• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Jumaat, 13 November 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

    Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

    Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

    Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

    Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

    Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

    FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

    FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

    Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

    Harga RON97 turun 50 sen, RON95 tanpa subsidi susut 40 sen

    COP31: Malaysia gesa pembiayaan iklim disalurkan terus kepada komuniti, perkukuh penglibatan awam

    COP31: Malaysia gesa pembiayaan iklim disalurkan terus kepada komuniti, perkukuh penglibatan awam

    Malaysia anjur Persidangan Pelancongan Islam Sedunia Ke-5 2026, himpun pemimpin industri global

    Malaysia anjur Persidangan Pelancongan Islam Sedunia Ke-5 2026, himpun pemimpin industri global

    Tourism Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang jalin kerjasama promosi VM2026–2027 menerusi MotoGP 2026

    Tourism Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang jalin kerjasama promosi VM2026–2027 menerusi MotoGP 2026

    MDEC iktiraf syarikat teknologi tempatan di Elevate & Engage 2026, dorong pengasas terus berinovasi

  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cantik
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    Kuching Sarawak

    10 Pengalaman menarik menelusuri cita rasa Kuching

    Waldorf Astoria Kuala Lumpur tawar pengalaman penginapan serba mewah

    Waldorf Astoria Kuala Lumpur tawar pengalaman penginapan serba mewah

    5 Pengalaman menarik untuk diterokai di Perlis dan Kedah

    5 Pengalaman menarik untuk diterokai di Perlis dan Kedah

    Ketua Pegawai Eksekutif EMAX Corporate, Wilson Lee menyampaikan cenderahati kepada Miss World Asia 2026, Tanuashiya Chetty.

    Pendekatan baharu kecantikan dengan ION+Glow™ dan PlasmFX

    "Jangan takut bermimpi besar" – Agnez Mo cipta sejarah di Madame Tussauds Hollywood

    Agnez Mo selebriti Indonesia pertama miliki patung lilin di Madame Tussauds Hollywood

    5 sebab perlu datang awal ke lapangan terbang

    5 sebab perlu datang awal ke lapangan terbang

    Bayview Beach Resort Pulau Pinang yang akan dijenamakan semula sebagai Ascott Batu Ferringhi Penang Resort

    Ascott Malaysia bakal menjenamakan semula tiga hotel Bayview

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Pengalaman ketenteraan buktikan prinsip You Touch, You Go berkesan sebagai norma pendidikan anti-buli negara

Lt Kdr Ts Farizha bin Ibrahim TLDM (Bersara) by Lt Kdr Ts Farizha bin Ibrahim TLDM (Bersara)
Ogos 15, 2025
in Pendapat, Rencana
Reading Time: 5 mins read
0 0
0
Home Rencana Pendapat
Share on FacebookShare on Twitter

Saya amat bersetuju dengan konsep yang diketengahkan oleh pengurusan MARA iaitu prinsip “You Touch, You Go”. Ia adalah pendekatan paling tepat untuk menangani isu buli. Saya pernah mengulas perkara ini sewaktu kes arwah Zulfarhan di UPNM dahulu, dan saya tetap berpendapat bahawa tiada cara lain yang lebih berkesan selain mengetatkan disiplin dan menegaskan tindakan.

Generasi sekarang tidak lagi mudah berubah hanya dengan nasihat atau pendekatan lembut. Apatah lagi jika mereka sudah berbelas atau berpuluh tahun dibesarkan dalam suasana yang terlalu bebas, dimanjakan, atau terdedah kepada budaya ganas. Untuk mengubah mereka, ketegasan adalah kuncinya. Kata pepatah moden, “Good times create weak men, hard times create strong men.”

Ketegasan akan mewujudkan persekitaran yang langsung tidak memberi ruang kepada pembuli. Ia membina deterrence rasa takut dan segan yang membuatkan mereka tidak berani pun untuk memulakan perbuatan tersebut.

ADVERTISEMENT

Pengalaman di ALK dan UPNM

Saya pernah dua kali menjadi jurulatih di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) pada tahun 2012 dan 2018, serta sekali menjadi pensyarah di UPNM pada tahun 2020. Pengalaman kali kedua di ALK amat berbeza kerana ia berlaku selepas kes arwah Pegawai Kadet Laut Zulfarhan. Ketika itu, ramai jurulatih diganti untuk melakukan penstrukturan semula ALK, dengan pemilihan pegawai yang teliti dari peringkat Komandan hingga ke bawah.

Pada awalnya, saya melihat kesan daripada latihan antara 2014 hingga 2018, yang turut direkodkan dalam laporan lembaga siasatan Markas ATM. Ramai Pegawai Kadet senior ketika itu kononnya “hilang semangat” kerana tidak lagi dibenarkan mengawal Pegawai Kadet junior seperti sebelum kes tersebut.

Pendekatan kami mudah iaitu mana-mana junior yang bermasalah akan dilaporkan terus kepada saya. Kami akan mengadakan sesi pemulihan yang dikendalikan oleh senior tetapi dengan kehadiran jurulatih. Kaedah ini membolehkan mereka berlatih kepimpinan dalam keadaan terkawal.

Dalam konteks tersebut, kami sedar bahawa budaya ketenteraan tidak mungkin terhapus sepenuhnya walau dengan sekatan apa pun. Namun, saya juga tegas mana-mana pegawai kadet yang didapati menjalankan “sesi pemulihan” tanpa kebenaran akan terus dibawa ke Lembaga Komandan untuk diberhentikan.

Pendekatan seperti ini wajar diaplikasikan di sekolah berasrama. Sesi pemulihan yang dijalankan dalam kawalan pihak berautoriti bukan sahaja melatih kepimpinan pelajar senior, malah mengelakkan salah guna kuasa terhadap junior. Wujudkan SOP untuk sesi ini. Budaya buli sukar dihapuskan sepenuhnya, namun ia boleh dibendung melalui sistem yang jelas, pengawasan ketat, dan tindakan tegas terhadap pelaku yang melanggar garis panduan. Apabila pelajar sedar bahawa setiap tindakan mereka diperhati dan ada akibatnya, ruang untuk budaya buli berakar akan semakin mengecil.

Ketegasan Membawa Perubahan

Masa itu, masalah disiplin sangat kritikal. Perbarisan pagi, aktiviti sukan, dan TTS roll call jarang cukup orang. Akhirnya, saya majukan kertas cadangan pemberhentian serentak lebih 20 orang ke Lembaga Komandan. Ketika berhadapan lembaga, ada yang menangis merayu supaya tidak diberhentikan. Komandan memberi mereka hukuman terakhir sebagai amaran—sekali lagi melakukan kesalahan, mereka akan terus dihantar ke Lembaga No. 3 untuk pemberhentian.
Selepas kejadian itu, kehadiran menjadi penuh, kes disiplin berkurang drastik, dan kami hampir memenangi Kompeni Komandan 2019 sebelum “disailang” dalam mesyuarat kerana sistem pemarkahan diubah. Saya memang menjadi tidak popular selepas itu—tetapi itu harga yang perlu dibayar untuk menegakkan disiplin.

Pengalaman ini membuktikan bahawa tindakan tegas, walaupun tidak popular, mampu mengubah suasana disiplin secara drastik. Di sekolah berasrama, kelemahan dalam penguatkuasaan hanya memberi ruang kepada pelajar untuk terus mencabar peraturan, termasuk dalam isu buli. Namun, apabila hukuman jelas dilaksanakan dan garis sempadan ditetapkan, pelajar mula menghargai disiplin dan menghentikan perlakuan yang merosakkan. Kadangkala, keberanian membuat keputusan yang sukar adalah harga yang perlu dibayar demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti sekolah.

Isu Utama: Persekitaran

Masalah besar di sekolah berasrama sering berpunca daripada persekitaran yang terlalu berhati-hati dan defensif untuk mengambil tindakan tegas. Pihak warden atau pengurusan kadangkala bimbang dikenakan tekanan atau terpaksa menjawab kepada pihak luar, lalu memilih untuk “menutup mata” terhadap kes-kes tertentu. Lebih membimbangkan, wujud budaya “menjaga nama baik organisasi” sehingga hampir semua kes, walaupun serius, diselesaikan secara dalaman tanpa melibatkan pihak berkuasa atau saluran rasmi.

Pendekatan ini berbahaya kerana ia menghantar mesej kepada pelaku bahawa mereka masih dilindungi selagi berada dalam lingkungan sekolah, sekali gus menggalakkan pengulangan kesalahan. Pada masa sama, mangsa akan berasa tidak selamat dan hilang keyakinan untuk membuat aduan kerana menganggap tiada tindakan sebenar akan diambil.

Apabila tiada ancaman hukuman yang jelas, pelajar—terutama yang sudah terbiasa memegang status senior—akan cenderung menguji had peraturan. Ketiadaan saluran rasmi bagi melatih kepimpinan pelajar senior pula mendorong mereka mencipta kaedah sendiri untuk “mendidik” junior, yang akhirnya menjurus kepada amalan buli.

ArtikelBerkaitan

Jangan biarkan media sosial mengganggu siasatan jenayah

OPR kekal, sejauh mana ruang kewangan isi rumah mampu bertahan

7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Budaya ini akan terus berakar jika tiada sistem yang mengawal interaksi senior-junior dengan jelas, disokong oleh pengawasan ketat dan tindakan segera. Justeru, prinsipnya jelas: ketegasan bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan. Pelaksanaan konsep “You Touch, You Go” di sekolah berasrama adalah langkah tepat untuk menghapuskan toleransi terhadap buli dan memastikan keselamatan semua pelajar terpelihara.

You Touch You Go Sebagai Norma dan Identiti Pendidikan Negara

Konsep “You Touch, You Go” bukan sekadar slogan disiplin, tetapi wajar diangkat sebagai satu norma dan identiti pendidikan negara. Prinsip ini membawa mesej jelas bahawa sebarang bentuk perlakuan buli sama ada fizikal, mental, atau emosi tidak akan ditoleransi, dan pelaku akan menerima hukuman setimpal tanpa kompromi. Ia memadam ruang kelabu yang sering dimanipulasi pembuli untuk mengelak hukuman, sekali gus mengembalikan keyakinan mangsa bahawa keselamatan mereka adalah keutamaan.

Apabila prinsip ini dilaksanakan secara konsisten, pelajar akan sedar bahawa kelakuan mereka sentiasa diperhatikan, dan setiap pelanggaran akan membawa akibat. Ini membina budaya deterrence yang berkesan pencegahan melalui kepastian hukuman, bukan sekadar amaran atau nasihat. Pelajar senior akan faham bahawa kedudukan mereka bukan lesen untuk berkuasa sesuka hati, sebaliknya peluang untuk memimpin dengan contoh yang baik. Pelajar junior pula akan berasa lebih selamat untuk bersuara dan melaporkan kesalahan.

Sekiranya “You Touch, You Go” diterapkan di semua sekolah, sama ada berasrama penuh, harian, atau swasta, ia akan membentuk budaya nasional yang menolak buli dalam apa jua bentuk. Pembuli atau bakal pembuli akan menyedari bahawa tingkah laku mereka bukan sekadar melanggar peraturan sekolah, tetapi juga bertentangan dengan nilai yang dipegang masyarakat dan negara. Ini adalah mesej kolektif bahawa Malaysia mengangkat maruah dan keselamatan pelajar sebagai prioriti utama.

Lebih penting, pelaksanaan menyeluruh akan menghapuskan budaya “menjaga nama baik organisasi” yang sering dijadikan alasan untuk menutup kes secara dalaman walaupun serius. Sebaliknya, setiap kes akan ditangani secara terbuka dan tegas mengikut prosedur yang jelas, memberi isyarat bahawa negara ini berpihak kepada kebenaran, bukannya melindungi pelaku.

Dengan cara ini, “You Touch, You Go” bukan sahaja menjadi polisi disiplin, tetapi juga simbol komitmen negara terhadap pendidikan yang selamat, berintegriti, dan membentuk generasi pelajar yang saling menghormati. Apabila prinsip ini sudah menjadi identiti pendidikan kita, barulah kita benar-benar mampu melahirkan generasi yang kuat, berdisiplin, dan bebas daripada budaya buli.

Lt Kdr Ts Farizha bin Ibrahim TLDM (Bersara)

Lt Kdr Ts Farizha bin Ibrahim TLDM (Bersara) merupakan bekas ketua batalion, Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), bekas pensyarah kanan & Felo penyelidik, UPNM

    Tags: You Touch You Go
    ShareTweetShareSend
    ADVERTISEMENT
    Previous Post

    AGC arahkan inkues kematian Zara Qairina untuk siasat kemungkinan unsur jenayah

    Next Post

    Tadbir urus institusi kebajikan: Lebih daripada sekadar prihatin

    Artikel Berkaitan

    Gambar hiasan oleh Fadkhera Official - Unsplash
    Agama dan Moral

    Kerancuan pemikiran aktivis dan pemimpin Islam

    Disember 4, 2024
    57
    Imej janaan AI oleh ImageFX
    Keluarga

    Beraya dengan notifikasi

    April 15, 2025
    44
    Photo by Jezael Melgoza - Unsplash
    Isu Semasa

    Control hidden syndicates of alluring illegal immigrants

    Mac 27, 2025
    31
    Next Post
    tadbir urus

    Tadbir urus institusi kebajikan: Lebih daripada sekadar prihatin

    Klook, Hong Kong

    Klook, HKTB Laksana Kempen Promosi Hong Kong Sebagai Destinasi Mesra Muslim

    Petrosains, Tourism Malaysia tandatangani MoC strategik perkasa pengalaman pelawat menjelang VM2026

    Petrosains, Tourism Malaysia tandatangani MoC strategik perkasa pengalaman pelawat menjelang VM2026

    Sorotan Utama

    Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

    FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

    Harga RON97 turun 50 sen, RON95 tanpa subsidi susut 40 sen

    10 Pengalaman menarik menelusuri cita rasa Kuching

    COP31: Malaysia gesa pembiayaan iklim disalurkan terus kepada komuniti, perkukuh penglibatan awam

    Malaysia anjur Persidangan Pelancongan Islam Sedunia Ke-5 2026, himpun pemimpin industri global

    Trending

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026
    Gaya Hidup

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    by Gaya Traveller
    November 13, 2026
    0
    11

    Renaissance Johor Bahru Hotel meraikan Renaissance Day of Discovery 2026 melalui perasmian Arca Logo “R” dan penerokaan...

    Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

    Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

    November 13, 2026
    13
    Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

    Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

    November 12, 2026
    23
    Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

    Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

    November 12, 2026
    22
    FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

    FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

    November 12, 2026
    24
    No Result
    View All Result
    ADVERTISEMENT
    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    November 13, 2026
    Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

    Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

    November 13, 2026
    Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

    Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

    November 12, 2026

    Segmen

    • Berita
      • Dunia
      • Ekonomi & Niaga
      • Kembara & Pelancongan
      • Kesihatan
      • Nasional
      • Politik
      • Sains, Teknologi & Komunikasi
      • Sekolah & Kampus
      • Sosial
      • Sukan
    • Gaya Hidup
      • Aktif
      • Cantik
      • Cipta Rasa
      • Ilmu
      • Kembara
      • Selera
      • Seni
      • Teknologi
      • Warisan
    • Negeri
      • Johor
      • Kedah
      • Kelantan
      • Melaka
      • Negeri Sembilan
      • Pahang
      • Perak
      • Perlis
      • Pulau Pinang
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
      • Terengganu
    • Rencana
      • Agama dan Moral
      • Dunia
      • Ekonomi dan Niaga
      • Gaya Hidup
      • Inspirasi
      • Isu Semasa
      • Keluarga
      • Kesihatan dan Kesejahteraan
      • Lestari
      • Pendapat
      • Pendidikan dan Kerjaya
      • Sains, Teknologi dan Komunikasi
      • Sukan

    Topik

    AEON Agoda AI Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Fadillah Yusof Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Kewangan Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton PRU15 Ramadan Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

    Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

    Ikuti kami di laman media sosial:

    ADVERTISEMENT

    Popular

    • NASI KANDAQ FEST

      10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Tradisi pelita panjut terus menyala

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

      0 shares
      Share 0 Tweet 0
    • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

      0 shares
      Share 0 Tweet 0

    Segmen

    • Berita (1,722)
      • Dunia (57)
      • Ekonomi & Niaga (434)
      • Kembara & Pelancongan (130)
      • Kesihatan (65)
      • Nasional (694)
      • Politik (103)
      • Sains, Teknologi & Komunikasi (33)
      • Sekolah & Kampus (97)
      • Sosial (20)
      • Sukan (33)
    • Gaya Hidup (403)
      • Aktif (3)
      • Cantik (1)
      • Cipta Rasa (1)
      • Ilmu (6)
      • Kembara (152)
      • Selera (36)
      • Seni (115)
      • Teknologi (59)
      • Warisan (28)
    • Negeri (111)
      • Johor (5)
      • Kedah (4)
      • Kelantan (1)
      • Melaka (4)
      • Negeri Sembilan (2)
      • Pahang (2)
      • Perak (15)
      • Perlis (1)
      • Pulau Pinang (3)
      • Sabah (6)
      • Sarawak (16)
      • Selangor (31)
      • Terengganu (3)
    • Rencana (316)
      • Agama dan Moral (39)
      • Dunia (9)
      • Ekonomi dan Niaga (39)
      • Gaya Hidup (6)
      • Inspirasi (9)
      • Isu Semasa (53)
      • Keluarga (28)
      • Kesihatan dan Kesejahteraan (28)
      • Lestari (26)
      • Pendapat (8)
      • Pendidikan dan Kerjaya (45)
      • Sains, Teknologi dan Komunikasi (16)
      • Sukan (2)

    Berita Terkini

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    Renaissance Johor Bahru Hotel rasmi arca logo “R” sempena Day of Discovery 2026

    November 13, 2026
    Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

    Agoda mudahkan perjalanan peminat ke Grand Final pertama Eurovision Song Contest Asia di Bangkok

    November 13, 2026
    Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

    Tourism Malaysia, Trip.com dan MAH lancar kempen “Jom Cuti, Jom Jimat – Family Travel Sale 2026” rancak pelancongan domestik

    November 12, 2026
    Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

    Tujuh negeri dijangka hadapi ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

    November 12, 2026
    FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

    FWD Insurance dan BSN raikan juara celik kewangan muda Malaysia di Camp Millionaire 2026

    November 12, 2026
    • Tentang Kami
    • Terma Perkhidmatan
    • Dasar Privasi
    • Pengiklanan
    • Karier
    • Hubungi Kami

    © 2021-2026. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In
    No Result
    View All Result
    • Utama