KUALA LUMPUR, 22 Sep 2025 — Sony Malaysia menganjurkan Alpha Experience 2025 pada 20 dan 21 September di Confetti KL, menampilkan siri perkongsian ilmu, bengkel praktikal serta pelancaran kamera premium baharu RX1R III.
Acara selama dua hari itu menghimpunkan jurugambar, pembikin filem dan pencipta kandungan untuk mendalami teknik, mencuba peralatan terkini serta meraikan seni penceritaan visual.
Program ini menampilkan sesi ceramah, demonstrasi secara langsung dan bengkel dikendalikan pencipta kandungan Sony Alpha dari rantau ini termasuk Tavepong Pratoomwong serta bakat tempatan.
Sorotan utama acara ini ialah pelancaran RX1R III, kamera kompak dengan lensa tetap premium dilengkapi sensor full-frame (bingkai penuh) beresolusi tinggi serta ciri fokus automatik moden.
Pengunjung berpeluang menjadi antara yang pertama mencuba keupayaan kamera tersebut di ruang pameran khas, dengan sampel imej diuji terus di lokasi acara. Kamera itu akan mula dijual di Malaysia bermula September 2025 dengan harga runcit diumumkan pada hari pelancaran.
Pemenang Road to Alpha Experience Photo Contest turut diumumkan semasa acara ini berlangsung. Hasil karya akhir peserta dipamerkan di sekitar ruang acara, menjadikannya galeri kreatif yang memaparkan pelbagai perspektif visual. Pemenang menerima peralatan Sony termasuk lensa dan aksesori sebagai penghargaan terhadap bakat mereka.
Lebih daripada sekadar pelancaran produk, Alpha Experience 2025 turut menyerlahkan semangat komuniti pencipta Sony Alpha.
Perkongsian, perbualan santai di ruang sentuh-cuba dan keterujaan ketika pengumuman pemenang menegaskan kekuatan komuniti yang semakin berkembang dengan minat sama terhadap kreativiti dan seni fotografi.
Akses Malaysia merupakan satu saluran pengetahuan dan informasi yang disediakan bagi membolehkan pembaca mendapatkankan info-info terkini dalam dan luar negara.















































