• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Ahad, 13 September 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz

    Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

    Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

    Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

    MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

    Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

    1,500 penari akan meriahkan Colours of Parade sempena Citrawarna Speed Festival 2026

    Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

    Muzium Alam Semula Jadi dan Aquaria KLCC pamer spesimen awetan dan hidupan marin

    Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

    JAKOA mengiktiraf pencapaian 177 murid Orang Asli yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025

    JAKOA iktiraf kejayaan akademik murid Orang Asli melalui Anugerah Murid Cemerlang

    Malaysia-India perkukuh kerjasama dalam keterjaminan makanan

    Malaysia, India perkukuh kerjasama dalam keterjaminan makanan

    Tourism Malaysia perkukuh kerjasama industri di Riyadh

    Tourism Malaysia perkukuh kerjasama industri di Riyadh

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Chang Lih Kang ketika melawat stesen baharu GSWMS

    MOSTI perkukuh sistem amaran awal sinaran di perairan negara

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    DUA LAYAR – Selebriti ke Kanvas meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026

    Balai Seni Negara pamer karya selebriti tempatan di Festival Budaya Malaysia 2026

    Hope yang mula ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai 2026 telah mencatatkan kejayaan pecah panggung

    Filem sci-fi seram Korea ‘Hope’ arahan Na Hong-jin mula ditayangkan di pawagam Malaysia 10 September

    Siri pertandingan realiti pengembaraan original terbaharu, ‘AXN Ultimate Challenge: Sarawak’, bagi mempromosikan keunikan Sarawak ke peringkat antarabangsa.

    KC Global Media, AXN Asia dan Lembaga Pelancongan Sarawak lancar siri realiti ‘AXN Ultimate Challenge: Sarawak’

    2AM buka kedai pertama di Malaysia bawa teknologi kasut cetakan 3D

    2AM buka kedai pertama di Malaysia bawa teknologi kasut cetakan 3D

    Dokumentari Always Lalisa arahan Sue Kim itu bakal menemui penonton di layar perak berikutan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) 2026.

    Dokumentari “Always Lalisa” tayang di IMAX dan pawagam seluruh dunia bermula 12 Oktober

    Urbanscapes mengumumkan kembalinya festival seni dan reka bentuk terpanjang di Malaysia selepas tujuh tahun.

    Urbanscapes kembali mewarnai Kuala Lumpur selepas tujuh tahun menghilang

    Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

    Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Barisan VIP (belakang, lapan dari kiri): Ketua Penolong Pengarah Kanan TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Abdul Karim Masiran; Ketua Pegawai Sumber Manusia QSR Brands, Dr. Sharifah Musainah Syed Alwi; Pengarah Kolej Vokasional Pagoh, Abd. Rahim Razali; Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd. Sani dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, Nor Asmah Daud.

    QSR Brands, Yayasan JCorp lahirkan 37 lagi graduan berkemahiran di bawah Program Akademi Dalam Industri (ADI)

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Home Rencana Pendidikan dan Kerjaya

Menyuntik jiwa patriotik dalam pendidikan jati diri

Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki by Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki
September 2, 2026
in Pendidikan dan Kerjaya, Rencana
Reading Time: 5 mins read
0 0
A A
0
Penyelaras Kursus Jati Diri Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, Che Mohd Farhan Che Mat Dusuki, menjelaskan bahawa penghayatan nilai kebangsaan tidak berkesan melalui kaedah formal semata-mata.

Penyelaras Kursus Jati Diri Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, Che Mohd Farhan Che Mat Dusuki, menjelaskan bahawa penghayatan nilai kebangsaan tidak berkesan melalui kaedah formal semata-mata.

Share on FacebookShare on Twitter

Institusi pendidikan bukan sekadar tempat untuk menyampaikan ilmu dan membangunkan kemahiran profesional. Lebih daripada itu, institusi pendidikan berperanan membentuk insan yang mempunyai nilai, prinsip serta kesedaran terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara.

Kejayaan seseorang tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik atau kecemerlangan kerjaya, tetapi juga melalui sejauh mana mereka memiliki keperibadian yang seimbang serta memahami peranan mereka sebagai sebahagian daripada sebuah negara.

Dalam konteks pendidikan tinggi khususnya, usaha membentuk mahasiswa yang berkualiti tidak boleh terhad kepada penguasaan bidang pengajian masing-masing.

ADVERTISEMENT

Elemen pembentukan sahsiah, nilai dan kemenjadian pelajar perlu diberikan perhatian agar institusi pendidikan bukan sahaja melahirkan individu yang kompeten, tetapi juga warga yang mempunyai kesedaran sosial dan rasa tanggungjawab terhadap negara.

Inilah antara matlamat yang ingin dicapai melalui pendidikan jati diri dan pelbagai bentuk pendidikan nilai yang dilaksanakan di institusi pendidikan.

Jati diri sering dikaitkan dengan pembentukan peribadi, keyakinan diri, nilai moral dan kemampuan seseorang mengurus kehidupan.

ArtikelBerkaitan

Mungkin juga kita yang prejudis terhadap generasi muda

Debunking myths surrounding the migrant economy

Apabila kebebasan seksual menggugat jiwa dan rumah tangga

Namun, jati diri yang kukuh tidak seharusnya terbatas kepada pembangunan individu semata-mata.

Ia perlu berkembang ke arah kesedaran yang lebih luas tentang hubungan seseorang dengan masyarakat, budaya dan negara.

Salah satu nilai penting yang perlu disemai dalam pendidikan jati diri ialah patriotisme. Patriotisme bukan sekadar rasa bangga terhadap negara atau penglibatan dalam sambutan Hari Kebangsaan.

Lebih daripada itu, patriotisme merupakan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air yang lahir daripada kesedaran diri dan rasa syukur menjadi sebahagian daripada sebuah negara.

Nilai ini dizahirkan melalui sikap menghargai sejarah, menghormati nilai-nilai yang membentuk negara, memelihara keharmonian masyarakat serta melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.

Namun, menyemai semangat patriotik dalam kalangan generasi muda hari ini mempunyai cabaran yang tersendiri.

Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, mengingatkan kita bahawa kesejahteraan yang dirasai hari ini bukanlah sesuatu yang hadir secara kebetulan, tetapi merupakan hasil daripada perjuangan, pengorbanan dan usaha membina negara oleh generasi terdahulu.

Generasi hari ini membesar dalam suasana negara yang lebih aman dan stabil berbanding pengalaman getir yang pernah dilalui oleh generasi terdahulu.

Semakin jauh jurang masa antara sesuatu generasi dengan generasi yang pernah melalui kehidupan sebelum kemerdekaan, semakin berkurang peluang untuk mereka mendengar sendiri kisah dan pengalaman daripada saksi yang pernah melaluinya.

Oleh itu, pendidikan memainkan peranan penting sebagai jambatan yang menghubungkan generasi baharu dengan makna kemerdekaan, kesejahteraan yang dinikmati hari ini serta nilai yang perlu dipertahankan pada masa hadapan.

Dalam usaha menyemai patriotisme, persoalan utama yang perlu difikirkan ialah bagaimana ia dapat disampaikan dengan pendekatan yang sesuai dengan realiti generasi masa kini. Pendidikan nilai tidak semestinya berkesan melalui penyampaian maklumat atau pendekatan formal semata-mata.

Walaupun pembelajaran sejarah, perbincangan isu kenegaraan dan pendedahan terhadap tokoh perjuangan mempunyai peranan tersendiri, penghayatan sesuatu nilai memerlukan pengalaman yang membolehkan pelajar terlibat secara emosi dan sosial.

Patriotisme bukan sekadar nilai yang perlu diketahui, tetapi nilai yang perlu dialami. Atas dasar itu, pendekatan kreatif dalam pendidikan jati diri perlu diberikan perhatian. Sesuatu aktiviti patriotisme yang baik tidak semestinya berskala besar atau memerlukan perancangan yang kompleks.

Sebaliknya, aktiviti tersebut perlu mampu melibatkan ramai pelajar, sesuai dilaksanakan dalam kekangan masa pembelajaran, menyeronokkan, membina kerjasama, merangsang kreativiti serta menyediakan ruang untuk pelajar membuat refleksi terhadap nilai yang dipelajari.

Sebagai contoh, penggunaan lagu patriotik sebagai medium pembelajaran merupakan salah satu pendekatan kreatif yang boleh diterapkan dalam pendidikan nilai.

Lagu patriotik bukan sekadar karya seni yang dipersembahkan semasa sambutan kemerdekaan, tetapi membawa mesej tentang identiti, sejarah, harapan dan aspirasi sesebuah negara.

Melalui proses memahami mesej lagu, menghasilkan persembahan serta membuat refleksi terhadap penghayatan lagu tersebut, pelajar diberi peluang mendekati patriotisme melalui pengalaman yang lebih dekat dengan diri mereka.

Pendekatan ini telah diaplikasikan sebagai salah satu aktiviti dalam pendidikan jati diri di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Dalam konteks pelajar yang ramai dan tempoh pembelajaran yang terhad, aktiviti nyanyian lagu patriotik secara berkumpulan menjadi satu pendekatan yang praktikal untuk mewujudkan penglibatan kolektif.

Namun, kekuatan aktiviti ini bukan hanya terletak pada persembahan akhir, tetapi pada proses yang berlaku sepanjang persediaan.

Pelajar perlu berbincang, menyusun idea, membahagikan tugas, berlatih bersama dan menghasilkan persembahan yang kreatif. Sekiranya aktiviti tersebut hanya melibatkan nyanyian semata-mata, ia mungkin tidak lebih daripada sebuah persembahan hiburan.

Namun, apabila pelajar diminta memahami mesej lagu dan menjelaskan penghayatan mereka terhadap lagu tersebut, aktiviti itu berubah menjadi satu pengalaman pembelajaran yang membina kesedaran.

Lebih daripada aspek patriotisme, pendekatan sebegini turut menggarap pelbagai nilai lain yang penting dalam pembentukan pelajar.

Kerjasama, komunikasi, kepimpinan, kreativiti, kesungguhan dan rasa tanggungjawab terhadap kumpulan berkembang secara semula jadi sepanjang proses menjayakan aktiviti tersebut.

Dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya serta latar belakang sosioekonomi, pengalaman bekerjasama dalam satu pasukan turut menjadi ruang untuk memupuk perpaduan dan penghargaan terhadap kepelbagaian.

Pendekatan ini juga membuka peluang kepada penglibatan pelajar antarabangsa yang menuntut di institusi pendidikan Malaysia.

Melalui aktiviti yang berkaitan dengan budaya dan identiti negara, mereka dapat mengenali Malaysia secara lebih dekat, manakala pelajar tempatan pula berpeluang berkongsi nilai serta budaya mereka dengan rakan daripada latar belakang yang berbeza.

Interaksi seperti ini bukan sahaja memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa, malah membantu pelajar tempatan memahami semula identiti dan nilai yang mereka miliki.

Hakikatnya, pembentukan patriotisme tidak semestinya bergantung kepada program besar atau acara rasmi sahaja. Nilai tersebut boleh dibina melalui ruang yang lebih kecil tetapi bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan kreatif seperti ini juga mampu mewujudkan suasana sambutan kemerdekaan dalam persekitaran pendidikan, walaupun tanpa penganjuran majlis yang besar.

Setiap pendidik mempunyai peluang untuk menyelitkan elemen pembinaan nilai dalam bidang masing-masing melalui pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Peranan seorang pendidik bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi turut membentuk cara pelajar melihat diri, masyarakat dan negara.

Ilmu tanpa nilai mungkin melahirkan individu yang berjaya secara peribadi, tetapi pendidikan yang menyeluruh perlu melahirkan insan yang memahami bahawa kejayaan mereka juga berkait rapat dengan kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.

Justeru, pendidikan jati diri perlu terus diperkasa sebagai wadah pembentukan pelajar yang seimbang. Jati diri yang kukuh bukan sahaja melahirkan individu yang mengenali potensi diri, tetapi juga individu yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan tanah air.

Patriotisme bukan sesuatu yang boleh dipaksa hadir melalui arahan semata-mata. Sebaliknya, ruang untuk mengenali, memahami dan menghayati nilai tersebut perlu diwujudkan melalui pengalaman yang bermakna.

Melalui pendekatan kreatif dalam pendidikan jati diri, pelajar bukan sahaja berpeluang memahami makna kecintaan terhadap negara, tetapi turut membina nilai kerjasama, perpaduan, kreativiti dan tanggungjawab yang menjadi asas kepada pembentukan warganegara berkualiti. Kesejahteraan yang dinikmati hari ini bukan sekadar warisan daripada generasi terdahulu, tetapi amanah yang perlu dihargai dan dipelihara oleh generasi masa kini untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki
Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki

Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki merupakan seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kimia) di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).

  • Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki
    September 11, 2026
    Mungkin juga kita yang prejudis terhadap generasi muda
  • Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki
    Kamaruld Salleh - Unsplash
    September 4, 2025
    Menyingkap formula perpaduan di sebalik larutan asid dan bes
  • Che Mohd Farhan bin Che Mat Dusuki
    Mungkin istilah tanpa bahan kimia hanyalah strategi pemasaran. Gambar hiasan oleh PMV Chamara - Unsplash
    Julai 8, 2025
    ‘Tanpa bahan kimia’ hanya strategi pemasaran atau krisis pendidikan sains?
Tags: patriotismependidikan jati diripendidikan tinggi
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

Singularity Connect, IJN Research bekerjasama majukan AI dalam penjagaan kesihatan

Next Post

Malaysia tingkat daya tahan bandar menerusi pengurusan saliran mesra alam berteknologi tinggi

Artikel Berkaitan

The management of wastewater from oil and gas drilling operations presents a significant environmental and economic challenge, primarily due to the presence of toxic heavy metals such as lead, cadmium, and mercury.
Rencana

Cleaning wastewater without creating more pollution

Julai 28, 2026
86
Celik kewangan merupakan kemahiran asas dalam menguruskan sebuah kehidupan yang sejahtera (Nahrizul Adib Kadri - Unsplash)
Ekonomi dan Niaga

Tidak celik kewangan, Melayu muflis membimbangkan

November 20, 2024
45
Amir bina laluan berbakti kepada masyarakat
Inspirasi

Amir bina laluan berbakti kepada masyarakat

Mac 4, 2025
29
Next Post
Malaysia tingkat daya tahan bandar menerusi pengurusan saliran mesra alam berteknologi tinggi

Malaysia tingkat daya tahan bandar menerusi pengurusan saliran mesra alam berteknologi tinggi

Jabatan Perikanan lancar pelan FIP Aya Hitam Tok Bali sasar pensijilan MSC

Jabatan Perikanan lancar pelan FIP Aya Hitam Tok Bali sasar pensijilan MSC

Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Perak dan Persatuan Vitaliti Kinta Perak dengan kerjasama Tourism Perak bakal menganjurkan Pesta Ipoh Coffee Vibes 2026 di Riverfront Old Town Ipoh dari 10 hingga 13 September ini.

Pesta Ipoh Coffee Vibes 2026 angkat keunikan Kopi Putih dan budaya tempatan di Old Town Ipoh

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Sorotan Utama

Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

JAKOA iktiraf kejayaan akademik murid Orang Asli melalui Anugerah Murid Cemerlang

Malaysia, India perkukuh kerjasama dalam keterjaminan makanan

Tourism Malaysia perkukuh kerjasama industri di Riyadh

MOSTI perkukuh sistem amaran awal sinaran di perairan negara

Trending

Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz
Berita

Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

by Akses Malaysia
September 11, 2026
0
13

Tentera Houthi menguasai pelabuhan strategik Mocha di Laut Merah, Yaman, sekali gus melonjakkan harga minyak mentah Brent...

Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

September 11, 2026
18
MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

September 11, 2026
7
1,500 penari akan meriahkan Colours of Parade sempena Citrawarna Speed Festival 2026

Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

September 11, 2026
18
Muzium Alam Semula Jadi dan Aquaria KLCC pamer spesimen awetan dan hidupan marin

Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

September 11, 2026
5
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz

Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

September 11, 2026
Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

September 11, 2026
MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

September 11, 2026

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) Bursa Malaysia China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,617)
    • Dunia (56)
    • Ekonomi & Niaga (423)
    • Kembara & Pelancongan (119)
    • Kesihatan (63)
    • Nasional (630)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (32)
    • Sekolah & Kampus (88)
    • Sosial (19)
    • Sukan (28)
  • Gaya Hidup (388)
    • Aktif (3)
    • Cipta Rasa (1)
    • Ilmu (6)
    • Kembara (144)
    • Selera (35)
    • Seni (110)
    • Teknologi (58)
    • Warisan (28)
  • Negeri (105)
    • Johor (5)
    • Kedah (2)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (2)
    • Pahang (2)
    • Perak (14)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (6)
    • Sarawak (15)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (1)
  • Rencana (310)
    • Agama dan Moral (39)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (37)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (52)
    • Keluarga (27)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (26)
    • Lestari (25)
    • Pendapat (8)
    • Pendidikan dan Kerjaya (45)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (15)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Penguasaan Mocha oleh Houthi burukkan krisis laluan perkapalan Laut Merah dan Selat Hormuz

Houthis tawan pelabuhan strategik Mocha, ancam laluan perdagangan global

September 11, 2026
Semakan keputusan penajaan 12,300 pelajar JPA PIDN dan PPF 2026

Keputusan penajaan 12,300 pelajar PIDN dan PPF JPA 2026 boleh disemak bermula hari ini

September 11, 2026
MOF fokus perkasa industri automotif berteknologi tinggi dan EV di bawah Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Kerajaan dapatkan input industri automotif, fokus sektor berteknologi tinggi dan EV

September 11, 2026
1,500 penari akan meriahkan Colours of Parade sempena Citrawarna Speed Festival 2026

Tourism Malaysia anjur Citrawarna Speed Festival 2026 gabung sukan permotoran dan warisan budaya

September 11, 2026
Muzium Alam Semula Jadi dan Aquaria KLCC pamer spesimen awetan dan hidupan marin

Jabatan Muzium Malaysia, Aquaria KLCC jalin kerjasama lancar kempen “The Hidden Wonders of Malaysia”

September 11, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Utama