KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 — Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur kekal sebagai lima negeri pengeksport utama pada Julai 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pulau Pinang menyumbang 27.9 peratus kepada eksport negara diikuti oleh Johor dengan 23.2 peratus, Selangor (18 peratus), Sarawak (8.7 peratus) dan Kuala Lumpur (5.7 peratus).
DOSM menyatakan kebanyakan negeri mencatatkan eksport lebih tinggi, didahului oleh Johor yang mencatat RM9.3 bilion peningkatan kepada RM31.1 bilion pada Julai 2022. Ini diikuti oleh Selangor dengan kenaikan RM9.1 bilion, Pulau Pinang dengan RM7.6 bilion, Kuala Lumpur (RM4.8 bilion), Sarawak (RM4.2 bilion), Kedah (RM1 bilion), Negeri Sembilan (RM772.5 juta), Labuan (RM693 juta), Sabah (RM599.5 juta) dan Perlis (RM42.7 juta).
Bagaimanapun Perak, mencatatkan penurunan eksport kepada RM568.6 juta, Pahang (RM408.2 juta), Terengganu (RM337.8 juta), Melaka (RM278.6 juta) dan Kelantan (RM115.8 juta).
Sementara itu, import dari Selangor naik RM8.5 bilion, Kuala Lumpur dan Johor masing-masing meningkat RM7.1 bilion, Pulau Pinang (RM6.1 bilion), Negeri Sembilan dan Sarawak (RM1.6 bilion), Kedah (RM1.5 bilion), Pahang (RM1.1 bilion), Sabah (RM224.8 juta), Terengganu (RM135.7 juta) dan Perlis (RM49.9 juta).
Perak mencatat penurunan import sebanyak RM632.7 juta, Kelantan (RM247.9 juta), Melaka (RM17.9 juta) dan Labuan (12.3 juta).
— Akses Malaysia
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.