SEOUL, 8 September 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali, mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pertahanan Negara Republik Korea, H.E. Lee Doo-Hee, ketika menghadiri penganjuran Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2026.
Pertemuan itu menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau dan global, selain memperkukuh hubungan pertahanan dua hala Malaysia dan Republik Korea menerusi kerjasama yang menyeluruh, berterusan serta berorientasikan hasil.
Fokus utama perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan dan kesinambungan program jet pejuang FA-50M, termasuk aspek sokongan logistik, penyelenggaraan serta jaminan bekalan sepanjang kitar hayat aset berkenaan.
Kedua-dua pihak turut meneroka peluang memperluas kerjasama dalam sektor aeroangkasa, maritim, sistem darat dan industri pertahanan menerusi Program Kolaborasi Industri (ICP).
Kerjasama itu antara lain bertujuan menyokong pemindahan teknologi, pembangunan vendor tempatan serta peningkatan keupayaan ekosistem industri pertahanan Malaysia.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.


































