• Laman Utama
  • Hubungi Kami
  • Rencana
Selasa, 13 Mei 2025
  • Log Masuk
Akses Malaysia
  • Utama
  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Sekolah & Kampus
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Akses Malaysia
  • Utama
  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Sekolah & Kampus
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Rencana
    • Pendapat
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
Akses Malaysia
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan

Pentingnya figura seorang bapa membentuk si anak

Dr. Norfaezah Md Khalid oleh Dr. Norfaezah Md Khalid
November 22, 2024
dalam Keluarga, Rencana
0 0
0
Utama Rencana Keluarga
77
BACA
Share on FacebookShare on Twitter

Bapa atau suami memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah keluarga. Bapa sebagai ketua keluarga menggalas pelbagai bentuk tanggungjawab moral, ekonomi, emosi, pendidikan dan lain-lain sebagai asas dan pemandu arah utama dalam keluarga. Kestabilan dan kesejahteraan keluarga bergantung kuat kepada peranan yang dimainkan oleh si bapa. Bapa atau suami bertindak sebagai pelindung kepada seluruh ahli keluarga dalam mengharungi pelbagai bentuk dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Paling penting, bapa memberi pengaruh besar kepada pembentukan identiti dan personaliti anak-anak. Karakter, tingkahlaku mahupun apa jua yang ditonjolkan oleh bapa memberi kesan terhadap perkembangan karakter, nilai dan kepercayaan anak-anak.

Banyak kajian di dalam dan luar negara menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang kukuh di antara kehadiran figura bapa dengan perkembangan anak-anak. Bapa yang memainkan peranan dengan baik, jelas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, mempunyai ciri-ciri pemimpin sebagai seorang ketua keluarga, dapat membantu perkembangan dalam pelbagai aspek bagi anak-anak mereka. Sebaliknya, anak-anak yang tidak mempunyai figura bapa dalam keluarga berhadapan dengan lebih banyak kesukaran untuk mendapatkan contoh yang boleh diikuti akibatnya mengganggu perkembangan mereka. Sesetengah kajian lepas juga melaporkan bahawa kehadiran figura bapa di mana bapa memainkan peranan aktif dalam keluarga, dapat membantu mengurangkan penglibatan anak-anak dalam kegiatan sosial yang tidak berfaedah seperti jenayah, penyalahgunaan dadah, keciciran akademik dan lain-lain. Bahkan, anak-anak yang dibesarkan dengan mempunyai figura seorang bapa yang bertanggungjawab sebagai pemimpin keluarga, lebih seimbang dari segi emosi dan mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik.

Kehadiran figura seorang bapa sebagai pemimpin dalam keluarga amat penting. Bapa haruslah memainkan peranan aktif untuk terlibat dalam urusan penjagaan dan didikan anak-anak. Bapa perlu mengambil tanggungjawab mengajarkan nilai ketegasan, disiplin, dan dalam masa yang sama mempunyai sikap keterbukaan terhadap anak-anak. Anak-anak yang berinteraksi rapat dengan bapa cenderung lebih bijak mengurus hubungan sosial. Seorang bapa juga harus memodelkan dirinya sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam mengatasi cabaran hidup, bekerja keras, dan menjaga keluarganya. Selain itu, bapa juga perlu memainkan peranan dalam membentuk identiti jantina yang positif, bukan hanya sebagai penjaga tetapi juga sebagai rakan komunikasi yang membantu anak memahami dunia mereka.

IKLAN

Tidak dinafikan bahawa dengan kesibukan seorang bapa sebagai pencari nafkah utama dalam keluarga mungkin mengehadkan masa bersama anak-anak dan keluarga. Lantas lebih selesa menyerahkan urusan didikan dan penjagaan anak-anak kepada si isteri sepenuhnya. Dalam erti kata lain, wujud kesukaran untuk menyeimbangkan di antara tuntutan tanggungjawab keluarga, dan kerjaya. Namun tidak dinafikan wujud juga bapa yang melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada si isteri meskipun mereka bukan pencari nafkah utama untuk keluarga. Pandangan bahawa tugas ibu lebih utama dalam penjagaan anak, menyebabkan bapa kurang memberi perhatian kepada peranan mereka. Perkara ini bagaimanapun tidak seharusnya dibiarkan berlarutan dalam tempoh yang panjang kerana akan memberi kesan kepada perkembangan dan emosi anak-anak, di mana anak-anak mungkin tidak merasai ‘kehadiran’ bapa dalam hidup mereka meskipun jasadnya wujud dalam kehidupan anak-anak. Lantas, anak-anak ini lebih menjadikan orang lain sebagai figura yang boleh diikuti dalam hidup mereka ekoran ketiadaan figura bapa yang jelas dalam keluarga. Keadaan menjadi lebih buruk apabila anak-anak memodelkan figura yang negatif atau tidak bersesuaian hingga membawa mereka ke arah tingkahlaku yang tidak sesuai sehingga mempengaruhi pembentukan karakter, emosi dan sosial seterusnya diteruskan dari satu generasi ke generasi seterusnya dalam keluarga. Maka rantaian yang tidak sesuai ini harus dihentikan.

Kurangnya kesedaran tentang peranan bapa dalam penjagaan dan didikan anak-anak mungkin menjadi salah satu punca ketidak wujudan atau tidak jelas figura bapa sebagai pemimpin dalam sesebuah keluarga. Dalam hal ini, seminar atau kempen kesedaran kepada ibubapa tentang tentang kepentingan ibu dan bapa dalam memainkan peranan masing-masing dalam keluarga mungkin dapat membantu meningkatkan kesedaran tersebut. Selain itu, bapa boleh mengambil bahagian dalam aktiviti harian seperti membantu dalam pembelajaran anak, peluang masa bersama anak, atau terlibat dalam tugas rumah tangga. Bapa perlu menonjolkan ciri-ciri kepimpinan kepada anak-anak dengan mempamerkan sikap yang sesuai di rumah supaya anak-anak dapat merasai kehadiran seorang pemimpin dalam keluarga. Ini akan membantu khususnya anak-anak lelaki untuk membina identiti diri sebagai seorang lelaki yang mempunyai ciri kepimpinan.

Tidak bersikap terlalu mendominasi, seorang bapa seharusnya menjadi pendengar yang baik kepada pasangan dan anak-anak. Bapa menyediakan ruang perbincangan dalam memahami permasalahan anak-anak. Secara tidak langsung, bapa menjadi contoh dalam tingkah laku, pengurusan emosi dan cara menangani konflik dalam rumah tangga. Tidak hanya itu, ia juga membolehkan bapa membina hubungan yang lebih rapat dan saling memahami dengan anak-anak serta memenuhi tangki emosi anak-anak.

Banyak kebaikan apabila bapa memainkan peranan aktif dalam keluarga. Kehadiran bapa yang aktif memberikan kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga, mengurangkan tekanan yang dirasai oleh si ibu. Anak-anak yang mempunyai hubungan yang kuat dengan bapa lebih cenderung untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, bijak membuat keputusan, dan memberi impak positif kepada masyarakat. Justeru, kesedaran tentang pentingnya sesebuah keluarga untuk mempunyai figura bapa sebagai pemimpin dalam keluarga amatlah penting. Pembentukan identiti generasi muda yang lebih bertanggungjawab dan berjaya bermula dari dalam keluarga itu sendiri. Justeru ibu dan bapa haruslah saling melengkapi dalam usaha mendidik anak-anak.

Dr. Norfaezah Md Khalid
    Tidak ada rencana lain oleh penulis ini
Tags: Figura BapaPerkembangan Anak-anak
IKLAN
Dr. Norfaezah Md Khalid

Dr. Norfaezah Md Khalid

Artikel Berkaitan

They play significant role as our natural carbon capture facility and as our shield against natural disasters (The SimpleTravel - Unsplash)
Lestari

Hutan Paya Laut: Our true unsung heroes

Julai 26, 2024
34
Moral Policing
Isu Semasa

The folly of moral policing

Mac 26, 2025
76
Gambar hiasan oleh Aaron Burden - Unsplash
Pendidikan dan Kerjaya

Kebebasan akademik hak cendekiawan yang mesti dipertahankan

November 7, 2024
17
Artikel Berikutnya
Cradle dan KLDX berhasrat untuk memperkukuh sokongan kepada startup Malaysia dengan memupuk akses kepada peluang pembiayaan alternatif melalui pertukaran digital. Sesi pertukaran MoU diserikan dengan kehadiran (dari kiri) Tan Sri Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi KLDX, Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Boniface Anak Edwin Manung, Setiausaha Bahagian MOSTI, Selvarany Rasiah, Ketua Pegawai Eksekutif KLDX, dan Datin Norazah Razali, Pengarah Lembaga Cradle.

Cradle, KLDX jalin kerjasama perkenal platform pembiayaan alternatif untuk syarikat pemula di Malaysia

Discover advanced diagnostic care at Thomson Hospital Kota Damansara with the new 3T MRI machine. Offering faster scans, AI-enhanced accuracy, and unparalleled patient comfort for improved health outcomes.

Thomson revolutionises patient care with new 3T MRI machine

From left: Fiona Estrop, Marketing Manager of Tourism Malaysia in Singapore; Nikki Lee Chin Foong, Head of AEON MALL Marketing; Norliza Md Zain, Director of Tourism Malaysia, Singapore; Nasrullah Abd Mutalib, Mall Manager of AEON MALL Tebrau City; Mohd Firman Mohd Nor, Manager Mall Marketing of AEON

AEON Mall Tebrau City partners with Tourism Malaysia for biggest Black Friday Midnight Sale

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Ikuti Kami

  • 216 Pengikut

Disyorkan

intermodal containers on dock

MITI: Malaysia’s total trade expands 21.1% to RM245.18 bln in Oct 2022

2 tahun yang lepas
6
Filem Death Whisperer adalah antara filem pecah panggung terbesar Thailand pada tahun 2023

Death Whisperer bawa pengalaman menonton filem seram baharu dengan IMAX

1 tahun yang lepas
111
Persembahan pentas Konsert Rentak Selangor

Konsert Rentak Selangor & Manifestasi Keroncong 2022: Martabatkan seni dan warisan Selangor

2 tahun yang lepas
240
Annuar: Industri setuju turunkan harga minyak masak secara berperingkat

Annuar: Industri setuju turunkan harga minyak masak secara berperingkat

3 tahun yang lepas
19

Instagram

  • Tengah survey rumah untuk raya ke tu?👀 SPNB ada buat promosi raya tau sekarang ... 
hanya unit-unit terpilih saje! Boleh check dekat media social SPNB atau contact number kat bawah ni untuk maklumat lebih lanjut. Jom Raya Bergaya dengan SPNB! 🌙✨

📞: 019 379 6400
☎️: 03 7849 2038
__
#SPNB #SPNBSalesOfficial #Unitetoignite #MalaysiaMadani #AksesMalaysia #GayaTravel #CutiCutiMalaysia
  • Jemputan Eksklusif | Media Roundtable: Misi Umrah 1,000 Asnaf

Satu sesi santai bersama ikhlas.com, menampilkan Ikhlas Kamarudin & Datuk Kamarudin Meranun untuk berkongsi pandangan dan membuka peluang kolaborasi bagi misi Umrah 1,000 Asnaf inisiatif untuk membantu 1,000 individu yang layak menunaikan umrah.

Tarikh: 18 April 2025 (Jumaat)
Masa: 3:00 – 5:00 petang
Lokasi: M Resort & Hotel, Bukit Kiara

#Umrah1000Asnaf 
#MediaRoundtable
#ikhlasDotCom
#CapitalA
#KolaborasiBermakna 
#InspirasiUmrah
#CSRMalaysia
#MisiKemanusiaan 
#BersamaBantuAsnaf
#AksesMalaysia
  • 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀

Nantikan drama khas terbitan Kerajaan Negeri Selangor, sebuah karya penuh emosi yang menggambarkan perjuangan, harapan dan jati diri anak Selangor. Disulami nilai kemanusiaan dan kekuatan komuniti, drama ini mengangkat semangat rakyat yang tidak pernah luntur. Inilah kisah kita. Inilah Semangat Kita, Selangor!

𝐓𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀🎬

📅 21 April 2025 (Isnin)
⏰ 9.00 Malam
📺 RTM 2

𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor𝗠𝗮𝗷𝘂𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮
#SeniBudayaCahayaNegeri
#AksesMalaysia
  • KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 (SS25) – COLEGACY

Colegacy, jenama fesyen terkemuka Malaysia yang diinspirasikan oleh budaya Jepun, telah menganjurkan acara peragaan fesyen eksklusif bagi Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 (SS25) pada 12 April 2025 di Fahrenheit88, Kuala Lumpur.

Acara peragaan fesyen eksklusif ini menghimpunkan pencinta fesyen, penggiat industri, pempengaruh, dan wakil media dalam satu pengalaman imersif yang meraikan inovasi, ketelitian, dan gaya kontemporari.

Dengan gabungan tekstur berani, perincian halus, dan potongan moden, SS25 melambangkan evolusi fesyen yang bukan sahaja boleh digayakan, tetapi turut memberi inspirasi.

#SS25Colegacy
#ColegacyConceptStore
#ColegacyPopUpStore
#DenimColegacy
#DenimInMotion
#AksesMalaysia
#seetheworld
  • Di kesempatan ini, kami di @aksesmalaysia.my ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Kita sambut hari kemenangan ini dengan penuh keikhlasan dari hati yang suci.

Mohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan, dan semoga Syawal ini terus mengeratkan silaturahim di antara kita.

#HariRayaAidilfitri #SalamLebaran #AksesMalaysia #Raya2025 #Aidilfitri
  • 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

Jom bersama-sama hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung pada butiran berikut:-

📅 𝟔 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐀𝐡𝐚𝐝)
⏰ 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟒.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐝 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐇𝐃𝐍, 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟏𝟓, 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda antaranya:-

🎤 Persembahan artis terkenal tanah air; M. Nasir, Hael Husaini, Aisha Retno, Nadeera, De Fam dan The Siblings Band
🦜 Penampilan Khas Didi and Friends 
🥘 Pelbagai Juadah Hari Raya
💵 Pemberian Duit Raya untuk Kanak-Kanak

Datang beramai-ramai bersama keluarga dengan berbusana Hari Raya untuk memeriahkan lagi majlis.

Jumpa anda disana‼‼‼

#malaysiamadani 
#𝐊𝐢𝐭𝐚𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 MajuBersama
#Selangor
  • 🌙✨ Nikmati Bufet “Santai-Santai Serena” di InterContinental Kuala Lumpur! ✨🌙 

Nak berbuka puasa dalam suasana elegan dan mewah? Jom ke Serena Brasserie, InterContinental Kuala Lumpur untuk menikmati Bufet Makan Malam Iftar Santai-Santai Serena! 

🍽 Hidangan tradisional dengan sentuhan moden, hasil air tangan Eksekutif Chef Rudy Junaidie. 
🌟 Menu istimewa: Gulai Itik Panggang Gaya Assam Rong – inspirasi masakan kampung Pahang yang wajib dicuba! 

Dengan pelbagai pilihan sajian yang lazat dan bermakna, pengalaman berbuka di sini pasti lebih istimewa bersama insan tersayang. 

📍 Tempah tempat anda sekarang dan nikmati iftar yang penuh kemewahan! 

#SantaiSantaiSerena #InterContinentalKL #RamadanBuffet #IftarElegan #AksesMalaysia
  • 🍢ENJOY KAJANG 2025🍢

Sempena Tahun Melawat Selangor 2025, jom datang ke perasmian Enjoy Kajang! Ini peluang anda untuk menikmati sate terbaik serta tarikan yang kami bawakan dari Kajang ke KL Sentral. 

🎉 Bukan sekadar sate! Nikmati pelbagai hidangan tradisi, aktiviti menarik, dan suasana penuh meriah bersama keluarga dan rakan-rakan!

📅 22 Februari 2025
📍 Ruang Legar KTMB, KL Sentral (Hadapan KFC)
⏰ 10 Pagi – 5 Petang

🍢Makanan🍢
1. d’Kusha Satay 
2. Yuss Sate
3. Wak Mie Satay
4. Noriwan Satay
5. BSS Sate Tulang

⛰️Produk pelancongan⛰️
1. Monkey Canopy
2. Semenyih Eco Venture
3. Sky trex Sungai Congkak
4. Beranang Horizon

🪇Persembahan 🪇
1. Gamelan (AGIM)
2. Silat Sukmo Rogo
3. Busking

💥 Turut disokong oleh:
🚆 Prasarana
🚆 KTM Berhad @ktmbofficial 
🌍 Akses Malaysia @aksesmalaysia.my 
✈️ Gaya Travel @gayatravel 
🏞️ Visit Selangor 2025 @discoverselangor 

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati SATAY PALING POWER & makanan terbaik dari Kajang! Ajak geng, kosongkan perut, dan jumpa di sana! 🔥🍢

 @mpkajang #visitselangor2025 #eattravelwrite #selangorculinary #gayatravel #kajang #enjoykajang #mpkj #vmy2026 #selangor #eattravelwrite
  • Malaysia lancar Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di Sepang, menampilkan logo, maskot Beruang Matahari, lagu tema Surreal Experiences, dan livery pesawat. Kempen ini menyasarkan kedatangan 35.6 juta pelancong dengan kutipan hasil sebanyak RM147.1 bilion, sekaligus mempromosikan pelancongan lestari dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Untuk berita penuh, lawati aksesmalaysia.my

Segmen

  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sekolah & Kampus
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Melaka
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
  • Rencana
    • Agama dan Moral
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendapat
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi
    • Sukan

Topik

Agoda Aidilfitri AirAsia Anwar Ibrahim ASEAN Bajet 2023 Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) China Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Najib Tun Razak Fadillah Yusof Indonesia Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Malaysia Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Ministry of International Trade and Industry (MITI) Najib Razak Overnight Policy Rate (OPR) Parlimen PAS Perak Perdana Menteri Perodua PETRONAS Proton Proton Holdings Bhd (Proton) PRU15 Ramadan Rosmah Mansor Sabah Sarawak Selangor Singapura Skandal 1MDB Skandal SRC Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Tourism Malaysia Tourism Selangor UMNO Universiti Malaya Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Zahid Hamidi
Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
IKLAN

Sorotan Utama

UM bina literasi anak-anak B40 Petaling Jaya

Festival Irau Aco Lun Bawang, Lawas jadi tuan rumah festival etnik terbesar di Borneo

CTOS SME Biz Day 2025 dorong transformasi digital dan pertumbuhan PKS di Malaysia

Tourism Malaysia anjur libat urus industri pelancongan Pulau Pinang, siap sedia hadapi Tahun Melawat Malaysia 2026

Tourism Malaysia rancakkan kempen VM2026 dengan kerjasama penggiat industri di Kedah

PKNPk tambah baik tadbir urus korporat melalui kerjasama SIRIM

Trending

Peserta menumpukan perhatian kepada pembentangan kertas kerja penyelidikan
Pendidikan dan Kerjaya

Memacu transformasi pergigian melalui penyelidikan

oleh Dr Afaf Syahira Ahmad Satmi and Dr Nurulaqmar Iwani Samsudin
Mei 9, 2025
0
15

Persidangan Saintifik Pelajar Pergigian USM 2024 memacu budaya penyelidikan, mempamerkan hasil kajian pelajar prasiswazah, termasuk antarabangsa, bertema...

Guinea pig mungkin jadi agen terapi kanak-kanak autisme

Guinea pig mungkin jadi agen terapi kanak-kanak autisme

Mei 9, 2025
18
Gambar oleh Jim Pave/Unsplash

Antara dosa dan doa

Mei 9, 2025
11
Kemahiran asas seperti membaca, mengira dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semakin penting, namun ramai anak muda dari komuniti bandar berpendapatan rendah masih ketinggalan.

UM bina literasi anak-anak B40 Petaling Jaya

Mei 9, 2025
14
Festival Irau Aco Lun Bawang ke-38

Festival Irau Aco Lun Bawang, Lawas jadi tuan rumah festival etnik terbesar di Borneo

Mei 8, 2025
10

Akses Malaysia lahir dari kesinambungan kejayaan individu, syarikat, organisasi - menghidangkan kisah kejayaan pelbagai bidang, pembaca berpeluang mendapat semua info tanpa perlu memilih berlainan media, sekaligus memudahkan mesej dan tujuan pengiklanan pelanggan sampai kepada golongan sasar, iaitu pembaca.Sesuai dengan itu, Akses Malaysia akan terisi dengan kandungan pekerjaan, latihan, kesihatan & industri di Malaysia.

Ikuti kami di laman media sosial:

IKLAN

Popular

  • NASI KANDAQ FEST

    10 nasi kandar terbaik Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Tradisi pelita panjut terus menyala

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Misi ke Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) – Bahagian 1

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Bilik Tepi, kisah seram dan kegigihan di belakang penggambaran

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0
  • Pengalaman unik perkhemahan penuh gaya di Putrajaya 

    0 perkongsian
    Kongsi 0 Tweet 0

Segmen

  • Berita (1,177)
    • Dunia (26)
    • Ekonomi & Niaga (347)
    • Kembara & Pelancongan (52)
    • Kesihatan (51)
    • Nasional (474)
    • Politik (102)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (11)
    • Sekolah & Kampus (46)
    • Sukan (12)
  • Gaya Hidup (324)
    • Budaya (27)
    • Kembara & Pelancongan (133)
    • Pengajian dan Pendidikan (4)
    • Sains, Teknologi & Komunikasi (56)
    • Selera (25)
    • Seni & Hiburan (74)
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan (1)
  • Negeri (74)
    • Johor (2)
    • Melaka (2)
    • Pahang (1)
    • Perak (10)
    • Pulau Pinang (1)
    • Sabah (3)
    • Sarawak (8)
    • Selangor (28)
  • Rencana (170)
    • Agama dan Moral (25)
    • Dunia (5)
    • Ekonomi dan Niaga (21)
    • Gaya Hidup (3)
    • Inspirasi (6)
    • Isu Semasa (26)
    • Keluarga (11)
    • Kesihatan dan Kesejahteraan (14)
    • Lestari (10)
    • Pendapat (1)
    • Pendidikan dan Kerjaya (22)
    • Sains, Teknologi dan Komunikasi (2)
    • Sukan (2)

Berita Terkini

Peserta menumpukan perhatian kepada pembentangan kertas kerja penyelidikan

Memacu transformasi pergigian melalui penyelidikan

Mei 9, 2025
Guinea pig mungkin jadi agen terapi kanak-kanak autisme

Guinea pig mungkin jadi agen terapi kanak-kanak autisme

Mei 9, 2025
Gambar oleh Jim Pave/Unsplash

Antara dosa dan doa

Mei 9, 2025
Kemahiran asas seperti membaca, mengira dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semakin penting, namun ramai anak muda dari komuniti bandar berpendapatan rendah masih ketinggalan.

UM bina literasi anak-anak B40 Petaling Jaya

Mei 9, 2025
Festival Irau Aco Lun Bawang ke-38

Festival Irau Aco Lun Bawang, Lawas jadi tuan rumah festival etnik terbesar di Borneo

Mei 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Karier
  • Hubungi Kami

© 2021-2025. Akses Malaysia. Hakcipta terpelihara.

Selamat datang!

Log masuk ke akaun anda di bawah

Lupa Kata Kunci?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log masuk

Add New Playlist

Tiada keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Utama
  • Berita
    • Dunia
    • Ekonomi & Niaga
    • Kembara & Pelancongan
    • Kesihatan
    • Nasional
    • Sekolah & Kampus
    • Politik
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Sukan
  • Gaya Hidup
    • Budaya
    • Kembara & Pelancongan
    • Pengajian dan Pendidikan
    • Sains, Teknologi & Komunikasi
    • Selera
    • Seni & Hiburan
    • Sukan, Rekreasi & Kecergasan
  • Negeri
    • Johor
    • Melaka
    • Pahang
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Sabah
    • Sarawak
    • Selangor
  • Rencana
    • Dunia
    • Ekonomi dan Niaga
    • Gaya Hidup
    • Inspirasi
    • Isu Semasa
    • Agama dan Moral
    • Keluarga
    • Kesihatan dan Kesejahteraan
    • Lestari
    • Pendidikan dan Kerjaya
    • Sukan

© 2021-2025. Akses Malaysia. Hakcipta terpelihara.