KUALA LUMPUR, 28 Februari 2025 – Converse MY hari ini telah melancarkan inisiatif Creative Exploration, sebuah aktivasi seni di bawah kempen global LOVE, CHUCK, bagi memperkasa bakat seni tempatan dan memberi pendedahan kepada pelajar dalam industri fesyen komersil.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Art Depot, Balai Seni Negara, dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar, Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.
Program ini merupakan kerjasama antara Converse MY, Balai Seni Negara, UiTM, dan Malaysia Institute of Art (MIA), bertujuan menyediakan platform mampan untuk pengkarya seni muda mengembangkan bakat mereka dalam industri kreatif.
Kasut Chuck Taylor sebagai kanvas seni
Sebagai sebahagian daripada Creative Exploration, pelajar-pelajar terpilih dari UiTM dan MIA telah menghasilkan karya seni unik menggunakan kasut Converse Chuck Taylor sebagai medium utama. Hasil karya ini akan dipamerkan di Balai Seni Negara dari 28 Februari hingga 12 April 2025, sebelum dipilih untuk dipamerkan di butik utama Converse di sekitar Lembah Klang.
Menurut Dr. Shaliza Mohd Shariff, Ketua Pengajian Seni Reka, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, program ini membuka ruang kepada pelajar untuk meneroka potensi mereka dalam industri seni dan fesyen.
“Creative Exploration adalah peluang unik bagi pelajar kami untuk menonjolkan bakat mereka dalam arena seni komersil. Kami berharap kolaborasi ini akan berterusan dan membuka lebih banyak peluang kepada bakat muda negara,” katanya.
Kolaborasi tiga hala perkukuh seni kreatif tempatan
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi turut mengukuhkan peranan Balai Seni Negara sebagai pusat seni kontemporari yang strategik. Selain itu, kerjasama ini turut memasarkan UiTM dan MIA sebagai institusi pengajian tinggi yang prolifik dalam melahirkan bakat seni tempatan.
Menurut pihak Converse MY, matlamat jangka panjang program ini adalah untuk membentuk generasi seniman muda yang lebih berdaya saing dan mengukuhkan pengaruh seni kreatif Malaysia di peringkat global.
Maklumat pameran Creative Exploration
Lokasi: Art Depot, Balai Seni Negara
Tarikh Pameran: 28 Februari – 12 April 2025
Waktu: 8:00 malam – 10:00 malam
Untuk maklumat lanjut, layari chaptervmy.com atau ikuti perkembangan program melalui laman rasmi Converse MY.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.