan, masalah klinikal ketidaksuburan turut dikesan menjadi cabaran kesihatan yang semakin meningkat dalam kalangan pasangan muda hari ini.

Oleh sebab itu, pendekatan bagi menyelesaikan isu penyusutan populasi ini sama sekali tidak boleh hanya bersandarkan kepada penganjuran kempen kesedaran bermusim semata-mata. Malaysia amat memerlukan penggubalan dasar makro yang bersifat lebih mesra keluarga, seperti pengenalan insentif pelepasan cukai yang lebih tinggi bagi keluarga yang mempunyai anak, penyediaan subsidi pusat penjagaan kanak-kanak yang menyeluruh, kemudahan skim perumahan mampu milik khusus untuk pasangan pengantin baharu, pelaksanaan sistem waktu kerja yang lebih fleksibel, serta penyediaan sokongan kesihatan reproduktif yang lebih meluas.

Negara jiran seperti Singapura dan Korea Selatan telah pun memperkenalkan pelbagai insentif kewangan yang agresif bagi menggalakkan kadar kelahiran, walaupun impak keberhasilannya masih memerlukan ruang masa yang panjang untuk dinilai.

Dalam acuan kerangka ekonomi Islam yang syamil, tahap kemajuan dan pembangunan sesebuah negara tidak seharusnya diukur melalui unjuran peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata, tetapi ia wajib dinilai melalui aspek kelestarian sosial serta tahap kesejahteraan generasi pewaris akan datang.

Anak-anak yang dilahirkan pada hari ini bukan sekadar penyeri hiasan ahli keluarga, tetapi mereka merupakan acuan modal insan, barisan pembayar cukai masa hadapan, tenaga kerja mahir, penggerak usahawan, dan bakal pemimpin yang akan mencorakkan hala tuju kelangsungan negara menjelang tahun 2050 dan dekad-dekad seterusnya.

Sekiranya trend penurunan kadar kelahiran ini dibiarkan berlanjutan tanpa sebarang intervensi dasar yang tuntas, Malaysia berisiko tinggi menghadapi situasi kelesuan ekonomi, apabila pertumbuhan pasaran menjadi semakin perlahan akibat isu kekurangan tenaga buruh dan peningkatan beban kos sosial. Oleh hal yang demikian, isu kadar kelahiran wajar diangkat sebagai agenda pembangunan negara yang sangat strategik, bukannya sekadar dipandang remeh sebagai urusan peribadi dalam sesebuah rumah tangga.

Hakikatnya, kelestarian dan kejituan ekonomi Malaysia tidak hanya bergantung pada kecanggihan aplikasi teknologi, lambakan dana pelaburan asing, mahupun pengenalan dasar fiskal yang baik semata-mata.

Kejayaan masa hadapan negara sebenarnya amat bergantung kepada kewujudan rantaian generasi baharu yang mencukupi untuk mewarisi dan meneruskan agenda pembangunan tanah air. Dalam erti kata lain, kemampanan ekonomi Malaysia pada masa depan yang gemilang sebenarnya bermula daripada acuan kekuatan institusi keluarga yang dibina pada hari ini.

Mohammad Taqiuddin Mohamad

Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah, Ekonomi dan Governan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

    Tidak ada rencana lain oleh penulis ini
Tags: ancaman negara menuaKadar kelahiran menurunkelestarian ekonomi Malaysia
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

ICT Zone raih kontrak sewaan perkakasan ICT RM28.1 juta

Next Post

ONSA lindung ruang siber, jamin keselamatan negara

Artikel Berkaitan

Tuan Yang Terutama José Ramos-Horta, Pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste bersama-sama pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) di Universiti Taylor.
Berita

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Presiden José Ramos-Horta dilantik Profesor Adjung Kehormat di Taylor’s University

Jun 24, 2025
35
Tidak mungkin GTA kerjasama dengan BN, PH dan PN selepas PRU15 – Dr Mahathir
Politik

Tidak mungkin GTA kerjasama dengan BN, PH dan PN selepas PRU15 – Dr Mahathir

November 8, 2022
17
blue and white building with green trees
Nasional

PM pastikan hak Sabah, Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 terpelihara

September 19, 2022
34
Next Post
Gambar hiasan dihasilkan menggunakan Gemini AI

ONSA lindung ruang siber, jamin keselamatan negara

Dato’ M. Nasir menghangatkan pentas utama pada hari pertama Rainforest World Music Festival (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak.

RWMF 2026 berakhir, rai perkongsian budaya dan kelestarian hutan hujan

MATTA mengumumkan kepulangan MATTA Muslim Friendly Travel Fair (MFTF) 2026 di WTC KL untuk memenuhi lonjakan permintaan pasaran pelancongan mesra Muslim global.

MATTA anjur semula MFTF 2026 susulan lonjakan permintaan pakej pelancongan mesra Muslim

Sorotan Utama

Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

Harga RON97 turun 50 sen, RON95 tanpa subsidi susut 40 sen

10 Pengalaman menarik menelusuri cita rasa Kuching

COP31: Malaysia gesa pembiayaan iklim disalurkan terus kepada komuniti, perkukuh penglibatan awam

Malaysia anjur Persidangan Pelancongan Islam Sedunia Ke-5 2026, himpun pemimpin industri global

Trending

Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026
Gaya Hidup

Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

by Gaya Traveller
November 13, 2026
0
12

Renaissance Johor Bahru Hotel meraikan Renaissance Day of Discovery 2026 melalui perasmian Arca Logo “R” dan penerokaan...

Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

November 13, 2026
14
Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

November 12, 2026
23
Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

November 12, 2026
22
FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

November 12, 2026
24
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

November 13, 2026
Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

November 13, 2026
Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

November 12, 2026

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Aktif
    • Cantik
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda AI Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Fadillah Yusof Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Kewangan Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton PRU15 Ramadan Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,722)
    • Dunia (57)
    • Ekonomi & Niaga (434)
    • Kembara & Pelancongan (130)
    • Kesihatan (65)
    • Nasional (694)
    • Politik (103)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (33)
    • Sekolah & Kampus (97)
    • Sosial (20)
    • Sukan (33)
  • Gaya Hidup (403)
    • Aktif (3)
    • Cantik (1)
    • Cipta Rasa (1)
    • Ilmu (6)
    • Kembara (152)
    • Selera (36)
    • Seni (115)
    • Teknologi (59)
    • Warisan (28)
  • Negeri (111)
    • Johor (5)
    • Kedah (4)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (2)
    • Pahang (2)
    • Perak (15)
    • Perlis (1)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (6)
    • Sarawak (16)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (3)
  • Rencana (316)
    • Agama dan Moral (39)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (39)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (53)
    • Keluarga (28)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (28)
    • Lestari (26)
    • Pendapat (8)
    • Pendidikan dan Kerjaya (45)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (16)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

November 13, 2026
Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

November 13, 2026
Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

November 12, 2026
Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

November 12, 2026
FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

November 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2026. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama