SERDANG, 6 September 2026 – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 melabuhkan tirainya secara rasmi hari ini selepas 10 hari penganjuran di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, dengan merakamkan kejayaan luar biasa merangkumi pencapaian jualan dan potensi pelaburan.
Majlis perasmian penutupan acara dwitahunan berkenaan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang turut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasakan sektor pertanian dan industri asas tani sebagai pemacu keterjaminan makanan negara.
Bertemakan “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”, MAHA 2026 merekodkan kehadiran 4.30 juta pengunjung dan 854,311 kenderaan setakat 5 September. Dari sudut ekonomi, penganjuran ini mencatatkan nilai jualan keseluruhan RM66.88 juta, manakala perancangan perniagaan mengagumkan apabila 97 Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM10.35 bilion berjaya dimeterai.
Acara edisi kali ini turut menarik penyertaan 1.72 juta belia, lebih 2,000 pempamer, serta penglibatan delegasi antarabangsa dari 14 negara. Tumpuan utama turut diberikan kepada pemodenan sektor menerusi teknologi pertanian pintar, automasi, penggunaan dron, kecerdasan buatan (AI) serta Internet of Things (IoT).
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.


































