• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Isnin, 17 Ogos 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars

    Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars

    VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

    VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

    UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

    UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

    petrol pump station

    Harga petrol dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos

    Gambar hiasan. Gambar oleh Md. Shazzadul Alam/Unsplash

    IPD Serian catat IPU sangat tidak sihat berikutan jerebu melanda negara

    Naib Canselor USM menerima cek cura dari salah satu PKS yang mengambil bahagian

    USM jana RM1.2 juta projek kerjasama inovasi bersama PKS

    Malaysia Airlines anjur Cabaran MHsports, tawar peluang kayuhan bersama Azizulhasni Awang di Melbourne

    Malaysia Airlines anjur Cabaran MHsports, tawar peluang kayuhan bersama Azizulhasni Awang di Melbourne

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Boeing Composites Malaysia perluas kapasiti kilang di Kedah sempena ulang tahun ke-25

  • Gaya Hidup
    • All
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

    Barisan VIP (belakang, lapan dari kiri): Ketua Penolong Pengarah Kanan TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Abdul Karim Masiran; Ketua Pegawai Sumber Manusia QSR Brands, Dr. Sharifah Musainah Syed Alwi; Pengarah Kolej Vokasional Pagoh, Abd. Rahim Razali; Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd. Sani dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, Nor Asmah Daud.

    QSR Brands, Yayasan JCorp lahirkan 37 lagi graduan berkemahiran di bawah Program Akademi Dalam Industri (ADI)

    Didie Shazry, Kris Dayanti, Sheila Majid, Andi Rianto, Nadhif Basalamah dan Tulus di Malam Jejak Nada, Hotel St Regis, Jakarta. Foto: Affendi Mohd Yop

    Jejak Nada menyatukan muzik, hospitaliti dan persahabatan serantau di Jakarta

    Pesta Durian Hub 2026 Kembali di Palm Garden Putrajaya

    Pesta Durian Hub 2026 kembali mewarnai Palm Garden Hotel Putrajaya

    Prof. Dato’ Chef Zam, berkata buku itu bukan sekadar buku masakan, tetapi dokumentasi budaya yang merakam sejarah, identiti, dan cara hidup masyarakat Terengganu.

    Sedap Do’oh rakam khazanah kulinari Terengganu untuk generasi muda

    (Gambar hiasan) Perlawanan Cape Verde (jersi putih) melawan Uruguay (jersi merah) yang berlangsung di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida pada 21 Jun 2026 semasa kejohanan Piala Dunia 2026. Gambar oleh Whoisjohngalt/Wikipeda. Gambar ini berada di domain awam Wikimedia dengan lesen Creative Commons CC0 1.0.

    Piala Dunia 2026: Jerman dan Belanda tersingkir di Pusingan 32, Argentina terselamat daripada kejutan

    Gambar hiasan oleh Kerde Severin/Unsplash

    Sony henti pengeluaran cakera fizikal PlayStation mulai 2028

    5 filem paling dinantikan bulan Julai ini!

    5 filem paling dinantikan bulan Julai ini!

    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Memaknai puasa, perjalanan rohani meraih takwa di bulan Ramadan

Dr. Alwani binti Ghazali by Dr. Alwani binti Ghazali
Mac 12, 2026
in Agama dan Moral, Rencana
Reading Time: 5 mins read
0 0
0
Home Rencana Agama dan Moral
Share on FacebookShare on Twitter

Ramadan sentiasa hadir membawa bersamanya nikmat yang sarat. Ia merupakan peluang keemasan untuk memohon pengampunan daripada dosa-dosa silam dan juga ruang terbaik untuk merebut sebanyak-banyak pahala melalui amalan soleh. 

Ibadah puasa yang difardukan ke atas setiap umat Islam bertujuan untuk membina sifat takwa sebagaimana maksud firman Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183).

Imam Ibn Rajab memberikan pengertian takwa dengan menyebut bahawa ia adalah satu keadaan apabila seseorang hamba meletakkan pelindung yang dapat memelihara dirinya daripada perkara yang ditakuti dan diawasinya, seperti yang dinukilkan dalam huraian hadis ke-18 kitab Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam. 

ADVERTISEMENT

Dengan kata lain, apabila seorang hamba berasa takut kepada Allah SWT, dia akan melindungi dirinya daripada apa jua perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan-Nya. Hal ini dapat dibuktikan melalui ketaatan yang mutlak terhadap segala perintah Allah, berserta keazaman untuk meninggalkan segala larangan-Nya tanpa kompromi.

Kepentingan ilmu dalam usaha meraih takwa

Pengertian ini mungkin kedengaran mudah, namun ia sebenarnya menuntut komitmen yang amat tinggi. Usaha untuk melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya memerlukan penguasaan ilmu yang menyeluruh dan tepat. 

Kita perlu benar-benar faham tentang apa yang wajib dilakukan secara betul dan apa yang haram ditinggalkan atau dijauhkan. Dengan kata lain, ilmu pengetahuan sangat diperlukan bagi memastikan syariat Allah atau ajaran Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tanpa suluhan ilmu yang tepat, proses melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan tidak akan dapat disempurnakan dengan baik.

ArtikelBerkaitan

Pelaburan kesihatan remaja, langkah awal membina pemimpin masa depan

Cleaning wastewater without creating more pollution

The role of airlines in supporting tourism growth

Apabila takwa dijadikan sebagai objektif utama berpuasa, ini bermakna seluruh proses ibadah sepanjang Ramadan adalah satu perjalanan spiritual untuk seorang Muslim.

Ia adalah ruang untuk kita berhenti sejenak di celah-celah kesibukan duniawi yang melekakan, lalu melakukan refleksi diri yang mendalam dengan bertanyakan satu soalan peribadi yang penting: Sudah cukupkah ilmu di dada bagi mentaati Allah dengan sempurna?

Refleksi tersebut seharusnyanya menyedarkan setiap individu Muslim akan keterbatasan diri masing-masing. Kesedaran rohani ini secara langsung akan mendorong seseorang untuk terus mencari ruang dan peluang bagi menampung ketidakcukupan diri, khususnya dalam aspek keilmuan. 

Tokoh ilmuwan Islam, ‘Awn bin ‘Abdullah pernah berkata bahawa kesempurnaan takwa itu tercapai dengan cara seseorang berusaha untuk mengetahui apa yang masih belum diketahui tentang takwa, sehinggalah dia benar-benar menguasai apa yang sudah diketahuinya.

Takwa, kejujuran, sifat berhati-hati dan integriti

Di samping penekanan terhadap ilmu, khususnya ilmu syariat, takwa juga melibatkan aspek kepekaan perasaan seseorang hamba bahawa Allah sentiasa mengawasinya pada setiap masa. Ilmu yang dimiliki memberikan pedoman asas tentang apa yang salah dan apa yang betul. 

Namun, kepekaan perasaannya terhadap pengawasan Allah itulah yang mendidiknya untuk menjadi jujur secara praktikal. Kejujuran ini terserlah sama ada ketika melaksanakan perintah yang wajib, harus, atau sunat, mahupun tatkala meninggalkan perkara yang diharamkan atau bersifat syubhah.

Proses berpuasa melatih seseorang Muslim untuk sentiasa berhati-hati agar tidak tersilap melakukan perkara yang boleh membatalkan puasanya, yang mana ia hanya akan menjadikan amalannya sia-sia. 

Walaupun tiada seorang manusia pun yang memerhatikannya, dia mengetahui serta meyakini dengan sepenuh hati bahawa untuk memastikan puasanya diterima, dia wajib jujur mematuhi segala peraturan dan pantang larang berpuasa. 

Kejujuran ini kekal utuh meskipun dia berada di tempat yang paling terlindung daripada pandangan mata manusia, kerana dia sedar bahawa hanya Allah sahaja yang berhak menerima dan menilai ganjaran pahala ibadah puasa tersebut.

Melalui ibadah puasa, sifat sentiasa berhati-hati dapat dibina dalam diri. Itulah juga sisi lain bagi takwa, sepertimana gambaran puitis yang diberikan oleh sahabat Nabi, Abu Hurayrah r.a. apabila beliau ditanya mengenai pengertian takwa. 

Beliau mengumpamakan perbuatan meninggalkan perkara haram itu ibarat seseorang yang sedang berjalan melalui laluan yang dipenuhi duri. Sudah pastinya individu tersebut akan melangkah dengan penuh berhati-hati, mengelak daripada terpijak duri, atau memilih untuk tidak melalui jalan itu sama sekali.

Ringkasnya, sifat takwa mendidik seseorang Muslim untuk lebih berhati-hati dan dalam jangka masa panjang, membentuk jati diri yang berintegriti tinggi. 

Berbekalkan takwa di dalam dada, sifat integriti ini akan terserlah secara semula jadi dalam setiap tindak-tanduknya, terutamanya ketika menunaikan amanah serta tanggungjawab duniawi dan ukhrawi yang digalas di atas bahunya.

Ganjaran indah buat golongan bertakwa

Gabungan antara kesediaan menuntut ilmu bagi memahami syariat dan urusan duniawi, berserta kepekaan emosi untuk sentiasa menyedari pengawasan Allah serta usaha mengelakkan sebarang bentuk kemurkaan-Nya, inilah yang membentuk apa yang dinamakan sebagai takwa. 

Ia merupakan satu proses tarbiah berterusan yang pastinya menuntut komitmen, disiplin, serta tahap keazaman yang sangat tinggi. 

Terdapat banyak ganjaran takwa yang disebutkan secara terperinci di dalam al-Quran, dan salah satu daripadanya ialah keupayaan takwa untuk mengeluarkan diri seseorang daripada belenggu masalah yang menghimpit kehidupan. Di samping itu, individu yang bertakwa turut dijanjikan ganjaran rezeki yang melimpah-ruah dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Perkara ini dirakamkan dengan jelas menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “…dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. 

Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3).

Bagaimana kita boleh meraih takwa?

Menyedari besarnya nilai sifat ini, Rasulullah SAW sendiri sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan takwa di dalam hati baginda. 

Hal ini terbukti melalui sepotong doa baginda yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada-Mu petunjuk, takwa, pemeliharaan diri daripada kejahatan, dan kekayaan jiwa.” (Hadis Riwayat Muslim, nombor 2721). 

Di samping berusaha gigih untuk menambah ilmu pengetahuan agar syariat sentiasa dipatuhi, serta melatih diri supaya jujur dengan pengawasan Allah melalui amalan meninggalkan segala perkara yang tidak diredai-Nya, barangkali berdoa secara berterusan adalah kaedah yang paling praktikal dan ampuh untuk meraih kurniaan takwa daripada Yang Maha Esa.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, satu fasa di mana doa orang yang berpuasa dijanjikan tidak akan ditolak oleh Allah SWT, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan dan melazimi amalan doa Rasulullah SAW di atas. 

Semoga asbab doa dan munajat yang berterusan ini, kita berjaya memperoleh takwa yang menjadi matlamat dan objektif paling utama di sebalik pensyariatan amalan berpuasa.

Dr. Alwani binti Ghazali

Dr. Alwani binti Ghazali merupakan seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin dan Dakwah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

    Tidak ada rencana lain oleh penulis ini
Tags: ibadah puasaintegriti MuslimTakwa Ramadan
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

Kesepakatan umat dalam menilai konflik Iran-AS dan Israel

Next Post

Pastikan dapat yang lima ketika berada dalam bulan Ramadan

Artikel Berkaitan

Agihan bantuan makanan panas oleh petugas Islamic Relief di sebuah kem penempatan sementara.
Dunia

Gencatan senjata di gaza mesti dipatuhi – akses bantuan tanpa sekatan diperlukan sekarang

Oktober 23, 2025
28
Ekonomi dan Niaga

Malaysia’s budget 2025: A People-centered approach to reducing inequality and empowering growth

Oktober 21, 2024
226
Gambar hiasan oleh Saeed Karimi - Unsplash
Keluarga

Menyibuk biarlah bertempat

Disember 4, 2024
33
Next Post
Di antara ribuan kesibukan dunia, carilah waktu untuk 'bercakap' dengan Pencipta melalui lembaran ini. Ramadan adalah peluang keemasan; saat satu kebaikan menjadi gunung pahala. Jangan biarkan ia berlalu sepi tanpa pengisian jiwa.

Pastikan dapat yang lima ketika berada dalam bulan Ramadan

Menyantuni warisan suku Mah Meri di Pulau Carey. Lawatan delegasi UM ini bertujuan memahami kelestarian budaya dan jati diri masyarakat Orang Asli di era moden.

Mahasiswa UM selami tradisi Mah Meri di Pulau Carey

Vertiv melancarkan Vertiv PowerUPS 6000 Industrial di Kuala Lumpur bagi memperkukuh perlindungan tenaga sektor perindustrian. Sistem UPS ini menjamin kelangsungan kuasa untuk infrastruktur digital kritikal dan operasi komersial berskala besar.

Vertiv perkenal sistem UPS gred industri yang direka untuk tujuan komersial dan persekitaran perindustrian

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Ikuti Kami

  • 1.5k Followers

Disyorkan

Bazaar Ramadan sekitar Selangor

Jom terjah Bazaar Ramadan di Selangor!

1 tahun ago
84
a close-up of a screen

Goldman Sachs ramal rekod IPO AS 2026 cecah AS$160b, SpaceX & OpenAI jadi tumpuan

6 bulan ago
19
Generali, UNDP bina daya tahan PKS di Asia

Generali, UNDP bina daya tahan PKS di Asia

2 tahun ago
51
Menyantuni warisan suku Mah Meri di Pulau Carey. Lawatan delegasi UM ini bertujuan memahami kelestarian budaya dan jati diri masyarakat Orang Asli di era moden.

Mahasiswa UM selami tradisi Mah Meri di Pulau Carey

5 bulan ago
25

Instagram

  • Industri seni tanah air kehilangan seorang lagi tokoh seni apabila pelakon veteran, Kamarool Haji Yusuff atau Cik Man, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tanah Merah, Kelantan, pada 5 Ogos 2026 pada usia 67 tahun selepas bertarung dengan penyakit jantung dan saluran darah tersumbat.
  • Tahniah Sepanyol! Juara Piala Dunia 2026. 
#worldcup #spain #fifa #FIFAWorldCup
  • Dari rintik kecil pada 2005, Hujan kini menjadi gelombang besar yang membasahi industri muzik Malaysia dan Nusantara. 🌧

20 tahun perjalanan, penuh cerita, emosi dan kenangan — kini tiba masanya untuk kita raikan bersama dalam satu malam istimewa.

🎟 Tiket mula dijual Jumaat, 10 April, 3 petang di Ticket2U
📍 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
🗓 27 Jun 2026 | 8.30 malam

#hujan20tahun #hujan #indie #konsertlokal  #raingers
  • “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini. 

Ikhlas dari Akses Malaysia.

#Ramadan #Ramadan1447 #Ramadan2026 #AksesMalaysia
  • Selamat Tahun Baru Cina 2026 buat semua rakan-rakan yang menyambutnya! Semoga tahun Naga ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, dan kemewahan yang melimpah-ruah buat kita semua. Gong Xi Fa Cai! 
#SelamatTahunBaruCina #GongXiFaCai2026 #CNY2026 #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
  • Seluruh warga Akses Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua pembaca yang telah berjaya mencapai azam tahun lepas. Kalau tak berjaya, kita cuba lagi dengan azam tahun ini. Kalau sudah 5 tahun mencuba (ya, awak yang merancang nak diet tu), tak apalah. Jangan kawan dengan azam dah. 

Sehubungan dengan itu, dengan iltizam dan amanah baharu, mari kita sambut tahun baharu dengan lebih yakin penuh martabat.
 
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

#AksesMalaysia #MalaysiaMADANI #MADANI #TahunBaharu2026 #2026
  • Festival Irama Asli dan Asal 2025 akan berlangsung pada 12 hingga 14 Disember di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, menampilkan warisan masyarakat Orang Asli dan Orang Asal melalui persembahan tradisi, pameran kraftangan dan muzik asli. Acara anjuran YKOA dengan sokongan MOTAC itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan usaha memulihara budaya. Festival dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Berita penuh di aksesmalaysia.my
  • Selamat Hari Malaysia! 16 September 1963 menyaksikan lahirnya Malaysia hasil penyatuan Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu. Hari ini, kita raikan semangat perpaduan serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.

…

Hari Malaysia ialah hari kebangsaan yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada tarikh ini, Sabah, Sarawak, dan Singapura (ketika itu) bergabung bersama Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia. Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, tarikh bersejarah ini kekal penting kerana ia menandakan kelahiran negara Malaysia yang kita kenali hari ini.

Yang disambut pada Hari Malaysia ialah:
• Penyatuan wilayah – Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu menjadi satu negara.
• Semangat perpaduan – meraikan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama.
• Kemerdekaan bersama – mengekalkan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran negara.

Sejak tahun 2010, Hari Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai cuti umum di seluruh negara, sama pentingnya dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

#HariMalaysia #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
  • Tengah survey rumah untuk raya ke tu?👀 SPNB ada buat promosi raya tau sekarang ... 
hanya unit-unit terpilih saje! Boleh check dekat media social SPNB atau contact number kat bawah ni untuk maklumat lebih lanjut. Jom Raya Bergaya dengan SPNB! 🌙✨

📞: 019 379 6400
☎️: 03 7849 2038
__
#SPNB #SPNBSalesOfficial #Unitetoignite #MalaysiaMadani #AksesMalaysia #GayaTravel #CutiCutiMalaysia

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Singapura Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT

Sorotan Utama

UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

Pelaburan kesihatan remaja, langkah awal membina pemimpin masa depan

Harga petrol dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos

IPD Serian catat IPU sangat tidak sihat berikutan jerebu melanda negara

USM jana RM1.2 juta projek kerjasama inovasi bersama PKS

Malaysia Airlines anjur Cabaran MHsports, tawar peluang kayuhan bersama Azizulhasni Awang di Melbourne

Trending

Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars
Berita

Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars

by Akses Malaysia
Ogos 14, 2026
0
14

Taman Tema Berjaya Times Square melancarkan Kart Wars, litar gokart elektrik interaktif baharu yang menggabungkan simulasi permainan...

VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

Ogos 13, 2026
14
Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

Ogos 14, 2026
24
UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

Ogos 13, 2026
10
Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen Universiti Malaya terhadap pemerkasaan agenda pembelajaran berasaskan pengalaman.

Pelaburan kesihatan remaja, langkah awal membina pemimpin masa depan

Ogos 12, 2026
16

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,557)
    • Dunia (49)
    • Ekonomi & Niaga (421)
    • Kembara & Pelancongan (113)
    • Kesihatan (61)
    • Nasional (598)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (29)
    • Sekolah & Kampus (85)
    • Sosial (13)
    • Sukan (26)
  • Gaya Hidup (382)
    • Budaya (27)
    • Kembara & Pelancongan (143)
    • Pengajian dan Pendidikan (6)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (58)
    • Selera (35)
    • Seni & Hiburan (106)
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan (3)
  • Negeri (101)
    • Johor (5)
    • Kedah (2)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (1)
    • Pahang (2)
    • Perak (12)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (5)
    • Sarawak (15)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (1)
  • Rencana (304)
    • Agama dan Moral (38)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (36)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (50)
    • Keluarga (26)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (25)
    • Lestari (25)
    • Pendapat (7)
    • Pendidikan dan Kerjaya (43)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (15)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars

Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars

Ogos 14, 2026
VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

Ogos 13, 2026
Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

Ogos 14, 2026
UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

Ogos 13, 2026
Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen Universiti Malaya terhadap pemerkasaan agenda pembelajaran berasaskan pengalaman.

Pelaburan kesihatan remaja, langkah awal membina pemimpin masa depan

Ogos 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Utama