• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Ahad, 11 Oktober 2026
  • Login
Akses Malaysia
  • Berita
    • All
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
    AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

    AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

    16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

    16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

    Kerajaan perkasa sumber makanan ternakan tempatan, tingkat kesiapsiagaan padi hadapi El Niño

    Malaysia siap sedia ke COP31 Antalya melalui penglibatan seluruh negara

    Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

    Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

    Malaysia perkukuh pasaran agromakanan di Amerika Latin

    Politeknik Mukah perkukuh kebajikan pelajar menerusi Foodbank Dapur Siswa MADANI

    Politeknik Mukah perkukuh kebajikan pelajar menerusi Foodbank Dapur Siswa MADANI

    KUSKOP buka ruang usahawan mikro berniaga di F1, tanpa sewa dan komisen

    KUSKOP buka ruang usahawan mikro berniaga di F1, tanpa sewa dan komisen

    Harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 15 sen seliter

    Harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 15 sen seliter

    • Dunia
    • Nasional
    • Ekonomi & Niaga
    • Politik
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • All
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Kuala Lumpur Ska Syndicate jelajah seluruh Malaysia sepanjang Ogos hingga Oktober

    Nourul Depp sekali lagi dipilih sertai PERANTIS 2026

    Nourul Depp sekali lagi dipilih sertai PERANTIS 2026

    Karya terbaharu dari Malique, Zizi Kirana, dan kemunculan semula Yasin Sulaiman

    Karya terbaharu dari Malique, Zizi Kirana, dan kemunculan semula Yasin Sulaiman

    5 sebab kenapa selatan Perak wajib masuk dalam senarai percutian anda

    5 sebab kenapa selatan Perak wajib masuk dalam senarai percutian anda

    Kamera bingkai penuh Canon EOS R8 Mark II tampil reka bentuk padat

    Kamera bingkai penuh Canon EOS R8 Mark II tampil reka bentuk padat

    Empat artis tarik diri daripada konsert jelajah Ed Sheeran susulan solidariti Macklemore bersama Gaza

    Empat artis tarik diri daripada konsert jelajah Ed Sheeran susulan solidariti Macklemore bersama Gaza

    Antara keselamatan jerebu dan pilihan destinasi perlancongan

    Antara keselamatan jerebu dan pilihan destinasi perlancongan

    DUA LAYAR – Selebriti ke Kanvas meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026

    Balai Seni Negara pamer karya selebriti tempatan di Festival Budaya Malaysia 2026

    Hope yang mula ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai 2026 telah mencatatkan kejayaan pecah panggung

    Filem sci-fi seram Korea ‘Hope’ arahan Na Hong-jin mula ditayangkan di pawagam Malaysia 10 September

    • Warisan
    • Kembara
    • Ilmu
    • Teknologi
    • Selera
    • Seni
    • Aktif
  • Negeri
    • Johor
    • Kelantan
    • Kedah
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Perlis
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Labuan
    • WP Putrajaya
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Ekonomi dan Niaga
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
No Result
View All Result

Urutan Melayu berpotensi diiktiraf dunia

Eshaifol  Azam Omar by Eshaifol Azam Omar
Mei 15, 2026
in Kesihatan dan Kesejahteraan, Rencana
Reading Time: 4 mins read
0 0
0
Home Rencana Kesihatan dan Kesejahteraan
Share on FacebookShare on Twitter

Urutan Melayu sudah sekian lama menjadi sebahagian daripada landskap kehidupan masyarakat tempatan. Diamalkan secara turun-temurun, ia bukan sekadar kaedah mengurut biasa untuk melegakan lenguh badan, tetapi ia merupakan satu pendekatan kesihatan menyeluruh yang sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh, kelancaran peredaran darah, serta kesejahteraan fizikal dan emosi pesakit. 

Namun, dalam landskap kesihatan moden pada hari ini, masyarakat semakin mendesak dan menuntut rawatan yang bukan sahaja berkesan, tetapi juga terbukti selamat, diyakini, dan disokong oleh bukti saintifik. Justeru, urutan Melayu kini sedang melalui satu fasa transformasi yang amat penting, beralih daripada amalan tradisional kepada pendekatan terapi yang lebih tersusun, profesional, dan berasaskan sains. 

Perubahan ini penting agar warisan perubatan Melayu terus relevan dalam dunia moden, malah mampu berdiri seiring dengan terapi manual antarabangsa yang telah mendapat tempat yang kukuh dalam sistem kesihatan global.

ADVERTISEMENT

Ilmu tradisi bertemu sains moden

Antara perkembangan yang paling ketara pada masa kini ialah usaha menggabungkan teknik tradisional dengan pengetahuan moden mengenai struktur anatomi dan fisiologi tubuh manusia. Dengan pemahaman yang lebih tepat terhadap struktur otot, sendi, saraf, dan sistem peredaran darah, teknik urutan dapat dilakukan dengan lebih selamat dan berkesan. 

Ini bermakna, amalan urutan bukan lagi dilakukan secara semberono atau andaian semata-mata, tetapi ia diaplikasikan berdasarkan kefahaman saintifik terhadap bagaimana tubuh manusia memberi respons terhadap tekanan, regangan, dan sentuhan terapeutik. 

Penggunaan alat bantuan ergonomik serta latihan yang lebih sistematik juga terbukti membantu meningkatkan mutu rawatan, di samping mengurangkan risiko kecederaan kepada pesakit dan juga pengamal itu sendiri.

Kawalan mutu tingkatkan keyakinan

Dalam mana-mana bidang rawatan perubatan, tahap kepercayaan masyarakat amat bergantung kepada kawalan mutu dan keselamatan. Begitu juga halnya dengan urutan Melayu. Justeru, aspek standardisasi kini diberi perhatian yang sangat serius melalui pembangunan prosedur operasi standard (SOP), pemantauan penggunaan bahan produk seperti minyak urut, audit amalan klinikal, serta pelaksanaan sistem pensijilan pengamal. 

Rangkaian langkah ini penting bagi memastikan rawatan yang diterima oleh pengguna adalah sentiasa konsisten, selamat, dan menepati piawaian kelulusan yang tertentu. 

Di Malaysia, bidang perubatan tradisional dan komplementari turut dikawal selia melalui Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775), yang menetapkan keperluan pendaftaran dan pengiktirafan para pengamal. Ini menunjukkan komitmen serius negara dalam melindungi pengguna serta memastikan hanya individu yang benar-benar berkelayakan sahaja dibenarkan untuk menjalankan rawatan.

Imej dan reputasi sesuatu bidang rawatan itu juga banyak bergantung kepada tahap profesionalisme pengamalnya. Pada hari ini, pengamal urutan Melayu bukan sahaja perlu mahir dari segi teknik urutan, tetapi mereka juga wajib memahami etika perawatan, komunikasi pesakit, keselamatan rawatan, dan tanggungjawab profesional. 

Penyertaan dalam kursus, latihan berkala, dan program pembangunan profesional berterusan (CPD) mampu meningkatkan kompetensi para pengamal, sekali gus mengangkat martabat bidang ini ke tahap yang lebih tinggi. Apabila pengamal tampil profesional, masyarakat awam juga sudah pasti akan lebih yakin untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan.

Satu perkembangan yang sangat signifikan baru-baru ini ialah peningkatan penglibatan bidang urutan Melayu dalam sektor penyelidikan saintifik. Jika dahulu keberkesanannya lebih banyak disandarkan kepada cakap-cakap pengalaman tradisi, kini semakin banyak usaha dijalankan untuk menilai manfaat perubatan ini melalui data empirikal dan kajian klinikal. 

Kajian awal menunjukkan bahawa terapi urutan berpotensi membantu mengurangkan kesakitan otot, meningkatkan kelancaran peredaran darah, mengurangkan tekanan emosi, serta menambah baik kesejahteraan psikologi individu.

Di Universiti Sains Malaysia (USM) misalnya, khususnya melalui Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), usaha gigih telah dijalankan menerusi Unit Perubatan Integratif untuk membangunkan protokol penyelidikan yang lebih sistematik. 

Ini termasuklah inisiatif kajian klinikal dan pembentukan garis panduan amalan bagi merawat pelbagai keadaan penyakit seperti sakit lutut, sakit pinggang, masalah kesuburan lelaki, serta gangguan muskuloskeletal yang lain. 

Pendekatan saintifik sebegini membolehkan kehebatan urutan Melayu dinilai secara lebih objektif dan diterima sepenuhnya di dalam kerangka perubatan berasaskan bukti.

Potensi ke pentas global

Di peringkat antarabangsa, terapi manual seperti Thai Massage dan Shiatsu telah lama mendominasi dan mendapat pengiktirafan dunia. 

Urutan Melayu sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar untuk berada pada tahap yang sama, asalkan usaha pengukuhan dari sudut penyelidikan, latihan, pensijilan, dan standardisasi terus digerakkan secara konsisten. 

ArtikelBerkaitan

7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Kesihatan lelaki bermula dengan kesedaran menjaga prostat

Batang pisang berpotensi cetuskan inovasi nanoteknologi hijau di Malaysia

Ini bukan sekadar soal merawat tubuh badan, tetapi ia juga adalah soal memartabatkan warisan bangsa agar dihormati di persada antarabangsa.

Transformasi urutan Melayu ini sama sekali bukan bermaksud kita meninggalkan akar budaya bangsa. Sebaliknya, ia adalah usaha murni untuk memperkukuh warisan tradisi ini melalui elemen sains, teknologi, dan nilai profesionalisme. 

Jika pihak kerajaan, institusi akademik, dan barisan pengamal dapat bergerak seiring dan senada, Malaysia berpotensi besar untuk membangunkan satu sistem urutan Melayu yang berstandard tinggi, terbukti selamat, dan diyakini. 

Akhirnya, urutan Melayu tidak lagi dipandang sinis sekadar rawatan tradisional di pinggir masyarakat, tetapi ia bakal diiktiraf sebagai terapi bernilai tinggi yang mampu menyumbang secara signifikan kepada sistem kesihatan moden negara, bahkan berpotensi besar untuk diangkat menjadi warisan kesihatan tempatan yang dihormati di seluruh dunia.

Eshaifol Azam Omar
    Tidak ada rencana lain oleh penulis ini
Tags: Akta 775 perubatan komplementariKajian urutan Melayuperubatan tradisional Malaysia
ShareTweetShareSend
ADVERTISEMENT
Previous Post

MCVE 2026 teroka inovasi kenderaan komersial dan ESG 

Next Post

ARVIA perkenal AI Smart Classroom di Putrajaya

Artikel Berkaitan

Gambar hiasan oleh Zaptec - Unsplash
Rencana

Kereta elektrik titik peralihan ke arah mobiliti rendah karbon

Jun 24, 2025
95
UM, JAKIM komited merealisasikan Dasar Halal Negara
Isu Semasa

UM, JAKIM komited merealisasikan Dasar Halal Negara

Februari 4, 2025
55
Prof. Dr. Siti Nursheena Mohd Zain
Keluarga

Unseen threats in holiday adventures

Januari 24, 2025
28
Next Post
Pengarah Arvia Solutions Sdn. Bhd., Puan Nurul Ain binti Mohamad Khdri (kiri) dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP), Encik Nadimin bin Abdul Aziz (kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Kerjasama Strategik Transformasi Pendidikan Digital & AI Smartclassroom di pejabat JPWPP, Putrajaya, hari ini.

ARVIA perkenal AI Smart Classroom di Putrajaya

AirAsia X kekal pegangan sijil keselamatan global IOSA sehingga 2028

AirAsia X kekal pegangan sijil keselamatan global IOSA sehingga 2028

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melancarkan cabaran RIFAR bagi mencari penyelesaian banjir mampan melalui strategi pembiayaan pasaran modal dan pelaburan jangka panjang

Suruhanjaya Sekuriti lancar cabaran RIFAR jadikan ketahanan banjir keutamaan pasaran modal

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Sorotan Utama

Malaysia siap sedia ke COP31 Antalya melalui penglibatan seluruh negara

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

Malaysia perkukuh pasaran agromakanan di Amerika Latin

Kerajaan perkasa sumber makanan ternakan tempatan, tingkat kesiapsiagaan padi hadapi El Niño

Politeknik Mukah perkukuh kebajikan pelajar menerusi Foodbank Dapur Siswa MADANI

KUSKOP buka ruang usahawan mikro berniaga di F1, tanpa sewa dan komisen

Trending

AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal
Berita

AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

by Akses Malaysia
Oktober 9, 2026
0
68

Presiden AS Donald Trump berkata Washington tidak akan melancarkan serangan terhadap Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal...

16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

Oktober 9, 2026
63
7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Oktober 9, 2026
76
Kerajaan perkasa sumber makanan ternakan tempatan, tingkat kesiapsiagaan padi hadapi El Niño

Malaysia siap sedia ke COP31 Antalya melalui penglibatan seluruh negara

Oktober 8, 2026
65
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

Oktober 8, 2026
62
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

Oktober 9, 2026
16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

Oktober 9, 2026
7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Oktober 9, 2026

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sosial
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Aktif
    • Cipta Rasa
    • Ilmu
    • Kembara
    • Selera
    • Seni
    • Teknologi
    • Warisan
  • Negeri
    • Johor
    • Kedah
    • Kelantan
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
    • Terengganu
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

AEON Agoda AI Aidilfitri AirAsia AirAsia X Akses Malaysia Anwar Ibrahim ASEAN Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesihatan mental Kuala Lumpur Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Skandal 1MDB Skandal SRC Tahun Melawat Malaysia 2026 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya UPSI VM2026 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

ADVERTISEMENT

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Top 10 lagu Raya 2026 yang wajib ada dalam playlist korang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,656)
    • Dunia (57)
    • Ekonomi & Niaga (429)
    • Kembara & Pelancongan (122)
    • Kesihatan (65)
    • Nasional (650)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (32)
    • Sekolah & Kampus (92)
    • Sosial (19)
    • Sukan (30)
  • Gaya Hidup (395)
    • Aktif (3)
    • Cipta Rasa (1)
    • Ilmu (6)
    • Kembara (146)
    • Selera (35)
    • Seni (114)
    • Teknologi (59)
    • Warisan (28)
  • Negeri (108)
    • Johor (5)
    • Kedah (2)
    • Kelantan (1)
    • Melaka (4)
    • Negeri Sembilan (2)
    • Pahang (2)
    • Perak (15)
    • Pulau Pinang (3)
    • Sabah (6)
    • Sarawak (16)
    • Selangor (31)
    • Terengganu (2)
  • Rencana (314)
    • Agama dan Moral (39)
    • Dunia (9)
    • Ekonomi dan Niaga (38)
    • Gaya Hidup (6)
    • Inspirasi (9)
    • Isu Semasa (52)
    • Keluarga (27)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (28)
    • Lestari (26)
    • Pendapat (8)
    • Pendidikan dan Kerjaya (45)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (16)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

AS tidak akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

Oktober 9, 2026
16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

16 peratus belia lapor pernah menjadi mangsa buli siber

Oktober 9, 2026
7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

7 Tumpuan Belanjawan 2027 untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

Oktober 9, 2026
Kerajaan perkasa sumber makanan ternakan tempatan, tingkat kesiapsiagaan padi hadapi El Niño

Malaysia siap sedia ke COP31 Antalya melalui penglibatan seluruh negara

Oktober 8, 2026
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pengurusan sisa pepejal mampan

Oktober 8, 2026
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Media MNC Nusantara. Hakcipta terpelihara.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Utama