• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Jumaat, 11 September 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    UTM himpun pakar antarabangsa bincang pendekatan baharu kawalan mikroorganisma

    UTM himpun pakar antarabangsa bincang pendekatan baharu kawalan mikroorganisma

    Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama pertahanan, pacu program FA-50M dan industri tempatan

    Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama pertahanan, pacu program FA-50M dan industri tempatan

    Saucony anjur perlumbaan julung kali di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

    Saucony anjur perlumbaan julung kali di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

    UK, Perancis, Kanada rancang larangan import barangan dari penempatan haram Israel di Tebing Barat

    UK, Perancis, Kanada rancang larangan import barangan dari penempatan haram Israel di Tebing Barat

    Stansted Airport UK. Gambar: Getty Images Signature

    Lebih 1,750 penerbangan UK dibatalkan susulan gangguan sistem kawalan trafik udara

    Maybank ungguli Anugerah IR Bursa Malaysia 2026 dengan empat pengiktirafan

    Maybank ungguli Anugerah IR Bursa Malaysia 2026 dengan empat pengiktirafan

    KPKT, KPM gerak 10,000 sekolah, sasar 200,000 peserta memperkasakan Hari Cuci Malaysia 2026

    KPKT, KPM gerak 10,000 sekolah, sasar 200,000 peserta memperkasakan Hari Cuci Malaysia 2026

    Agong berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Putrajaya

    Agong berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Putrajaya

    Pasaran minyak deVere Group

    Harga minyak dunia melonjak hampir US$100, susulan serangan Houthi ke atas kemudahan tenaga Saudi

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    DUA LAYAR – Selebriti ke Kanvas meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026

    Balai Seni Negara pamer karya selebriti tempatan di Festival Budaya Malaysia 2026

    Hope yang mula ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai 2026 telah mencatatkan kejayaan pecah panggung

    Filem sci-fi seram Korea ‘Hope’ arahan Na Hong-jin mula ditayangkan di pawagam Malaysia 10 September

    Siri pertandingan realiti pengembaraan original terbaharu, ‘AXN Ultimate Challenge: Sarawak’, bagi mempromosikan keunikan Sarawak ke peringkat antarabangsa.

    KC Global Media, AXN Asia dan Lembaga Pelancongan Sarawak lancar siri realiti ‘AXN Ultimate Challenge: Sarawak’

    2AM buka kedai pertama di Malaysia bawa teknologi kasut cetakan 3D

    2AM buka kedai pertama di Malaysia bawa teknologi kasut cetakan 3D

    Dokumentari Always Lalisa arahan Sue Kim itu bakal menemui penonton di layar perak berikutan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) 2026.

    Dokumentari “Always Lalisa” tayang di IMAX dan pawagam seluruh dunia bermula 12 Oktober

    Urbanscapes mengumumkan kembalinya festival seni dan reka bentuk terpanjang di Malaysia selepas tujuh tahun.

    Urbanscapes kembali mewarnai Kuala Lumpur selepas tujuh tahun menghilang

    Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

    Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Barisan VIP (belakang, lapan dari kiri): Ketua Penolong Pengarah Kanan TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Abdul Karim Masiran; Ketua Pegawai Sumber Manusia QSR Brands, Dr. Sharifah Musainah Syed Alwi; Pengarah Kolej Vokasional Pagoh, Abd. Rahim Razali; Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd. Sani dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, Nor Asmah Daud.

    QSR Brands, Yayasan JCorp lahirkan 37 lagi graduan berkemahiran di bawah Program Akademi Dalam Industri (ADI)

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Menyingkap formula perpaduan di sebalik larutan asid dan bes

Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki by Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki
September 4, 2025
in Isu Semasa, Rencana
Reading Time: 4 mins read
0 0
0
Home Rencana Isu Semasa
Share on FacebookShare on Twitter

Tatkala memerhatikan para pelajar menjalankan eksperimen tindak balas antara asid dan bes di dalam makmal, saya terfikir: bukankah tindak balas kimia ini mengajar kita sesuatu tentang perpaduan masyarakat majmuk? Tindak balas peneutralan menghasilkan dua hasil utama iaitu air dan garam.

Asid dan bes boleh diibaratkan sebagai rakyat pelbagai kaum, agama dan latar sosioekonomi, proses peneutralan pula seumpama keharmonian, manakala pembentukan molekul air melambangkan perpaduan yang terjalin.

Jenis garam yang terbentuk mengekalkan identiti ion asal daripada asid dan bes, seolah-olah asimilasi kaum tidak memerlukan seseorang meninggalkan budaya dan agama masing-masing.

ADVERTISEMENT

Sains mengajar kita bahawa daripada pelbagai unsur yang berbeza sifat dan kekuatan, akhirnya lahir keseimbangan baharu yang lebih stabil. Bukankah itu juga impian kita terhadap Malaysia – sebuah negara yang terus kukuh berdiri kerana keindahan perbezaan yang dirangkul sebagai kekuatan?

Namun bagi mencapai keseimbangan itu, formula campuran yang tepat amat penting. Dalam masyarakat berbilang kaum, formula kehidupan mestilah berteraskan hormat, menghargai perbezaan dan saling membantu.

Perpaduan tidak semestinya lahir dalam suasana ceria atau sambutan rasmi. Ada kalanya kita bersatu kerana takut terhadap ancaman, simpati pada penderitaan, atau marah pada kezaliman. Ada juga waktunya kita bersatu dalam keresahan ketika kebenaran belum terjawab.

Semua emosi ini berbeza, tetapi bertemu pada benang halus yang sama: kesanggupan mengetepikan perbezaan demi tujuan yang lebih besar, seumpama ion-ion yang berganding mencapai kestabilan.

 Perpaduan dalam pelbagai dimensi emosi

Tatkala pandemik COVID-19 melanda, kita bersatu mematuhi arahan demi mengekang wabak. Barisan hadapan mengorbankan masa, NGO dan orang perseorangan tampil memberi bantuan tanpa soal. Tiada siapa menyoal agama atau bahasa ketika menghulur bantuan.

Ketika ketakutan menyatukan kita, kemanusiaan menenggelamkan segala garis perbezaan. Seperti larutan asid dan bes yang mencapai titik neutral, ketegangan turut reda apabila semua pihak bersedia bertindak mengikut formula yang sama.

Jika wabak menyatukan kita di saat cemas, tragedi kemalangan bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula menunjukkan perpaduan di kala sedih. Kejadian meragut 15 nyawa itu menjadi salah satu nahas paling tragis. Kesedihan seolah-olah memadamkan batas-batas perbezaan.

Rakyat tanpa mengira latar belakang tampil menghulur sumbangan dan doa. Namun di sebalik simpati, lahir kesedaran kolektif bahawa nyawa tidak boleh dikorbankan kerana kelemahan sistem. Dari sebuah duka, timbul tuntutan agar tragedi tidak berulang.

ArtikelBerkaitan

Debunking myths surrounding the migrant economy

Apabila kebebasan seksual menggugat jiwa dan rumah tangga

Menyuntik jiwa patriotik dalam pendidikan jati diri

Jika tragedi bas menyatupadukan masyarakat dalam kesedihan, kes kematian Zara Qairina pula menyatukan rakyat dalam keresahan. Misteri kehilangannya menimbulkan suara bersama menuntut penjelasan, mendesak siasatan telus, dan menegakkan keadilan. Tiada hati yang rela melihat nyawa seorang anak kecil berlalu tanpa pembelaan.

Tidak dilupakan, video tular yang memaparkan sekumpulan pempengaruh memberi nasi berisi tulang ayam kepada seorang gelandangan semata-mata demi tontonan. Tindakan ini jelas memperlihatkan keutamaan publisiti berbanding empati.

Namun lebih signifikan ialah reaksi rakyat. Warga maya mempertahankan maruah golongan gelandangan, menegaskan kebajikan tidak boleh dijadikan bahan senda. Suara rakyat bergema menolak kepalsuan dan menyeru kepada nilai ihsan yang tulus.

Inilah yang diangkat dalam tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni. Ungkapan ini bukan sekadar slogan kerajaan, tetapi seruan kepada seluruh warga untuk saling menyantuni, memahami, dan memanusiakan. Ia bermula dengan rakyat sendiri, dari meja makan keluarga hingga ke isu-isu besar seperti keadilan dan kebajikan.

Menyantuni bukan sekadar memberi, tetapi menjiwai sensitiviti orang lain lalu menterjemahkannya dalam tindakan. Sifat ini ibarat pelarut yang meredakan ketegangan, melunturkan ego, dan memungkinkan tindak balas sosial yang lebih harmoni.

 Amaran sejarah dan formula generasi baharu

Sejarah pernah mengajar kita dengan cara paling pahit. Tragedi 13 Mei 1969 meragut ratusan nyawa, ribuan kehilangan tempat tinggal, dan Kuala Lumpur lumpuh di bawah darurat. Ia merobek kepercayaan antara kaum.

Namun daripada luka itu lahir keinsafan nasional bahawa tiada siapa untung apabila perpecahan menguasai masyarakat. Sejak itu lahir dasar-dasar perpaduan yang mengingatkan kita bahawa keharmonian bukan hadiah percuma, tetapi hasil daripada pengorbanan dan iktibar sejarah.

Setengah abad berlalu, sejarah tetap berpesan agar kesilapan tidak diulangi. Bendera ialah saksi kepada sejarah itu, lambang penyatu rakyat dalam suka dan duka. Maka insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik, yang malangnya berulang saban tahun, bukan perkara remeh. Ia menyinggung maruah bangsa.

Reka bentuk bendera kita jelas, dengan petak biru, bulan sabit dan bintang 14 bucu yang mudah dikenal pasti. Maka alasan tersilap pasang tidak wajar kerana mencerminkan kecuaian yang menyentuh sensitiviti rakyat. Maruah itu bukan milik satu kaum, tetapi seluruh rakyat Malaysia. Jika tidak ditangani dengan bijaksana, ia boleh menimbulkan salah faham dan meretakkan keharmonian.

Di sinilah pendidikan berperanan sebagai makmal sosial. Generasi muda harus diajar bahawa hormat bukan sahaja terhadap sesama manusia, tetapi juga terhadap lambang negara. Mereka perlu memahami bahawa kepelbagaian bukan ancaman, sebaliknya unsur penting yang memacu kesefahaman.

Jika generasi baharu menghayati hakikat ini, bangsa kita akan sentiasa mencari keseimbangan, sebagaimana ion-ion yang tidak pernah berhenti bergerak untuk mencapai kestabilan. Inilah formula sebenar sebuah bangsa merdeka. Kerana kemerdekaan sejati bukan sekadar pada usia negara, tetapi pada keupayaan rakyat mengekalkan keharmonian – warisan paling bernilai untuk generasi mendatang. Itulah janji kemerdekaan yang mesti dipertahankan.

Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki
Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki

Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki merupakan seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kimia) di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).

  • Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki
    Penyelaras Kursus Jati Diri Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, Che Mohd Farhan Che Mat Dusuki, menjelaskan bahawa penghayatan nilai kebangsaan tidak berkesan melalui kaedah formal semata-mata.
    September 2, 2026
    Menyuntik jiwa patriotik dalam pendidikan jati diri
  • Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki
    Mungkin istilah tanpa bahan kimia hanyalah strategi pemasaran. Gambar hiasan oleh PMV Chamara - Unsplash
    Julai 8, 2025
    ‘Tanpa bahan kimia’ hanya strategi pemasaran atau krisis pendidikan sains?
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

Selepas kanser, cabaran lebih besar menanti

Next Post

Boeing dan i-CATS bekerjasama perkukuh pendidikan aeroangkasa di Sarawak

Artikel Berkaitan

Photo by Dustan Woodhouse - Unsplash
Lestari

Our waste treatment governance needs strengthening

November 20, 2024
34
The protests in Bangladesh have turned deadly in recent days (Photo by AFP)
Dunia

Of quotas and equal opportunities

Julai 24, 2024
40
Gambar Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (Wikimedia)
Pendidikan dan Kerjaya

High Education Blueprint: Universities to lead in transdisciplinary R&D for greater socio-economic impact

Mac 21, 2025
24
Next Post
Boeing-i-CATS-MOU

Boeing dan i-CATS bekerjasama perkukuh pendidikan aeroangkasa di Sarawak

RIYAZ International, Jin Jiang Hotels

Riyaz International, Jin Jiang Hotels bentuk usaha sama kembangkan hospitaliti serantau

Kejohanan Sukan Rakyat (KASURA) edisi ke-10 di Tanjung Karang

Lebih 1,000 belia gegarkan KASURA, semarakkan Hari Malaysia

Sorotan Utama

Saucony anjur perlumbaan julung kali di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

UK, Perancis, Kanada rancang larangan import barangan dari penempatan haram Israel di Tebing Barat

Lebih 1,750 penerbangan UK dibatalkan susulan gangguan sistem kawalan trafik udara

Maybank ungguli Anugerah IR Bursa Malaysia 2026 dengan empat pengiktirafan

KPKT, KPM gerak 10,000 sekolah, sasar 200,000 peserta memperkasakan Hari Cuci Malaysia 2026

Agong berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Putrajaya

Trending

Debunking myths surrounding the migrant economy
Ekonomi dan Niaga

Debunking myths surrounding the migrant economy

by Professor Dato Dr Ahmad Ibrahim
September 10, 2026
0
26

OECD data reveals migration drives innovation and economic growth, debunking myths about job loss and public fund...

UTM himpun pakar antarabangsa bincang pendekatan baharu kawalan mikroorganisma

UTM himpun pakar antarabangsa bincang pendekatan baharu kawalan mikroorganisma

September 10, 2026
11
Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama pertahanan, pacu program FA-50M dan industri tempatan

Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama pertahanan, pacu program FA-50M dan industri tempatan

September 10, 2026
11
Saucony anjur perlumbaan julung kali di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Saucony anjur perlumbaan julung kali di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

September 10, 2026
13
UK, Perancis, Kanada rancang larangan import barangan dari penempatan haram Israel di Tebing Barat

UK, Perancis, Kanada rancang larangan import barangan dari penempatan haram Israel di Tebing Barat

September 9, 2026
13
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Debunking myths surrounding the migrant economy

Debunking myths surrounding the migrant economy

September 10, 2026
UTM himpun pakar antarabangsa bincang pendekatan baharu kawalan mikroorganisma

UTM himpun pakar antarabangsa bincang pendekatan baharu kawalan mikroorganisma

September 10, 2026
Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama pertahanan, pacu program FA-50M dan industri tempatan

Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama pertahanan, pacu program FA-50M dan industri tempatan

September 10, 2026

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) Bursa Malaysia China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,605)
    • Dunia (55)
    • Ekonomi & Niaga (423)
    • Kembara & Pelancongan (115)
    • Kesihatan (63)
    • Nasional (623)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (32)
    • Sekolah & Kampus (88)
    • Sosial (19)
    • Sukan (28)
  • Gaya Hidup (388)
    • Aktif (3)
    • Cipta Rasa (1)
    • Ilmu (6)
    • Kembara (144)
    • Selera (35)
    • Seni (110)
    • Teknologi (58)
    • Warisan (28)
  • Negeri (104)
    • Johor (5)
    • Kedah (2)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (2)
    • Pahang (2)
    • Perak (13)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (6)
    • Sarawak (15)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (1)
  • Rencana (309)
    • Agama dan Moral (39)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (37)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (52)
    • Keluarga (27)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (26)
    • Lestari (25)
    • Pendapat (8)
    • Pendidikan dan Kerjaya (44)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (15)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Debunking myths surrounding the migrant economy

Debunking myths surrounding the migrant economy

September 10, 2026
UTM himpun pakar antarabangsa bincang pendekatan baharu kawalan mikroorganisma

UTM himpun pakar antarabangsa bincang pendekatan baharu kawalan mikroorganisma

September 10, 2026
Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama pertahanan, pacu program FA-50M dan industri tempatan

Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama pertahanan, pacu program FA-50M dan industri tempatan

September 10, 2026
Saucony anjur perlumbaan julung kali di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Saucony anjur perlumbaan julung kali di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

September 10, 2026
UK, Perancis, Kanada rancang larangan import barangan dari penempatan haram Israel di Tebing Barat

UK, Perancis, Kanada rancang larangan import barangan dari penempatan haram Israel di Tebing Barat

September 9, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Utama