Hubungi kami

Editorial

Terbitkan artikel anda di Akses Malaysia.

Kami di Akses Malaysia mengalu-alukan sumbangan artikel daripada pembaca, penulis, pakar industri dan individu yang ingin berkongsi cerita, pandangan atau ilmu bermanfaat dengan khalayak kami. Jika anda mempunyai artikel yang menarik, berinformasi dan relevan dengan pembaca kami, kami sedia mempertimbangkannya untuk diterbitkan.

Sila baca garis panduan berikut sebelum menghantar artikel kepada kami.

  1. Jenis artikel yang kami terima

Kami terbuka kepada pelbagai jenis artikel, selagi kandungannya asli, belum pernah diterbitkan, dan memberi nilai kepada pembaca. Antara kategori artikel yang kami terima termasuk:

  • Pendapat / Rencana Pandangan – Kupasan isu semasa, pandangan peribadi atau pendapat profesional mengenai topik tertentu.
  • Gaya Hidup & Kembara – Kisah perjalanan, ulasan makanan, pengalaman budaya, kesihatan dan kesejahteraan.
  • Teknologi & Inovasi – Perkembangan teknologi, dunia digital dan cerita berkaitan inovasi.
  • Perniagaan & Ekonomi – Cerita keusahawanan, pandangan tentang pasaran, serta tip kewangan.
  • Pendidikan, Kampus & Kerjaya – Perkongsian pengalaman kerja, nasihat kerjaya dan isu berkaitan dunia pendidikan.
  • Kisah Masyarakat / Inspirasi – Cerita mengenai individu atau komuniti yang memberi inspirasi dan menyentuh hati.
  1. Format penulisan artikel

Untuk memudahkan proses semakan dan penerbitan, sila ikuti format berikut:

  • Panjang artikel: Antara 1,000 hingga 3,000 patah perkataan. Font: Times New Roman, 12pt, single spacing.
  • Bahasa: Gunakan Bahasa Melayu yang jelas dan mudah difahami.
  • Struktur: Gunakan perenggan yang teratur. Letakkan subheading jika perlu bagi memudahkan pembacaan.
  • Nada penulisan: Santai tetapi profesional. Elakkan penggunaan jargon kecuali jika perlu dan sila beri penjelasan ringkas.
  • Format fail: Hantar artikel dalam bentuk dokumen Word (.doc atau .docx) atau pautan Google Docs dengan akses suntingan.
  • Fakta-fakta penting (undisputed facts) di dalam artikel mestilah dari sumber yang diiktiraf dan disertakan sekali dengan hyperlink kepada sumber yang dirujuk dan diiktiraf.

Pihak editorial berhak menyunting artikel untuk tujuan kejelasan, gaya bahasa, panjang artikel dan kesesuaian dengan nada editorial kami.

  1. Bahan sokongan

Untuk melengkapkan artikel anda, sila sertakan perkara berikut:

  • Gambar Utama (feature image): Sekeping gambar bersaiz tinggi, orientasi landskap, dan relevan dengan isi artikel. Gambar ini mesti bersaiz lebih dari 1MB dan kurang dari 5MB, minimum 2100px lebar x 1600px tinggi. Mesti dilampirkan berasingan dalam bentuk JPG atau PNG, bukan di dalam fail Microsoft Word.
  • Gambar Sokongan (jika ada): Sehingga 3 keping gambar tambahan untuk memperkukuh cerita. Gambar2 sokongan bersaiz tidak melebihi 1MB dengan dimensi minimum 1800px x 1200px. Gambar-gambar ini akan di-compress oleh webmaster jika melebihi saiz yang ditetapkan. Mesti dilampirkan berasingan dalam bentuk JPG atau PNG, bukan di dalam fail Microsoft Word.
  • Hakcipta Gambar: Gambar-gambar yang diserahkan mestilah gambar sendiri milik penulis, dan/atau sekurang-kurangnya gambar dari sumber bebas hakcipta seperti Unsplash, Pexel dan sebagainya (gambar-gambar ini mesti dikreditkan/dilabelkan kepada pemilik asal). Jika ada sebarang claim atau dispute dari pemilik gambar, rencana akan dikeluarkan dari penerbitan dengan serta-merta dan pihak Gaya Travel dan Akses Malaysia tidak akan bertanggungjawab dengan kerugian dari claim atau dispute tersebut.
  • Profil Penulis: Perenggan pendek (40–60 patah perkataan) tentang diri anda – nama penuh, latar belakang ringkas, serta pautan media sosial atau laman web (jika berkaitan).
  • Gambar Penulis: Gambar headshot yang jelas dan berkualiti tinggi (minimum 500×500 pixel). Mesti dilampirkan berasingan dalam bentuk JPG atau PNG, bukan di dalam fail Microsoft Word.

Pastikan semua gambar adalah milik anda sendiri, atau bebas hak cipta dan mempunyai kredit yang betul jika diperoleh dari sumber lain.

Cara menghantar

Sila e-melkan artikel beserta bahan sokongan ke admin@aksesmalaysia.my dengan tajuk:
Sumbangan Artikel: [Tajuk Artikel Anda]

Kami akan memberikan maklum balas dalam tempoh 7–14 hari bekerja. Disebabkan jumlah penyertaan yang tinggi, kami mungkin tidak dapat membalas semua e-mel. Jika artikel anda dipilih untuk diterbitkan, pihak editorial akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya.

Terima kasih kerana berminat untuk menyumbang kepada Akses Malaysia. Kami tidak sabar untuk membaca karya anda!

Pengiklanan

Ingin meletakkan iklan di portal kami? Hubungi kami di admin@aksesmalaysia.my dengan subjek emel “IKLAN”.

Ikuti Kami

Disyorkan

IKLAN

Sorotan Utama

Trending

Selamat datang!

Log masuk ke akaun anda di bawah

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.