• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Rabu, 13 Mei 2026
  • Log Masuk
Akses Malaysia
  • Berita
    • Semua
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    FWD Takaful

    FWD Malaysia rai pemenang hadiah utama kempen pelanggan

    Malaysia Airlines

    Malaysia Airlines kekal prestasi ketepatan masa melebihi 90 peratus sepanjang April 2026

    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    SME Corp peruntuk RM12 juta perkasa 500 usahawan belia Bumiputera

    AirAsia X memeterai perjanjian tempahan 150 pesawat Airbus A220 bernilai AS$19 bilion bagi memacu transformasi rangkaian penerbangan tambang rendah global bermula 2028.

    AirAsia X lakar sejarah dengan tempahan 150 pesawat Airbus A220

    UM, UPSI tanam 300 pokok di Hutan Simpan Kenderong

    UM, UPSI tanam 300 pokok di Hutan Simpan Kenderong

    FAMA ambil tindakan campur tangan tangani kejatuhan harga cili merah

    FAMA ambil tindakan campur tangan tangani kejatuhan harga cili merah di Pulau Pinang

    MATTA

    MATTA gesa penyelarasan nasional percepat penggunaan kenderaan elektrik dalam sektor pelancongan

    Pengusaha pelancongan Pulau Perhentian mohon akses subsidi bahan api tangani lonjakan kos operasi

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Semua
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    Malaysia dipilih sebagai lokasi pencarian bakat kerana mempunyai ramai penggiat seni persembahan yang berpotensi besar untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

    Hong Kong Disneyland cari bakat baharu di Malaysia buat kali pertama

    Best Actor Supporting Role Nabila Huda with Farida Merican n Joe Hasham

    Nabila Huda raih trofi sulung teater, 21BCAA nobat dua Persembahan Terbaik

    Menu Highlights by Executive Chef Wisnu Adityama

    Jiwa Nusantara dalam kulinari Bali di Renaissance Johor Bahru Hotel

    Konsert DATO’ M.N47IR

    Konsert DATO’ M.N47IR CIPTA 4 bakal lakar sejarah epik di Unifi Arena pada Julai 2026

    Tonton konsert ulang tahun ke-20 Hujan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 27 Jun 2026! Dapatkan tiket mulai 10 April ini. Jangan lepaskan peluang!

    Meraikan Hujan 20 tahun, menyeru roh Indie dan Raingers

    Penyanyi P. Radhi melancarkan single Aidilfitri terbaharu, “Raya Bersama”, yang mengangkat nostalgia dan suasana klasik hari raya.

    Berdendang nostalgia Aidilfitri dengan P. Radhi

    The Raya Syndicate

    Sambut Raya dengan irama ska

    Blackpink

    Kedai pop-up BLACKPINK [DEADLINE] mula dibuka di 1 Utama

    Momen kebersamaan ketika menikmati hidangan bersama, melambangkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

    GOYANG RAYA: Manifestasi Citra Warna dan Simbol Perpaduan Negara

    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Akses Malaysia
  • Berita
    • Semua
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    FWD Takaful

    FWD Malaysia rai pemenang hadiah utama kempen pelanggan

    Malaysia Airlines

    Malaysia Airlines kekal prestasi ketepatan masa melebihi 90 peratus sepanjang April 2026

    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    SME Corp peruntuk RM12 juta perkasa 500 usahawan belia Bumiputera

    AirAsia X memeterai perjanjian tempahan 150 pesawat Airbus A220 bernilai AS$19 bilion bagi memacu transformasi rangkaian penerbangan tambang rendah global bermula 2028.

    AirAsia X lakar sejarah dengan tempahan 150 pesawat Airbus A220

    UM, UPSI tanam 300 pokok di Hutan Simpan Kenderong

    UM, UPSI tanam 300 pokok di Hutan Simpan Kenderong

    FAMA ambil tindakan campur tangan tangani kejatuhan harga cili merah

    FAMA ambil tindakan campur tangan tangani kejatuhan harga cili merah di Pulau Pinang

    MATTA

    MATTA gesa penyelarasan nasional percepat penggunaan kenderaan elektrik dalam sektor pelancongan

    Pengusaha pelancongan Pulau Perhentian mohon akses subsidi bahan api tangani lonjakan kos operasi

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Semua
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    Malaysia dipilih sebagai lokasi pencarian bakat kerana mempunyai ramai penggiat seni persembahan yang berpotensi besar untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

    Hong Kong Disneyland cari bakat baharu di Malaysia buat kali pertama

    Best Actor Supporting Role Nabila Huda with Farida Merican n Joe Hasham

    Nabila Huda raih trofi sulung teater, 21BCAA nobat dua Persembahan Terbaik

    Menu Highlights by Executive Chef Wisnu Adityama

    Jiwa Nusantara dalam kulinari Bali di Renaissance Johor Bahru Hotel

    Konsert DATO’ M.N47IR

    Konsert DATO’ M.N47IR CIPTA 4 bakal lakar sejarah epik di Unifi Arena pada Julai 2026

    Tonton konsert ulang tahun ke-20 Hujan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 27 Jun 2026! Dapatkan tiket mulai 10 April ini. Jangan lepaskan peluang!

    Meraikan Hujan 20 tahun, menyeru roh Indie dan Raingers

    Penyanyi P. Radhi melancarkan single Aidilfitri terbaharu, “Raya Bersama”, yang mengangkat nostalgia dan suasana klasik hari raya.

    Berdendang nostalgia Aidilfitri dengan P. Radhi

    The Raya Syndicate

    Sambut Raya dengan irama ska

    Blackpink

    Kedai pop-up BLACKPINK [DEADLINE] mula dibuka di 1 Utama

    Momen kebersamaan ketika menikmati hidangan bersama, melambangkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

    GOYANG RAYA: Manifestasi Citra Warna dan Simbol Perpaduan Negara

    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Akses Malaysia
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan

Mempertingkat integriti, kesedaran makanan halal sepanjang Ramadan

Juliana Anis Ramli oleh Juliana Anis Ramli
Mac 27, 2025
dalam Agama dan Moral, Rencana
Tempoh bacaan:4 minit bacaan
0 0
0
Utama Rencana Agama dan Moral
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang Ramadan, umat Islam di seluruh dunia bersiap sedia untuk berpuasa selama sebulan, di samping meningkatkan ibadah dan aktiviti kerohanian, dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga, rakan taulan dan masyarakat melalui iftar bersama. Dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, sudah tentu makanan memainkan peranan yang sangat penting sebagai sumber tenaga dan kesihatan.

Sama ada ketika bersahur bagi memastikan umat Islam yang berpuasa dapat menahan lapar dan dahaga di sepanjang waktu berpuasa, dan juga sebagai juadah yang dinantikan ketika berbuka puasa (Iftar). Oleh itu, makanan adalah suatu aspek utama di bulan mulia ini dan penekanan harus dititikberatkan terhadap pengambilan makanan Halal dan Tayyib (suci dan berkhasiat) ketika bersahur dan berbuka puasa bagi umat Islam yang berpuasa.

Walau bagaimanapun, dengan lonjakan permintaan terhadap hidangan juadah berbuka puasa terutamanya, sama ada hidangan bufet di premis hotel, katering dan restoran, mahupun dibeli dari bazar Ramadan, kewajipan dalam memastikan integriti Halal adalah suatu keperluan yang penting dalam menjaga tuntutan syariat oleh pengguna beragama Islam. Kedua-dua pembekal makanan dan pengguna mempunyai tanggungjawab bersama dalam menegakkan status Halal makanan pada bulan yang mulia ini.

IKLAN

Peranan perniagaan makanan menjaga integriti halal

Perniagaan makanan, termasuk restoran, katering, peniaga bazar Ramadan dan pengusaha hotel, memainkan peranan penting dalam memastikan makanan yang disajikan benar-benar memenuhi syariat Islam termasuk Halal, bersih dan mematuhi undang-undang pemakanan Islam. Pelbagai tanggungjawab utama yang harus diberi penekanan oleh pengusaha perniagaan makanan termasuk memastikan semua bahan makanan mestilah diperoleh daripada pembekal Halal yang disahkan, menjaga kebersihan dalam pengendalian dan penyediaan makanan, dan mengamalkan amalan etika dalam penyediaan makanan seperti menggunakan minyak yang bersih untuk menggoreng makanan, tidak menambah bahan pengawet tiruan secara berlebihan dan menggunakan bahan mentah makanan yang disahkan halal dan dalam keadaan yang baik.

ArtikelBerkaitan

Tangani isu kenaikan minyak global dengan berhemah dan bijak

Perluas sokongan hijau bantu PKS hadapi tekanan krisis global

Ibrah untuk Syawal di sebalik krisis Iran-AS

Di samping itu juga, pengusaha perniagaan makanan harus mematuhi segala prosedur penyimpanan bahan mentah dan pengendalian penyediaan makanan dengan baik yang ditetapkan oleh badan autoriti Islam seperti JAKIM agar dapat mencegah makanan daripada dicemari oleh penggunaan bahan bukan halal atau kaedah pengendalian makanan yang kurang bersih. Perniagaan makanan juga harus mempamerkan pensijilan Halal dengan jelas dan memastikan pensijilan mereka adalah diperbaharui dengan status terkini. Ini adalah kerana mengikut kajian kes dari tahun sebelum ini menunjukkan bahawa beberapa penjual bazar Ramadan di Lembah Klang telah didakwa atas kesalahan pemalsuan pensijilan halal.

Kepercayaan pengguna tidak harus digugat hanya dengan rupa luaran makanan yang kelihatan sedap dan meliurkan, namun hakikatnya bahan mentah yang digunakan daripada sumber pembekal dengan status halal yang meragukan, dan penyediaan makanan adalah tidak sebersih seperti yang disangkakan. Ini adalah kerana tempoh penyediaan makanan dibuat dalam jangkamasa yang singkat, diikuti pula dengan daya tenaga pekerja yang terhad di bulan puasa dalam menyediakan suatu makanan dalam skala yang besar mengikut permintaan yang tinggi di bulan Ramadan. Harus diingatkan juga bahawa kos bahan mentah dan penyediaan makanan yang mengikut pematuhan Halal adalah agak mahal sedikit demi menjaga kualiti makanan yang disajikan. Maka, sudah tentu pengusaha perniagaan makanan akan mengenakan caj makanan yang agak tinggi terhadap pengguna demi mencapai keuntungan yang setimpal dengan kos makanan yang disediakan.

Bagi pengguna yang mengutamakan kebersihan dan kualiti makanan yang disajikan,harga bayaran makanan yang dikenakan adalah dianggap harga mampu milik demi menikmati makanan juadah berbuka puasa. Namun, bagi pengusaha perniagaan makanan yang menyajikan makanan berbuka puasa pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga purata juadah berbuka puasa, ia tidak seharusnya mengambil peluang dalam berkompromi menyediakan makanan yang melanggar undang-undang syariah Islam.

Contohnya dengan menggunakan bahan mentah yang kurang kualiti, dibeli daripada sumber pembekal yang diragui status Halalnya dan tidak mengutamakan kebersihan, demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda di bulan puasa. Natijahnya, ia akan memberi impak yang negatif terhadap kepercayaan pengguna untuk berkunjung ke premis perniagaan makanan dan akan menggugat imej perniagaan makanan tersebut melalui kuasa media sosial dan teknologi masa kini.

Oleh itu, pengusaha perniagaan makanan harus memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelestarian perniagaan mereka melalui tanggungjawab sosial dalam pematuhan Halal dalam aktiviti perniagaan makanan mereka. Antara kaedah yang boleh digunakan dalam mencapai pematuhan Halal yang konsisten dalam penyediaan makanan terutama sekali juadah berbuka puasa mahupun sahur, adalah melalui pengamalan pengurusan kos kualiti dalam setiap proses aktiviti perniagaan.

Di dalam kaedah pengurusan kos kualiti tersebut, beberapa aktiviti kualiti boleh dibahagikan mengikut empat (4) kategori kos kualiti iaitu kos pencegahan (prevention cost), kos penilaian dan pengesanan (appraisal cost), kos kegagalan dalaman (internal failure cost) dan kos kegagalan luaran (external failure cost). Dwikos yang pertama iaitu kos pencegahan dan kos penilaian adalah dianggap sebagai kos pematuhan (conformance costs), manakala dwikos yang kedua iaitu kos kegagalan dalaman dan kos kegagalan luaran adalah diklasifikasikan sebagai kos tiada pematuhan (non-conformance costs).

Dengan pengamalan kos kualiti tersebut, ia dapat membantu pengusaha makanan Halal untuk mengenalpasti dan mengesan mana-mana aktiviti pembelian bahan mentah, pengendalian dan penyediaan makanan yang tidak memenuhi prosedur Halal dan keperluan syariat Islam. Ini kerana setiap pengamalan aktiviti pencegahan dan aktiviti penilaian dan pengesanan, pengusaha perniagaan makanan akan membelanjakan sejumlah kos bagi memastikan segala keperluan prosedur Halal dipenuhi dan integriti makanan Halal terjamin. Ini dapat mengelakkan pengusaha perniagaan makanan daripada menanggung beban kos kegagalan dalaman dan luaran yang tinggi akibat aduan dan tuntutan daripada pengguna kerana ketidakpatuhan Halal yang merugikan mereka akhirnya.

Oleh itu, kesedaran terhadap integriti dan pematuhan halal dapat dipertingkatkan di kalangan pengusaha makanan dalam memikul tanggungjawab untuk menegakkan integriti Halal, memastikan makanan yang dihidangkan dan dimakan oleh pihak pengguna bukan sahaja dibenarkan tetapi juga bersih, beretika dan berkualiti tinggi. Dengan memupuk kesedaran dan akauntabiliti yang lebih tinggi, ia dapat menegakkan kesucian amalan makanan Halal secara kolektif di bulan yang penuh barakah ini dan meningkatkan kelestarian perniagaan makanan seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperhebatkan pembangunan industri halal.

Juliana Anis Ramli

Juliana Anis Ramli merupakan Pensyarah Kanan, UNITEN Business School Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

    Tags: HalalRamadan
    KongsiTweetKongsiHantar
    IKLAN
    Artikel Sebelumnya

    Kuala Lumpur akan muncul dalam Monopoly edisi khas, kerjasama Tourism Malaysia dan Winning Moves

    Artikel Berikutnya

    Memilih antara kesesakan atau kesejahteraan

    Juliana Anis Ramli

    Juliana Anis Ramli

    Juliana Anis Ramli merupakan Pensyarah Kanan, UNITEN Business School Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

    Artikel Berkaitan

    Use AI tools responsibly, especially involving religious rulings and opinions. Photo by Jonathan Kemper - Unsplash
    Pendidikan dan Kerjaya

    AI in Islamic finance is a tool that must be used responsibly

    Jun 23, 2025
    32
    Gunakan AI secara berhemah. Gambar hiasan oleh Solen Feyissa - Unsplash
    Rencana

    Gunakan AI sebagai alat bantu pembelajaran, bukan jalan pintas

    Jun 30, 2025
    48
    Gambar hiasan duit raya
    Isu Semasa

    Duit Raya: Tradisi atau Beban?

    April 7, 2025
    79
    Artikel Berikutnya
    Kesesakan bandar

    Memilih antara kesesakan atau kesejahteraan

    Photo by Jezael Melgoza - Unsplash

    Control hidden syndicates of alluring illegal immigrants

    JHEV ATM dan YVATM

    JHEV ATM, YVATM rai anak-anak veteran dan bekas tentera kelainan upaya, asnaf, dan daif

    Ikuti Kami

    • 1.2k Pengikut

    Disyorkan

    Reigate Grammar School Kuala Lumpur (RGSKL) kini dilancarkan secara rasmi, menandakan kehadiran lebih 350 tahun kecemerlangan pendidikan British di Malaysia melalui kerjasama bersejarah bersama Kumpulan Beaconhouse.

    Reigate Grammar School rasmi pembukaan kampus baharu di Kajang 2

    6 bulan yang lepas
    22
    Gambar: BERNAMA

    Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tolak rayuan MB Kedah, tambah ganti rugi kepada RM120,000

    3 tahun yang lepas
    9
    Gala Amal Yayasan AIDS Malaysia di Miri, Sarawak

    Gala Amal Yayasan AIDS Malaysia di Miri, Sarawak

    3 tahun yang lepas
    59

    IKIM kecam cadangan Amerika Syarikat untuk ambil alih Gaza

    1 tahun yang lepas
    7

    Instagram

    • Dari rintik kecil pada 2005, Hujan kini menjadi gelombang besar yang membasahi industri muzik Malaysia dan Nusantara. 🌧

20 tahun perjalanan, penuh cerita, emosi dan kenangan — kini tiba masanya untuk kita raikan bersama dalam satu malam istimewa.

🎟 Tiket mula dijual Jumaat, 10 April, 3 petang di Ticket2U
📍 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
🗓 27 Jun 2026 | 8.30 malam

#hujan20tahun #hujan #indie #konsertlokal  #raingers
    • “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini. 

Ikhlas dari Akses Malaysia.

#Ramadan #Ramadan1447 #Ramadan2026 #AksesMalaysia
    • Selamat Tahun Baru Cina 2026 buat semua rakan-rakan yang menyambutnya! Semoga tahun Naga ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, dan kemewahan yang melimpah-ruah buat kita semua. Gong Xi Fa Cai! 
#SelamatTahunBaruCina #GongXiFaCai2026 #CNY2026 #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
    • Seluruh warga Akses Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua pembaca yang telah berjaya mencapai azam tahun lepas. Kalau tak berjaya, kita cuba lagi dengan azam tahun ini. Kalau sudah 5 tahun mencuba (ya, awak yang merancang nak diet tu), tak apalah. Jangan kawan dengan azam dah. 

Sehubungan dengan itu, dengan iltizam dan amanah baharu, mari kita sambut tahun baharu dengan lebih yakin penuh martabat.
 
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

#AksesMalaysia #MalaysiaMADANI #MADANI #TahunBaharu2026 #2026
    • Festival Irama Asli dan Asal 2025 akan berlangsung pada 12 hingga 14 Disember di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, menampilkan warisan masyarakat Orang Asli dan Orang Asal melalui persembahan tradisi, pameran kraftangan dan muzik asli. Acara anjuran YKOA dengan sokongan MOTAC itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan usaha memulihara budaya. Festival dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Berita penuh di aksesmalaysia.my
    • Selamat Hari Malaysia! 16 September 1963 menyaksikan lahirnya Malaysia hasil penyatuan Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu. Hari ini, kita raikan semangat perpaduan serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.

…

Hari Malaysia ialah hari kebangsaan yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada tarikh ini, Sabah, Sarawak, dan Singapura (ketika itu) bergabung bersama Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia. Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, tarikh bersejarah ini kekal penting kerana ia menandakan kelahiran negara Malaysia yang kita kenali hari ini.

Yang disambut pada Hari Malaysia ialah:
• Penyatuan wilayah – Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu menjadi satu negara.
• Semangat perpaduan – meraikan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama.
• Kemerdekaan bersama – mengekalkan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran negara.

Sejak tahun 2010, Hari Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai cuti umum di seluruh negara, sama pentingnya dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

#HariMalaysia #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
    • Tengah survey rumah untuk raya ke tu?👀 SPNB ada buat promosi raya tau sekarang ... 
hanya unit-unit terpilih saje! Boleh check dekat media social SPNB atau contact number kat bawah ni untuk maklumat lebih lanjut. Jom Raya Bergaya dengan SPNB! 🌙✨

📞: 019 379 6400
☎️: 03 7849 2038
__
#SPNB #SPNBSalesOfficial #Unitetoignite #MalaysiaMadani #AksesMalaysia #GayaTravel #CutiCutiMalaysia
    • Jemputan Eksklusif | Media Roundtable: Misi Umrah 1,000 Asnaf

Satu sesi santai bersama ikhlas.com, menampilkan Ikhlas Kamarudin & Datuk Kamarudin Meranun untuk berkongsi pandangan dan membuka peluang kolaborasi bagi misi Umrah 1,000 Asnaf inisiatif untuk membantu 1,000 individu yang layak menunaikan umrah.

Tarikh: 18 April 2025 (Jumaat)
Masa: 3:00 – 5:00 petang
Lokasi: M Resort & Hotel, Bukit Kiara

#Umrah1000Asnaf 
#MediaRoundtable
#ikhlasDotCom
#CapitalA
#KolaborasiBermakna 
#InspirasiUmrah
#CSRMalaysia
#MisiKemanusiaan 
#BersamaBantuAsnaf
#AksesMalaysia
    • 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀

Nantikan drama khas terbitan Kerajaan Negeri Selangor, sebuah karya penuh emosi yang menggambarkan perjuangan, harapan dan jati diri anak Selangor. Disulami nilai kemanusiaan dan kekuatan komuniti, drama ini mengangkat semangat rakyat yang tidak pernah luntur. Inilah kisah kita. Inilah Semangat Kita, Selangor!

𝐓𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀🎬

📅 21 April 2025 (Isnin)
⏰ 9.00 Malam
📺 RTM 2

𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor𝗠𝗮𝗷𝘂𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮
#SeniBudayaCahayaNegeri
#AksesMalaysia

    Segmen

    • Berita
      • Dunia
      • Ekonomi & Niaga
      • Kembara & Pelancongan
      • Kesihatan
      • Nasional
      • Politik
      • Sains, Teknologi & Komunikasi
      • Sekolah & Kampus
      • Sosial
      • Sukan
    • Gaya Hidup
      • Budaya
      • Kembara & Pelancongan
      • Pengajian dan Pendidikan
      • Sains, Teknologi & Komunikasi
      • Selera
      • Seni & Hiburan
      • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    • Negeri
      • Johor
      • Kedah
      • Kelantan
      • Melaka
      • Negeri Sembilan
      • Pahang
      • Perak
      • Pulau Pinang
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Rencana
      • Agama dan Moral
      • Dunia
      • Ekonomi dan Niaga
      • Gaya Hidup
      • Inspirasi
      • Isu Semasa
      • Keluarga
      • Kesihatan dan Kesejahteraan
      • Lestari
      • Pendapat
      • Pendidikan dan Kerjaya
      • Sains, Teknologi dan Komunikasi
      • Sukan

    Topik

    AEON Agoda Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Singapura Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
    Tiada keputusan
    Lihat Semua Keputusan
    IKLAN

    Sorotan Utama

    SME Corp peruntuk RM12 juta perkasa 500 usahawan belia Bumiputera

    AirAsia X lakar sejarah dengan tempahan 150 pesawat Airbus A220

    UM, UPSI tanam 300 pokok di Hutan Simpan Kenderong

    FAMA ambil tindakan campur tangan tangani kejatuhan harga cili merah di Pulau Pinang

    MATTA gesa penyelarasan nasional percepat penggunaan kenderaan elektrik dalam sektor pelancongan

    Pengusaha pelancongan Pulau Perhentian mohon akses subsidi bahan api tangani lonjakan kos operasi

    Trending

    FWD Takaful
    Berita

    FWD Malaysia rai pemenang hadiah utama kempen pelanggan

    oleh Akses Malaysia
    Mei 12, 2026
    0
    12

    FWD Malaysia meraikan Purani A/p Verasamy sebagai pemenang hadiah utama Proton e.Mas Prime 5 serta menyampaikan ganjaran...

    Malaysia Airlines

    Malaysia Airlines kekal prestasi ketepatan masa melebihi 90 peratus sepanjang April 2026

    Mei 12, 2026
    10
    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    Mei 12, 2026
    17

    SME Corp peruntuk RM12 juta perkasa 500 usahawan belia Bumiputera

    Mei 12, 2026
    14
    AirAsia X memeterai perjanjian tempahan 150 pesawat Airbus A220 bernilai AS$19 bilion bagi memacu transformasi rangkaian penerbangan tambang rendah global bermula 2028.

    AirAsia X lakar sejarah dengan tempahan 150 pesawat Airbus A220

    Mei 7, 2026
    17

    Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

    Ikuti kami di laman media sosial:

    IKLAN

    Popular

    • NASI KANDAQ FEST

      10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

      0 perkongsian
      Kongsi 0 Tweet 0
    • Tradisi pelita panjut terus menyala

      0 perkongsian
      Kongsi 0 Tweet 0
    • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

      0 perkongsian
      Kongsi 0 Tweet 0
    • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

      0 perkongsian
      Kongsi 0 Tweet 0
    • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

      0 perkongsian
      Kongsi 0 Tweet 0

    Segmen

    • Berita (1,491)
      • Dunia (46)
      • Ekonomi & Niaga (409)
      • Kembara & Pelancongan (108)
      • Kesihatan (59)
      • Nasional (572)
      • Politik (102)
      • Sains, Teknologi & Komunikasi (25)
      • Sekolah & Kampus (80)
      • Sosial (13)
      • Sukan (21)
    • Gaya Hidup (370)
      • Budaya (27)
      • Kembara & Pelancongan (142)
      • Pengajian dan Pendidikan (5)
      • Sains, Teknologi & Komunikasi (58)
      • Selera (31)
      • Seni & Hiburan (101)
      • Sukan, Rekreasi & Kecergasan (2)
    • Negeri (97)
      • Johor (5)
      • Kedah (1)
      • Kelantan (1)
      • Melaka (3)
      • Negeri Sembilan (1)
      • Pahang (2)
      • Perak (12)
      • Pulau Pinang (2)
      • Sabah (5)
      • Sarawak (15)
      • Selangor (30)
      • Terengganu (1)
    • Rencana (297)
      • Agama dan Moral (38)
      • Dunia (9)
      • Ekonomi dan Niaga (36)
      • Gaya Hidup (6)
      • Inspirasi (9)
      • Isu Semasa (49)
      • Keluarga (26)
      • Kesihatan dan Kesejahteraan (24)
      • Lestari (24)
      • Pendapat (6)
      • Pendidikan dan Kerjaya (42)
      • Sains, Teknologi dan Komunikasi (13)
      • Sukan (2)

    Berita Terkini

    FWD Takaful

    FWD Malaysia rai pemenang hadiah utama kempen pelanggan

    Mei 12, 2026
    Malaysia Airlines

    Malaysia Airlines kekal prestasi ketepatan masa melebihi 90 peratus sepanjang April 2026

    Mei 12, 2026
    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    UPSI, CIMB Islamic jalin kerjasama strategik perkasakan Edu-Forest di Behrang

    Mei 12, 2026

    SME Corp peruntuk RM12 juta perkasa 500 usahawan belia Bumiputera

    Mei 12, 2026
    AirAsia X memeterai perjanjian tempahan 150 pesawat Airbus A220 bernilai AS$19 bilion bagi memacu transformasi rangkaian penerbangan tambang rendah global bermula 2028.

    AirAsia X lakar sejarah dengan tempahan 150 pesawat Airbus A220

    Mei 7, 2026
    • Tentang Kami
    • Dasar Privasi
    • Pengiklanan
    • Karier
    • Hubungi Kami

    © 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

    Selamat datang!

    Log masuk ke akaun anda di bawah

    Lupa Kata Kunci?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log masuk

    Add New Playlist

    Tiada keputusan
    Lihat Semua Keputusan
    • Utama
    • Berita
      • Dunia
      • Ekonomi & Niaga
      • Kembara & Pelancongan
      • Kesihatan
      • Nasional
      • Sekolah & Kampus
      • Politik
      • Sains, Teknologi & Komunikasi
      • Sukan
    • Gaya Hidup
      • Budaya
      • Kembara & Pelancongan
      • Pengajian dan Pendidikan
      • Sains, Teknologi & Komunikasi
      • Selera
      • Seni & Hiburan
      • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    • Negeri
      • Johor
      • Melaka
      • Pahang
      • Perak
      • Pulau Pinang
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Rencana
      • Dunia
      • Ekonomi dan Niaga
      • Gaya Hidup
      • Inspirasi
      • Isu Semasa
      • Agama dan Moral
      • Keluarga
      • Kesihatan dan Kesejahteraan
      • Lestari
      • Pendidikan dan Kerjaya
      • Sukan

    © 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.