• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Isnin, 17 Ogos 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars

    Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars

    VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

    VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

    UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

    UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

    petrol pump station

    Harga petrol dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos

    Gambar hiasan. Gambar oleh Md. Shazzadul Alam/Unsplash

    IPD Serian catat IPU sangat tidak sihat berikutan jerebu melanda negara

    Naib Canselor USM menerima cek cura dari salah satu PKS yang mengambil bahagian

    USM jana RM1.2 juta projek kerjasama inovasi bersama PKS

    Malaysia Airlines anjur Cabaran MHsports, tawar peluang kayuhan bersama Azizulhasni Awang di Melbourne

    Malaysia Airlines anjur Cabaran MHsports, tawar peluang kayuhan bersama Azizulhasni Awang di Melbourne

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Dewan Filharmonik PETRONAS anjur pementasan tarian A Dance Spectacular pada 5 September

    Boeing Composites Malaysia perluas kapasiti kilang di Kedah sempena ulang tahun ke-25

  • Gaya Hidup
    • All
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
    Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

    Barisan VIP (belakang, lapan dari kiri): Ketua Penolong Pengarah Kanan TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Abdul Karim Masiran; Ketua Pegawai Sumber Manusia QSR Brands, Dr. Sharifah Musainah Syed Alwi; Pengarah Kolej Vokasional Pagoh, Abd. Rahim Razali; Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd. Sani dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, Nor Asmah Daud.

    QSR Brands, Yayasan JCorp lahirkan 37 lagi graduan berkemahiran di bawah Program Akademi Dalam Industri (ADI)

    Didie Shazry, Kris Dayanti, Sheila Majid, Andi Rianto, Nadhif Basalamah dan Tulus di Malam Jejak Nada, Hotel St Regis, Jakarta. Foto: Affendi Mohd Yop

    Jejak Nada menyatukan muzik, hospitaliti dan persahabatan serantau di Jakarta

    Pesta Durian Hub 2026 Kembali di Palm Garden Putrajaya

    Pesta Durian Hub 2026 kembali mewarnai Palm Garden Hotel Putrajaya

    Prof. Dato’ Chef Zam, berkata buku itu bukan sekadar buku masakan, tetapi dokumentasi budaya yang merakam sejarah, identiti, dan cara hidup masyarakat Terengganu.

    Sedap Do’oh rakam khazanah kulinari Terengganu untuk generasi muda

    (Gambar hiasan) Perlawanan Cape Verde (jersi putih) melawan Uruguay (jersi merah) yang berlangsung di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida pada 21 Jun 2026 semasa kejohanan Piala Dunia 2026. Gambar oleh Whoisjohngalt/Wikipeda. Gambar ini berada di domain awam Wikimedia dengan lesen Creative Commons CC0 1.0.

    Piala Dunia 2026: Jerman dan Belanda tersingkir di Pusingan 32, Argentina terselamat daripada kejutan

    Gambar hiasan oleh Kerde Severin/Unsplash

    Sony henti pengeluaran cakera fizikal PlayStation mulai 2028

    5 filem paling dinantikan bulan Julai ini!

    5 filem paling dinantikan bulan Julai ini!

    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Perkukuh strategi pelaburan TH dalam era ketidaktentuan global

Dr. Muhammad Nooraiman Zailani by Dr. Muhammad Nooraiman Zailani
April 7, 2026
in Ekonomi dan Niaga, Isu Semasa, Rencana
Reading Time: 6 mins read
0 0
0
Home Rencana Ekonomi dan Niaga
Share on FacebookShare on Twitter

Pengumuman terkini oleh Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai agihan keuntungan sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan 2025, yang merupakan kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun, jelas mencerminkan kestabilan berterusan institusi ini dalam landskap kewangan Islam negara. Lebih signifikan, agihan yang berjumlah RM3.22 bilion itu memberi manfaat langsung kepada lebih 9.7 juta pendeposit, sekali gus berupaya mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap Tabung Haji sebagai institusi simpanan yang stabil dan berdaya tahan.

Prestasi ini bukanlah sekadar paparan angka semata-mata. Ia merupakan manifestasi kukuh kepada keberkesanan strategi pengurusan kewangan yang berdisiplin dan berhemat. Peningkatan kadar agihan daripada 3.25 peratus pada tahun 2024 kepada 3.50 peratus pada tahun 2025 menunjukkan trajektori pertumbuhan yang konsisten, walaupun dunia kini sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Dalam masa yang sama, jumlah pendapatan pelaburan TH turut melonjak kepada RM4.64 bilion, manakala aset pelaburan berkembang mekar kepada RM96.37 bilion, menandakan pengukuhan asas kewangan institusi ini. Lebih penting, kejayaan cemerlang ini disokong penuh oleh pendekatan pengurusan yang sistematik melalui kerangka Alokasi Aset Strategik (SAA), yang memastikan keseimbangan optimum antara pulangan dan risiko pelaburan.

ADVERTISEMENT

Pengurusan kos yang berdisiplin serta kawal selia yang ketat terhadap pengurus dana dalaman dan luaran turut menjadi faktor kritikal yang menyumbang kepada prestasi memberangsangkan ini. Ia sekali gus memperlihatkan bahawa Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan biasa, tetapi sebuah organisasi pelaburan yang matang dan berdaya saing.

Keunikan Tabung Haji terletak pada model operasinya yang holistik, iaitu menggabungkan fungsi simpanan, pelaburan, pembayaran zakat, dan pengurusan ibadah haji di dalam satu ekosistem yang bersepadu. Pendeposit bukan sahaja menyimpan dana bagi tujuan menunaikan rukun Islam kelima, tetapi turut menikmati manfaat daripada pulangan pelaburan, kemudahan pembayaran zakat secara automatik, serta pengurusan haji yang tersusun.

Sehingga kini, lebih 1.5 juta umat Islam di Malaysia telah dibantu bagi menunaikan ibadah haji melalui Tabung Haji, jelas mencerminkan peranan sosialnya yang amat signifikan.

Selain itu, sumbangan Tabung Haji dalam aspek kebajikan asnaf turut tidak boleh dipandang remeh. Melalui Program Zakat Wakalah, bantuan kewangan telah disalurkan kepada lebih 726,000 asnaf pada tahun 2025 sahaja, menjadikan jumlah keseluruhan penerima melebihi angka 2.9 juta individu dalam tempoh sedekad yang lalu.

Ini membuktikan bahawa keuntungan yang dijana bukan sahaja memberi pulangan kepada pendeposit, tetapi turut diagihkan semula kepada masyarakat yang memerlukan, selari dengan tuntutan dan prinsip maqasid syariah.

Dari perspektif tadbir urus, agihan keuntungan ini dilaksanakan selaras dengan peruntukan Akta Tabung Haji 1995 dan diumumkan hanya selepas melalui proses audit yang ketat oleh pihak Jabatan Audit Negara. Langkah ini memperkukuh lagi aspek ketelusan dan akauntabiliti, yang merupakan elemen kritikal dalam memastikan keyakinan berterusan para pendeposit.

Malah, jumlah agihan kumulatif sebanyak RM49 bilion sejak awal penubuhannya menunjukkan rekod prestasi TH yang konsisten dalam jangka masa panjang.

ArtikelBerkaitan

Pelaburan kesihatan remaja, langkah awal membina pemimpin masa depan

Cleaning wastewater without creating more pollution

The role of airlines in supporting tourism growth

Dalam menelusuri era pendigitalan, Tabung Haji juga tidak ketinggalan dalam meningkatkan akses dan kemudahan kepada pendeposit melalui platform seperti aplikasi THiJARI, di samping memeterai kerjasama strategik dengan institusi kewangan terpilih seperti Bank Islam, Bank Rakyat, dan Maybank Islamic.

Inisiatif pendigitalan ini sangat penting dalam memastikan relevansi Tabung Haji dalam kalangan generasi muda masa kini serta memperluas capaian inklusi kewangan Islam secara menyeluruh.

Seiring dengan itu, susulan kelancaran dan keberkesanan proses tawaran haji bagi musim 1447H/2026M, TH turut mengumumkan komitmen baharunya melalui program persiapan haji #menujuistitoah, iaitu satu inisiatif pendidikan dan penglibatan digital berskala nasional.

Program progresif ini bukan sahaja membantu membimbing pendeposit dari segi pengurusan kewangan dan persediaan ibadah semata-mata, malah ia turut menyemarakkan kesedaran dan kesiapsiagaan lebih awal dalam kalangan masyarakat untuk menunaikan haji.

Pendekatan ini mencerminkan anjakan peranan Tabung Haji daripada sekadar berfungsi sebagai institusi simpanan kepada sebuah platform pembangunan ummah yang lebih menyeluruh, mengintegrasikan teknologi, literasi kewangan, dan persediaan spiritual di dalam satu ekosistem yang holistik.

Secara keseluruhannya, prestasi kewangan yang kukuh, tadbir urus yang diperkasa, serta peranan sosial yang luas membuktikan bahawa Tabung Haji terus memainkan peranan strategik sebagai institusi simpanan Islam yang terpenting di Malaysia. Lebih diutamakan, keseluruhan kerangka fungsi ini perlu sentiasa berpaksikan kepada prinsip maqasid syariah, yang sangat menekankan pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta benda.

Dalam hal ini, Tabung Haji memikul amanah umat untuk menguruskan simpanan bagi tujuan ibadah. Oleh itu, setiap keputusan pelaburan, pengagihan keuntungan, dan penganjuran program sosial perlu sentiasa dilihat dalam kerangka mencapai kesejahteraan, bukan sekadar memburu pulangan kewangan, tetapi turut meletakkan nilai keberkatan, keadilan, dan kemampanan di tahap tertinggi.

Namun demikian, cabaran ketidaktentuan geopolitik global, khususnya ketegangan berterusan antara Amerika Syarikat dan Iran, kini menjadi pemacu utama kepada risiko pasaran kewangan dunia.

Konflik bersenjata ini telah mencetuskan kejutan harga minyak yang ketara, dengan harga minyak mentah melepasi paras USD100 setong akibat kebimbangan gangguan bekalan melalui Selat Hormuz, iaitu laluan strategik yang mengendalikan kira-kira dua puluh peratus bekalan minyak global.

Risiko sekatan atau gangguan di laluan perkapalan ini bukan sahaja meningkatkan kos tenaga, malah mendorong peningkatan tekanan inflasi global serta menjejaskan kadar pertumbuhan ekonomi banyak negara.

Dalam masa yang sama, pasaran saham serantau termasuk di Asia Pasifik terpaksa berdepan dengan volatiliti yang lebih tinggi berikutan sentimen pelabur yang semakin berhati-hati dan berjaga-jaga.

Lebih membimbangkan, lonjakan mendadak harga komoditi ini berpotensi mengekang kelonggaran dasar monetari, dengan bank pusat utama dunia seperti Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dijangka menangguhkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan kadar pemotongan kadar faedah bagi mengekang ombak inflasi.

Gabungan pelbagai faktor luaran ini boleh membawa kepada krisis tekanan permintaan global, sekali gus mewujudkan persekitaran pelaburan yang jauh lebih mencabar dan tidak menentu.

Dalam menghadapi persekitaran pasaran yang semakin kompleks ini, institusi berorientasikan pelaburan jangka panjang seperti Lembaga Tabung Haji perlu terus memperkukuh strategi pelaburan yang berteraskan daya ketahanan dan kepelbagaian.

Selain memberi tumpuan kepada sekuriti berkualiti tinggi yang memiliki asas kukuh seperti aliran tunai yang stabil dan tahap hutang yang terkawal, pendekatan pelaburan juga perlu dilaksanakan secara lebih selektif.

Pihak pengurusan dana perlu mahir mengenal pasti syarikat yang mempunyai asas fundamental yang sihat, potensi pertumbuhan yang memacu ekonomi, barisan pengurusan yang berintegriti, serta rekod prestasi kewangan yang terbukti kebal.

Pendekatan pelaburan yang berasaskan fundamental ini amat penting dalam memastikan pulangan pelaburan bukan sahaja berdaya tahan dalam menghadapi krisis jangka pendek, tetapi juga mampu menjana nilai dan mendatangkan keuntungan dalam pelan jangka panjang, khususnya dalam persekitaran pasaran yang tidak pernah menentu.

Pada masa yang sama, strategi pelaburan wajar mengambil kira tema pertumbuhan global yang kini semakin dominan. Dalam konteks ekonomi moden ini, pasaran ekuiti dilihat masih menawarkan prospek yang sangat konstruktif, khususnya dalam sektor berimpak tinggi seperti kejuruteraan kecerdasan buatan, pengkomputeran awan, keselamatan siber, dan industri tenaga bersih, yang mana semua sektor ini dijangka akan terus mendapat sokongan permintaan luar biasa bagi jangka masa panjang.

Di samping itu, kestabilan sebenar bagi sesebuah portfolio pelaburan tidak hanya terletak pada ketepatan pemilihan sekuriti semata-mata, tetapi ia juga amat bergantung pada tahap disiplin dalam melaksanakan alokasi aset.

Dalam hal ini, Tabung Haji perlu memastikan struktur alokasi aset strategiknya sentiasa kekal seimbang dan berdaya tahan dengan mengekalkan pendedahan pasaran yang optimum kepada pelbagai kelas aset utama seperti instrumen pendapatan tetap, pasaran ekuiti, pasaran persendirian, dan juga pegangan hartanah.

Dalam masa yang sama, penekanan mendalam terhadap pelaburan ke dalam sektor yang lebih defensif seperti industri kesihatan dan pengeluaran barangan keperluan asas awam perlu diperkukuh dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kesan volatiliti pasaran.

Industri defensif sebegini terbukti lebih kebal terutamanya dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global seperti yang sedang kita saksikan pada masa kini.

Kesimpulannya, gabungan strategik yang seimbang antara aset pertumbuhan dan kelas aset defensif ini, disokong oleh disiplin yang tinggi dalam amalan alokasi aset serta penerapan kukuh prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus yang berlandaskan maqasid syariah, pastinya akan memastikan kestabilan portfolio pelaburan TH merentas pelbagai kitaran cabaran ekonomi.

Dr. Muhammad Nooraiman Zailani

Dr. Muhammad Nooraiman Zailani ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Perakaunan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya.

    Tidak ada rencana lain oleh penulis ini
Tags: Akses MalaysiaDividen Tabung Haji 2025pelaburan kewangan Islamstrategi pelaburan TH
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

Meraikan Hujan 20 tahun, menyeru roh Indie dan Raingers

Next Post

Overcoming the war-inflicted rise in oil prices, realistically

Artikel Berkaitan

Gambar hiasan oleh Kelli Mcclintock - Unsplash
Keluarga

Pentingnya figura seorang bapa membentuk si anak

November 22, 2024
99
Cari kekuatan itu biar pun terasa seperti keseorangan mengharungi badai kehidupan (Benjamin Davies - Unsplash)
Kesihatan dan Kesejahteraan

Mencari kekuatan mengharung badai kehidupan

Oktober 10, 2024
48
Merangka strategi demi pertumbuhan deposit TH yang mandiri
Ekonomi & Niaga

Merangka strategi demi pertumbuhan deposit TH yang mandiri

Oktober 7, 2025
34
Next Post
Malaysia’s path to overcoming the global oil crisis with smarter subsidies and clean energy solutions.

Overcoming the war-inflicted rise in oil prices, realistically

Dengan penyeliaan daripada UCL dan City St George's, mikro-kelayakan yang baharu dilancarkan ini menawarkan laluan pembelajaran yang fleksibel, boleh disusun bagi meningkatkan kemahiran selaras dengan keperluan tenaga kerja yang semakin berkembang.

University of London lancar mikro-kelayakan pascasiswazah dalam talian sepenuhnya untuk pelajar di Malaysia

Bantahan keras ini sejajar dengan komitmen berterusan Malaysia terhadap misi pengaman PBB sejak tahun 1960.

Malaysia kutuk keras serangan ke atas pasukan pengaman UNIFIL

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Ikuti Kami

  • 1.5k Followers

Disyorkan

Filem Death Whisperer adalah antara filem pecah panggung terbesar Thailand pada tahun 2023

Death Whisperer bawa pengalaman menonton filem seram baharu dengan IMAX

3 tahun ago
121
MPOB: CPO stocks increase on higher production in October 2022

Weather, labour shortage likely to disrupt palm oil supply and demand in 2023

4 tahun ago
44
Sijil Restoran Mesra Halal

Hong Kong perkukuh daya tarikan pelancongan mesra Muslim

1 tahun ago
17
Air Terjun Chemerong

Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

3 tahun ago
1.7k

Instagram

  • Industri seni tanah air kehilangan seorang lagi tokoh seni apabila pelakon veteran, Kamarool Haji Yusuff atau Cik Man, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tanah Merah, Kelantan, pada 5 Ogos 2026 pada usia 67 tahun selepas bertarung dengan penyakit jantung dan saluran darah tersumbat.
  • Tahniah Sepanyol! Juara Piala Dunia 2026. 
#worldcup #spain #fifa #FIFAWorldCup
  • Dari rintik kecil pada 2005, Hujan kini menjadi gelombang besar yang membasahi industri muzik Malaysia dan Nusantara. 🌧

20 tahun perjalanan, penuh cerita, emosi dan kenangan — kini tiba masanya untuk kita raikan bersama dalam satu malam istimewa.

🎟 Tiket mula dijual Jumaat, 10 April, 3 petang di Ticket2U
📍 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
🗓 27 Jun 2026 | 8.30 malam

#hujan20tahun #hujan #indie #konsertlokal  #raingers
  • “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini. 

Ikhlas dari Akses Malaysia.

#Ramadan #Ramadan1447 #Ramadan2026 #AksesMalaysia
  • Selamat Tahun Baru Cina 2026 buat semua rakan-rakan yang menyambutnya! Semoga tahun Naga ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, dan kemewahan yang melimpah-ruah buat kita semua. Gong Xi Fa Cai! 
#SelamatTahunBaruCina #GongXiFaCai2026 #CNY2026 #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
  • Seluruh warga Akses Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua pembaca yang telah berjaya mencapai azam tahun lepas. Kalau tak berjaya, kita cuba lagi dengan azam tahun ini. Kalau sudah 5 tahun mencuba (ya, awak yang merancang nak diet tu), tak apalah. Jangan kawan dengan azam dah. 

Sehubungan dengan itu, dengan iltizam dan amanah baharu, mari kita sambut tahun baharu dengan lebih yakin penuh martabat.
 
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

#AksesMalaysia #MalaysiaMADANI #MADANI #TahunBaharu2026 #2026
  • Festival Irama Asli dan Asal 2025 akan berlangsung pada 12 hingga 14 Disember di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, menampilkan warisan masyarakat Orang Asli dan Orang Asal melalui persembahan tradisi, pameran kraftangan dan muzik asli. Acara anjuran YKOA dengan sokongan MOTAC itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan usaha memulihara budaya. Festival dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Berita penuh di aksesmalaysia.my
  • Selamat Hari Malaysia! 16 September 1963 menyaksikan lahirnya Malaysia hasil penyatuan Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu. Hari ini, kita raikan semangat perpaduan serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.

…

Hari Malaysia ialah hari kebangsaan yang disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada tarikh ini, Sabah, Sarawak, dan Singapura (ketika itu) bergabung bersama Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia. Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, tarikh bersejarah ini kekal penting kerana ia menandakan kelahiran negara Malaysia yang kita kenali hari ini.

Yang disambut pada Hari Malaysia ialah:
• Penyatuan wilayah – Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu menjadi satu negara.
• Semangat perpaduan – meraikan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama.
• Kemerdekaan bersama – mengekalkan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran negara.

Sejak tahun 2010, Hari Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai cuti umum di seluruh negara, sama pentingnya dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

#HariMalaysia #MalaysiaMadani #AksesMalaysia
  • Tengah survey rumah untuk raya ke tu?👀 SPNB ada buat promosi raya tau sekarang ... 
hanya unit-unit terpilih saje! Boleh check dekat media social SPNB atau contact number kat bawah ni untuk maklumat lebih lanjut. Jom Raya Bergaya dengan SPNB! 🌙✨

📞: 019 379 6400
☎️: 03 7849 2038
__
#SPNB #SPNBSalesOfficial #Unitetoignite #MalaysiaMadani #AksesMalaysia #GayaTravel #CutiCutiMalaysia

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Singapura Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT

Sorotan Utama

UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

Pelaburan kesihatan remaja, langkah awal membina pemimpin masa depan

Harga petrol dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos

IPD Serian catat IPU sangat tidak sihat berikutan jerebu melanda negara

USM jana RM1.2 juta projek kerjasama inovasi bersama PKS

Malaysia Airlines anjur Cabaran MHsports, tawar peluang kayuhan bersama Azizulhasni Awang di Melbourne

Trending

Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars
Berita

Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars

by Akses Malaysia
Ogos 14, 2026
0
14

Taman Tema Berjaya Times Square melancarkan Kart Wars, litar gokart elektrik interaktif baharu yang menggabungkan simulasi permainan...

VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

Ogos 13, 2026
14
Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

Ogos 14, 2026
24
UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

Ogos 13, 2026
10
Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen Universiti Malaya terhadap pemerkasaan agenda pembelajaran berasaskan pengalaman.

Pelaburan kesihatan remaja, langkah awal membina pemimpin masa depan

Ogos 12, 2026
16

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,557)
    • Dunia (49)
    • Ekonomi & Niaga (421)
    • Kembara & Pelancongan (113)
    • Kesihatan (61)
    • Nasional (598)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (29)
    • Sekolah & Kampus (85)
    • Sosial (13)
    • Sukan (26)
  • Gaya Hidup (382)
    • Budaya (27)
    • Kembara & Pelancongan (143)
    • Pengajian dan Pendidikan (6)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (58)
    • Selera (35)
    • Seni & Hiburan (106)
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan (3)
  • Negeri (101)
    • Johor (5)
    • Kedah (2)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (1)
    • Pahang (2)
    • Perak (12)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (5)
    • Sarawak (15)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (1)
  • Rencana (304)
    • Agama dan Moral (38)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (36)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (50)
    • Keluarga (26)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (25)
    • Lestari (25)
    • Pendapat (7)
    • Pendidikan dan Kerjaya (43)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (15)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars

Taman Tema Berjaya Times Square lancar tarikan litar kart elektrik Kart Wars

Ogos 14, 2026
VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

VentureTECH salur pelaburan RM28 juta kepada tiga syarikat teknologi Bumiputera

Ogos 13, 2026
Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

Sajian unik setiap negeri di Malaysia yang wajib diterokai

Ogos 14, 2026
UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

UPSI teroka potensi penubuhan hospital pakar swasta di Tanjong Malim

Ogos 13, 2026
Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen Universiti Malaya terhadap pemerkasaan agenda pembelajaran berasaskan pengalaman.

Pelaburan kesihatan remaja, langkah awal membina pemimpin masa depan

Ogos 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Utama