KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2022 — Selain daripada makanan, Penang Lang (orang Pulau Pinang dalam bahasa Hokkien) sangat menyayangi negeri mereka, kata Traveloka.
Berdasarkan data pengembaraan superapp tersebut, kesetiaan penduduk Pulau Pinang terhadap negeri itu lebih tinggi berbanding pengguna dari negeri lain di Malaysia.
“Penduduk Pulau Pinang akan sentiasa mendahulukan Pulau Pinang apabila merancang percutian,” kata Angelica Chan, Pengurus Negara, Traveloka Malaysia.
Beliau berkata carian berkaitan “staycation” daripada penduduk Pulau Pinang biasanya tertumpu di sekitar kawasan Georgetown, Batu Feringgi dan Bayan Lepas.
Selain itu, kecenderungan penduduk Pulau Pinang untuk menginap di hotel adalah dua kali ganda berbanding homestay atau vila, dan kecenderungan mereka untuk mencari cadangan makanan di platform Traveloka melebihi 50 peratus.
Dalam mengiktiraf kesetiaan yang luar biasa terhadap negeri mereka Pulau Pinang, Traveloka ingin mencipta nilai yang lebih baik untuk peminat tegar Pulau Pinang, serta membantu mereka menikmati keindahan tersembunyi Pulau Mutiara itu, melalui kaca mata Penang Lang.
Oleh itu, pengguna Traveloka boleh menikmati sehingga 30 peratus diskaun Hotel, Penerbangan dan Tarikan. Selain itu, pengguna yang menggunakan kod kupon WAAIPENANG apabila mereka membuat tempahan hotel antara 8 Ogos dan 30 September, akan menerima potongan RM50, tanpa transaksi minimum dikenakan. Layari https://traveloka.com/en-my/promotion/travelokia-penang.
— Traveloka Malaysia