• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Khamis, 8 Oktober 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

    Kemenangan sulung Max Verstappen musim 2026 di Sepang raih kejayaan pertama Red Bull Ford Powertrains

    Kemenangan sulung Max Verstappen musim 2026 di Sepang raih kejayaan pertama Red Bull Ford Powertrains

    Colours of Parade himpun 1,500 penari semarakkan kemuncak Citrawarna Speed Festival 2026

    Colours of Parade himpun 1,500 penari semarakkan kemuncak Citrawarna Speed Festival 2026

    F1 kembali ke Sepang catat rekod 261,000 penonton, Max Verstappen rangkul kemenangan GP Bahrain 2026

    F1 kembali ke Sepang catat rekod 261,000 penonton, Max Verstappen rangkul kemenangan GP Bahrain 2026

    Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

    Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

    100 startup teknologi Malaysia jana pendapatan RM8.5 bilion bagi FY2024

    100 startup teknologi Malaysia jana pendapatan RM8.5 bilion bagi FY2024

    Penyu belimbing mendarat kali ke-4 di Terengganu, 70 telur berjaya diselamatkan

    Penyu belimbing mendarat kali ke-4 di Terengganu, 70 telur berjaya diselamatkan

    Lelaki mengaku tidak bersalah didakwa urus pertubuhan MERHROM tidak berdaftar

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Nourul Depp sekali lagi dipilih sertai PERANTIS 2026

    Nourul Depp sekali lagi dipilih sertai PERANTIS 2026

    Karya terbaharu dari Malique, Zizi Kirana, dan kemunculan semula Yasin Sulaiman

    Karya terbaharu dari Malique, Zizi Kirana, dan kemunculan semula Yasin Sulaiman

    5 sebab kenapa selatan Perak wajib masuk dalam senarai percutian anda

    5 sebab kenapa selatan Perak wajib masuk dalam senarai percutian anda

    Kamera bingkai penuh Canon EOS R8 Mark II tampil reka bentuk padat

    Kamera bingkai penuh Canon EOS R8 Mark II tampil reka bentuk padat

    Empat artis tarik diri daripada konsert jelajah Ed Sheeran susulan solidariti Macklemore bersama Gaza

    Empat artis tarik diri daripada konsert jelajah Ed Sheeran susulan solidariti Macklemore bersama Gaza

    Antara keselamatan jerebu dan pilihan destinasi perlancongan

    Antara keselamatan jerebu dan pilihan destinasi perlancongan

    DUA LAYAR – Selebriti ke Kanvas meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026

    Balai Seni Negara pamer karya selebriti tempatan di Festival Budaya Malaysia 2026

    Hope yang mula ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai 2026 telah mencatatkan kejayaan pecah panggung

    Filem sci-fi seram Korea ‘Hope’ arahan Na Hong-jin mula ditayangkan di pawagam Malaysia 10 September

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Home Negeri

Selangor terus teroka peluang industri halal

Akses Malaysia by Akses Malaysia
Jun 23, 2023
in Negeri, Rencana, Selangor
Reading Time: 8 mins read
0 0
A A
0
Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia berpotensi besar menerusi industri halal negara, apabila pasaran halal global dijangka akan meningkat kepada AS$5 trilion menjelang tahun 2030.

Sebagai perintis dan penggerak pertama dalam pembangunan industri halal, Malaysia telah berjaya mengekalkan kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global mengatasi 81 negara lain untuk sembilan tahun berturut-turut. Penilaian itu adalah berdasarkan laporan “State of the Global Islamic Economy 2022” .

Industri halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada US$113.2 bilion pada 2030 , dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan sempena pelancaran HIMP 2030 pada Mac lalu.

ADVERTISEMENT

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan terus menambah baik semua komponen ekosistem halal ke arah meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peserta utama dalam pasaran halal global selain memanfaatkan jumlah penduduk Islam global yang mencecah dua bilion.

Populasi Muslim global kini melebihi 1.9 billion orang dan akan terus berkembang, sekali gus menyediakan prospek pertumbuhan yang cerah dan memberikan lebih banyak peluang untuk negara.

Sementara itu, eksport halal Malaysia meningkat dengan memberangsangkan sebanyak 63.8 peratus kepada RM59.46 bilion pada 2022, memberi makna industri halal menjadi semakin penting untuk perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Industri makanan halal merupakan industri yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan selaras dengan hasrat negara untuk menjadi pusat produk dan barangan halal serantau. 

Selangor terus teroka peluang dalam industri halal

Sehubungan itu, Selangor akan terus memberi tumpuan dan meningkatkan penerokaan terhadap peluang industri halal kerana potensinya yang  besar di negara dan seluruh dunia.

Kerajaan Selangor berjaya mencapai sasaran nilai padanan perniagaan halal sebanyak RM55.7 juta di Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (SELHAC) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur  baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni baru-baru ini berkata jumlah tersebut lebih tinggi berbanding sasaran nilai padanan sebanyak RM50 juta yang disertai hampir 100 penyertaan dari luar negara seperti United Kingdom, Kanada, Australia dan Thailand.

SELHAC 2023 turut mencatat 8,000 kehadiran pengunjung sepanjang berlansungnya konvensyen tersebut dari 10 hingga 12 Mac lepas.

Mohd Zawawi menyatakan konvensyen itu berjaya menghimpun lebih 200 pempamer yang menjadi satu komponen penting di dalam perancangan ekonomi untuk melonjakkan industri halal sebagai salah satu daripada sembilan sektor fokus bagi mengukuhkan ekonomi negeri itu.

SELHAC merupakan acara penting di dalam agenda halal untuk memposisi dan memanfaatkan kekuatan Selangor dalam mendukung ekonomi halal serantau.

Konvensyen itu melalui pembangunan perniagaan-perniagaan yang mempunyai potensi bagi menembusi pasaran halal global yang diunjurkan akan bernilai USD2.8 trilion menjelang tahun 2025.

Menurut Mohd Zawawi membina komuniti halal yang lebih kukuh dan makmur adalah sesuatu yang tidak ternilai dan kita telah bersama-sama berkongsi nilai, tradisi dan memperkuatkan komitmen kepada prinsip-prinsip persahabatan, integriti dan kebolehpercayaan untuk membina komuniti halal yang bersepadu.

Pempamer yang terlibat bukan sahaja dari Selangor, malah hadir dari Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan juga negara luar. Anggaran jualan yang direkodkan pula hampir RM100,000 di pameran SELHAC kali ini.

Seramai hampir 8,000 pengunjung telah menyertai pameran, Seminar Kewangan Islam & Logistik Halal, Forum Rantaian Bekalan dan Penembusan Pasaran termasuk Persidangan Eksekutif Halal yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Malahan, kata Mohd Zawawi, penyertaan forum industri halal dan seminar kewangan Islam melebihi 500 orang dan terdapat banyak lagi pencapaian yang tidak dapat dinilai sepanjang penganjuran SELHAC 2023 di samping peluang-peluang perniagaan dan hubungan yang dicapai, konvensyen ini juga meraikan kekayaan dan kepelbagaian sektor halal di negeri Selangor.

SELHAC 2023 dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor dan diurus oleh HIS Toyyiba Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Halal International Selangor (HIS) yang merupakan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap di Program Halal Selangor 2022 telah menjelaskan industri halal merangkumi dua perkara iaitu membabitkan persoalan hukum dan pelaksanaan sistem serta ekosistem yang boleh dikembangkan dalam perniagaan.

Menurut beliau, sektor halal, jika diberi tumpuan dapat menghasilkan satu jumlah yang sangat luar biasa.

Oleh itu, Selangor terus fokus untuk mengembangkan potensi industri halal melalui pelbagai penganjuran antaranya Halal Selangor dan pelbagai inisiatif lain di bawah pelaksanaan Jawatankuasa Tetap Agama, Pengguna dan Industri Halal.

Skop halal, menurut Amirudin perlu dilihat dengan lebih meluas kerana ia bukan sahaja merujuk kepada sumber makanan tetapi rezeki dan pendapatan yang diperoleh. Ia boleh dipertingkatkan kepada etika dan perlaksanaan dan juga pemahaman bagaimana peranan dan fungsi industri halal itu sendiri.

ArtikelBerkaitan

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Penyu belimbing mendarat kali ke-4 di Terengganu, 70 telur berjaya diselamatkan

Persoalan halal kini semakin terperinci sama ada dari segi cara dan penyembelihan ternakan serta kaedah pelaksanaannya. Amirudin berpendapat sektor halal masih belum diteroka sepenuhnya meskipun negara mempunyai satu ekosistem penentuan atau pensijilan halal yang diiktiraf dunia.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana sistem tersebut diyakini dan mampu menarik perhatian pengusaha dan pengeluar produk agar mendapat kelulusan pensijilan halal. Pemahaman mengenai halal sangat penting bagi membolehkan pengusaha perniagaan mendapatkan pensijilan yang boleh mengembangkan perniagaan masing-masing.

Antara program yang dianjurkan oleh kerajaan Selangor untuk mengembangkan potensi industri halal adalah program pemberian bantuan baucar halal. Dengan program tersebut, kerajaan Selangor mahu melihat peningkatan dalam permintaan terhadap produk halal.

Selangor beri baucar halal kepada yang kurang mampu

Program Baucar Halal Selangor 2022

Pada Januari lalu, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan seramai 5,600 penduduk kurang berkemampuan dari 56 Dewan Undangan Negeri (DUN)  akan menerima baucar halal bernilai RM100 untuk membeli-belah di pasar raya terpilih.

Amirudin ketika membentang Belanjawan 2023 mengumumkan dana RM1 juta bagi pelaksanaan baucar halal yang memberi manfaat serampang dua mata.

Selain meningkatkan pengeluaran kepada penggiat industri produk halal, bantuan itu juga dapat membantu rakyat memerlukan berbelanja barangan asas.

Selangor bangun aplikasi Halalsel

Melalui inovasi teknologi terkini, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Industri Halal membangunkan pemangkin ekonomi halal pertama iaitu Aplikasi Halalsel yang dilengkapi teknologi seperti Realiti Tambahan (Augmented Reality).

Mohd Zawawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal menerangkan aplikasi Halalsel ini bertujuan memperkukuh dan memperkasakan lagi industri halal di Selangor melalui platform terbuka terhadap pengguna, usahawan dan pemilik perniagaan bagi merangsangkan produk jualan dan perkhidmatan mereka.

Selain merancakkan industri halal, kata beliau, ia mendorong syarikat-syarikat yang memiliki sijil halal untuk mempromosikan premis mereka dan secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk mendapatkan pengesahan status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Menurt Mohd Zawawi aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma dalam peranti pintar Android dan iOS melalui Google PlayStore, Huawei AppGallery dan Apple AppStore.

Mohd. Zawawi berkata, bagi fasa pertama, aplikasi Halalsel akan memberi keutamaan kepada syarikat premis makanan yang mempunyai pensijilan Halal di negeri Selangor untuk mempromosi premis perniagaan mereka kepada pengguna.

Menurut Mohd Zawawi, pada fasa seterusnya, akan disusuli dengan pangkalan data syarikat dari produk makanan dan minuman, farmasi, kosmetik, perhotelan, instrumen kewangan dan barang gunaan yang telah mempunyai pensijilan Halal.

Perkembangan industri halal yang semakin pesat di negeri ini bukan sahaja melibatkan penduduk yang beragama Islam malah bukan Islam juga semakin cakna atas dasar pemakanan yang suci dan bersih.

Kata beliau, aplikasi tersebut dapat memberi keyakinan terhadap kualiti dan penyediaan makanan yang mencapai standard GMP (Amalan Pengilangan Baik).

Kata beliau, ini dapat dilihat dari data yang diperoleh dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari tahun 2019 hingga 2022 pemegang Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) adalah berjumlah 9,259.

Beliau menambah, daripada jumlah 9,259 tersebut, usahawan Bumiputera seramai 1,885 orang dan bukan Bumiputera 7,374 orang.

Justeru, kata Mohd Zawawi, aplikasi Halalsel ini dibina untuk semua rakyat negeri Selangor tanpa mengambil kira perbezaan agama, kaum dan masyarakat untuk cakna dan mendapat manfaat melalui sistem halalan toyyiban.

Pinda Enakmen Halal Selangor

Sejajar dengan usahanya untuk mengembangkan industri halal, Selangor akan meminda Enakmen Halal negeri itu untuk diperluas kepada semua segmen sesuai dengan perkembangan industri dan keperluan halal semasa selain memperhebatkan lagi sektor itu ke peringkat antarabangsa.

Pada April tahun kepas, Mohd Zawawi berkata cadangan pindaan enakmen itu dijangka dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Oktober depan.

Enakmen halal yang asal, yang mana adalah ringkas, pendek dan tidak menyeluruh akan ditambah lagi supaya lebih merangkumi semua segmen.

Menurut Mohd Zawawi, sebelum ini hanya makanan dan minuman tetapi sekarang terdapat farmasi, bahagian instrumen kewangan, pelancongan, pakaian dan banyak lagi.

Tambah Mohd Zawawi, pihaknya juga komited membantu usahawan industri halal yang terpilih di Selangor dan bercadang membawa mereka ke Afrika Selatan, Turki dan Arab Saudi untuk bertemu dengan pelabur di sana. Usaha tersebut akan memperhebatkan lagi sektor halal Selangor di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Selangor turut merancang untuk membangunkan aplikasi bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat menyeluruh berkaitan sektor halal dalam satu platform.

Mohd Zawawi berkata pembangunan data bahan halal sedang dibincangkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dengan adanya data dalam bentuk digital akan memudahkan pengguna termasuk pengeluar, peruncit dan pengimport untuk mengaksesnya. Aplikasi tersebut  akan turut mengumpulkan jumlah permohonan sijil halal dan pemain industri selain dari ramuan halal.

Halal Suri tingkatkan produktiviti kaum ibu

Pelancaran inisiatif Halal Suri Darul Ehsan (Halal Suri) 2.0. Gambar: Facebook rasmi Zawawi Mughni

Sementara itu, Selangor juga menganjurkan program Halal Suri yang dapat meningkatkan produktiviti kaum ibu di Selangor melalui penghasilan produk sejuk beku untuk dipasarkan kepada pelanggan dari rumah tanpa perlu bergerak jauh.

Pada tahun lepas, Kerajaan Selangor melancarkan inisiatif Halal Suri Darul Ehsan (Halal Suri) 2.0 dengan menyasarkan 100 usahawan Halal Suri bagi tahun 2022 .

Menurut Mohd Zawawi, Halal Suri 2.0 dilancarkan setelah program perintis Halal Suri pertama pada 2021 mendapat kejayaan.

Halal Suri adalah satu usaha kerajaan negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Industri Halal untuk meningkatkan ekonomi keluarga rakyat Selangor. Halal Suri turut mempromosi pentingnya pengesahan dan pengiktirafan halal ke atas barangan yang digunakan pada setiap masa.

Mohd Zawawi dilaman Facebooknya pada tahun lepas berkata Kerajaan negeri memperuntukkan geran sebanyak RM2,000 kepada setiap peserta manakala peserta hanya mengeluarkan RM1,000 setiap seorang sebagai modal awal untuk membeli barangan sejuk beku diiktiraf halal, untuk diniagakan di premis mereka.

— Akses Malaysia

Akses Malaysia
Web

Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.

  • Akses Malaysia
    Oktober 7, 2026
    Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa
  • Akses Malaysia
    Oktober 5, 2026
    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober
  • Akses Malaysia
    Oktober 5, 2026
    Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026
  • Akses Malaysia
    Oktober 5, 2026
    Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data
Tags: baucar halalHalalHalal SelangorHalal SuriPelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030SelangorSELHAC 2023
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

Joget Mengikut Rasa – Irama etnik Sabah bertemu rentak joget bergema di Malaysia

Next Post

Najib tarik balik rayuan dapatkan dokumen berkaitan Goldman Sachs, keluarga Zeti

Artikel Berkaitan

Ungku Aziz photo from Twentytwo13
Inspirasi

Ungku Aziz and his Sarong Index

Jun 13, 2025
65
Kemahiran asas seperti membaca, mengira dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semakin penting, namun ramai anak muda dari komuniti bandar berpendapatan rendah masih ketinggalan.
Pendidikan dan Kerjaya

UM bina literasi anak-anak B40 Petaling Jaya

Mei 9, 2025
62
Photo by Kah Hay Chee - Unsplash
Ekonomi dan Niaga

ESG reporting is a slow climb

Jun 11, 2025
50
Next Post
Datuk Seri Najib Tun Razak

Najib tarik balik rayuan dapatkan dokumen berkaitan Goldman Sachs, keluarga Zeti

99 peratus pengguna domestik tidak alami kenaikan tarif elektrik Julai-Disember 2023

99 peratus pengguna domestik tidak alami kenaikan tarif elektrik Julai-Disember 2023

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Mesra bersama Penduduk Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Taman Metropolitan, Kepong Kuala Lumpur pada 23 Jun 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Kerajaan beri 25 peratus potongan cukai taksiran bagi rumah mampu milik di KL

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Sorotan Utama

Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

Kemenangan sulung Max Verstappen musim 2026 di Sepang raih kejayaan pertama Red Bull Ford Powertrains

Colours of Parade himpun 1,500 penari semarakkan kemuncak Citrawarna Speed Festival 2026

F1 kembali ke Sepang catat rekod 261,000 penonton, Max Verstappen rangkul kemenangan GP Bahrain 2026

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober

Trending

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa
Kesihatan dan Kesejahteraan

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

by Akses Malaysia
Oktober 7, 2026
0
13

Saringan payudara secara berkala dapat membantu mengesan kanser payudara pada peringkat awal, walaupun sebelum sebarang gejala muncul....

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Oktober 7, 2026
18
Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

Oktober 5, 2026
25
Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

Oktober 5, 2026
16
Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

Oktober 7, 2026
25
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

Oktober 7, 2026
Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Oktober 7, 2026
Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

Oktober 5, 2026

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda AI Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,646)
    • Dunia (56)
    • Ekonomi & Niaga (429)
    • Kembara & Pelancongan (122)
    • Kesihatan (64)
    • Nasional (644)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (32)
    • Sekolah & Kampus (90)
    • Sosial (19)
    • Sukan (30)
  • Gaya Hidup (395)
    • Aktif (3)
    • Cipta Rasa (1)
    • Ilmu (6)
    • Kembara (146)
    • Selera (35)
    • Seni (114)
    • Teknologi (59)
    • Warisan (28)
  • Negeri (108)
    • Johor (5)
    • Kedah (2)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (2)
    • Pahang (2)
    • Perak (15)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (6)
    • Sarawak (16)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (2)
  • Rencana (314)
    • Agama dan Moral (39)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (37)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (52)
    • Keluarga (27)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (29)
    • Lestari (26)
    • Pendapat (8)
    • Pendidikan dan Kerjaya (45)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (16)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

Ketulan Payudara Tidak Semestinya Sakit, Namun Perlu Diperiksa

Oktober 7, 2026
Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Oktober 7, 2026
Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

Oktober 5, 2026
Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

Konvoi 100 Lamborghini gegar Putrajaya dan Sepang semarakkan Citrawarna Speed Festival 2026

Oktober 5, 2026
Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

Teknologi kesihatan mental perlu disertai kawalan etika dan perlindungan data

Oktober 7, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Utama