KUALA LUMPUR, 16 Julai 2022 — Kerajaan akan mengkaji semula proses perolehan bagi projek-projek yang belum dimulakan bagi mengawal perbelanjaan pembangunan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Bagaimanapun, keutamaan akan terus diberikan kepada projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat, jelasnya.
Dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia – Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam, MOF berkata kementerian, jabatan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan hendaklah meneruskan proses praperolehan yang tiada implikasi kewangan seperti perancangan, membuat reka bentuk, kebenaran merancang, menyelesaikan urusan berkaitan tanah/tapak projek dan sebagainya.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Asri Hamidin berkata selaras dengan hasrat kerajaan mengoptimumkan perbelanjaan bagi semua projek yang sedang dalam pelaksanaan, kementerian/ jabatan/ agensi hendaklah memantau secara rapi kemajuan projek agar ianya siap dalam tempoh ditetapkan.
Tambahnya, sebarang arahan perubahan (variation order-VO) yang mengakibatkan pertambahan kos projek hendaklah dielakkan dan sekiranya amat perlu berdasarkan peraturan semasa, VO tersebut perlu ditampung menggunakan penjimatan siling semasa kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun Persekutuan.
Di samping itu, semua perbelanjaan bagi perolehan aset baharu termasuk pembelian kereta, perabot dan lain-lain kelengkapan pejabat yang tidak mendesak yang belum dipesan atau ditandatangani hendaklah ditangguhkan kecuali kelulusan khas MOF telah diperolehi. — BERNAMA
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.





















![Para pemimpin industri berkongsi pandangan mereka mengenai teknologi peralihan terkini dan kesesuaiannya untuk agenda sifar bersih Malaysia di persidangan MUFG N0W. [Dari kiri] Dr Chen Shuin, Naib Presiden Kanan bagi Strategi dan Pembangunan Korporat, Sarawak Energy Berhad; Encik Nelson Samuel, Pengarah Bahagian Teknologi Hijau, MIDA; Motohide Okuda, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Negara MUFG Malaysia; YBhg. Datuk Sikh Shamsul Ibrahim bin Sikh Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA); YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC); Masakazu Osawa, Ketua Eksekutif MUFG bagi rantau APAC; dan Timothy Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sarawak.](https://www.aksesmalaysia.my/mywp22/wp-content/uploads/2025/04/IMG_2116-350x250.jpeg)






















