IPOH, 2 September 2026 – Pejabat EXCO Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Vitaliti Kinta Perak bakal menganjurkan Pesta Ipoh Coffee Vibes 2026 julung kalinya bagi mempromosikan Kopi Putih Ipoh serta kepelbagaian budaya kopi sebagai ikon pelancongan utama negeri.
Festival yang disokong oleh Tourism Perak sebagai rakan strategik itu bakal berlangsung selama empat hari dari 10 hingga 13 September 2026 di Riverfront Old Town Ipoh dengan tawaran kemasukan percuma kepada seluruh pengunjung.
Menerusi penganjuran festival ini, pengunjung berpeluang menikmati keunikan Kopi Putih Ipoh dalam suasana kedai kopi terbuka di sepanjang Sungai Kinta, meneroka sejarah serta cerita di sebalik penganjuran warisan kopi tempatan, dan menyaksikan pelbagai pameran pengusaha kopi, makanan, seni dan budaya.
Antara tarikan utama yang disusun sepanjang empat hari acara merangkumi penganjuran Konsert Kita FM, persembahan muzik dan kebudayaan, demonstrasi kopi tarik serta roti canai terbang, pertunjukan api, persembahan live band dan pelbagai aktiviti interaktif berserta edaran cenderamata eksklusif.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.


































