SELANGOR, 27 Jun 2023 – Negeri Selangor kekal menerajui pelancongan domestik dan diumumkan sebagai negeri yang paling ramai dilawati bagi tahun 2022, dengan kunjungan dari lebih 22 juta pelawat.
Ini menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri yang teratas, diikuti Kuala Lumpur dengan 16.9 juta, Sarawak dengan 15.5 juta, Perak dengan 14.6 juta, dan Pahang dengan 13.2 juta.
Pelancongan domestik di Negeri Selangor mencatat rekod yang mengagumkan sebagai peneraju industri pelancongan secara konsisten, dengan 38.9% daripada jumlah perbelanjaan pelancongan domestik disumbangkan oleh aktiviti membeli-belah di Selangor.
Industri pelancongan merupakan salah satu industri terbesar di Malaysia dan menyumbang RM197.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun 2021.
Dengan Negeri Selangor menerajui sektor pelancongan sejak pandemik, negeri ini berjaya meningkatkan kemasukan pelancong domestik sebanyak 33.4% pada tahun 2022.
Negeri Selangor menawarkan pelbagai segmen pelancongan seperti gastronomi, pelancongan berbasikal, pelancongan agro, dan pelancongan ekologi.
Sebagai agensi promosi pelancongan rasmi negeri, Tourism Selangor berjaya memacu sektor pelancongan negeri dengan pelaksanaan yang menyeluruh melalui kempen promosi pelancongan domestiknya, “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”.
Ini termasuk kerjasama dengan pemain industri pelancongan seperti pengusaha hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, institusi pendidikan, dan industri runcit.
Negeri Selangor dijangka kekal konsisten dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri Selangor, dengan peningkatan jumlah kedatangan pelancong sebanyak 15.3% bagi suku tahun pertama 2023, menyasarkan peningkatan sebanyak 5.04 juta pelancong dari dalam dan luar negara melalui Negeri Selangor menjelang penghujung tahun 2023.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.