Dasar Privasi

Laman web aksesmalaysia.my ini dibangun dan diselenggarakan sepenuhnya oleh Media MNC Nusantara dan kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda dengan mematuhi undang-undang Malaysia. Nota dasar privasi ini menjelaskan tentang apa maklumat yang kami kumpul dari anda, bagaimana kami menggunakan maklumat anda, dan bagaimana kami mengawal selia maklumat anda.

Apa maklumat yang kami kumpul

Kami mungkin mengumpul jenis-jenis maklumat berikut daripada anda apabila anda melawat laman web kami atau menggunakan perkhidmatan kami:

  • Maklumat peribadi: Ini termasuklah nama anda, alamat emel, nombor telefon, dan maklumat lain yang anda persetujui untuk diberikan kepada kami apabila anda menghubungi kami, mendaftar akaun, melanggan surat berita, atau melakukan pembelian dari laman web kami.
  • Maklumat bukan peribadi: Ini termasuklah maklumat yang tidak mendedahkan anda sebagai individu peribadi, seperti alamat IP anda, jenis pelayar, jenis peranti, sistem pengendalian, sumber rujukan, laman muka yang telah dilawati, tempoh masa menggunakan laman kami, dan data statistik lain seumpamanya.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda

Kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan berikut:

  • Untuk menyedia dan memperbaik perkhidmatan kami: Kami menggunakan maklumat anda untuk menyampaikan perkhidmatan yang anda kehendaki, memproses transaksi anda, membalas pertanyaan anda, dan menambah baik pengalaman (user experience) anda menggunakan laman web kami.
  • Untuk berhubung dengan anda: Kami menggunakan maklumat anda untuk menghantar perkembangan terkini, surat berita, promosi, dan bahan pemasaran lain yang mungkin menarik minat anda jika anda telah bersetuju untuk menerimanya. Anda boleh memilih untuk menarik diri dari menerima bahan perhubungan seumpamanya pada bila-bila masa sahaja dengan menekan pautan nyah-langgan di dalam emel surat berita atau dengan menhubungi kami di admin@aksesmalaysia.my.
  • Untuk mempertahan hak dan kepentingan kami: Kami menggunakan maklumat anda untuk mencegah sebarang bentuk penipuan atau fraud, menguatkuasakan terma dan syarat kami, mematuhi kewajipan undang-undang, dan mempertahankan diri kami dari sebarang bentuk tuntutan undang-undang.

Bagaimana kami kongsikan maklumat anda

Kami mempunyai dasar yang ketat untuk tidak menjual, menyewakan, atau memperdagangkan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga, kecuali yang dijelaskan seperti berikut:

  • Pembekal perkhidmatan: Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang membantu kami dengan operasi perniagaan kami, seperti perkhidmatan pengehosan, pemprosesan pembayaran, analitik, penghantaran emel, dan perkhidmatan pelanggan. Pembekal-pembekal perkhidmatan ini tertakluk kepada kontrak dan undang-undang untuk menjaga maklumat anda dan menggunakannya untuk tujuan yang dipersetujui oleh kami sahaja.
  • Ahli gabungan (affiliates) dan rakan kongsi: Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan ahli-ahli gabungan dan rakan-rakan kongsi kami yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda jika anda telah bersetuju untuk menerima tawaran sedemikian. Anda boleh memilih untuk menarik diri dari menerima tawaran seumpamanya pada bila-bila masa sahaja dengan menhubungi kami di admin@aksesmalaysia.my.
  • Penguatkuasa undang-undang dan lain-lain: Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan penguatkuasa undang-undang, pengawal, mahkamah, atau mana-mana pihak berkuat kuasa apabila kami percaya adalah menjadi satu keperluan untuk kami mematuhi undang-undang, mempertahan hak dan harta kami, mencegah bahaya dan kerosakan, atau memberi kerjasama dengan pihak bertauliah yang menjalankan siasatan.

Bagaimana kami mengawal maklumat anda

Kami mengambil pelbagai langkah yang sewajarnya untuk menjaga dan mengawal maklumat anda dari sebarang akses tanpa kebenaran, penggunaan, pengubahan, atau pendedahan. Kami menggunakan kaedah penyulitan data, tembok api, dan pelbagai teknologi keselamatan yang lain untuk mengawal selia maklumat anda. Walau bagaimanapun, tidak ada kaedah penghantaran atau penyimpanan yang selamat sepenuhnya, dan kami tidak dapat memberikan jaminan keselamatan mutlak ke atas maklumat anda.

Berapa lama kami simpan maklumat anda

Kami akan menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan kami mengutipnya, atau seperti diperintahkan oleh undang-undang Malaysia. Walau bagaimanapun, apabila kami tidak lagi memerlukan maklumat anda, kami akan memadam atau menyamarkannya mengikut dasar pengekalan data kami.

Bagaimana kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain

Kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk mengumpul dan menyimpan maklumat pelayaran anda seperti keutamaan pilihan, perilaku, dan peranti. Kuki adalah fail kecil yang dimuat turun ke dalam pelayar laman web atau peranti anda oleh laman web yang anda lawati. Kuki membantu kami untuk mengenali anda, mengingat tetapan anda, menyediakan fungsi, dan memberikan kandungan dan pengiklanan yang sesuai buat anda. Anda boleh menguruskan pilihan kuki anda melalui tetapan pelayar laman web anda, tetapi beberapa ciri-ciri pada laman web kami mungkin tidak dapat berfungsi dengan betul jika anda memilih untuk melumpuhkan keupayaan kuki.

Kami mungkin akan menggunakan bikon web, pixel, tag, scripts, dan teknologi lain seumpamanya untuk menjejaki aktiviti anda di dalam laman web kami dan laman web lain. Teknologi seumpama ini membantu kami untuk mengukur keberkesanan kempen pemasaran kami, menganalisa corak trafik, dan mengoptimumkan prestasi laman web kami.

Kami juga mungkin menggunakan perkhidmatan analitik dan perkhidmatan pemasaran pihak ketiga seperti Google Analytics dan Google Ads, yang menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk mengumpul dan menyimpan maklumat tentang aktiviti dalam talian anda. Perkhidmatan seumapama ini membantu kami untuk memahami bagaimana anda menggunakan laman web kami, menambah baik perkhidmatan kami, dan menghantar iklan yang sesuai untuk anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut bagaimana perkhidmatan ini menggunakan maklumat anda dan bagaimana untuk menarik diri dari perkhidmatan ini dengan melawat laman dasar privasi dan penarikan diri yang mereka sediakan.

Apa hak yang anda miliki ke atas maklumat anda

Bergantung dengan lokasi anda dan undang-undang yang tertakluk ke atasnya, anda mungkin berhak ke atas maklumat anda seperti berikut:

  • Capaian: Anda mungkin boleh mendapatkan akses kepada maklumat anda dan mendapatkan salinannya.
  • Pembetulan: Anda mungkin boleh menuntut pembetulan ke atas sebarang maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap yang berada dalam simpanan kami.
  • Penghapusan: Anda mungkin boleh menuntut supaya maklumat anda dihapuskan melainkan kami dipertanggungjawabkan atau dibenarkan oleh undang-undang untuk menyimpannya.  
  • Sekatan: Anda mungkin boleh menuntut untuk menyekat maklumat anda dari diproses jika anda mempunyai alasan yang kukuh untuk menyekatnya.
  • Bantahan: Anda mungkin boleh mengemukakan bantahan ke atas pemprosesan maklumat anda jika kami bersandarkan pada kepentingan atau melaksanakan sesuatu tindakan di atas kepentingan awam.
  • Mudah alih: Anda mungkin boleh menuntutu supaya maklumat anda dialihkan kepada entiti yang lain jika pemprosesan adalah berdasarkan persetujuan atau kontrak dan dilaksanakan secara automatik.
  • Penarikan persetujuan: Anda mungkin boleh menarik persetujuan anda ke atas pemprosesan maklumat anda pada bila-bila masa, tanpa memberi kesan undang-undang ke atas pemprosesan tersebut sebelum menarik diri.
  • Aduan: Anda mungkin boleh memfailkan aduan kepada pihak berkuasa yang berkaitan jika anda percaya kami telah melanggar hak privasi anda.

Untuk melaksanakan hak-hak ini, sila hubungi kami di admin@aksesmalaysia.my dengan tuntutan dan bukti identiti anda. Kami akan membalas tuntutan anda dalam tempoh masa yang sewajarnya, tertakluk kepada undang-undang.

Bagaimana kami mengemas kini dasar privasi ini

Kami mungkin akan mengemas kini dasar privasi ini dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan pada amalan kami, teknologi terkini, atau keperluan undang-undang. Kami akan memaklumkan anda jika terdapat sebarang perubahan pada dasar privasi ini di laman web kami dan ditandakan dengan tarikh semakan yang terkini. Kami mengalu-alukan anda untuk menyemak nota dasar ini dari semasa ke semasa untuk kekal maklum tentang bagaimana kami menyelia maklumat anda.

Hubungi kami

Jika anda punya sebarang pertanyaan, komen, atau kekuathiran terhadap dasar privasi ini atau amalan privasi kami, sila hubungi kami di:

Media MNC Nusantara
No 27, Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Email: admin@aksesmalaysia.my

Nota dasar privasi ini telah dikemas kini kali terakhir pada 15 Januari 2024.

Selamat datang!

Log masuk ke akaun anda di bawah

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist