KUALA LUMPUR – Platform kreatif terpanjang di Malaysia, Urbanscapes, mengumumkan kembalinya festival berkenaan ke ibu negara selepas tujuh tahun menyepi, dengan membawakan teras baharu bertemakan ‘Made Different’ dari 15 Oktober hingga 1 November 2026.
Penganjuran edisi 2026 ini memperkasakan peranan Urbanscapes sebagai platform pentauliahan karya, yang memberikan ruang serta sokongan kepada penggiat seni tempatan menerjemahkan perspektif mereka terhadap Kuala Lumpur menerusi muzik, seni visual, reka bentuk, kulinari dan kebudayaan.
Inisiatif ini menggabungkan bakat pencipta asal (The Originals) yang pernah membentuk identiti Urbanscapes sejak penubuhannya dengan gelombang penggiat kreatif baharu (The Next Wave) bagi mempersembahkan karya commissioned dan aktiviti percuma di beberapa lokasi mercu tanda di sekitar Kuala Lumpur.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2002, Urbanscapes memainkan peranan penting sebagai medan pementasan komuniti kreatif dalam menyuarakan idea berani dan memperkasakan ekosistem seni tempatan.
Senarai penuh program, penggiat seni yang terlibat serta rakan kolaborasi bakal diumumkan secara berperingkat menjelang tarikh penganjuran acara berkenaan.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.

































