KUALA LUMPUR, 9 Feb 2023 — Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$115.2 bilion pada 31 Januari 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$103 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.8 bilion).
Menurut bank pusat itu lagi, aset berjumlah RM635.55 bilion terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM505.83 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.72 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM74.92 bilion).
Tambah BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM161.55 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.1 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM212.79 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM8.33 bilion), deposit lain (RM36.92 bilion), kertas Bank Negara (RM5.67 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.88 bilion).
— Akses Malaysia