SHAH ALAM, 8 Februari 2025 — Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) hari ini mengumumkan pelancaran Program Fun@MSAS sempena pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah kepada pengunjung.
Program ini telah dirasmikan oleh EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi PADAT, Datuk Borhan Aman Shah.
Program edutainment ini bertujuan meningkatkan kesedaran sejarah dan warisan, menggalakkan pembelajaran interaktif, menarik minat generasi muda, serta memupuk rasa cinta terhadap budaya negeri Selangor.
Antara aktiviti yang ditawarkan sepanjang program ini termasuk pertandingan mewarna, kuiz muzium, sesi pembelajaran seni muzik tradisional, serta aktiviti interaktif seperti ‘Finding Me @ MSAS’ dan ‘Kurator Cilik’.
Muzium Sultan Alam Shah yang telah dinaik taraf kini menampilkan tiga galeri tetap iaitu Galeri Sejarah, Galeri Adat dan Kebudayaan, serta Galeri Alam Semula Jadi.

Pembukaan semula muzium ini turut disertai oleh lawatan rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, yang tiba untuk meninjau fasiliti baharu yang diperkenalkan.
Muzium ini beroperasi dari Selasa hingga Ahad, dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang, dengan kemasukan percuma.
Sempena cuti sekolah, program Fun@MSAS akan diteruskan sebagai aktiviti utama muzium bagi menarik minat generasi muda dan masyarakat umum.
Orang ramai dijemput hadir untuk menikmati pengalaman bersejarah dan budaya yang ditawarkan di Muzium Sultan Alam Shah.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.