KUALA LUMPUR, 7 April 2026 — Jenama peralatan rumah global, TEKA, meraikan pencapaian bersejarah melangkaui 100 tahun inovasi dan reka bentuk dengan pelancaran koleksi kelengkapan dapur eksklusif yang menggabungkan elemen seni dan gaya hidup moden.
Bertemakan “Beyond 100 Years – Designing the Next Chapter,” syarikat itu memperkenalkan dua rangkaian inovasi utamanya iaitu Van Gogh Museum Edition dan Infinity G1 | Edition yang mentakrifkan semula fungsi ruang dapur kediaman.
Koleksi Van Gogh Museum Edition yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Muzium Van Gogh di Amsterdam, diilhamkan daripada lukisan ikonik ‘Sunflowers’. Ia menawarkan set lengkap merangkumi ketuhar, ketuhar gelombang mikro, dapur induksi dan gas, hud penyedut serta peti sejuk kombo yang menggabungkan keindahan abadi dengan kualiti premium.
Sementara itu, siri Infinity G1 | Edition pula merupakan hasil kolaborasi bersama firma reka bentuk automotif terkenal, Italdesign Giugiaro. Rangkaian yang diilhamkan daripada automotif premium dan barang kemas mewah ini menampilkan kemasan hitam matte dengan sentuhan tembaga, menggabungkan keunggulan reka bentuk Itali serta ketepatan kejuruteraan Jerman.
Pengarah Urusan TEKA Malaysia, Stan Fong berkata, koleksi terbaharu ini membuktikan komitmen syarikat dalam menjadikan ruang dapur lebih pintar, lestari dan menginspirasikan.
“Bagi TEKA, dapur bukan sekadar ruang memasak, tetapi ia umpama kanvas di mana kreativiti dihidupkan. Setiap produk bukan sekadar perkakas, tetapi membawa keindahan, semangat dan inspirasi ke dalam setiap kediaman,” jelasnya.
Beliau menambah, dalam melangkah ke abad baharu, syarikat akan terus memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama iaitu:
- Penyelidikan dan Pembangunan (R&D): Menghasilkan produk kompetitif yang menjadi penanda aras reka bentuk dan fungsi.
- Rantaian Bekalan: Memastikan penghantaran yang konsisten dan tepat pada masanya kepada pelanggan.
- Kecekapan Operasi: Bertindak balas pantas terhadap keperluan pasaran yang dinamik.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun tersebut, cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan turut dijadualkan mengadakan demonstrasi masakan secara langsung bagi mempamerkan keupayaan serta fungsi peralatan dapur TEKA dalam meningkatkan pengalaman memasak.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.












































