• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Khamis, 8 Oktober 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Kemenangan sulung Max Verstappen musim 2026 di Sepang raih kejayaan pertama Red Bull Ford Powertrains

    Kemenangan sulung Max Verstappen musim 2026 di Sepang raih kejayaan pertama Red Bull Ford Powertrains

    Colours of Parade himpun 1,500 penari semarakkan kemuncak Citrawarna Speed Festival 2026

    Colours of Parade himpun 1,500 penari semarakkan kemuncak Citrawarna Speed Festival 2026

    F1 kembali ke Sepang catat rekod 261,000 penonton, Max Verstappen rangkul kemenangan GP Bahrain 2026

    F1 kembali ke Sepang catat rekod 261,000 penonton, Max Verstappen rangkul kemenangan GP Bahrain 2026

    Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

    Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

    100 startup teknologi Malaysia jana pendapatan RM8.5 bilion bagi FY2024

    100 startup teknologi Malaysia jana pendapatan RM8.5 bilion bagi FY2024

    Penyu belimbing mendarat kali ke-4 di Terengganu, 70 telur berjaya diselamatkan

    Penyu belimbing mendarat kali ke-4 di Terengganu, 70 telur berjaya diselamatkan

    Lelaki mengaku tidak bersalah didakwa urus pertubuhan MERHROM tidak berdaftar

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Nourul Depp sekali lagi dipilih sertai PERANTIS 2026

    Nourul Depp sekali lagi dipilih sertai PERANTIS 2026

    Karya terbaharu dari Malique, Zizi Kirana, dan kemunculan semula Yasin Sulaiman

    Karya terbaharu dari Malique, Zizi Kirana, dan kemunculan semula Yasin Sulaiman

    5 sebab kenapa selatan Perak wajib masuk dalam senarai percutian anda

    5 sebab kenapa selatan Perak wajib masuk dalam senarai percutian anda

    Kamera bingkai penuh Canon EOS R8 Mark II tampil reka bentuk padat

    Kamera bingkai penuh Canon EOS R8 Mark II tampil reka bentuk padat

    Empat artis tarik diri daripada konsert jelajah Ed Sheeran susulan solidariti Macklemore bersama Gaza

    Empat artis tarik diri daripada konsert jelajah Ed Sheeran susulan solidariti Macklemore bersama Gaza

    Antara keselamatan jerebu dan pilihan destinasi perlancongan

    Antara keselamatan jerebu dan pilihan destinasi perlancongan

    DUA LAYAR – Selebriti ke Kanvas meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026

    Balai Seni Negara pamer karya selebriti tempatan di Festival Budaya Malaysia 2026

    Hope yang mula ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai 2026 telah mencatatkan kejayaan pecah panggung

    Filem sci-fi seram Korea ‘Hope’ arahan Na Hong-jin mula ditayangkan di pawagam Malaysia 10 September

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

Muhammad Hasif Mohd Jelani by Muhammad Hasif Mohd Jelani
November 26, 2023
in Kembara
0 0
0
Home Gaya Hidup Kembara
1.7k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sewaktu saya mendapat jemputan menyertai misi pendakian ke Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan Kem Langsir (atau lebih dikenali dengan akronim CBL), sejujurnya memang rasa tidak percaya kerana CBL merupakan salah satu laluan pendakian yang sudah lama dalam bucket list saya. Malah bagi kebanyakan pendaki tegar, CBL ialah laluan pendakian idaman kerana banyak lokasi menakjubkan terdapat di sepanjang perjalanan.

Taman Eko Rimba Chemerong
Penulis bergambar kenangan dengan pokok yang ditanam di Taman Eko Rimba Chemerong sebelum memulakan pendakian. Gambar: Hasif Hamsyari/Gaya Travel

Untuk rekod, saya bukanlah pendaki tegar dan jemputan yang datang agak lewat serta dalam keadaan saya yang tidak sepenuhnya sihat menyebabkan saya banyak berkira-kira sebelum membuat keputusan muktamad. Daripada doktor hingga ke rakan-rakan pendaki tegar, saya meminta nasihat dan pendapat. Antaranya termasuklah latihan (training) yang memang diperlukan walaupun dalam masa yang singkat. Dan akhirnya, saya memilih untuk menyertai dengan penuh tekad – “aku pasti boleh buat”.

Kumpulan pendakian yang saya sertai ini melibatkan sekitar 20 orang wakil media, malim gunung berlesen dan jurupandu. Kami merupakan kumpulan pendaki pertama yang dibenarkan mendaki ke CBL selepas lebih dua tahun laluan ini ditutup atas faktor keselamatan serta kerja-kerja penaiktarafan yang melibatkan kos RM2 juta ihsan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Demikian menjadikan laluan ini juga antara laluan paling dinanti-nantikan bagi kebanyakan pendaki menjelang pembukaan rasminya pada 1 Mac 2024 nanti.

ADVERTISEMENT

Sebelum memulakan ekspedisi, saya menyertai delegasi yang diketuai Roslan Rani, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu untuk menanam pokok sebagai sebahagian daripada kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 di sekitar kawasan Taman Eko Rimba Chemerong. Antara pokok yang ditanam termasuklah dungun, merbau, durian IOI, durian belanda dan asam gelugor. Sejurus selepas itu, kami bersama-sama mendaki ke kaki Air Terjun Chemerong sebelum berpisah dan kumpulan media serta malim gunung meneruskan perjalanan ke CBL.

Peta Laluan Pendakian Chemerong Berembun Langsir (CBL)
Peta laluan pendakian ke CBL yang terdapat di pintu masuk di Taman Eko Rimba Chemerong. Gambar: Hasif Hamsyari/Gaya Travel
Info tambahan: Terengganu memiliki seramai 141 malim gunung berlesen. Mana-mana pendakian ke hutan simpan kekal dan gunung di Terengganu memerlukan permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutananan Negeri Terengganu serta wajib menggunakan khidmat malim gunung.

Air Terjun Chemerong, Tertinggi di Asia Tenggara

Air Terjun Chemerong
Penulis bergambar berlatarbelakangkan Air Terjun Chemerong. Gambar: Hasif Hamsyari/Gaya Travel

Sekitar 10.30 pagi, kami memulakan pendakian bermula dari Taman Eko Rimba Chemerong menuju ke destinasi pertama iaitu Air Terjun Chemerong. Dapat diperhatikan denai yang tersedia di bahagian pertama laluan ke air terjun ini diselaputi lumut yang tebal selepas ditutup sejak 2021.

Air Terjun Chemerong berketinggian 370 meter. Ia dikatakan sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, ada juga yang menganggap gelaran itu dimiliki oleh Air Terjun Jelawang di Kelantan. Bagi saya, lebih daripada sekadar gelaran, pemandangan Air Terjun Chemerong sememangnya sangat memukau. Laluan berbatu besar di kakinya memberi peluang untuk pengunjung mengagumi air terjun ini dengan jarak lebih dekat sekali gus merasai tempias air terjun yang cukup menyamankan.

Cabaran Bukit Taubat

Bukit Taubat
Bukit Taubat antara check point yang ‘digeruni’ kebanyakan pendaki. Gambar: Hasif Hamsyari/Gaya Travel

Usai merakamkan gambar, kami menyambung pendakian pada jam 2.30 petang. Memang wajar sekali kami menikmati makan tengah hari terlebih dahulu kerana check point kami seterusnya dikatakan salah satu laluan paling ‘digeruni’ dalam laluan CBL ini.

Barangkali pembaca sendiri boleh memahami sebab ia dinamakan Bukit Taubat. Laluan ini sememangnya mencabar mental kerana walaupun belum sampai separuh perjalanan, saya dan rakan-rakan terpaksa mengerah keringat mendaki bukit yang cukup curam dengan laluan berselirat akar kayu yang hanya menambah keraguan – adakah ekspedisi ini mampu kami teruskan?

Tidak sampai 15 minit kemudian, kami sampai ke Puncak Bukit Taubat. Sejenak, saya dan teman pendakian yang juga merupakan blogger gaya hidup, Suzai dari Sizzling Suzai  saling berpandangan. “Taklah jauh sangat,” gurau kami sebelum tergelak dan menyambung perjalanan.

Laluan seterusnya lebih landai namun seketika kemudian, hujan mula turun. Mujur check point yang seterusnya, iaitu Kem B, hanya terletak sekitar 10 minit sahaja di hadapan kami.

Sementara menunggu hujan berhenti, kami menunaikan solat di sini sebelum bersantai dan bermandi-manda di sungai. Kejernihan air sungai di sini lebih istimewa kerana terdapat ratusan ikan tengas daun yang jinak, juga dikatakan hasil daripada penutupan selama dua tahun itu.

Ikan Tengas Daun
Ikan tengas daun di Kem B. Gambar: Hasif Hamsyari/Gaya Travel
Kem B CBL
Penulis bergambar di bawah air bersama ikan-ikan tengas daun. Gambar: Hasif Hamsyari/Gaya Travel

Dugaan Alam Semulajadi

Menghampiri 5.00 petang, kami mula bergerak ke Kem Y, tempat bermalam kami untuk hari pertama. Usai melepasi simpang antara Seraya Besar dan Kem Y (atau lebih terkenal dengan jolokan ‘highway’), keadaan menjadi semakin gelap walaupun jam baru menunjukkan 5.30 petang.

Hujan yang disangka telah berhenti rupanya kembali menjadi cabaran kepada kami. Titisan hujan yang semakin melebat memaksa kami menjadi lebih peka dan berhati-hati pada setiap langkah di denai yang semakin melicin. Lampu kepala siap dipasang dan perlahan-lahan, kami gagahkan kaki mengorak langkah sebelum sampai ke Kem Y pada 6.00 petang.

Kem B CBL
Khemah tidur penulis dan rakan-rakan pada malam pertama. Gambar: Hasif Hamsyari/Gaya Travel

Hujan masih belum berhenti dan kami hanya mampu berlindung di bawah khemah terbuka (open tent) yang tersedia dengan bangku dan meja. Belum sempat melepaskan lelah, kami terkejut dengan kehadiran lipan bara berdekatan tempat tidur. Dan seketika kemudian, seorang demi seorang, termasuk saya, disambut dengan banyaknya pacat. Pantang sahaja teralih perhatian, pasti akan ada seekor dua yang mula hinggap di kaki setiap antara kami.

Walaupun pada awal perjalanan, Abang Bert, salah seorang jurupandu kami, telah memberi amaran bahawa tapak perkhemahan malam ini sememangnya lubuk pacat, sejujurnya saya sendiri tidaklah menganggap bahawa ‘serangan’ mereka akan sehebat ini. Barangkali disebabkan hujan yang menjadikan lantai hutan lembap menyebabkan mereka ‘luar biasa’ aktif mencari mangsa untuk dihisap darahnya.

Kem B CBL
Hidangan tomyam untuk makan malam yang menggamit selera. Gambar: Hasif Hamsyari/Gaya Travel

Hujan masih renyai-renyai sewaktu kami memutuskan untuk mandi. Usai mengemaskan diri dan tempat tidur yang telah dibahagi, kami akhirnya mengisi perut pada 10.00 malam dengan menu tomyam ayam berserta ulaman dan tentunya sambal budu. Dengan secawan teh hangat pada malam yang semakin dingin, kami mengisi masa dengan berborak dan bertukar pengetahuan tentang pengalaman mendaki sebelum merehatkan diri.

Kem B CBL
Salah satu sungai kecil berdekatan dengan Kem B. Gambar: Hasif Hamsyari/Gaya Travel

Menurut Abang Rushdi dari Amazing Terengganu  yang pernah beberapa kali mendaki ke CBL, tapak Kem Y ini telah dipindahkan dari tapak asal. Ia sebenarnya terletak lebih dekat dengan sungai namun barangkali atas faktor keselamatan, tapak yang kami inap malam ini dipindahkan ke bahagian atas sedikit. Adapun khemah khas seperti ruang memasak, tandas dan ruang tidur juga disediakan, bagi yang belum terbiasa harus bersedia kerana kemudahan di sini hanya bersifat asas seperti yang sepatutnya jika berkhemah di dalam hutan.

Lupakan sahaja minyak atau semburan penghalau serangga, kalau sudah di ‘rumah’ mereka, tiada apa yang boleh dilakukan. Saya sendiri mengakui sangat penggeli kepada pacat yang berasal dari rumpun keluarga cacing beruas ini. Namun semalaman di sini ternyata mengubah persepsi saya sehingga mampu ‘bermain’ dengan pacat-pacat di sini.

Sambung ke Bahagian 2 >>>

Untuk maklumat lanjut tentang hutan-hutan di Terengganu, sila layari laman web Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu atau hubungi 09-6222444 sambungan 4123.

Muhammad Hasif Mohd Jelani

Penulis kembara yang juga merupakan pencipta kandungan untuk Gaya Travel Magazine. Beliau turut dikenali dengan nama pena Hasif Hamsyari.

  • Muhammad Hasif Mohd Jelani
    Awan Karpet Kem Langsir
    November 26, 2023
    Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 3
  • Muhammad Hasif Mohd Jelani
    Taman Bonzai
    November 26, 2023
    Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 2
  • Muhammad Hasif Mohd Jelani
    Ilham Seni @ Kampar
    September 26, 2022
    Ilham Seni @ Kampar: Mural Terbaharu di Kampar Tentang Perak!
Tags: BerembunChemerongHikingLangsirTerengganu
ADVERTISEMENT
Muhammad Hasif Mohd Jelani

Muhammad Hasif Mohd Jelani

Penulis kembara yang juga merupakan pencipta kandungan untuk Gaya Travel Magazine. Beliau turut dikenali dengan nama pena Hasif Hamsyari.

Artikel Berkaitan

Pulau Pinang
Kembara

Qatar Airways kembali terbang ke Pulau Pinang

September 19, 2023
31
International Business Review ASEAN Award 2022
Kembara

Kemenangan berganda untuk Tourism Selangor pada tahun 2022

Disember 22, 2022
18
Pulau Tuba, Langkawi
Gaya Hidup

Pulau Tuba: Permata tersembunyi Langkawi untuk Tahun Melawat Kedah 2025

Mac 4, 2025
136
Next Post
Taman Bonzai

Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 2

Awan Karpet Kem Langsir

Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 3

ASEAN Halal Expo 2023 (AHEX23)

ASEAN Halal Expo 2023 buka peluang usahawan ASEAN teroka pasaran Indochina

Sorotan Utama

Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

Kemenangan sulung Max Verstappen musim 2026 di Sepang raih kejayaan pertama Red Bull Ford Powertrains

Colours of Parade himpun 1,500 penari semarakkan kemuncak Citrawarna Speed Festival 2026

F1 kembali ke Sepang catat rekod 261,000 penonton, Max Verstappen rangkul kemenangan GP Bahrain 2026

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

Trending

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa
Kesihatan dan Kesejahteraan

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

by Akses Malaysia
Oktober 7, 2026
0
13

Saringan payudara secara berkala dapat membantu mengesan kanser payudara pada peringkat awal, walaupun sebelum sebarang gejala muncul....

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Oktober 7, 2026
18
Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

Oktober 5, 2026
25
Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

Oktober 5, 2026
16
Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

Oktober 7, 2026
25

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,646)
    • Dunia (56)
    • Ekonomi & Niaga (429)
    • Kembara & Pelancongan (122)
    • Kesihatan (64)
    • Nasional (644)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (32)
    • Sekolah & Kampus (90)
    • Sosial (19)
    • Sukan (30)
  • Gaya Hidup (395)
    • Aktif (3)
    • Cipta Rasa (1)
    • Ilmu (6)
    • Kembara (146)
    • Selera (35)
    • Seni (114)
    • Teknologi (59)
    • Warisan (28)
  • Negeri (108)
    • Johor (5)
    • Kedah (2)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (2)
    • Pahang (2)
    • Perak (15)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (6)
    • Sarawak (16)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (2)
  • Rencana (314)
    • Agama dan Moral (39)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (37)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (52)
    • Keluarga (27)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (29)
    • Lestari (26)
    • Pendapat (8)
    • Pendidikan dan Kerjaya (45)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (16)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

Oktober 7, 2026
Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Oktober 7, 2026
Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

Oktober 5, 2026
Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

Oktober 5, 2026
Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

Oktober 7, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Utama